You are on page 1of 3

KERTAS KERJA

PROGRAM PENCAPAIAN SAHSIAH TERBAIK


PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI
SK HASHIM AWANG

1.0 PENGENALAN

Dengan berpandukan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan insan yang
seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan Jasmani. Unit Hal Ehwal Murid PPKI Sekolah
Kebangsaan Hashim Awang berhasrat untuk memenuhi keperluan pendidikan dan
pembelajaran bagi murid-murid Pendidikan Khas. Sehubungan dengan itu, satu projek
penganugerahan sahsiah terbaik bagi murid-murid yang menunjukkan sikap yang terpuji telah
dirangka bagi mencapai tujuan di atas. Ia merupakan titik tolak bagi melahirkan murid khas yang
mempunyai sahsiah yang terpuji, berdisiplin dan menghormati ibubapa, guru-guru, Pembantu
Pengurusan Murid dan rakan-rakan.

2.0 MATLAMAT
Memberi pendedahan berkaitan keperibadian terpuji, disiplin dan keyakinan diri murid
Pendidikan Khas

3.0 RASIONAL
Keperibadian dan etika yang tinggi seiring dengan pencapaian akademik yang baik mampu
hasilkan Individu untuk berjaya. Program ini bertujuan mencari murid holistik yang dikenalpasti
oleh warga guru serta warga murid sendiri dan memberi peluang kepada para murid untuk
membuat penilaian kendiri.

4.0 OBJEKTIF
4.1 Mengurangkan kes salahlaku disiplin di sekolah.
4.2 Melahirkan murid-murid yang berdisiplin dan berketrampilan.
4.3 Menerapkan nilai-nilai murni ke dalam diri murid.
4.4 Memantapkan ciri kepimpinan murid.
4.5 Menghargai murid-murid yang menunjukkan ciri peribadi yang cemerlang atau
perubahan sikap dari negatif kepada positif.
4.6 Memberi peluang kepada muid untuk memilih murid contoh dalam kalangan mereka
serta membuat penilaian kendiri.

5.0 JANGKAMASA PELAKSANAAN PERTANDINGAN

Januari hingga November 2020


KERTAS KERJA
PROGRAM PENCAPAIAN SAHSIAH TERBAIK
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI
SK HASHIM AWANG

6.0 JAWATANKUASA UNIT HEM

Penasihat : Puan Aishah Binti Shariff

Pengerusi : Encik Shahidan Bin Ibrahim

Naib Pengerusi : Puan Salawaty Binti Abdul Shukur

Penyelaras : Puan Amal Binti Mohamad Hassan

Setiausaha : Puan Rosmawati Binti Pohat@Puad

Ajk : Puan Rozaini Binti Hassan

Encik Mohd. Hizam Bin Hussain

Puan Nurul Hidayah Binti Mohamad

Puan Maznah Binti Jaarif

Puan Adilah Binti Ghazali

Puan Rosniyati Binti Osman

Puan Siti Norhasnida Binti Mobin

Encik Redzahudin Bin Saari

Puan Norhafizah Binti Ramli

Puan Mursyidah Binti Jamil

7.0 TEMPAT
Program ini akan berlangsung sepanjang 11 bulan di kelas PPKI iaitu daripada bulan Januari
hingga November di mana penilaian dilakukan setiap minggu oleh guru-guru bertugas.

8.0 SASARAN
Program ini disasarkan kepada semua murid PPKI. Walau bagaimanapun, hanya 10 orang murid
akan menerima hadiah pencapaian sahsiah terbaik bagi setiap bulan pelaksanaan program.
KERTAS KERJA
PROGRAM PENCAPAIAN SAHSIAH TERBAIK
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI
SK HASHIM AWANG

9.0 ANGGARAN KOS HADIAH PROGRAM

HADIAH ANGGARAN KOS


(RM)
10 murid x 11 bulan = 110 set

Umbrella 110 set x RM25.00 =


RM2750.00

JUMLAH RM2750.00

10.0 PENUTUP
Program ini diharap dapat memberi ruang kepada murid-murid untuk mempamerkan sifat dan
sikap murni dan mengambil peluang dari persekitaran yang menyokong pembinaan sahsiah
cemerlang dan intelek yang dapat diterjemah melalui kemenjadian murid yang hebat, iaitu
Individu Terbilang. Program ini pada akhirnya dapat memenuhi Keperluan Hasrat Diri (Teori
Hierarki Keperluan Maslow) yang berkaitan dengan keperluan sosial, penghargaan diri dan
pencapaian hasrat diri seseorang murid yang mempunyai sahsiah unggul dan holistik.

Disediakan oleh; Disemak oleh;

--------------------------------------- ------------------------------------
(AMAL BINTI MOHAMAD HASSAN) (SHAHIDAN BIN IBRAHIM)
Penyelaras HEM Penolong Kanan
PPKI SK Hashim Awang PPKI SK Hashim Awang

Diluluskan oleh;

----------------------------------------------------------------
(AISHAH BINTI SHARIFF)
Guru Besar
SK Hashim Awang

You might also like