You are on page 1of 8

“SEJARAH KEDAH VOLUNTEER FORCE (KVF) DAN PERANANNYA KEPADA

NEGERI KEDAH: 1932-1945”

NOR SHAFINAZ BINTI MOHD HAMIDI


D20181083889

LATIHAN ILMIAH INI DIKEMUKAN BAGI MEMENUHI SYARAT PENGAJIAN


IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (SEJARAH) DENGAN KEPUJIAN

JABATAN SEJARAH
FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

SESI 2021/2022

1
PENGHARGAAN

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan syukur ke hadrat Allah SWT. kerana berkat

rahmat dan juga hidayah-Nya, kajian yang bertajuk “Sejarah Kedah Volunteer Forcedan

Peranannya Kepada Negeri Kedah: 1932-1945” ini telah berjaya disiapkan sepenuhnya.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih ditujukan kepada Dr Zahrah

Binti Mahfood selaku penyelia Projek Tahun Akhir ini yang telah banyak memberikan saya

peluang, membantu, memberikan tunjuk ajar, perhatian dan nasihat dalam usaha menyiapkan

Latihan Ilmiah ini. Jutaan terima kasih dan segala jasa baik yang telah diberikan akan

sentiasa dikenang.

Setinggi-tinggi penghargaan juga diberikan kepada semua pihak yang terlibat sama

ada secara langsung mahupun tidak langsung dalam proses mendapatkan maklumat bagi

kajian ini. Dedikasi ini diberikan kepada semua pegawai Arkib Negara Malaysia Kuala

Lumpur dan Kedah, Perpustakaan Tuanku Bainun UPSI dan Perpustakaan Universiti Malaya

yang banyak memberi kerjasama. Terima kasih turut ditujukan buat keluarga yang tercinta

terutama sekali abah (Mohd Hamidi bin Md Piah) dan mak (Sharifah Binti Harun) atas segala

bantuan serta dorongan yang dizahirkan terutamanya dalam bentuk wang ringgit, tenaga serta

nasihat sepanjang perlaksanaan Latihan Ilmiah ini. Kepada para sahabat dan semua yang

terlibat, segala jasa baik dan kerjasama anda tetap dikenang. Tanpa komitmen dan keizinan-

Nya tidak mungkin Latihan Ilmiah ini dapat disiapkan. Semoga Allah membalas segala budi

baik tersebut. Walaupun banyak tunjuk ajar dan nasihat yang telah diberikan, namun

kelemahan yang wujud dalam penulisan ini saya mengakui semuanya adalah atas

tanggungjawab saya sendiri. Sekian, wassalam.

2
ABSTRAK

Kajian ini membincangkan Sejarah Kedah Volunteer Force (KVF) Dan Peranannya Kepada
Negeri Kedah: 1932-1945”. Perbincangan dibahagikan kepada tiga bahagian. Bahagian
pertama kajian ini ialah untuk melihat sejarah penubuhan dan perkembangan Kedah
Volunteer Force (KVF) berserta pasukan sukarelawan yang lain sehingga Perang Dunia
Kedua. Seterusnya kajian ini juga bertujuan untuk mengkaji peranan yang dimiliki oleh
Kedah Volunteer Force (KVF) dalam usahanya untuk mempertahankan negeri Kedah dari
ancaman musuh dan turut melibatkan peranan dalam aktiviti yang berlaku di negeri
Kedah.Objektif yang terakhir ialah untuk menjelaskan bentuk-bentuk latihan dan
kelengkapan yang diberikan kepada KVF dalam memastikan anggota KVF diberikan latihan
yang lebih baik dalam menghadapi serangan musuh. Kajian ini melibatkan kaedah
penyelidikan kualitatif iaitu menggunakan kaedah penyelidikan ke atas sumber pertama atau
lebih dikenali sebagai sumber primer. Antara sumber primer yang diperolehi dan digunakan
dalam kajian ini ialah dokumen-dokemen rasmi seperti Peraturan-Peraturan Pasukan
Volunteer Kedah, dan banyak lagi. Kajian ini juga turut menggunakan sumber sekunder
seperti data-data atau maklumat yang boleh diperolehi melalui buku, jurnal, surat khabar dan
artikel untuk memantapkan kajian. Skop kajian ini meliputi kajian pada tahun 1932 kerana
pada tahun ini merupakan tahun penubuhan KVF dan diakhiri pada tahun 1945 kerana
kepentingannya yang semakin berkurang selepas Perang Dunia Kedua. Hasil kajian ini
menunjukkan usaha British untuk menghadapi kemaraan tentera Jepun adalah melalui
peranan KVF yang turut mempunyai kepentingan dalam hal ehwal negeri Kedah. Implikasi
kajian ini menunjukkan kekuatan sesebuah negara terletak kepada kuasa pasukan pertahan.
Oleh itu, sesebuah negara itu memerlukan kuasa pertahanan yang utuh untuk
mempertahankan kepentingan negara.

3
ISI KANDUNGAN

PERKARA HALAMAN

1.0 Pengakuan
1.1

4
5
SENARAI SINGKATAN

6
SENARAI PETA

7
SENARAI GAMBAR

You might also like