You are on page 1of 3

KATA KERJA TRANSITIF

KKT Satu
Objek
Kata Kerja
Transitif (KKT)
KKT Dua
Objek

Kata Kerja Transitif (KKT) satu objek


1. Kata Kerja Transitif (KKT) satu objek terdiri daripada perkataan yang berawalan
men-, memper-, apitan men-…-kan, men-…i, memper-…-kan, memper-…-i, ter-
…-i, dan sebagainya.

a) Mereka sedang mendayung sampan.

b) Dia mempunyai lima orang adik-beradik.

c) Pihak polis tertembak kanak-kanak di hadapan bank itu.

d) Kami akan memperbesar rumah ayah di kampung.

e) Setiap peserta akan mempelajari teknik penulisan karangan.

f) Pihak sekolah akan mempertingkatkan pencapaian PT-3 pada tahun ini.


Kata Kerja Transitif (KKT) dua objek
2. KKT Dua Objek terdiri daripada objek tepat dan objek sipi. Objek tepat ialah
(siapa) manakala objek sipi ialah (apa) yang hadir selepas KKT dua objek dalam
susunan KKT2O (siapa) (apa).

Tambahan:
Dalam bahasa Melayu Kata Kerja Transitif (KKT) menghadiahi, menganugerahi,
mengajar, memberi, memasakkan, membacakan, menjahitkan dan sebagainya
dikenali sebagai KKT dua objek kerana perkataan-perkataan ini memerlukan dua
objek.

Contoh:
a) Hashimah membelikan Suraya (objek tepat) [siapa] novel kegemarannya
(objek sipi) [apa] sebagai hadiah.

b) Yassin memberitahu mereka bahawa kelas tambahan dibatalkan.

c) Kakak mengirimkan sepucuk surat kepada ibu.

d) Saya menghadiahi Husin buku itu.

e) Saya menghadiahkan buku itu kepada Husin.


menghiasi

mencintai

menghulurkan

melengkapi

menyimbah

menghindari

melepaskan

memasukkan

You might also like