You are on page 1of 5

KATA KERJA

AKTIF
TAK TRANSITIF
Cikgu Zaki
Indeks : Kata Kerja Tak Transitif Berpenerang
( KKTT Berpenerang)
KATA KERJA AKTIF TAK TRANSITIF
BERPENERANG
Maklumat:
(a) Kata Kerja Tak Transitif (KKTT) berpenerang boleh terdiri daripada KKTT Tak berpelengkap yang
diikuti oleh kata nama dan kata adverba sebagai penerang kepada kata kerja. Penerang boleh
digugurkan/ dibuang dan ayat masih gramatis. Penerang juga tidak boleh berpindah tempat di dalam
ayat .

Contoh KKTT Tak Berpelengkap Berpenerang Kata Nama

1(a) Samat berbaju.


1(b) Samat berbaju batik.

2(a) Ismail berkereta.


2(b) Ismail berkereta Proton Iriz.

3(a) Kanak-kanak itu sedang bermain.


3(b) Kanak-kanak itu sedang bermain bola di padang.
KATA KERJA AKTIF TAK TRANSITIF
BERPENERANG
Maklumat:
(a) Kata Kerja Tak Transitif (KKTT) berpenerang boleh terdiri daripada KKTT Tak berpelengkap yang
diikuti oleh kata nama dan kata adverba sebagai penerang kepada kata kerja. Penerang boleh
digugurkan/ dibuang dan ayat masih gramatis. Penerang juga tidak boleh berpindah tempat di dalam
ayat

Contoh KKTT Berpenerang Kata Adverba

1(a) Idris akan pulang.


1(b) Idris akan pulang nanti.

2(a) Harun berjalan.


2(b) Harun berjalan perlahan.

3(a) Adik menangis.


3(b) Adik menangis sekuat-kuatnya.
MARI KITA UJI MINDA DENGAN SOALAN INI.
Tentukan sama ada KKTT Berpenerang dalam ayat di bawah menerima penerang kata nama atau
kata adverba

1. Kami berjalan perlahan di taman permainan kanak-kanak. (KN / KADV)

2. Saleh berbaju batik pada hari Khamis. (KN / KADV)

3. Kakak dan adik bermain batu seremban di berandar rumah. (KN / KADV)

4. Budak-budak nakal itu berlari selaju-lajunya. (KN / KADV)


TUGASAN MURID

Murid perlu menyalin nota yang telah dibekalkan.

Murid boleh SALIN atau Print Nota

*murid perlu menentukan sama ada KKTT Berpenerang dalam ayat di


bawah menerima penerang kata nama atau kata adverba
bagi slaid ke-4 dengan merujuk nota yang telah dibincangkan di
dalam onlinemeet pagi tadi.

You might also like