You are on page 1of 2

Senarai Undang-undang / Peraturan

DASAR PENGURUSAN HAL EHWAL MURID


SEKOLAH KEBANGSAAN DEMIT 1

DASAR 1 : TENAGA PENGAJAR

1.1 Semua guru di sekolah ini adalah merupakan ibubapa kedua kepada semua
murid.
1.2 Sentiasa meletakkan kepentingan dan kebajikan murid dalam semua bentuk
tindakan dan keputusan yang dibuat.
1.3 Semua guru perlu melayan semua murid dengan adil, saksama, bertimbang rasa,
dan kasih sayang.

DASAR 2 : KEMASUKAN MURID

2.1 Sekolah ini menerima kemasukan murid dari pelbagai kaum tanpa sekatan.
2.2 Setiap maklumat murid akan didaftarkn ke dalam buku rekod pendaftaran dan ke
dalam Sistem Maklumat Murid (SMM).
2.3 Setiap murid akan di tempatkan di kelas-kelas berdasarkan prestasi akademik.
2.4 Setiap murid diwajibkan memiliki sebuah buku “Peraturan Sekolah” pada setiap
masa.

DASAR 3 : DISIPLIN MURID

3.1 Murid yang sering melanggar peraturan sekolah, akan dihadapkan ke Lembaga
Disiplin.
3.2 Ibubapa atau penjaga murid yang dihadapkan kepada Lembaga Disiplin akan
dipanggil untuk hadir ke sekolah.
3.3 Sekolah akan mengamalkan pendekatan “Nasihat Dan Bimbingan” dalam
menangani permasalahan disiplin murid.
3.4 Ibubapa atau penjaga kepada murid yang tidak hadir ke sekolah, perlu
memaklumkan atau menulis surat kepada pihak sekolah.
3.5 Murid yang tidak hadir ke sekolah tanpa sebab selama tiga hari berturut-turut
dikira ponteng sekolah.

DASAR 4 : KESELAMATAN MURID

4.1 Keselamatan murid akan sentiasa dilindungi sepenuhnya sepanjang mereka


berada di kawasan sekolah pada waktu persekolahan.
4.2 Ibubapa atau penjaga, yang ingin membawa murid keluar perlu menulis nama di
dalam Buku Kebenaran Keluar yang terletak pejabat.
4.3 Semua murid dilindungi dengan Skim Insurans Takaful Malaysia.

DASAR 5 : KESIHATAN MURID

5.1 Sekolah akan memastikan tahap kesihatan murid sentiasa baik melalui program-
program yang dirancang seperti :
• Pemeriksaan Gigi dan Mata
• Pemeriksaan Kesihatan
• Program RMT
• Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Jasmani & Kesihatan
• Ceramah dan Kempen
5.2 Mendapatkan maklumat tahap kesihatan murid daripada ibu bapa / penjaga.
5.3 Penjaga akan dihubungi sekiranya murid didapati tidak sihat semasa berada di
sekolah.
5.4 Pihak sekolah akan terus berurusan dengan pihak hospital, tanpa menghubungi
penjaga terlebih dahulu terhadap kes-kes yang kronik (kecemasan).
5.5 Pihak sekolah akan berusaha membantu murid-murid yang mempunyai masalah
Kesihatan.

DASAR 6 : KEBAJIKAN MURID

6.1 Murid-murid yang menghadapi pelbagai masalah akan sentiasa cuba dibantu
melalui jawatankuasa-jawatankuasa yang dibentuk di peringkat sekolah.
6.2 Pihak sekolah akan sentiasa membuka pintu kepada sesiapa yang ingin
memberikan apa jua bentuk bantuan kepada murid disekolah ini.
6.3 Pihak sekolah akan melindungi maklumat peribadi murid yang bermasalah demi
menjaga maruah murid tersebut.

You might also like