You are on page 1of 79

PENGUASAAN KEMAHIRAN GEOGRAFI

DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN


6 ATAS DI DAERAH PEKAN

MOHAMAD ZULLAIHI BIN MOHAMED RASID

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS


2022
TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN DALAM
KALANGANPELAJAR TINGKATAN 6 ATAS
DALAM DAERAH PEKAN

MOHAMAD ZULLAIHI BIN MOHAMED RASID

KERTAS PROJEK INI DIKEMUKAKAN BAGI MEMENUHI SYARAT UNTUK


MEMPEROLEH IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN GEOGRAFI
DENGAN KEPUJIAN

FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN


UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
2022
I

PENGAKUAN

Saya mengaku bahawa ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan setiap satunya telah dijelaskan sumbernya.

………………………………………..

MOHAMAD ZULLAIHI BIN MOHAMED RASID

……………………………………..

TARIKH
II

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, syukur ke hadrat allah SWT kerana dengan izin-Nya saya dapat

menyiapkan projek tahun akhir Pendidikan Geografi bagi memenuhi syarat bagi

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Geografi) dengan

kepujian dalam masa yang ditetapkan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pensyarah

penyelia bagi projek tahun akhir saya iaitu Dr. Kamarul Bin Ismail atas segala

bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan kepada saya dalam menyiapkan projek

tahun akhir ini. Segala dorongan dan tunjuk ajar amat dihargai sepanjang seliaan dan

bimbingan.

Saya juga ini merakamkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada kedua-

dua ibu bapa iaitu Mohamad Rasid Bin Sulong dan Hapizah Binti Abdullah yang

sentiasa memberi sokongan dan semangat kepada saya untuk meneruskan pengajian

di peringkat ijazah sarjana muda ini. Tidak lupa juga kepada adik-beradik yang

memberi semangat, bantuan, kewangan dan dorongan untuk saya menyiapkan projek

tahun akhir ini dengan jayanya. Buat rakan seperjuangan Aini Najwa dan Wan Aizaq

yang sentiasa bersama-sama memberi semangat dan bersama-sama berjuang dalam

menyiapkan tugasan ini.

Akhir sekali, terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah

membantu saya sama ada secara langsung atau tidak langsung bagi menyiapkan

tugasan projek ini dan semoga Allah SWT memberikan balasan yang lebih baik.

Amin.
III

Abstrak

Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap penguasaan kemahiran geografi (pemetaan)
dalam kalangan pelajar tingkatan 6 atas di daerah Pekan. Pengkaji menggunakan
pendekatan kuantitatif dan data dikumpul dengan mengedarkan borang soal selidik
yang mengandungi tiga bahagian iaitu bahagian A demografi, bahagian B tahap
penguasaan kemahiran pemetaan dan bahagian C menilai keupayaan pelajar untuk
menyiapkan tugasan kerja kursus geografi. Seramai 191 orang pelajar tingkatan 6 atas
daripada 4 buah sekolah dalam daerah Pekan telah dijadikan sampel kajian. Hasil
kajian mendapati tahap penguasaan kemahiran pemetaan pelajar tingkatan 6 atas
berada pada peringkat yang tinggi secara keseluruhannya. Ini dibuktikan dengan nilai
min bagi setiap soalan dalam borang soal selidik mencatatkan nilai (min= 4.06,
SD=0.23) dan ke atas. Terdapat juga soalan yang mencatatkan nilai min yang rendah
iaitu (min= 2.12, SD= 0.32) dan ke bawah namun bilangannya adalah rendah. Bagi
objektif kedua, hasil kajian mendapati bahawa hubungan antara pemboleh ubah ini
adalah signifikan apabila nilai korelasi mencatakan nilai (0.61) atau nilai positif.
Maka hubungan antara pemboleh ubah adalah positif dan berhubung. Bagi ujian T-
test yang dijalankan antara pelajar lelaki dengan perempuan, terdapat perbezaan
antara skor mengikut jantina. Bagi pelajar lelaki skor yang dicapai adalah (M= 40.17,
SD= 6.17) manakala pelajar perempuan mendapat skor (M= 39.77, SD=9.13). Pelajar
lelaki dilihat lebih menguasai kemahiran pemetaan berbanding pelajar perempuan
namun dengan perbezaan yang rendah.

Kata kunci: Tahap penguasaan, keupayaan menyiapkan kerja kursus, pelajar


tingkatan 6, kerja kursus geografi
IV

Abstract

This study aims to identify the level of mastery of geographical skills (mapping)
among upper form 6 students in the district of Pekan. Researchers used a quantitative
approach and data were collected by distributing a questionnaire containing three
sections namely section A demographics, section B level of mastery of mapping skills
and section C assessing students' ability to complete geography coursework
assignments. A total of 191 upper form 6 students from 4 schools in the Pekan district
were sampled for the study. The results of the study found that the level of mastery of
mapping skills of upper form 6 students is at a high level overall. This is evidenced by
the mean value for each question in the questionnaire recorded a value (mean = 4.06,
SD = 0.23) and above. There are also questions that recorded a low mean value (mean
= 2.12, SD = 0.32) and below but the number is low. For the second objective, the
results of the study found that the relationship between these variables was significant
when the correlation value expressed a value of (0.61) or a positive value. So the
relationship between the variables is positive and related. For the T -test conducted
between male and female students, there was a difference between the scores
according to gender. For male students the score achieved was (M = 40.17, SD =
6.17) while female students got a score (M = 39.77, SD = 9.13). Male students were
seen to have more mastery of mapping skills than female students but with low
differences.

Keywords: Proficiency level, ability to complete coursework, form 6 students,


geography coursework
V

ISI KANDUNGAN

Muka Surat
Pengakuan I
Penghargaan II
Abstrak III
Abstract IV
Isi Kandungan V-VII
Senarai Jadual VIII-IX
Senarai Singkatan X
Bab 1 Pendahuluan
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang 3
1.3 Pernyataan Masalah 4
1.4 Objektif Kajian 5
1.5 Kepentingan Kajian 5
1.6 Persoalan Kajian 6
1.7 Kerangka Konseptual 7
1.8 Batasan Kajian 8
1.9 Rumusan 9
Bab 2 Kajian Literatur
2.1 Pengenalan 11
2.2 Pendidikan Geografi di Malaysia 12
2.3 Peta 15
2.4 Peta Topografi 17
2.5 Peta Sebagai Elemen Komunikasi 19
2.6 Model Kajian Lepas 21
2.7 Kesimpulan 24
VI

Bab 3 Metodologi Kajian


3.1 Pengenalan 25
3.2 Reka Bentuk Kajian 26
3.3 Kawasan Kajian 26
3.4 Populasi dan Persampelan Kajian 28
3.5 Instrumen Kajian 30
3.5.1 Bahagian A: Demografi 31
3.5.2 Bahagian B: Tahap 31
Penguasaan
Kemahiran
3.5.3 Bahagian C: Keupayaan 32
Menyiapkan Tugasan Kerja
Kursus Geografi
3.5.4 Bahagian D: Komen dan 33
Cadangan
3.6 Pengesahan Instrumen Kajian 34
3.6.1 Kesahan 34
3.6.2 Kebolehpercayaan 35
3.7 Prosedur Pengumpulan Data 35
3.8 Analisis Data 36
3.9 Rumusan 36
Bab 4 Dapatan Kajian
4.1 Pengenalan 38
4.2 Demografi Responden 39
4.2.1 Analisis Deskriptif Sekolah 39
4.2.2 Analisis Deskriptif Jantina 41
4.2.3 Analisis Deskriptif Kaum 41
4.2.4 Analisis Deskriptif 42
Pengambilan
Subjek Geografi semasa SPM
4.3 Analisis Tahap Penguasaan 43
Kemahiran Geografi (Pemetaan)
4.4 Analisis Hubungan Tahap 49
VII

Penguasaan Kemahiran dengan


Keupayaan Menyiapkan Tugasan
Kerja Kursus Geografi
4.5 Analisis Perbezaan Tahap 50
Penguasaan Kemahiran Geografi
antara Lelaki dan Perempuan
4.6 Rumusan 51
Bab 5 Kesimpulan
5.1 Pengenalan 52
5.2 Perbincangan Kajian 53
5.3 Kekuatan Kajian 54
5.4 Kelemahan Kajian 55
5.5 Cadangan Kajian Masa Hadapan 56
5.6 Rumusan 57
Rujukan 59
Lampiran 62
VIII

Senarai Jadual dan Rajah

Bil Tajuk Muka Surat

1.1 Rajah: Peta Konseptual Penguasaan Kemahiran 8

dan Keupayaan

2.1 Rajah: Model Komunikasi Kartografi 21

2.2 Rajah: Model Pengkategorian Kemahiran Peta 23

3.1 Rajah: Peta Daerah Pekan & Kedudukan 28

Sekolah

3.1 Jadual: Populasi & Persampelan berdasarkan 29

Krejcie & Morgan

3.2 Jadual: Maklumat Soal Selidik 30

3.3 Jadual: Pembahagian Item Tahap Penguasaan 32

Kemahiran mengikut Sub Kemahiran

3.4 Jadual: Skala Likert 5 Mata Bagi Skor Setiap 33

Item

3.5 Jadual: Nilai Kebolehpercayaan Kajian Rintis 35

4.1 Jadual: Sekolah Responden 40

4.2 Jadual: Jantina Responden 41

4.3 Jadual: Kaum Responden 42

4.4 Jadual: Mengambil Subjek Geografi Semasa 42

SPM
IX

4.5 Jadual: Analisis Tahap Penguasaan Kemahiran 47

4.6 Jadual: Hubungan Tahap Penguasaan 49

Kemahiran dengan Keupayaan Menyiapkan

Tugasan

4.7 Jadual: Perbezaan Tahap Penguasaan 51

Kemahiran Antara Jantina


X

Senarai Singkatan

Singkatan Nama Penuh


STPM Sijil Tinggi Pengajian Malaysia

KPM Kementerian Pendidikan Malaysia

BPK Bahagian Pembangunan Kurikulum

PAK-21 Pembelajaran Abad Ke-21

ABM Alat Bantu Mengajar

BBM Bahan Bantu Mengajar

NGO Non Government Organization

GIS Geographic Information System

UPSI Universiti Pendidikan Sultan Idris

USGS U.S Geological Survey

KSSR Kurikulum Standard Sekolah Rendah

KSSM Kurikulum Standard Sekolah Menengah

KBSM Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah


1

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Ilmu geografi merupakan satu ilmu yang tidak asing lagi di Malaysia mahupun di

peringkat antarabangsa. Kepentingan ilmu dan aplikasinya terhadap kehidupan diakui

oleh setiap individu serta masyarakat. Menurut Mohmadisa Hashim, Hanifah Mahat,

Nasir Nayan, Yazid Salleh & Koh pada tahun 2019, geografi merupakan kajian berkaitan

organisma hidup dan bukan hidup yang mendiami bumi bersama-sama dengan manusia.

Geografi juga turut dikategorikan sebagai bidang sains kemanusiaan yang membuka

minda serta pencerahan yang lebih terperinci berkaitan saling kebergantungan manusia

dengan alam sekitar.


2

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menyatakan dalam Kurikulum

Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1988 bahawa subjek Geografi

merupakan subjek teras bagi pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 3. Situasi berbeza pula

dengan pelajar tingkatan 4 dan 5 kerana mereka boleh memilih subjek geografi sebagai

subjek elektif (Ahmad Zohir, 2016). Pelaksanaan dasar ini pada tahun 1989 disambut

baik oleh warga pendidik serta pelajar kerana subjek ini merangkumi bidang ilmu

organisasi ruang dan persekitaran yang saling berkaitan dengan manusia bagi melahirkan

keseimbangan. Dalam kata lain, subjek geografi ini penting kepada pelajar sekolah

kerana subjek ini memberi pengetahuan tentang alam sekitar, komponen fizikal dan

budaya serta mampu melahirkan pelajar yang bertanggungjawab terhadap persekitaran.

Pendidikan geografi pada hari ini telah mengalami perubahan dan evolusi selaras

dengan perkembangan teknologi serta keperluan semasa dalam pasaran negara. Geografi

menjadi cabang ilmu yang merangkumi pelbagai aspek termasuk ekonomi dan teknologi.

Menurut Ahmad Zohir (2016), perubahan geografi khususnya dalam pendidikan telah

mengubah isi kandungan serta kurikulum pendidikan di peringkat kebangsaan. Perubahan

yang berlaku mendorong guru-guru serta tenaga pengajar melengkapkan diri dengan ilmu

serta kemahiran yang terkini bagi menjamin kualiti pendidikan. Geografi kini menjadi

satu cabang ilmu yang signifikan dan mustahak untuk dipelajari oleh para pelajar kerana

fungsi dan faedah yang tidak terbatas dapat menjana kecemerlangan dalam akademik

serta keseimbangan.
3

Kajian ini dilaksanakan bagi meneliti tahap penguasaan kemahiran geografi

(pemetaan) dalam kalangan pelajar tingkatan 6 atas di daerah Pekan. Umum mengetahui

subjek geografi merupakan antara subjek yang menjadi pilihan pelajar tingkatan 6 untuk

mereka pelajari. Oleh itu kajian ini sangat relevan bagi memantau dan memerhati tahap

pengetahuan dan penguasaan mereka terhadap beberapa kemahiran dalam subjek

geografi.

1.2 Latar Belakang

Geografi merupakan salah satu mata pelajaran yang disenaraikan dalam peperiksaan SPM

dalam kategori aliran Sains Kemanusiaan. Subjek geografi sememangnya merupakan

antara mata pelajaran yang menjadi pilihan para pelajar untuk mereka ambil sebagai

subjek elektif. Pada tahun 2002 seramai 60,251 pelajar mengambil subjek geografi

sebagai subjek yang akan mereka duduki semasa peperiksaan SPM (Mohmadisa Hashim,

2007). Pengisian dan inti sari ilmu geografi menjadi elemen utama pemilihan para pelajar

serta keseronokan mempelajari ilmu tersebut. Dalam ilmu pendidikan geografi terdapat

beberapa teknik dan kemahiran yang boleh dipelajari dan digunakan dalam kehidupan

seharian.
4

1.3 Pernyataan Masalah

Kajian ini memberi tumpuan kepada penguasaan kemahiran geografi dalam kalangan

pelajar tingkatan 6 atas dalam daerah Pekan. Hal ini kerana kemahiran ini sangat penting

dan memberi impak yang besar terhadap markah atau keputusan ujian semester mereka.

Subjek geografi pada masa kini semakin diabaikan hari demi hari. Begitu juga kemahiran

yang terdapat dalam bidang ilmu ini. Pelajar yang mengambil subjek geografi sahaja

yang masih dan menguasai kemahiran yang diajarkan dalam mata pelajaran ini. Pelajar

yang tidak mengambil subjek ini sememangnya tidak menguasai kemahiran geografi.

Menurut Mohmadisa Hashim pada 2007, disiplin ilmu ini kurang diminati oleh pelajar

kerana tidak mempunyai daya saing atau tarikan yang mampu membuatkan pelajar

berminat untuk mengambil subjek ini.

Senario ini menjadikan kemahiran geografi semakin kurang difahami dan kurang

dikuasai oleh pelajar pada masa kini khususnya dalam kalangan responden dalam kajian

ini. Oleh itu kajian ini diketengahkan bagi membuat pemerhatian serta analisis terhadap

penguasaan serta kefahaman pelajar tingkatan 6 atas dalam kemahiran geografi. Bagi

meneliti prestasi pelajar tingkatan 6, pengukuran tahap penguasaan serta keupayaan

mereka untuk menyelesaikan tugasan kerja kursus geografi akan dilaksanakan.


5

1.4 Objektif Kajian

1.4.1 Mengenal pasti tahap penguasaan kemahiran geografi (pemetaan) dalam

menyiapkan kerja kursus pelajar tingkatan 6 atas dalam daerah Pekan.

1.4.2 Mengkaji hubungan antara penguasaan kemahiran geografi (pemetaan) dengan

keupayaan melaksanakan kerja kursus pelajar tingkatan 6 atas dalam daerah

Pekan.

1.4.3 Meneliti perbezaan tahap penguasaan kemahiran geografi (pemetaan) antara

pelajar lelaki dan perempuan tingkatan 6 atas di daerah Pekan.

1.5 Kepentingan Kajian

Kajian ini berkepentingan bagi mengukur tahap penguasaan kemahiran geografi para

pelajar tingkatan 6 atas di daerah Pekan serta mengkaji keupayaan mereka dalam

menyiapkan tugasan kerja kursus mereka. Selain itu, kajian ini turut bertujuan menguji

tahap kefahaman dan penguasaan pelajar tingkatan 6 dalam kemahiran geografi

khususnya kemahiran pemetaan. Seterusnya, pengkaji juga ingin membuat perbandingan

prestasi atau kefahaman antara pelajar lelaki dengan pelajar perempuan terutamanya

dalam kemahiran pemetaan.

Pengkaji juga berharap agar hasil kajian ini dapat memberi manfaat kepada para

pelajar dan guru di sekolah sekitar daerah Pekan khususnya pelajar STPM. Impak dan
6

hasil kajian ini membolehkan para guru untuk menambah baik proses pembelajaran

khususnya dalam bab kemahiran memandangkan penggunaan kemahiran sangat penting

bagi pelajar tingkatan 6 pada setiap semester khususnya untuk menyiapkan tugasan kerja

kursus mereka. Selain itu, kajian ini diharapkan dapat memberi kesedaran kepada pelajar

di peringkat menengah rendah tentang kepentingan memahirkan diri dengan kemahiran

geografi yang dipelajari semasa berada di tingkatan 1 hingga ke tingkatan 3. Hal ini

kerana, sekiranya mereka ingin melanjutkan pelajaran di peringkat STPM malah ke

peringkat universiti, kemahiran ini sangat berguna dan praktikal untuk dikuasai.

1.6 Persoalan Kajian

1.6.1 Adakah pelajar tingkatan 6 dalam daerah Pekan menguasai kemahiran pemetaan

yang amat penting dalam menyiapkan tugasan kerja kursus geografi.

1.6.2 Adakah terdapat hubungan antara penguasaan kemahiran geografi dengan

keupayaan pelajar tingkatan 6 untuk menyiapkan tugasan kerja kursus mereka.

1.6.3 Adakah terdapat perbezaan prestasi atau perbezaan tahap penguasaan kemahiran

geografi pemetaan antara pelajar lelaki dengan pelajar perempuan.


7

1.7 Kerangka Konseptual

Kerangka konseptual merupakan kunci kepada hubung kait setiap pemboleh ubah iaitu

tahap penguasaan kemahiran pemetaan membawa kepada keupayaan menyiapkan

tugasan kerja kursus geografi tingkatan 6. Satu pemboleh ubah tidak bersandar iaitu

penguasaan kemahiran melibatkan beberapa sub kemahiran iaitu arah, skala, jarak,

rujukan grid serta simbol telah dipilih dalam kajian ini. Pemboleh ubah bersandar pula

adalah keupayaan menyiapkan tugasan kerja kursus geografi tingkatan 6. Keupayaan ini

dapat dinilai berdasarkan kefahaman, kemahiran, hafalan serta ilmu pengiraan yang

dimahiri. Rajah 1.1 menunjukkan kerangka konseptual berkenaan.


8

Rajah 1.1: Peta Konseptual Penguasaan Kemahiran dan Keupayaan

1.8 Batasan Kajian

Kajian yang dijalankan oleh pengkaji melibatkan 191 orang pelajar tingkatan 6 atas di

dalam daerah Pekan, Pahang. Sampel dipilih secara rawak daripada empat buah sekolah

yang mempunyai aliran tingkatan 6 di daerah Pekan. Sampel turut dipilih tanpa mengira

kaum, agama, jantina serta latar belakang mereka.


9

Batasan kajian yang menjadi cabaran adalah limitasi untuk mengedarkan

instrumen soal selidik dalam bentuk borang soal selidik. Kekurangan kenalan daripada

beberapa sekolah yang terdapat di daerah Pekan menyebabkan pengkaji sukar untuk

mengedarkan borang soal selidik kepada pelajar tingkatan 6 atas. Pengumpulan

responden dan maklum balas pelajar terhadap borang soal selidik mengambil masa yang

lama kerana pelajar tingkatan 6 atas sibuk menyiapkan tugasan lain.

1.9 Rumusan

Bab ini menerangkan dan memberi gambaran awal berkenaan dengan kajian yang

dijalankan iaitu penilaian tahap penguasaan kemahiran geografi dalam kalangan pelajar

tingkatan 6 dalam daerah Pekan. Kajian ini menekankan tiga aspek utama yang menjadi

kepentingan kajian iaitu pertama sekali adalah untuk menilai tahap penguasaan

kemahiran geografi yang dikuasai oleh pelajar tingkatan 6 atas mengikut sub kemahiran.

Yang kedua adalah untuk meneliti hubungan antara pemboleh ubah iaitu tahap

penguasaan dengan keupayaan untuk menyiapkan tugasan kerja kursus. Yang terakhir

adalah untuk melihat perbezaan tahap penguasaan atau prestasi pelajar tingkatan 6 atas

dalam kemahiran geografi pemetaan antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan. Objektif

dan matlamat kajian adalah sangat jelas dan hasil kajian ini bakal memberi informasi dan

faedah kepada responden yang terlibat, pengkaji serta pembaca yang berminat dengan

hasil kajian ini. Walaupun kajian ini mempunyai batasan, namun segala usaha akan

dilaksanakan oleh pengkaji bagi menyelesaikan kajian serta mendapatkan hasil yang
10

berkualiti dan bermanfaat. Kajian yang memfokuskan penilaian kemahiran geografi

terhadap para pelajar tingkatan 6 dalam daerah Pekan akan membantu para guru dan

sekolah untuk membuat perancangan bagi meningkatkan kualiti pelajar bagi memenuhi

keperluan dalam menyiapkan tugasan kerja kursus dengan lancar.


11

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Dalam bab ini pengkaji mengulas beberapa isu serta kajian lepas yang berkaitan dengan

tajuk kajian. Kandungan kajian lepas ini meliputi kajian serta penulisan terdahulu dengan

bertujuan meneliti senario pendidikan geografi pada masanya, mengenal dengan lebih

jelas peta topografi, melihat kepentingan peta terhadap komunikasi, membincangkan

masalah dalam penguasaan kemahiran pemetaan dan melihat secara terperinci tentang

pendekatan serta penemuan yang diperoleh berdasarkan kajian lepas. Segala


12

perbincangan dan tinjauan akan digunakan bagi menganalisis dengan lebih kritis

mengenai tajuk dan objektif kajian.

2.2 Pendidikan Geografi di Malaysia

Senario pendidikan di Malaysia dalam semua subjek mengalami perubahan dari masa ke

semasa termasuk subjek geografi. Perubahan ini dilihat memberi kepentingan kepada

perkembangan semasa dan keperluan negara. Perkembangan ini selaras dengan konteks

sosiobudaya Malaysia serta falsafah negara. Menurut Abdul Hadi, Abdul Samad,

Shaharudin & Ahmad Fariz pada tahun 2013, dalam aspek geografi perubahan yang

berlaku terikat dengan laluan masyarakat pasca kolonial yang mewarisi korpus ilmu

kolonial dan pembentukan korpus ilmu baharu cuba dirangka semula. Di peringkat

sekolah, perubahan dalam silibus serta kurikulum pendidikan menjadi fenomena yang

perlu dihadapai oleh warga pendidik demi memastikan tahap pendidikan memenuhi

keperluan semasa negara. Maka warga pendidik perlu sentiasa peka dan cakna dengan

perubahan yang memerlukan tindakan pro aktif daripada golongan terlibat.

Pendidikan di Malaysia terbahagi kepada enam tahun pendidikan rendah, tiga

tahun pendidikan menengah rendah dan dua tahun menengah atas diikuti pula dengan dua
13

tahun pendidikan pada peringkat STPM (Mohammad Zohir, 2016). Penggunaan

kurikulum Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) pada peringkat rendah

manakala (Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Perubahan berlaku

apabila berlaku transformasi kurikulum pada tahun 2017 iaitu pengenalan terhadap

Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang menukarkan kurikulum sedia ada

KSSR. Secara tidak langsung sukatan pelajaran dalam subjek geografi mengalami

perubahan yang ketara. Perubahan ini dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan

Malaysia (KPM) di bawah jawatankuasa Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK).

Perubahan kurikulum ini berlandaskan model atas ke bawah (top-down) dan menepati

model Perkembangan Kurikulum Penerimaan yang dinyatakan oleh Okpala dan

Tabulawa (2003).

Pendidikan era baru di Malaysia pada masa kini cenderung dalam mengamalkan

kaedah pembelajaran abad ke-21 (PAK-21). Para pendidik giat merencana dan

membangunkan program ini bagi mewujudkan perkembangan kognitif, memberi

dorongan pembelajaran serta membawa perubahan positif terhadap pencapaian pelajar.

Terdapat pelbagai inisiatif serta karakteristik teknik pembelajaran geografi yang baharu

telah diperkenalkan dan ditambah baik dalam usaha meningkatkan darjah ketersampaian

ilmu kepada pelajar. Penggunaan alat bantu mengajar (ABM) serta bahan bantu mengajar

(BBM) menjadi alat serta teknik yang wajib digunakan oleh pendidikan dalam setiap sesi

pembelajaran.
14

Pelajar turut memainkan peranan penting dalam membawa kesan kepada

perubahan dalam kurikulum pendidikan sekolah pada masa kini. Pelajar perlu lebih aktif

dan berinisiatif dalam membawa perubahan diri serta meningkatkan ilmu pengetahuan

mereka dalam semua subjek khususnya geografi. Pelajar yang aktif dan berkualiti perlu

memiliki ciri-ciri seperti:

i. berani mengemukakan soalan geografi

ii. berusaha memperoleh maklumat geografi

iii. mahir menyusun maklumat geografi

iv: berkebolehan menganalisis maklumat geografi

v: berminat untuk menjawab soalan dan merancang

vi: cenderung berkomunikasi menggunakan ilmu geografi

Menurut Arumugam (2006), pelajar yang mampu berfikiran logik, analisis, sistematik,

sintesis, kritis, kreatif mampu untuk menyelesaikan masalah dengan baik dan berkesan

seperti ciri-ciri yang telah dinyatakan di atas. Pendedahan terhadap enam ciri ini mampu

melahirkan pelajar geografi yang berdaya saing dan memberi impak kepada perubahan

negara.

Dalam perubahan pasti akan berlaku halangan serta cabaran yang tersendiri.

Begitu juga dengan perubahan pendidikan dalam geografi. Isu yang berat telah

dikongsikan oleh Mohammad Zohir (2016), yang mengatakan bahawa kedudukan mata

pelajaran geografi semakin tergugat dan kurang mendapat perhatian dalam senario
15

pendidikan masa kini. Isu yang timbul disebalik cabaran ini adalah kekurangan guru bagi

subjek geografi serta kekurangan kemudahan di sekolah menjadikan subjek geografi

mengalami prestasi yang buruk. Bagi melestarikan kepentingan subjek geografi, peranan

daripada beberapa pihak seperti Non Government Organization (NGO) perlu

dipertingkatkan demi menjaga nama baik serta pencapaian sedia ada mata pelajaran

geografi. Menurut Noraini (2012), bagi menjamin subjek geografi sentiasa relevan dalam

platform pendidikan negara, semua pihak yang mempunyai identiti dalam bidang

geografi perlu terlibat dalam usaha memartabatkan bidang ini tanpa mengira peringkat.

Dengan usaha ini, bidang ilmu geografi akan dapat dimartabatkan serta kepentingannya

dapat diketengahkan.

2.3 Peta

Peta merupakan satu persembahan atau imej yang terhasil daripada pandangan pada satah

datar yang melibatkan keseluruhan atau sebahagian unsur permukaan bumi pada skala

dan sistem unjuran yang tertentu (Noor, 2014). Penghasilan peta sangat signifikan kepada

penggunanya kerana keupayaan memaparkan imej lokasi, objek semulajadi serta keadaan

persekitaran dalam ketepatan yang minima. Peta diibaratkan seperti gambar yang dapat

memberi gambaran serta pandangan futuristik kepada pengkaji namun tidak dapat

diungkapkan dengan kata-kata. Peta itu sendiri menjadi elemen atau entiti yang dapat

memberi gambaran visual serta konvensional tentang corak rupa bentuk muka bumi

seolah-olah dilihat daripada pandangan atas.


16

Peta bentuk muka bumi yang terhasil bertujuan meneliti serta mendapatkan

maklumat berkaitan perubahan alam sekitar yang dipengaruhi oleh kegiatan manusia

secara berterusan. Dalam kata lain, peta digunakan untuk memantau perubahan landskap

bumi yang dipengaruhi oleh aktiviti manusia di sesebuah kawasan. Menurut R.B. Bunnett

(1979), walaupun peta tidak dapat menjelaskan dengan tepat dan jitu berkenaan aktiviti

yang dijalankan di muka bumi, namun peta dapat memberi gambaran kesan atau

perubahan yang dialami oleh muka bumi dengan hanya melihat kepada peta yang terkini

atau peta secara langsung.

Menurut Tyner pada tahun 2015, beliau menyatakan bahawa seseorang yang tidak

mampu membaca peta dengan efektif, mereka diibaratkan hanya membaca teks atau

hujahan pada kelas yang terendah. Beliau turut menyatakan bahawa peta menjadi satu

unit perwakilan dalam bentuk grafik yang mewakili bumi dalam skala yang benar dan

terperinci. Terdapat perbezaan dalam persembahan peta yang dipaparkan dalam telefon

pintar dengan peta yang dihasilkan secara lukisan grafik. Peta pada telefon pintar

dipersembahkan dalam siri animasi manakala peta yang dilukis dipersembahkan dalam

siri grafik yang jelas serta menepati kesemua ciri-ciri pemetaan. Oleh itu, peta secara

umumnya mewakili ruang dan maklumat yang memberi faedah kepada pengkaji.

Dalam mengalami perkembangan teknologi, penghasilan peta telah dibangunkan

bagi membantu lebih ramai pengkaji untuk mendapatkan maklumat. Sistem Maklumat

Geografi (GIS) yang terhasil telah mengambil alih fungsi peta tradisional atau peta sedia

ada dengan sangat efisien. Walford (2002), menyatakan GIS telah membawa perubahan
17

yang signifikan serta berkesan dalam bidang geografi. Sistem ini bukan sahaja mudah

dicapai, malah rujukan terhadap sumber yang pasif masih boleh diakses dengan mudah.

GIS turut mempunyai ciri-ciri teknologi yang memudahkan penggunanya menyimpan

segala maklumat dan data dengan mudah. Othman, Hamirdin, Mohammad Raduan pada

tahun 1984 telah mengatakan bahawa peta adalah sebuah manuskrip atau dokumen

sejarah yang telah dihasilkan mengikut ketepatan skala, lukisan dan diterbitkan dengan

teliti dan rapi agar penggunaannya dapat diakses oleh ramai masyarakat. Proses

penghasilan peta tradisional mengambil masa antara empat hingga ke 12 tahun sebelum

peta tersebut boleh digunakan oleh orang awam. Maka dengan adanya GIS, masa serta

tenaga yang banyak dapat dikurangkan bagi menghasilkan satu-satu peta yang

dikehendaki.

2.4 Peta Topografi

Peta topografi merupakan contoh peta yang dihasilkan dan dibangunkan dalam siri yang

tersendiri dan memenuhi beberapa keperluan dalam bidangnya. Terdapat beberapa

elemen atau ciri yang dikenal pasti antaranya adalah ciri fizikal dan ciri budaya. Dalam

kenyataan U.S Geological Survey (USGS) dalam Tyner (2015) menyatakan bahawa peta

topografi ini terhasil dalam ciri fizikal dan ciri budaya yang menunjukkan ciri-ciri semula

jadi atau fizikal termasuklah gunung, lembah, pantai, hutan, tasik, sungai, tumbuhan, dan

lain-lain. Dalam peta topografi juga terdapat elemen yang dihasilkan oleh manusia seperti

jalan raya, sempadan, jaringan pengangkutan dan bangunan. Penggunaan peta topografi
18

ini sangat meluas dan memberi banyak maklumat yang jelas. Peta ini kerap digunakan

oleh pelbagai pihak antaranya tentera, jurutera, perancang pembandar serta banyak lagi

profesion yang berkepentingan terhadap persekitaran. Peta topografi turut digunakan

untuk merancang pembandaran dan perubahan landskap alam bagi tujuan pengurusan

alam sekitar. Tyler (2015) turut menjelaskan peta topografi menjadi panduan dan rujukan

dalam kalangan pendaki gunung, perkhemahan, pemancing serta individu yang

menjalankan sukan lasak di dalam hutan.

Menurut Othman, Hamirdin & Mohammad Raduan (1984), peta topografi

merupakan sebuah peta dalam skala sederhana besar yang telah mengalami proses

pengiraan dan lukisan daripada hasil pengukuran yang tepat dan terpenrinci daripada ciri-

ciri asal. Dalam kata lain penghasila peta ini berdasarkan butiran ukur tanah yang sebenar

serta mempunyai ciri-ciri semula jadi dan buatan manusia. Peta ini menjadi pilihan ramai

pengkaji kerana akses serta analisis yang mudah dapat dilaksanakan bagi tujuan kajian.

Menurut Othman, Hamirdin & Mohammad Raduan (1984), terdapat 3 jenis peta

topografi yang berbeza-beza. Antara peta topografi yang berskala sederhana iaitu peta

rupa bumi Semenanjung Malaysia 1:760000 atau 1 inci bersamaan lebih kurang 12 batu

dan peta tumbuh-tumbuhan Semenanjung Malaysia berskala 1:500000 atau 1 inci

bersamaan dengan 7.89 batu. Peta-peta yang dinyatakan ini mampu memaparkan ciri-ciri

umumnya yang terdapat pada peta tersebut.

Seterusnya, peta kedua adalah peta dalam skala besar yang mewakili 1:1000000

atau 1cm bersamaan 1km dan terdapat juga peta yang berskala 1: 63360 atau 1inci
19

bersamaan 1 batu serta peta yang berskala 1:50000. Peta-peta ini amat berguna dalam

kajian kerana ia dapat menunjukkan ciri-ciri mikro yang penting kepada muka bumi

nyata. Peta yang terakhir dikenali sebagai pelan bandar yang dilukis pada skala 1:10560

atau bersamaan 1 inci mewakili 1/6 batu. Peta ini berguna dalam menunjukkan struktur

bangunan dan pembentangan bandar.

2.5 Peta Sebagai Elemen Komunikasi

Peta berfungsi memaparkan kewujudan, gabungan dan jarak anatar kawasan yang

terdapat di permukaan bumi (Mohamed Said, Bekeri dan Abd Halem, 1994). Dengan

adanya peta ini, seseorang individu dapat membuat perancangan perjalanan dan

perhubungan. Peta juga berperanan menyampaikan maklumat dalam pelbagai bentuk

yang memudahkan penggunanya menafsir atau mengetahui keadaan sekeliling dengan

mudah. Dalam kata lain, peta menjadi alat komunikasi, alat pemudah cara serta pemberi

gambaran berkaitan sekeliling. Oleh itu, manusia sememangnya memerlukan peta

sebagai alat komunikasi dan pemudah cara.

Menurut Matharuddin pada tahun 1990, pemetaan menjadi salah satu sistem

komunikasi bagi manusia untuk memahami keadaan sekeliling yang sedang berlaku.

Sistem komunikasi yang berkesan bergantung kepada penghasilan peta yang berkualiti

dan bermakna (Mohd Hairul, 1989). Kualiti yang dimaksudkan mampu diwujudkan

dengan kemahiran mengkodkan atau menukarkan maklumat yang diperoleh daripada


20

sumber sebenar kepada bentuk grafik yang mudah difahami tanpa menjejaskan butiran

sebenar. Pembuat peta yang bagus mempunyai ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam

menafsir simbol, tulisan, huruf dan pemilihan warna yang akan digunakan (Bos, 1984).

Beliau turut menyatakan bahawa simbol yang dipilih haruslah tepat dan mempunyai

maksud yang boleh difahami oleh pembaca. Oleh itu, proses penghasilan akan menjadi

rumit dan teliti kerana terdapat banyak ciri serta simbol yang perlu menjelaskan maksud

sesuatu elemen.

Bagi memperoleh maklumat yang tepat hasil daripada pentafsiran peta yang

dilaksanakan, pemahaman yang lengkap mengenai hubung kait antara maklumat geografi

dengan penyebaran maklumat reruang amat penting dan mustahak (Alias, 1993).

Pernyataan ini turut disokong oleh Arumugam (2006) yang menyatakan bahawa peta

menggambarkan perkara yang menyeluruh iaitu satu dokumen yang dapat menunjukkan

satu entiti yang seimbang dengan tujuan bagi mewujudkan penglihatan yang optimum

pada pengguna peta. Oleh itu, dalam menghasilkan peta, pemilihan simbol, warna, bentuk

dan ciri-ciri amat penting memudahkan pengguna peta membuat tafsiran.


21

2.6 Model Kajian Lepas

Sebuah kajian lepas oleh ooms et al., (2016) menghasilkan satu model komunikasi seperti

yang ditunjukkan dalam rajah 2.1 yang telah dicadangkan oleh Kolacny pada tahun 1969.

Model ini menggambarkan keperluan peta dalam pendidikan bagi kedua-dua pihak.

Rajah 2.1: Model Komunikasi Kartografi


Sumber: Ooms et al.,2016
22

Havelka dan Hanus (2018) telah menghasilkan sebuah model seperti yang digambarkan

pada rajah 2.2 berkaitan dengan kemahiran penggunaan peta yang dipersembahkan

dengat sangat terperinci dan mudah untuk dirumuskan. Bagi penggunaan peta dalam

pendidikan amat berkait rapat dengan model yang dihasilkan ini. Pengguna peta perlu

menggunakan kaedah atau mengikuti langkah yang dinyatakan dalam model ini dalam

usaha memahami dan mempelajari peta topografi di peringkat sekolah. Walaupun

terdapat banyak kemahiran yang disenaraikan namun kepentingan kemahiran pemetaan

tidak dapat disangkal lagi. Pelajar atau pengguna tidak seharusnya menggunakan

kesemua kemahiran yang ada namun hanya perlu memilih beberapa kemahiran yang

dianggap penting dan berguna dalam kajian tersendiri.


23

Rajah 2.2: Model Pengkategorian Kemahiran Peta


Sumber: Havelkova dan Hanus 2019
24

2.7 Kesimpulan

Bab ini membincangkan hasil pembacaan dengan penggunaan peta topografi dalam

pendidikan serta kepentingan lain peta topografi kepada penggunanya berdasarkan kajian

yang lalu. Perbincangan ini lebih menjurus kepada pemetaan dalam pendidikan yang

sangat signifikan bagi tujuan kajian. Selain itu, kajian lepas turut membincangkan

kepentingan lain atau kegunaan lain pemetaan dalam kehidupan yang mampu

memudahkan urusan harian manusia. Penerangan tentang peta serta contoh peta yang

terdapat dalam dunia hari ini turut menjadi perbincangan bagi memberi gambaran serta

pendedahan kepada pengkaji. Hasil pembacaan berdasarkan kajian lepas sedikit sebanyak

membantu dalam mendapatkan sumber rujukan serta panduan kepada istilah, konsep

dengan lebih jelas dan seterusnya memudahkan penulisan laporan disiapkan.


25

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan

Bab ini akan menerangkan secara terperinci berkaitan reka bentuk kajian terutamanya

berkaitan populasi dan persampelan, instrumen kajian, prosedur pengumpulan data dan

analisis data. Metodologi kajian merupakan alternatif atau kaedah yang dijalankan oleh

pengkaji dalam usaha mengumpul data dan maklumat yang selaras dengan objektif dan

matlamat kajian. Dalam bab ini pengkaji akan menjelaskan metodologi yang digunakan

untuk mengkaji atau menguji penguasaan kemahiran Geografi dalam kalangan pelajar

tingkatan 6 atas di daerah Pekan, Pahang. Pemilihan metodologi kajian yang dinyatakan

adalah mengambil kira kemudahan untuk mendapatkan maklumat dan menganalisis data.
26

3.2 Reka Bentuk Kajian

Kajian ini dijalankan dengan menggunakan reka bentuk tinjauan terhadap penguasaan

kemahiran Geografi para pelajar tingkatan 6 atas di dalam daerah Pekan. Kajian ini

dijalankan secara kuantitatif kerana pengumpulan data adalah melalui edaran borang soal

selidik secara atas talian kepada pelajar tingkatan 6 atas di sekitar sekolah daerah Pekan.

Satu set soalan telah dihasilkan dan diedarkan yang terdiri daripada empat bahagian iaitu

bahagian A, B, C dan D. Setiap bahagian mempunyai soalan yang berbeza namun soalan

yang ditanyakan adalah menjurus kepada objektif kajian. Dalam bahagian A soalan yang

diajukan adalah berkaitan demografi dan maklumat responden manakala bahagian B

merupakan bahagian yang menguji tahap penguasaan kemahiran pemetaan sedia ada para

responden. Soalan yang diajukan dalam bahagian C pula menjurus kepada pengetahuan

dan kesedaran para pelajar berkenaan kepentingan menguasai kemahiran geografi dengan

keupayaan melaksanakan kerja kursus Geografi tingkatan 6.

3.3 Kawasan Kajian

Dalam kajian ini, daerah Pekan telah sebagai lokasi kajian kerana lokasi ini merupakan

daerah yang didiami oleh pengkaji. Pekan merupakan salah sebuah daerah yang terdapat
27

dalam negeri Pahang. Bandar Pekan berkeluasan seluas 3846.14kilometer persegi (385.135

hektar). Pekan mempunyai 11 mukim iaitu Pekan, Bebar, Temai, Lepar, Kuala Pahang,

Langgar, Ganchong Pahang Tua, Pulau Manis, Pulau Rusa dan Penyor. Pekan terletak kira-

kira 6437km daripada Laut China Selatan. Kedudukan Bandar Pekan adalah di tebing

Sungai Pahang, sungai terpanjang di semenanjung Malaysia iaitu sejauh 477.97km atau 297

(Pejabat Daerah dan Tanah, 2022). Terdapat pula Sungai Parit dan Sungai Air Hitam di kiri

dan kanan kawasan Pekan Baharu. Pada umumnya keadaan alam dan muka bumi Bandar

Pekan dan sekitarnya adalah tanah-tanah dataran yang terbentang rata di sepanjang Sungai

Pahang.

Di daerah terdapat empat buah sekolah yang dipilih sebagai lokasi bagi pengumpulan

data serta responden. Empat buah sekolah ini dipilih berbanding sekolah yang lain adalah

kerana hanya empat buah sekolah ini yang menawarkan peringkat pelajaran di peringkat

STPM. Fokus kajian ini adalah pelajar STPM maka wajarlah sekolah ini dipilih dalam

kajian kali ini. Empat buah sekolah ini terdiri daripada Sekolah Menengah Kebangsaan

Chini (SMKC), Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ahmad Shah (SMKSAS), Sekolah

Menengah Kebangsaan Tengku Abdullah (SMKTA) dan Sekolah Menengah Dato’ Mahmut

Mad (SMKDMM). Bagi melihat dengan lebih jelas kedudukan sekolah-sekolah ini dalam

daerah Pekan, rajah 3.1 memaparkan kedudukan serta lokasi sekolah yang dipilih.
28

Rajah 3.1: Peta Daerah Pekan & Kedudukan Sekolah


Sumber: Geographic Information System (GIS)

3.4 Populasi dan Persampelan Kajian

Populasi yang telah dikenal pasti dalam kajian ini adalah seramai 377 orang pelajar

tingkatan 6 atas di empat buah sekolah di daerah Pekan dan berumur 20 tahun. Pemilihan

responden berumur 20 tahun ini adalah setelah membuat perbincangan dan penyelidikan

bersama guru di sekolah. Hal ini kerana pelajar tingkatan 6 atas atau pelajar semester tiga
29

sahaja yang mempunyai tugasan atau kerja kursus. Oleh itu pemilihan responden dalam

kalangan pelajar tingkatan 6 atas adalah sangat wajar dan menepati objektif dan matlamat

kajian ini. Menurut Harlon & Larget pada 2011, pemilihan sampel adalah secara rawak

dan saiz yang dipilih adalah sama sehingga peluang untuk sampel dipilih adalah benar.

Bagi penentuan sampel kajian, rujukan terhadap jadual formula Krejcie &

Morgan (1970) dan hasilnya mendapati sejumlah 191 sampel kajian diperlukan.

Jadual 3.1
Populasi dan Persampelan berdasarkan Krejcie & Morgan

N S N S N S N S N S N S
10 10 85 70 220 140 440 205 1200 291 4000 351
15 14 90 73 230 144 460 210 1300 297 4500 354

20 19 95 76 240 148 480 214 1400 302 5000 357


25 24 100 80 250 152 500 217 1500 306 6000 361
30 28 110 86 260 155 550 226 1600 310 7000 364
35 32 120 92 270 159 600 234 1700 313 8000 367
40 36 130 97 280 162 650 242 1800 317 9000 368
45 40 140 103 290 165 700 248 1900 320 10000 370
50 44 150 108 300 169 750 254 2000 322 15000 375
55 48 160 113 320 175 800 260 2200 327 20000 377

60 52 170 118 340 181 850 265 2400 331 30000 379
65 56 180 123 360 186 900 269 2600 335 40000 380
70 59 190 127 380 191 950 274 2800 338 50000 381
75 63 200 132 400 196 1000 278 3000 341 75000 382
80 66 210 136 420 201 1100 285 3500 346 10000 384
0
30

3.5 Instrumen Kajian

Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah borang soal selidik. Jadual 3.2

menunjukkan ringkasan instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini. Borang soal

selidik ini mempunyai empat bahagian iaitu bahagian A demografi, bahagian B tahap

penguasaan kemahiran, bahagian C keupayaan menyiapkan tugasan kerja kursus dan

bahagian D adalah bagi ruangan komen dan cadangan.

Jadual 3.2

Maklumat Soal Selidik

Bhg Huraian Pemboleh ubah No Bil Sumber Item


Item Item
A Demografi Sekolah 4 Dibina sendiri
dan Jantina mengikut
maklumat Kaum keperluan
asas Mengambil kajian
subjek geografi
semasa SPM

B Tahap Arah 1-15 15


penguasaan Jarak
kemahiran Simbol
Rujukan Grid
Skala

C Keupayaan Hubungan antara 16- 25


menyiapkan penguasaan 10
tugasan kerja kemahiran dengan
kursus kebolehan
menyiapkan
tugasan
31

D Komen dan Komen/ cadangan 26-27 2


cadangan
JUMLAH 31

3.5.1 Bahagian A: Demografi

Bahagian ini terdiri daripada komponen soalan berkenaan jantina, agama, sekolah dan

subjek geografi yang diambil semasa SPM. Bahagian ini dibina bagi tujuan mengenal

pasti maklumat serta latar belakang subjek kajian.

3.5.2 Bahagian B: Tahap Penguasaan Kemahiran

Dalam bahagian ini, tahap penguasaan pelajar tingkatan 6 atas diuji dengan beberapa

item soalan. Item soalan dikategorikan kepada 5 kategori atau tema iaitu arah, jarak,

simbol, rujukan grid dan skala. Setiap tema mengandungi tiga soalan asas yang bertujuan

menguji pengetahuan sedia ada responden.


32

Jadual 3.3

Pembahagian item tahap penguasaan kemahiran mengikut sub kemahiran

Tajuk Nombor item


Arah 1-3
Jarak 4-6
Simbol 7-9
Rujukan Grid 10-12
Skala 13-15

Dalam item soalan ini, tahap pengetahuan responden diuji dengan soalan yang

dinyatakan mengikut tajuk yang berkaitan dengan pemetaan. Pilihan jawapan yang

diberikan adalah “Ya” atau “Tidak” perlu dipilih oleh responden berdasarkan

pengetahuan sedia ada mereka. Pilihan “Ya” bermaksud responden mengetahui dan

mahir berkenaan kemahiran yang diajukan manakala “Tidak” bermaksud responden tidak

menguasai kemahiran pemetaan yang dinyatakan.

3.5.3 Bahagian C: Keupayaan Menyiapkan Tugasan Kerja Kursus Geografi

Bahagian C merupakan item soalan yang dibina bagi mencapai objektif kajian iaitu

mengkaji hubungan antara penguasaan kemahiran pemetaan dengan keupayaan

melaksanakan kerja kursus Geografi. Terdapat 10 item soalan yang diajukan kepada

responden bagi mendapat maklum balas berkenaan tujuan kajian ini. Skala likert 5 mata

digunakan bagi mengukur tahap keupayaan responden untuk menyiapkan kerja kursus
33

Geografi. Pengkaji menggunakan skala likert sebagai medium pengukuran kerana skala

ini mudah untuk ditadbir dan mempunyai format data yang mudah untuk dianalisis.

Dengan adanya skala likert 5 mata ini, responden dikehendaki memilih tahap mengikut

keupayaan serta pemahaman mereka dalam menyiapkan tugasan kerja kursus Geografi.

Jadual 3.4 menunjukkan skala likert 5 mata serta huraian tahap mengikut nilai skala.

Jadual 3.4

Skala Likert 5 Mata Bagi Skor Setiap Item

Tahap Skala Pemarkahan


Sangat tidak setuju 1
Tidak setuju 2
Kurang setuju 3
Setuju 4
Sangat setuju 5

3.5.4 Bahagian D: Komen dan Cadangan

Bahagian ini merupakan ruang bagi responden untuk memberikan komen serta cadangan

berkaitan soalan yang diajukan, tajuk kajian serta cadangan bagi penambahbaikan kajian

seterusnya. Responden bebas untuk memberi hujah dan pengkaji akan membuat

pertimbangan daripada maklum balas responden.


34

3.6 Pengesahan Instrumen Kajian

Pengesahan instrumen kajian merupakan langkah wajib yang perlu dilakukan bertujuan

menguji kesesuaian metodologi serta instrumen kajian pada peringkat awal. Tujuan

melaksanakan kajian rintis ini adalah untuk memastikan data serta respon yang dikumpul

sesuai dengan objektif, kesahan serta kebolehpercayaan instrumen yang dihasilkan

(Ahmad Mahdzan, 2007). Kesahan terhadap soalan yang dibina adalah untuk menilai

keupayaan soalan untuk mengukur nilai yang hendak diukur (Mohd Nawawi Omar, Suria

Baba & Sathhiomoorthy, 2016).

3.6.1 Kesahan

Proses membuat kesahan berdasarkan instrumen yang telah dibina adalah dengan

mengedarkan borang soal selidik yang telah dihasilkan kepada 30 orang pelajar tingkatan

6 Atas di Sekolah Menengah Kebangsaan Chini. Edaran awal ini adalah untuk menguji

kebolehpercayaan soalan serta menguji nilai Cronbach’s Alpha bagi mendapatkan jumlah

semua skor dalam ujian indeks (Chua, 2012). Hasil daripada kajian rintis yang telah

dibuat membuktikan bahawa instrumen kajian yang telah dihasilkan adalah benar dan

sesuai untuk digunakan dalam kajian ini. Nilai Cronbach’s Alpha bagi setiap bahagian

dalam instrumen kajian menunjukkan nilai di atas 0.7 seperti yang dipaparkan dalam

jadual 3.3.
35

3.6.2 Kebolehpercayaan

Jadual 3.5

Nilai Kebolehpercayaan Kajian Rintis

Bahagian Pemboleh ubah Bilangan Nilai


item Alpha
Cronbach
Kajian
Rintis

Bahagian Tahap 15 item 0.741


B penguasaan
kemahiran
Bahagian Keupayaan 10 item 0.973
C menyiapkan kerja
kursus

Jumlah 25

3.7 Prosedur Pengumpulan Data

Dalam kajian ini, pengkaji mengumpul data menggunakan sumber primer iaitu borang

soal selidik yang diedarkan kepada pelajar tingkatan 6 atas di empat buah sekolah di

daerah Pekan. Edaran borang soal selidik yang dihasilkan dalam bentuk Google Forms

telah disebarkan melalui aplikasi Whatsapp dengan bantuan daripada guru-guru di setiap

sekolah yang dipilih. Pengkaji telah bertindak menghubungi dan meminta bantuan guru

subjek Geografi tingkatan 6 di setiap sekolah untuk mengedarkan pautan google forms

kepada para pelajar untuk diisi atau dijawab. Kesemua data dan maklumat yang telah
36

diisi oleh sampel akan terus diperoleh dan disimpan pengkaji secara automatik ke dalam

sistem yang diguna pakai.

3.8 Analisis Data

Data dan maklumat responden yang telah diterima akan dianalisis dengan menggunakan

aplikasi SPSS (Statistical Package for the Social Sciences). Terdapat tiga kaedah yang

digunakan untuk menganalisis data yang diperoleh berdasarkan objektif kajian. Bagi

menganalisis data bagi ojektif pertama, analisis deskriptif kekerapan serta peratusan

dipilih bagi melihat tahap penguasaan kemahiran pemetaan dalam kalangan pelajar

tingkatan 6 atas di daerah Pekan. Manakala objektif kedua, ujian korelasi Pearson

dijalankan bagi mengetahui hubungan antara pengetahuan dengan keupayaan responden

melaksanakan kerja kursus. Bagi objektif ketiga, pengkaji telah menggunakan kaedah one

way T. Test untuk mengetahui perbezaan tahap penguasaan kemahiran pemetaan antara

pelajar lelaki dan pelajar perempuan di sekolah dalam daerah Pekan.

3.9 Rumusan

Bab ini merumuskan tentang reka bentuk kajian yang digunakan bagi mengumpul

maklumat dan data bagi mencapai objektif kajian. Penggunaan kaedah kuantitatif adalah
37

bersesuaian untuk mendapatkan maklumat dan data dengan lebih tepat. Bab ini juga

menghuraikan tentang reka bentuk kajian, pemilihan responden kajian, instrumen kajian,

proses pengumpulan data dan proses menganalisis data. Semua bahagian telah

dibincangkan oleh pengkaji agar kajian yang dijalankan mengikut segala perancangan

yang dirancang.
38

BAB 4

DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan

Bab ini akan membincangkan secara terperinci berkenaan dapatan kajian hasil daripada

proses menganalisis data yang telah dikumpul. Tujuan utama atau matlamat kajian ini

adalah untuk menguji penguasaan kemahiran Geografi (pemetaan) dalam kalangan

pelajar tingkatan 6 atas di sekolah sekitar daerah Pekan, Pahang. Data diperoleh hasil
39

daripada edaran borang soal selidik kepada empat buah sekolah tingkatan 6 di daerah

Pekan. Data yang diperoleh daripada instrumen soal selidik telah dianalisis menggunakan

ujian deskriptif, ujian korelasi Pearson dan ujian T- test tidak bersandar bagi

mendapatkan hasil atau jawapan berdasarkan setiap objektif yang telah dipilih.

Penghasilan instrumen kajian juga melibatkan Likert’s Scale kerana menurut Mcleod

pada tahun 2019, skala ini dihasilkan bagi memudahkan responden untuk membuat

pilihan berdasarkan kefahaman mereka.

4.2 Demografi Responden

Soal selidik telah diedarkan kepada 191 pelajar tingkatan 6 atas di sekolah sekitar daerah

Pekan. Analisis deskriptif yang dijalankan terhadap responden yang memfokuskan

jantina serta maklumat peribadi iaitu adakah responden mengambil subjek Geografi

semasa SPM ataupun tidak.

4.2.1 Analisis Deskriptif Sekolah

Dalam kajian ini, terdapat empat buah sekolah telah dinyatakan oleh pengkaji yang

mempunyai aliran tingkatan 6 khususnya di daerah Pekan. Hasil kutipan data dan

analisis yang dilaksanakan, responden yang bersekolah di Sekolah Menengah


40

Kebangsaan Chini (SMKC) adalah bilangan responden yang paling ramai iaitu

sebanyak 101 orang bersamaan 52.9% manakala responden paling rendah bersekolah di

Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ahmad (SMKSA) iaitu seramai 19 orang atau

hanya 9.9%.

Bilangan responden yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’

Mahmud Mat (SMKDMM) adalah seramai 42 orang atau 22% manakala responden

daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Abdullah (SMKTA) seramai 29 orang

iaitu bersamaan 15.2% daripada jumlah keseluruhan iaitu 191 orang sampel.

Jadual 4.1 menunjukkan ringkasan dalam bentuk rajah yang memberi gambaran

berkenaan analisis responden yang bersekolah di empat buah sekolah tingkatan 6 di

daerah Pekan.

Jadual 4.1

Sekolah Responden

Kekerapan Peratus (%)


SMKC 101 52.9
SMKSA 19 9.9

SMKDMM 42 22.0
SMKTA 29 15.2

Total 191 100.0


41

4.2.2 Analisis Deskriptif Jantina

Berdasarkan jadual 4.1, hasil analisis mendapati bahawa seramai 69 responden lelaki atau

36.1% daripada jumlah keseluruhan iaitu 191 orang. Jumlah paling ramai adalah bagi

golongan perempuan iaitu seramai 122 orang atau 63.9% yang menjadi responden bagi

kajian ini.

Jadual 4.2

Jantina Responden

Kekerapan Peratus (%)


Lelaki 69 36.1

Perempuan 122 63.9

Total 191 100.0

4.2.3 Analisis Deskriptif Kaum

Jadual 4.3 jelas menunjukkan bahawa 98.4% responden datang daripada kaum Melayu

atau sebanyak 188 orang manakala responden berbangsa Cina 2 orang (1.0%) serta hanya

seorang sahaja responden berbangsa India yang terlibat dalam kajian ini.
42

Jadual 4.3
Kaum Responden

Bilangan Peratus (%)


Melayu 188 98.4
Cina 2 1.0
India 1 .5
Total 191 100.0

4.2.4 Analisis Deskriptif Pengambilan Subjek Geografi Semasa SPM

Jadual 4.2 menerangkan kekerapan atau bilangan responden yang mengambil subjek

Geografi semasa SPM. Sebanyak 144 orang responden atau 75.4% mengambil subjek

Geografi semasa menduduki peperiksaan SPM manakala 47 orang responden tidak

mengambil subjek Geografi semasa SPM.

Jadual 4.4

Mengambil Subjek Geografi Semasa SPM

Kekerapan Peratus (%)


Ya 144 75.4
Tidak 47 24.6
Jumlah 191 100.0
43

4.3 Analisis Tahap Penguasaan Kemahiran Geografi (Pemetaan)

Data yang telah diperoleh telah dianalisis menggunakan kaedah deskriptif kekerapan,

peratusan, min serta sisihan piawai bagi memperoleh hasil kajian berdasarkan objektif

pertama. Analisis ini dibuat secara terperinci kepada 15 soalan yang boleh menentukan

tahap penguasaan kemahiran pemetaan para responden. Soalan yang dinyatakan terbahagi

kepada 5 sub topik iaitu arah, jarak, simbol, rujukan grid dan skala. Pengkaji akan

membincangkan hasil analisis secara terperinci terhadap 15 soalan yang dinyatakan.

Berdasarkan jadual 4.5, peratus bagi pelajar tingkatan 6 atas yang menjawab ya

bagi soalan satu adalah 94.2% manakala pelajar yang menjawab tidak adalah seramai

5.8%. Nilai min yang dicapai adalah (min= 4.06) menunjukkan bahawa tahap

pengetahuan pelajar bagi soalan satu adalah pada tahap tinggi. Bagi soalan dua, nilai min

(3.10) telah dicapai hasil analisis yang dilaksanakan. Secara ringkasnya tahap penguasaan

kemahiran pelajar bagi item soalan dua adalah pada tahap sederhana kerana terdapat

seramai 90.1% yang menguasai kemahiran ini manakala 9.9% pelajar tidak mahir dalam

menjawab soalan item dua. Peratus yang tinggi terhadap responden yang menjawab ya

bagi soalan ketiga iaitu sebanyak 91.1% berbanding responden yang menjawab tidak iaitu

8.9%. Nilai kiraan min yang diperoleh menunjukkan tahap penguasaan kemahiran bagi

soalan ini adalah pada tahap sederhana iaitu (min= 3.09). Ketiga-tiga soalan ini

merupakan sub kemahiran dalam menentukan arah khususnya dalam peta topografi
44

Seterusnya bagi item soalan empat, peratus responden yang menjawab ya

mencapai nilai 90.6% berbanding nilai tidak iaitu 9.4%. Tahap pengetahuan responden

bagi soalan ini berada pada tahap sederhana kerana nilai min hanya mencatatkan skor

(3.09). Soalan 5 pula mencatatkan nilai peratus 91.6% bagi pelajar yang menjawab ya

atau mahir dalam kemahiran ini manakala hanya 8.4% pelajar yang tidak menguasai

kemahiran bagi soalan 5. Skor min hanya mencapai nilai 3.08 yang menunjukkan tahap

penguasaan responden adalah pada tahap sederhana. Soalan terakhir bagi sub kemahiran

mengukur jarak diwakili oleh soalan 6. Sebanyak 94.8% sampel kajian menjawab ya

manakala 5.2% sahaja sampel yang memilih tidak bagi kemahiran ini. Tahap penguasan

sampel dalam kemahiran mengukur yang dinyatakan bagi soalan 6 ini adalah tinggi

kerana skor min mencapai nilai (4.05).

Sub kemahiran seterusnya adalah berkaitan simbol dalam peta topografi seperti

yang dinyatakan dalam tiga soalan dalam instrumen soal selidik. Bagi soalan 7, nilai skor

min mencapai tahap tinggi iaitu (4.05) yang membuktikan bahawa responden menguasai

kemahiran ini dengan peratusan yang menjawab ya seramai 94.8% manakala hanya 5.2%

sahaja yang tidak menguasai kemahiran ini. Seterusnya, item soalan 8 mengalami

penurunan nilai min iaitu hanya mencatakan (3.09) atau berada pada tahap sederhana. Ini

dipacu oleh bilangan responden seramai 174 orang sahaja yang menguasai kemahiran

soalan 8 berbanding 17 orang yang tidak menguasai kemahiran ini. Bagi soalan 9 pula,

peratus yang menjawab ya bag item ini adalah seramai 83.2% manakala seramai 16.8%

menjawab tidak. Secara tidak langsung nilai min yang telah dinyatakan berada pada tahap
45

yang rendah iaitu (1.17). Pelajar atau responden masih tidak menguasai atau tidak mahir

untuk menjawab soalan berkaitan kemahiran yang dinyatakan dalam soalan 9.

Rujukan grid merupakan antara kemahiran yang dinyatakan dalam instrumen

kajian pada kali ini. Soalan 10 menunjukkan nilai min pada tahap sederhana atau

penguasaan kemahiran ini adalah pada tahap sederhana (min= 3.07) bagi responden

kajian. Peratus responden yang menjawab ya adalah sebanyak 93.2% manakala yang

menjawab tidak adalah sebanyak 6.8% sahaja. Bagi soalan 11, nilai min terus menurun

kepada (2.12) yang membuktikan bahawa tahap penguasaan kemahiran ini berada pada

tahap yang rendah. Seramai 169 orang sahaja pelajar yang menjawab ya bagi soalan ini

manakala 22 orang pelajar menjawab tidak. Item soalan terakhir yang berkaitan rujukan

grid iaitu soalan 12 memperoleh nilai min pada tahap sederhana iaitu (3.08) kerana

terdapat sebanyak 92.7% pelajar menguasai kemahiran ini berbanding pelajar yang tidak

menguasai kemahiran ini iaitu sebanyak 7.9%.

Sub kemahiran yang terakhir dalam instrumen soal selidik bagi menguji tahap

penguasaan kemahiran pemetaan pelajar tingkatan 6 atas adalah berkaitan skala dalam

peta. Soalan 13 merupakan salah satu soalan yang memfokuskan berkaitan skala dalam

peta. Hasil analisis deskriptif mendapati bahawa min bagi soalan ini berada pada tahap

sederhana iaitu pada nilai 3.07. Hal ini berlaku kerana peratusan pelajar yang menguasai

kemahiran bagi soalan ini hanya sebanyak 92.7% manakala 7.3% pelajar tidak menguasai

kemahiran ini. Bagi soalan 14 pula, pelajar yang menjawab ya atau menguasai kemahiran

ini mencatatkan bilangan 184 orang berbanding 7 orang yang menjawab tidak. Nilai skor
46

min adalah 4.04 yang menunjukkan bahawa tahap penguasaan kemahiran ini berada pada

tahap tinggi. Ini menunjukkan ramai pelajar menguasai kemahiran yang dinyatakan.

Soalan terakhir yang terdapat dalam bahagian b instrumen soal selidik mencatatkan nilai

min yang rendah selepas dianalisis iaitu hanya (1.14). Hal ini kerana mengikut peratusan

hanya 85.9% menguasai manakala 14.1% tidak menguasai kemahiran yang dinyatakan

dalam soalan.
47

Jadual 4.5

Analisis Tahap Penguasaan Kemahiran


Bil Item Soalan Kekerapan Peratus (%) Min Sisihan Tahap
Ya Tidak Ya Tidak Piawai
1. Terdapat 8 arah bearing sudutan yang boleh dibaca pada peta 180 11 94.2 5.8 4.06 0.23 Tinggi
topografi.
2. Arah mata angin boleh dibaca dengan menggunakan kompas dan 172 19 90.1 9.9 3.10 0.30 Sederhana
berpandukan matahari
3. Bagi membaca arah mata angin menggunakan kompas, jarumnya 174 17 91.1 8.9 3.09 0.29 Sederhana
harus menghala ke arah utara.
4. Jarak antara satu lokasi ke lokasi yang lain pada peta topografi 173 18 90.6 9.4 3.09 0.29 Sederhana
boleh diukur dengan menggunakan pembaris dan benang
5. Jangka tolok boleh digunakan bagi menentukan jarak antara satu 175 16 91.6 8.4 3.08 0.28 Sederhana
lokasi ke lokasi yang lain di atas peta.
6. Jarak dalam peta boleh diukur dalam unit sentimeter (cm) dan 181 10 94.8 5.2 4.05 0.22 Tinggi
ditukar dalam unit kilometer (km).
7. Simbol-simbol pada peta topografi mewakili ciri fizikal dan ciri 181 10 94.8 5.2 4.05 0.22 Tinggi
budaya.
8. Simbol P.P mewakili pejabat pos pada peta topografi. 174 17 91.1 8.9 3.09 0.29 Sederhana
9. Kedudukan simbol pada peta topografi dapat menentukan sosio 159 32 83.2 16.8 1.17 0.37 Rendah
48

ekonomi sesuatu kawasan.


10. Rujukan grid terbagi kepada dua (2) iaitu rujukan grid empat (4) 178 13 93.2 6.8 3.07 0.25 Sederhana
angka dan rujukan grid enam (6) angka.
11. Rujukan grid 4 angka dan 6 angka digunakan untuk menentukan 169 22 88.5 11.5 2.12 0.32 Rendah
kedudukan seseorang atau objek di sesuatu tempat pada peta
topografi.
12. Rujukan grid dibaca bermula dengan garisan timuran (melintang) 176 15 92.1 7.9 3.08 0.27 Sederhana
dan kemudian garisan utaraan (menegak).
13. Skala yang dinyatakan dalam peta digunakan untuk menentukan 177 14 92.7 7.3 3.07 0.26 Sederhana
jarak dalam unit sebenar (km) sesuatu kawasan.
14. Skala dalam peta mewakili nilai yang lebih kecil berbanding nilai 184 7 96.3 3.7 4.04 0.19 Tinggi
ukuran sebenar yang dikehendaki.
15. Skala pada peta topografi digunakan untuk mengukur luas 164 27 85.9 14.1 1.14 0.35 Rendah
sesuatu kawasan.
49

4.4 Analisis Hubungan Tahap Penguasaan Kemahiran Dengan Keupayaan

Menyiapkan Tugasan Kerja Kursus Geografi

Hasil analisis data mendapati bahawa hubungan antara tahap penguasaan kemahiran

pemetaan dengan keupayaan menyiapkan tugasan kerja kursus mengalami hubungan

yang positif. Hal ini kerana nilai korelasi yang dicatatkan adalah (0.61) manakala nilai

signifikan yang dicapai adalah lebih rendah daripada 0.05. Ini menunjukkan bahawa

hipotesis bagi hubungan ini diterima dengan sokongan semakin tinggi tahap penguasaan

kemahiran Geografi pemetaan maka semakin meningkat keupayaan pelajar tingkatan 6

atas untuk menyiapkan tugasan kerja kursus Geografi.

Jadual 4.6

Hubungan Tahap Penguasaan Kemahiran dengan Keupayaan Menyiapkan Tugasan


Pemboleh Pemboleh
ubah 1 ubah 2
IV1 Pearson Correlation 1 .610**

Sig. (2-tailed) .000

N 191 191

IV2 Pearson Correlation .610** 1

Sig. (2-tailed) .000

N 191 191

**. Correlation is significant at the 0.01 level (2-tailed).


50

4.5 Analisis Perbezaan Tahap Penguasaan Kemahiran Geografi Antara Lelaki

Dengan Perempuan

Jadual 4.7 merupakan hasil analisis terhadap perbezaan tahap penguasaan kemahiran

geografi iaitu pemetaan antara jantina pelajar tingkatan 6 atas di daerah Pekan. Analisis

ini dijalankan dengan menggunakan ujian T-test tidak bersandar kerana mempunyai satu

pemboleh ubah dan dua kategori jantina. Ujian ini dilaksanakan bagi tujuan meneliti

tahap penguasaan kemahiran pemetaan antara pelajar lelaki dengan pelajar perempuan

tingkatan 6 atas. Bagi pelajar lelaki skor yang dicapai adalah (M= 40.17, SD= 6.17)

manakala pelajar perempuan mendapat skor (M= 39.77, SD=9.13), nilai t yang dicatakan

dalam ujian T-test ini adalah (0.33).

Ini menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap

penguasaan kemahiran pemetaan antara pelajar lelaki dan perempuan. Pelajar lelaki lebih

menguasai kemahiran ini dengan perbezaan yang rendah berbanding pelajar perempuan.

Ini disokong dengan kajian yang dijalankan oleh Lynn, Ivanec & Zarevski pada tahun

2009 yang memperoleh hipotesis bahawa pelajar lelaki lebih menguasai tahap

pengetahuan am dengan mendapat nilai skor purata yang tinggi berbanding pelajar

perempuan. Kajian yang dijalankan beliau bermatlamat melihat perbezaan tahap

penguasaan pengetahuan am antara jantina.


51

Jadual 4.7
Perbezaan Tahap Penguasaan Kemahiran Antara Jantina

Sisihan Piawai
Jantina N Min (M) (SD) t Sig (2-tailed)
Lelaki 69 40.17 6.17 0.327 0.744

Perempuan 122 39.77 9.13

Aras signifikan *p< 0.05

4.6 Rumusan

Secara keseluruhannya bab ini menghuraikan hasil dapatan kajian yang telah

dijalankan. Ini merangkumi statistik deskriptif, analisis korelasi dan ujian T -test tidak

bersandar terhadap semua data dan maklum balas responden. Maklumat demografi

responden yang terlibat dalam kajian ini dan ujian statistik untuk mengenal pasti tahap

penguasaan kemahiran Geografi pemetaan, hubungan antara pemboleh ubah satu dan

pemboleh ubah dua serta perbezaan tahap penguasaan antara jantina telah dilaporkan.

Hasil analisis bagi objektif satu mendapati bahawa tahap penguasaan

kemahiran pemetaan berada pada tahap yang tinggi bagi pelajar tingkatan 6 atas.

Bagi objektif dua, hasil analisis yang dicapai adalah terdapat hubungan yang positif

antara pemboleh ubah satu dengan pemboleh ubah dua manakala objektif ketiga

mendapati bahawa pelajar lelaki lebih menguasai kemahiran pemetaan berbanding

pelajar perempuan dengan nilai perbezaan yang tidak ketara.


52

BAB 5

KESIMPULAN

5.1 Pengenalan

Bab ini membincangkan rumusan hasil kajian yang telah dilakukan dalam mencapai

objektif dan matlamat yang telah dipilih oleh pengkaji. Di samping itu, bab ini juga

merupakan satu dokumen yang jelas yang memberi gambaran serta bayangan awal

kepada pengkaji seterusnya yang ingin membuat kajian berkaitan topik yang sama.

Kajian ini amat signifikan dan berfaedah kepada golongan pendidik khususnya guru -

guru pelajar tingkatan 6 bagi membantu para pelajar yang mempunyai masalah dalam
53

menguasai kemahiran pemetaan. Beberapa cadangan dan harapan bagi kajian yang

akan datang turut dibincangkan supaya kajian yang seterusnya akan mendatangkan

impak yang positif kepada pihak tertentu. Inovasi serta idea baharu akan dikeluarkan

bagi membantu pengkaji pada masa hadapan.

5.2 Perbincangan Kajian

Hasil perbincangan telah membuktikan bahawa tahap penguasaan kemahiran geografi

khususnya kemahiran pemetaan pelajar tingkatan 6 atas di sekolah dalam daerah

Pekan adalah pada tahap tinggi secara puratanya. Namun jika dilihat dengan lebih

terperinci mengikut soalan serta sub kemahiran akan terdapat beberapa soalan atau

kemahiran yang berada pada peringkat sederhana tahap penguasaannya. Sub

kemahiran yang diuji atau digunakan dalam instrumen kajian ini merupakan

kemahiran asas dalam menghasilkan peta topografi yang sering digunakan pada

peringkat sekolah bagi tujuan pembelajaran.

Bagi objektif kedua, hasil analisis mendapati bahawa terdapat hubungan yang

signifikan atau hubungan positif antara penguasaan kemahiran dalam kalangan pelajar

dengan keupayaan mereka menyiapkan tugasan kerja kursus geografi khususnya. Hal

ini dibuktikan dengan nilai korelasi yang mencapai 0.61 melebihi nilai standard 0.05

yang menunjukkan bahawa hubungan yag signifikan antara pemboleh ubah yang

terlibat. Secara lebih ringkas, pelajar tingkatan 6 atas di daerah Pekan mempunyai

tahap penguasaan kemahiran yang tinggi atau mahir, ini sekali gus memberi kesan

atau mempengaruhi keupayaan mereka untuk melaksanakan tugasan dengan baik dan
54

efektif. Mereka mampu untuk menyiapkan tugasan kerja kursus bagi subjek geografi

tanpa ada masalah yang besar kerana mereka menguasai kemahiran asas pemetaan

yang sering digunakan dalam subjek geografi.

Manakala bagi dapatan kajian yang terakhir mendapati bahawa tahap

penguasaan kemahiran pemetaan ini lebih dikuasai oleh pelajar lelaki berbanding

pelajar perempuan dengan perbezaan yang tidak ketara. Kenyataan ini turut disokong

oleh pengkaji lepas iaitu Lynn, Ivanec & Zarevski pada tahun 2009 yang mendapati

bahawa pengetahuan am pelajar lelaki berkaitan kemahiran pemetaan melebihi

pengetahuan pelajar perempuan dengan merujuk kepada nilai skor min yang tinggi

dalam kalangan pelajar lelaki. Situasi ini turut berlaku dalam analisis kajian ini

walaupun perbezaan nilai skor min yang tidak terlalu ketara. Kemahiran ini sangat

penting dalam pendidikan khususnya serta turut memberi faedah dalam kehidupan

seharian kita. Peta amat penting kerana menjadi medium komunikasi, rujukan serta

panduan manusia dalam meneruskan rutin harian.

5.3 Kekuatan Kajian

Dalam kajian ini, terdapat beberapa kekuatan yang telah membawa kepada kejayaan

dalam kajian ini. Antaranya adalah sumber rujukan yang digunakan bagi tujuan kajian

ini mempunyai bukti yang kukuh dan kuat bagi menyokong analisis yang telah

dihasilkan. Sumber rujukan turut menyediakan maklumat yang baik bagi

melaksanakan kajian tentang literasi atau kemahiran pemetaan. Sebahagian daripada


55

rujukan yang digunakan oleh pengkaji adalah daripada hasil kajian pensyarah di

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Selain itu, kajian ini sangat mudah untuk dijalankan memandangkan hubungan

pengkaji dengan beberapa sekolah yang terlibat adalah baik. Tujuan pengkaji

menjalinkan hubungan yang baik dengan sekolah dalam daerah Pekan adalah untuk

mendapatkan akses bagi mengedarkan borang soal selidik kepada sekolah yang

terlibat dalam kajian ini. Hubungan dengan pihak pentadbiran bagi beberapa sekolah

telah dijalinkan dalam usaha mendapatkan sampel kajian mengikut bilangan yang

diperlukan.

Jumlah sampel kajian yang mencukupi secara tidak langsung memudahkan

pengkaji mengumpul data serta respon daripada responden. Bilangan responden bagi

kajian ini adalah sesuai dan kukuh bagi tujuan menganalisis data agar keputusan

analisis yang diperoleh dapat memberikan kesahan dan kebolehpercayaan yang baik

terhadap matlamat kajian.

5.4 Kelemahan Kajian

Kajian yang dijalankan ini mengalami beberapa isu serta halangan yang menyebabkan

kajian ini mengambil masa yang agak lama untuk disiapkan. Antaranya adalah

pengkaji terpaksa mengambil masa yang lama untuk mendapatkan jumlah responden

yang mencukupi. Hal ini kerana sampel kajian iaitu pelajar tingkatan 6 atas

mengambil masa yang lama untuk menjawab borang soal selidik yang telah
56

diedarkan. Menurut guru mereka, mereka sedang sibuk menyiapkan tugasan kerja

kursus bagi subjek yang lain. Ini menyebabkan mereka mengambil masa yang agak

lama sebelum menjawab atau memberi respon kepada instrumen soal selidik yang

telah diedarkan oleh pengkaji melalui guru sekolah.

Selain itu, kajian ini turut mempunyai masalah dalam menentukan ujian yang

sesuai bagi menguji tahap penguasaan dengan keupayaan menyiapkan tugasan kerja

kursus. Pengkaji mengalami kesukaran kerana tidak mengetahui ujian yang sesuai

bagi mengkaji hubungan antara pemboleh ubah. Namun hasil bantuan dan rujukan

daripada pensyarah, pengkaji mampu menganalisis data dengan kaedah yang benar

dan tepat. Hasil kajian mendapati bahawa ujian yang digunakan adalah tepat dan

sesuai dengan objektif kajian.

5.5 Cadangan Kajian Masa Hadapan

Dalam bahagian ini, pengkaji berharap dan mencadangkan bahawa penyelidik

seterusnya yang ingin membuat kajian berkenaan tema yang sama agar membuat

penyelidikan secara menyeluruh dan menganalisis penggunaan peta dalam pendidikan

secara lebih mendalam. Hal ini bagi mendapatkan penjelasan serta maklumat yang

lebih terperinci berkenaan penggunaan peta khususnya peta topografi dalam

pendidikan di peringkat sekolah menengah. Peta topografi merupakan antara peta

yang mudah untuk dipelajari dan mempunyai ciri-ciri yang sesuai bagi tujuan

pembelajaran. Pengkaji seterusnya boleh membuat penilaian terhadap kemahiran

pemetaan pelajar menengah rendah yang secara umumnya mempelajari kemahiran ini
57

semasa berada di tingkatan 1 hingga tingkatan 3. Oleh itu kajian terhadap pelajar

peringkat menengah rendah amat penting bagi menilai keberkesanan pengajaran

kemahiran tersebut pada usia muda. Dalam sudut pandangan yang lain, kajian

terhadap keberkesanan teknik pengajaran dan penyampaian guru dalam sub topik

kemahiran perlu diteliti.

5.6 Rumusan

Secara rumusannya, kajian ini telah membuktikan bahawa tahap penguasaan

kemahiran pemetaan dalam kalangan pelajar tingkatan 6 atas di sekolah dalam daerah

Pekan adalah pada tahap tinggi secara keseluruhannya. Tahap penguasaan kemahiran

pemetaan ini diuji melibatkan 5 sub kemahiran asas iaitu arah mata angin, skala,

jarak, rujukan grid dan simbol. 5 sub kemahiran ini merupakan sub kemahiran asas

yang diperlukan dalam menghasilkan sebuah peta topografi dan sangat kerap

digunakan dalam menyiapkan tugasan kerja kursus pelajar tingkatan 6. Namun

terdapat juga sub kemahiran yang kurang dikuasai oleh pelajar namun dalam kuantiti

yang sangat rendah. Kajian ini turut mengkaji hubungan antara tahap penguasaan

kemahiran dengan keupayaan menyiapkan tugasan kerja kursus pelajar tingkatan 6.

Setelah membuat analisis data, kajian ini mendapati bahawa terdapat hubungan yang

signifikan antara kedua-dua pemboleh ubah. Hal ini dijelaskan dengan lebih ringkas

bahawa tahap keupayaan kemahiran yang tinggi akan meningkatkan keupayaan

pelajar untuk menyiapkan tugasan mereka dengan lebih mudah dan cepat. Kajian ini

turut melihat perbezaan skor antara pelajar lelaki dengan perempuan atau mengukur

tahap pengetahuan antara pelajar lelaki dengan perempuan. Kajian mendapati terdapat
58

perbezaan skor min pelajar lelaki dengan perempuan namun perbezaannya hanya

dengan nilai angka yang rendah. Secara kesimpulannya, pelajar tingkatan 6 atas di

daerah Pekan menguasai kemahiran pemetaan ini dengan baik. Penggunaan teknik

serta kemahiran ini sangat penting bagi mereka dalam melaksanakan tugasan kerja

kursus yang akan mereka laksanakan semasa berada di semester 3 STPM. Terdapat

juga cadangan penambah baikan serta pandangan untuk kajian ini pada masa akan

datang supaya berlaku perubahan dan faedahnya dapat dikongsi bersama.


59

RUJUKAN

Abdul Hadi, H.S., Abdul Samad, H., Shaharudin, I., & Ahmad Fariz, M. (2013).

Geografi sebagai sintesis: Meneliti kembali peranan geografi di sebalik

pola reruang. Geografi 1(1), 60-73.

Ahmad Mahdzan, A. (2007). Kaedah penyelidikan sosioekonomi. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa Pustaka.

Alias (1993). Pemetaan. Kuala Lumpur: Tropical Press.

Arumugam Raman. (2006). Kesan Peta Animasi dan Interaktif Dalam Pengajaran

dan Pembelajaran Geografi. Tesis PhD, Universiti Sains Malaysia.

Bos (1984). The nature of geographic literacy. Diperoleh pada 19 Februari 2019, dari

https://eric.ed.gov/?id=ED277601

Bunnet R.B. (1979). Kajian Peta untuk penuntut-penuntut di Malaysia dengan contoh

dalam Metrik. Siri Pelajaran Menengah Dewan Bahasa Pustaka bil.10

Chua, Y.P. (2012). Asas statistk penyelidikan: kaedah penyelidikan (Buku 2). Kuala

Lumpur: Mcgraw Hill Education

Hanlon, B., & Larget, B. (2011). Samples and populations. Article: Department of

Statisctic University.

Hanus, M. & Havelkova, L. (2019). Teacher’s concept of map skill development.

Journal of Geography, 118(3), 101-116.

Hashim Mohmadisa. (2007). Kecenderungan pelajar Universiti Pendidikan Sultan

Idris (UPSI) memilih minor Geografi (IR). Retrieved from

https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=641&highlight=pendidikan%20geogrfi
60

Lynn, R., Ivanec, D., & Zarevski, P. (2009). Sex differences in general knowledge

domains. Collegium antropologicum, 33(2), 515-520.

Matharuddin (1990). Menyusuri kembali “The Nature Of Geography”: Membina

Kerelevenan Baru Menerusi Transdisiplinariti. Jurnal Sains Sosial. 4(1),

126- 144.

McLeod, S.A. (2019,). Likert scale. Simply Psychology.

https://www.simplypsychology.org/likert-scale.html

Mohamed Said Mat Lela, Bekeri Mamat & Abd Halem Berahim. (1994). Peta sebagai

sistem komunikasi. Buletin Ukur, 5(1), 53-60.

Mohammad Zohir Ahmad. (2016). Pendidikan geografi di sekolah-sekolah Malaysia:

Perkembangan dan isu. Jurnal Geografi, 4(1), 1-10.

Mohd Hairol (1989). Media Internationalization in China: Processes and Tensions.

Jurnal of Communication. 4(3), 70-88.

Mohd Nawawi Omar, Suria Baba, & Sathiamoorthy, K. (2016). Kepimpinan

instruksional dalam perlaksanaan pendidikan berasaskan pengeluaran di

Kolej Kemahiran Tinggi MARA dan Institut Kemahiran MARA. Educational

Leader (Pemimpin Pendidikan), 4, 39-49.

Noor, D. (2014) Geomorfologi. Jogjakarta: Deepublish.

Noraini (2012). Memacu kemahiran berfikir dan penguasaan material dalam mata

pelajaran geografi di sekolah-sekolah di Malaysia. Jurnal Perspektif, 4(1), 59

81.
61

Okpala, J., & Tabulawa, R. (2003). The role of teachers in developing school

geography curriculum. In International handbook on geographical education

(pp. 171-189). Springer, Dordrecht. Noraini. (2012).

Ooms, K., et. al., (2016). Education in cartography: what is the status of young

people’s map reading skills?. Cartography and Geography Information

Science, 43. (2). 134-153. Statistics, 1-21.

Pejabat Daerah & Tanah Pekan. (2022). Latar Belakang. Retrieved from

https://pdtpekan.pahang.gov.my/profil-jabatan/latar-belakang

Tyner, J. A. (2015). The World of Maps maps: reading and interpretation for the 21 st

century. New York, London: The Guilford Press. Diperoleh daripada:https

://www.guilford.com/books/The-World-of-Maps/JudithTyner/9781462516483

Walford, N. (2002). Geography data: characteristics and resource. England: John

Wiley & Sons, LTD.


62

LAMPIRAN

Instrumen Borang Soal Selidik

BORANG SOAL SELIDIK

TAJUK:

PENGUASAAN KEMAHIRAN GEOGRAFI DALAM KALANGAN PELAJAR


TINGKATAN 6 ATAS DI DAERAH PEKAN

Borang kaji selidik ini adalah bagi mengkaji tahap penguasaan kemahiran
pemetaan pelajar Tingkatan 6 di daerah Pekan

Segala data dan maklumat yang diperoleh daripada anda adalah rahsia
dan hanya akan digunakan untuk tujuan penyelidikan sahaja.

Kemahiran Geografi (Pemetaan) adalah kemahiran membina, melakar


dan mentafsir peta topografi. Peta topografi adalah peta yang
menunjukkan bentuk muka bumi sesebuah kawasan secara terperinci
melibatkan garisan kontur, garisan lintang dan titik koordinatnya
63

Sekiranya anda mempunyai sebarang kemusykilan atau pertanyaan, sila hubungi:

MOHAMAD ZULLAIHI BIN MOHAMED RASID


NO. TEL: 010-4171756

E-MEL: zullaihi5@gmail.com

Jabatan Geografi dan Alam Sekitar

BAHAGIAN A : DEMOGRAFI

ARAHAN: Sila isikan tempat kosong dan tandakan √ pada jawapan pilihan anda.

:
JANTINA 1 Lelaki
2 Perempuan
:
KAUM 1 Melayu
2 Cina
3 India
4 Lain-lain:
Nyatakan: _________________

SEKOLAH :
1 Sekolah Menengah
Kebangsaan Chini
2 Sekolah Menengah
Kebangsaan Ahmad
3 Sekolah Menengah
Kebangsaan Mahmud Mad

4 Sekolah Menengah Kebangsan


Mahmud Mad

MENGAMBIL :
SUBJEK 1 Ya
GEOGRAFI 2 Tidak
SEMASA SPM
64

BAHAGIAN B: TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN (PEMETAAN)

ARAHAN: Bagi soalan berikut, sila baca soalan dengan teliti dan tandakan (/) pada
ruangan Ya atau Tidak

YA TIDAK Sumber
ARAH
Terdapat 8 arah bearing sudutan yang
B1 B
boleh dibaca pada peta topografi.
Arah mata angin boleh dibaca dengan
B2 menggunakan kompas dan berpandukan D
matahari.
Bagi membaca arah mata angin
B3 menggunakan kompas, jarumnya harus B
menghala ke arah utara.
JARAK
Jarak antara satu lokasi ke lokasi yang lain
B4 pada peta topografi boleh diukur dengan E
menggunakan pembaris dan benang
Jangka tolok boleh digunakan bagi
B5 menentukan jarak antara satu lokasi ke C
lokasi yang lain di atas peta.
Jarak dalam peta boleh diukur dalam unit
B6 sentimeter (cm) dan ditukar dalam unit H
kilometer (km).
SIMBOL
Simbol-simbol pada peta topografi
B7 A
mewakili ciri fizikal dan ciri budaya.
Simbol P.P mewakili pejabat pos pada peta
B8 B
topografi.
Kedudukan simbol pada peta topografi
B9 dapat menentukan sosio ekonomi sesuatu B
kawasan.
RUJUKAN GRID
Rujukan grid terbagi kepada dua (2) iaitu
B10 rujukan grid empat (4) angka dan rujukan D
grid enam (6) angka.
Rujukan grid 4 angka dan 6 angka
digunakan untuk menentukan kedudukan
B11 E
seseorang atau objek di sesuatu tempat
pada peta topografi.
Rujukan grid dibaca bermula dengan
B12 F
garisan timuran (melintang) dan kemudian
65

garisan utaraan (menegak).

SKALA
Skala yang dinyatakan dalam peta digunakan
untuk menentukan jarak dalam unit sebenar
B13 F
(km) sesuatu kawasan.

Skala dalam peta mewakili nilai yang lebih


B14 kecil berbanding nilai ukuran sebenar yang G
dikehendaki.
Skala pada peta topografi digunakan untuk
B15 A
mengukur luas sesuatu kawasan.

BAHAGIAN C : KEUPAYAAN MENYIAPKAN KERJA KURSUS GEOGRAFI

ARAHAN: Bagi soalan berikut, sila nilaikan perkara-perkara berkenaan mengikut skala 1-5. Bulatkan
pada jawapan pilihan anda.

SKALA TAHAP PENJELASAN


Tahap persetujuan terhadap
1 Sangat Tidak Setuju pernyataan tersebut ialah antara 0%
hingga 20%
Tahap persetujuan terhadap
2 Tidak Setuju pernyataan tersebut ialah antara
21% hingga 40%
Tahap persetujuan terhadap
3 Kurang Setuju pernyataan tersebut ialah antara
41% hingga 60%
Tahap persetujuan terhadap
4 Setuju pernyataan tersebut ialah antara
61% hingga 80%
Tahap persetujuan terhadap
5 Sangat Setuju pernyataan tersebut ialah antara
81% hingga 100%

sumber

Saya mahir mengukur jarak dengan baik dan


C1 ianya sangat membantu saya melaksanakan 1 2 3 4 5 B
kerja kursus
Saya menguasai ilmu asas dalam menentukan
C2 1 2 3 4 5 D
arah mata angin dengan baik
Saya tahu segala elemen dan ciri yang
C3 terdapat dalam peta topografi dan ia 1 2 3 4 5 G
membantu dalam menyiapkan kerja kursus.
Saya tahu maksud simbol-simbol pada peta
C4 topografi dan ia sangat memudahkan kerja 1 2 3 4 5 G
menyiapkan kerja kursus.
66

Saya tahu membezakan simbol ciri fizikal


C5 1 2 3 4 5 H
dan ciri manusia pada peta topografi.
Saya mengetahui bahawa rujukan grid adalah
C6 koordinat sesuatu kawasan pada peta 1 2 3 4 5 E
topografi.
Saya mahir untuk membaca rujukan grid dengan
C7 tepat dan memberi impak positif kepada hujah 1 2 3 4 5 B
dalam penulisan kerja kursus
Saya dapat menentukan arah mata angin dalam
C8 peta topografi dan memudahkan saya 1 2 3 4 5 D
menyiapkan kerja kursus dengan cepat
Saya tahu teknik mengukur jarak yang betul
C9 dapat membantu saya dalam pelaksanaan 1 2 3 4 5 C
kerja kursus.
Saya menguasai cara untuk mengira skala
C10 dengan baik dan ini memberi kelebihan terhadap 1 2 3 4 5 A
keputusan markah kerja kursus say

BAHAGIAN D: KOMEN DAN CADANGAN

1 KOMEN

2 CADANGAN

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA


67

Borang Lantikan Kesahan Borang Soal Selidik

You might also like