You are on page 1of 1

my.

kembaraumrah
Tarikh: 12 September 2019

Assalamualaikum w.b.t

Tuan/Puan,

PEGUMUMAN CAJ TAMBAHAN VISA UMRAH BAGI PAKEJ UMRAH TAHUN 1441H.

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Kami bagi pihak pengurusan Kembara Umrah Sdn Bhd disini ingin memaklumkan kepada
tuan/puan bahawasanya pihak Kementerian Haji Dan Umrah Arab Saudi telah mengenakan
caj tambahan visa iaitu sebanyak SAR300.00 untuk seorang . Ketetapan ini telah pun
berkuatkuasa dan juga telah dilaksanakan oleh pihak mereka.

3. Oleh yang demikian pihak kami telah mengambil keputusan untuk meminta bayaran
tambahan tersebut daripada setiap jemaah yang telah berdaftar umrah bagi tahun 1441H iaitu
sebanyak SAR300.00/seorang (RM350.00- tertakluk kepada pertukaran matawang semasa)
bagi melancarkan proses permohonan visa umrah.

4. Untuk makluman tuan/puan juga pihak kami hanya meminta bayaran tambahan mengikut apa
yang ditetapkan tanpa mengambil apa-apa keuntungan dari caj tersebut. Caj tambahan ini
tidak termasuk dalam kiraan kos sebelum ini dan sekiranya kami serapkan ke dalam pakej
ianya akan memberi kesan dan menjejaskan perjalanan syarikat akan datang.

5. Rentetan perubahan sistem dan undang-undang baru Arab Saudi sekarang ini telah
menyebabkan kos yang lain juga telah meningkat dan pihak kami masih boleh menerima
kenaikan tersebut dan menyerapkannya ke dalam pakej tetapi tidak termasuk caj tambahan
visa ini,

Kami amat berharap tuan/puan memahami dengan penjelasan dan keterangan yang tersebut diatas.

Sekian, terima kasih

Yang benar,
KEMBARA UMRAH SDN BHD

____________________
(SHAFIE BIN ISMAIL)
PENGARAH URUSAN

You might also like