You are on page 1of 1

Puan,

Memohon Kelulusan untuk Mengutip Yuran Keahlian bagi Badan Pancaragam


Merujuk perkara di atas, kami, Pancaragam SMK Tunku Abdul Rahman hendak memohon kelulusan
untuk mengutip yuran bulanan bagi Badan Beruniform kami.
2. Bersama-sama ini disertakan keputusan mesyuarat jawatankuasa mengenai jumlah pungutan yuran
yang dipohon untuk dikutip daripada setiap ahli.
2.1 Kutipan setiap bulan ialah RM10.
2.2 Kutipan setahun bagi tingkatan 1 hingga tingkatan 4 ialah RM120.
2.3 Kutipan setahun bagi tingkatan 5 ialah RM60.
3. Saya akan menjelaskan sebab kami mengutip yuran sebanyak RM120 bagi tingkatan 1 hingga
tingkatan 4 tetapi hanya mengutip hanya RM60 bagi tingkatan 5. Sebenarnya, pelajar-pelajar
tingkatan 5 hanya diwajibkan menghadiri aktiviti-aktiviti ataupun latihan-latihan badan pancaragam
sehingga bulan Jun sahaja disebabkan peperiksaan SPM yang akan bermula tidak lama lagi.
4. Kerjasama daripada pihak puan meluluskan permohonan ini amat dihargai dan diucapkan terima
kasih.
Sekian, Terima Kasih.
Saya yang menjalankan tugas,

SETIAUSAHA PANCARAGAM SMKTAR,


SMK TUNKU ABDUL RAHMAN.
Disokong Oleh,

Diluluskan Oleh,

PENASIHAT PANCARAGAM SMKTAR.

PUAN PENGETUA SMKTAR.

You might also like