You are on page 1of 1

4.

PEMBENTANGAN LAPORAN
4.1 Laporan Guru Besar
4.1.1 2021 merupakan tahun yang amat mencabarkan kita sebagai guru dan pendidik, Guru
Besar menyeru semua warga pendidik menumpukan sepenuh perhatian kepada PDPC
untuk semua murid-murid.

4.1.2 Menyeru semua warga pendidik bekerja dalam TEAM.

4.1.3 Struktur Sekolah


- Sebanyak 2 guru telah ditukar iaitu Cikgu Cheong dan Cikgu Farhan.
- Sebanyak 47 kelas dibuka pada tahun 2021.
- Sekolah kita memerlukan 84 orang tetapi kita hanya dibekalkan sebanyak 81 orang.
Kita masih kekurangan seorang guru Bimbingan & Kaunseling dan 3 orang Guru Am.
- Terdapat 6 ciri utama yang diperlukan oleh setiap murid untuk bersaing pada
peringkat global.

4.1.4 Pakaian guru


- Menegaskan pakaian guru haruslah mematuhi piagam pakaian kakitangan kerajaan
- Kain/skirt yang dipakai mesti labuh sehingga ke lutut

4.1.5 Tanggungjawab guru


- mengikut MMI, guru yang memohon cuti mestilah menyediakan kerja rumah untuk
murid-muridnya.
- semasa dilantik bermesyuarat di luar sekolah, guru mestilah mengikut peraturan
semasa bermesyaurat, contohnya, tidak lewat, tidak bermain telefon, berfokus dll.
- menghias papan kenyataan sebelum sekolah berbuka
- tidak lewat masuk ke kelas, tidak menggunakan telefon bimbit untuk hal lain semasa
PdPC
- guru yang bertugas mesti menjalankan tugas menepati waktu
- memberikan galakan kepada murid dengan ikhlas
- PdpC berpusatkan kepada murid

Hak Cipta Terpelihara © Pejabat Pendidikan Wilayah Keramat 1


| 1 November 2013 – Keluaran 01 |Pindaan 00

You might also like