You are on page 1of 6

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ULU TIRAM

81800 ULU TIRAM, JOHOR BAHRU, JOHOR DARUL TA`ZIM smkut@smkut.edu.my No.Telefon : 07-8611178 No. Fax : 078631272 e-mail : Laman Web : www.smkut.edu.my

Rujukan kami : JEE101/600-6/12/005 ( ) Tarikh : 1 April 2011


Puan Mazlinah binti Mohammad Puan Goh Pek Lan Encik Wan Ruzainizan bin Mat Rusof Cik Zarimi binti Mohamad Puan Punitha a/p Rajrattnam Puan Dahliah binti Amat Darmawi Puan Siti Suhana binti Ismail Puan Maria binti Tuan,Puan, MESYUARAT PANITIA TEKNIK DAN VOKASIONAL KALI KE DUA TAHUN 2011 Perkara dia atas adalah dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat tersebut akan diadakan seperti ketentuan berikut; Tarikh Masa Tempat Pengerusi 3. : 14 APRIL 2011, hari : 1.10 petang : Bilik Sri Mutiara, SMKUT : Puan Goh Pek Lan

Agenda mesyuarat adalah seperti berikut; 3.1 3.2 3.3 3.4 3.5 3.6 Ucapan Pengerusi Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Yang Lalu Perkara Berbangkit Post Mortem dan Audit Akademik Peperiksaan Sebenar SPM 2010 Post Mortem dan Audit Akademik Peperiksaan Penilaian Kurikulum 1 Tingkatan 4 dan 5 Hal-hal lain

Kehadiran dan kerjasama tuan/puan diucapkan terima kasih. Sekian. Saya yang menuruh perintah,

(DAHLIAH BT AMAT DARMAWI) Setiausaha Mesyuarat Panitia Kali ke 2

Hak cipta terpelihara sektor Jaminan Kualiti,Jabatan Pelajaran Johor | 1 Mac 2011 Keluaran 02 | Pindaan 00

PK 07/3 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ULU TIRAM MINIT MESYUARAT PANITIA TEKNIK & VOKASIONAL KALI KE DUA TAHUN 2011
Tarikh Masa Tempat Pengerusi : 14 April 2011( Khamis) : 1.10 petang : Bilik Sri Mutiara, SMKUT : Puan Goh Pek Lan

Kehadiran (Bilangan) : 7 Nama Yang Hadir : (Penolong Kanan 1) (Guru Kanan Teknik & Vokasional) (Ketua Panitia Ekonomi Asas) (Ketua Panitia Perdagangan) (Ketua Panitia Prinsip Perakaunan) (Setiausaha Mesyuarat Panitia Kali ke 2)

1. Puan Mazlinah binti Mohammad 2. Puan Goh Pek Lan 3. Encik Wan Ruzainizan bin Mat Rusoff 4. Cik Zarimi binti Mohamad 5. Puan Punitha a/p Rajrattnam 6. Puan Dahliah binti Amat Darmawi 7. Puan Siti Suhana binti Ismail

UCAPAN PENGERUSI 1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua guru dan mengucapkan terima kasih di atas kerjasama semua guru yang hadir ke Mesyuarat Panitia Teknik & Vokasional Kali ke 2 tahun 2011.

MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LALU 2.1 Dibentang oleh Cik Zarimi selaku setiausaha mesyuarat panitia kali pertama Dicadang untuk disahkan Encik Wan Ruzainizan bin Mat Rusoff. Disokong oleh Puan Dahliah bt Amat Darmawi

PERKARA BERBANGKIT 3.1 Buku Rancangan Mengajar 3.1.1 Guru relief perlu mencatat apakah aktiviti yang dilakukan di kelas dalam kertas relief.

Hak cipta terpelihara sektor Jaminan Kualiti,Jabatan Pelajaran Johor | 1 Mac 2011 Keluaran 02 | Pindaan 00

PK 07/3
3.1.2 Refleksi perlulah jelas iatu menyatakan bilangan pelajar (dalam angka) yang boleh memahami proses pengajaran dan pembelajaran pada hari tersebut. 3.2 Sukatan Pelajaran Tahunan 3.2.1 Headcount bagi tingkatan 4 dan 5 boleh mula dibuat.Bagi tingkatan 4 Ujian Penilaian Kurikulum 1 dijadikan TOV dan peperiksaan akhir tahun 2010 pula dijadikan TOV tingkatan 5. 3.2.2 Sukatan Pelajaran Tahunan tingkatan 5 perlu diselesaikan pada bulan julai.

Tindakan:Semua Guru Teknik & Vokasional

POST MORTEM DAN AUDIT AKADEMIK PEPERIKSAAN SEBENAR SPM 2010 4.1 Puan Goh Pek Lan mengucapkan tahniah kepada guru-guru kerana ketiga-tiga mata pelajaran iaitu Ekonomi Asas,Perdagangan dan Prinsip Perakaunan telah berjaya meningkatkan peratus kelulusan. Mata pelajaran Ekonomi Asas telah meningkat dengan banyaknya iaitu sebanyak 11.64%, Perdagangan sebanyak 3.4% dan Prinsip Akaun sebanyak 0.99%. 4.2 Beliau menyatakan pihak Panitia Daerah mengucapkan tahniah kepada Unit Teknik & Vokasional kerana peningkatan yang memberangsangkan. 4.3 Puan Goh Pek Lan meminta Ketua Panitia menjelaskan startegi dan usaha yang telah dilaksanakan atas peningkatan peratus kelulusan tersebut. 4.4 Encik Wan Ruzainizan bin Wan Mat Rusuff ( Ketua Panitia Ekonomi Asas) mengucapkan terima kasih kepada Puan Mazlinah binti Mohamad yang telah memberi kerjasama dalam mebimbing pelajar-pelajar memperoleh keputusan yang baik dalam mata pelajaran ini. Antara program-program yang dijalankan ialah mengadakan kelas tambahan yang berulang kali dan tempoh masa selama satu minggu untuk menghadapi kertas peperiksaan Ekonomi Asas dalam Peperiksan Sebenar SPM 2010.Panitia Daerah juga telah menganjurkan program yang lebih menekankan kepada pelajar harapan lulus (Program Halus) 4.4 Cik Zarimi binti Mohamad (Ketua Panitia Perdagangan) menyatakan Panitia Perdagangan telah melaksanakan beberapa program untuk

Hak cipta terpelihara sektor Jaminan Kualiti,Jabatan Pelajaran Johor | 1 Mac 2011 Keluaran 02 | Pindaan 00

PK 07/3
meningkatkan peratus kelulusan seperti mengadakan Bengkel Teknik Menjawab Soalan.Terdapat juga guru yang berpengalaman dan sebagai penanda kertas peperiksaan SPM. Pelajar-pelajar juga banyak didedahkan dengan soalan-soalan objektif serta soalan-solan percubaan SPM negerinegeri lain. Walaupun begitu kelemahannya ialah masih ada pelajar yang tidak pandai membaca dan menulis dan kegagalan pelajar bukan bumiputera menguasai bahasa melayu. 4.5 Puan Punitha a/p Rajrattnam (Ketua Panitia Prinsip Perakaunan) memaklumkan pelajar-pelajar banyak didedahkan dengan soalan wajib iaitu soalan nombor 1 dalam kertas 2 yang memperuntukkan markah tinggi. Program-program yang dianjurkan oleh Panitia Daerah juga banyak membantu peningkatan peratus kelulusan tersebut

Tindakan:Semua Guru Teknik & Vokasional

POST MORTEM DAN AUDIT AKADEMIK PEPERIKSAAN PENILAIAN KURIKULUM 1 TINGKATAN 4 DAN 5 Perdagangan : Tingkatan 5 ( 22.16% ) Tingkatan 4 ( 23.97% ) Ekonomi Asas : Tingkatan 5 ( 53.54% ) Tingkatan 4 ( 48.98% ) Prinsip Perakaunan : Tingkatan 5 ( 55.65% ) Tingkatan 4 ( 93.51% )

Tindakan:Semua Guru Teknik & Vokasional

HAL-HAL LAIN 6.1 Puan Mazlinah binti Mohamad mengingatkan supaya setiap panitia melaksanakan program peningkatan akademik seperti Bengkel Teknik Menjawab Soalan. Program ini perlu dilaksanakan sebelum Peperiksaan Percubaan SPM. Beliau mencadangkan supaya Bengkel Teknik Menjawab

Hak cipta terpelihara sektor Jaminan Kualiti,Jabatan Pelajaran Johor | 1 Mac 2011 Keluaran 02 | Pindaan 00

PK 07/3
Soalan yang akan dijalankan di peringkat sekolah dilaksanakan oleh guru-guru SMKUT sendiri. Setiap Panitia Mata Pelajaran boleh melaksanakan program-program peningkatan akademik seperti tahun lepas dan membuat penambahbaikan kelemahan yang ada.

Tindakan:Semua Guru Teknik & Vokasional

6.2

Puan Goh Pek Lan memaklumkan soalan peperiksaan pertengahan tahun tingkatan 4 dan 5 adalah setara. Guru-guru bertanggungjawab memastikan semua tajuk yang akan keluar dalam soalan peperiksaan telah diajar.

Tindakan:Semua Guru Teknik & Vokasional

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.30 petang.

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

Disahkan oleh,

(Pn Dahliah bt Amat Darmawi) Setiausaha Mesyuarat Panitia kali Ke 2

. (Pn Goh Pek Lan) Guru Kanan, Teknik & Vokasional

. (Pn Mazlinah bt Mohamad) Penolong Kanan 1

Hak cipta terpelihara sektor Jaminan Kualiti,Jabatan Pelajaran Johor | 1 Mac 2011 Keluaran 02 | Pindaan 00

You might also like