You are on page 1of 2

Persatuan Ibu Bapa Dan Guru

Sekolah Kebangsaan Selandar


Selandar, Jasin Tel/Fax : 065252705
77500 Melaka Faksimili : 065252705

Ruj. Kami : SKS/PIBG/01/2023( )


Tarikh : 22 OGOS 2023
Kepada:
Pegawai RELA Jasin
JC 589 Jalan Bestari 4,
Seksyen 2, Bandar Jasin Bestari

Tuan/Puan,

JEMPUTAN MENGHADIRI PROGRAM GOTONG-ROYONG MADANI SK SELANDAR 2023

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Berhubung perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa Sekolah Kebangsaan Selandar akan mengadakan
Program Gotong-royong Madani Peringkat Sekolah 2023 pada ketetapan yang berikut:

Tarikh : 9 September 2023


Hari : Sabtu
Tempat Berkumpul : Dataran Perhimpunan SK Selandar

3. Saya mewakili pihak sekolah berbesar hati ingin menjemput pihak tuan untuk bersama-sama menjayakan
program yang telah dirancang. Bersama-sama surat ini turut dilampirkan tentatif program untuk rujukan pihak
tuan.

4. Sebarang pertanyaan mengenai perkara tersebut boleh berhubung terus dengan Puan Nor Azah binti Md
Had, GPK Hal Ehwal Murid SK Selandar di talian 0136384709 atau Puan Azizah binti Wahab, Penyelaras
program di talian 012 6374918.

5. Segala kerjasama dan bantuan daripada pihak tuan kami dahului dengan jutaan penghargaan dan ucapan
ribuan terima kasih.

“MALAYSIA MADANI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“MELAKAKU MAJU JAYA, RAKYAT BAHAGIA, MENGGAMIT DUNIA”
“BIJAK LAKSANA TUAH, BERANI LAKSANA JEBAT”

Saya yang menjalankan amanah,

………… …………….
(HAJI ZALI BIN HAJI WAHIL)
YDP PIBG SK SELANDAR

s.k. Fail YDP


Fail Penasihat
Fail SU PIBG
“Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera”
#skselandarBITARA
Lampiran 1

TENTATIF PROGRAM GOTONG-ROYONG MADANI SK SELANDAR 2023

MASA ATURCARA

7.30 pagi Pendaftaran/ Pembahagian Kumpulan

7.45 pagi Nyanyian Lagu / Doa

7.50 pagi Ucapan Alu-aluan

8.00 pagi Ucapan Perasmi

8.15 pagi Senamrobik

8.30 pagi Gotong -royong

10.30 pagi Jamuan

11.00 pagi Gotong-royong

1.00 petang Bersurai

“Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera”


#skselandarBITARA

You might also like