You are on page 1of 4

KERTAS KERJA

MAJLIS JAMUAN HI TEA


SANJUNGAN BUDI JUNJUNGAN KASIH
KELAB GURU DAN STAF
SMK JALAN TIGA, BANDAR BARU BANGI
TAHUN 2022

1.0 PENGENALAN

Majlis Jamuan Makan Tahunan merupakan sambutan yang diadakan setiap akhir tahun bagi
meraikan dan menghargai jasa serta pengorbanan guru-guru setelah berpenat lelah sepanjang tahun
mengerah keringat demi mendidik anak bangsa pewaris negara dan meningkatkan kecemerlangan
sekolah. Ia merupakan program tahunan yang dilaksanakan untuk mengeratkan silaturahim sesama
guru dalam suasana yang lebih santai dan eksklusif. Semoga aktiviti yang dijalankan memberikan erti
yang signifikan dalam catatan diari kehidupan seorang guru dan menambahkan motivasi serta
mengeratkan ukhwah silaturrahim antara guru dan staf sekolah dan dapat menyuburkan
persekitaran kerja yang positif.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Mengeratkan silaturrahim dalam kalangan guru dan staf.

2.2 Meraikan dan menghargai jasa dan sumbangan guru-guru dan staf terhadap

kecemerlangan sekolah.

2.3 Sebagai usaha menyuntik semangat dan motivasi buat guru dan staf.

3.0 TARIKH

11 Februari 2023 (Sabtu)

4.0 TEMPAT

Hotel Le meridien, Putrajaya.

5.0 SASARAN

Semua guru dan staf SMK Jalan Tiga, Bandar Baru Bangi.
6.0 AHLI JAWATANKUASA

Pengerusi : Pn. Norhafizah binti Mustafa


Naib Pengerusi : Pn. Che Sabaraiah binti Abdul Kadir
Setiausaha : Pn. Maimunah binti Othman
Bendahari : Pn. Rohana binti Othman

BIL JAWATANKUASA AJK PERINCIAN TUGAS


1. Jemputan Pn. Rohana binti Othman - Menyediakan senarai nama
jemputan dan membuat kad
jemputan digital
- Menyambut tetamu yang hadir
terutama VIP
2. Pendaftaran Pn. Noor Hanishah binti Hanipah - Mencatat rekod kehadiran guru
Pn. Che Sabariah Binti Abdul Kadir dan AKP
3. Sumbangan/Tajaan Pn. Zaimah bin Zainon - Mengedarkan surat untuk
Pn. Norhafizah binti Mustafa memohon sumbangan dan
mendapatkan tajaan dari
pelbagai pihak
4. Doorgift/goodies Pn. Siti Rafidah binti Kamsin - Menguruskan pembelian dan
Pn. Husnisha binti Husain penyediaan serta pengagihan
Pn. Nurnabihah Najwa binti Jaafar doorgift kepada semua guru
dan staf
5. Hadiah/Cabutan Pn. Siti Fairuz binti Sabran - Menguruskan hadiah-hadiah
bertuah Pn. Rohana binti Othman cabutan bertuah (tagging &
Pn. Norlina binti Kasnin numbering) dan susunan
Pn. Roslina binti Mairaj sebelum dan semasa acara
cabutan bertuah.
6. Banner Pn. Norhafizah binti Mustafa - Menempah dan menguruskan
banner majlis
7. Persiapan tempat Pn. Zaimah bin Zainon - Menguruskan susun atur meja
En. Muhammad Amir bin dan kerusi
Mua’ainue Deen - Membuat tagging dan pelan
kedudukan semua tetamu
8. Bacaan Doa En. Mohd Suhaimi bin Abd. Hamid - Meyediakan teks bacaan doa
yang ringkas dan mengetuai
bacaan doa majlis
9. Pengacara Majlis Pn. Nor Azizan binti Sapar - Menyediakan teks pengacaraan
En. Mohamad Syukri bin Mohd. - Mengacarakan majlis sepanjang
Yusoff majlis berlangsung
10. Teknikal/PA Sistem En. Muhammad Amir bin - Memastikan PS sistem berfungi
Mua’ainue Deen dengan baik sepanjang majlis
dan menyediakan susunan
lagu/muzik yang bersesuaian
untuk majlis
11. Fotografi cendekia - Merekod dan merakam
gambar-gambar sepanjang
majlis
12. Dokumentasi Pn. Maimunah binti Othman - Menyediakan dokumentasi
lengkap majlis
7.0 KEWANGAN

Pendapatan ;

BIL PERKARA KUANTITI JUMLAH CATATAN


1 Yuran KGS (Guru) RM 120 X 120 RM 14, 400.00
2 Yuran KGS (Staf) RM 70 X 13 RM 910.00
3 Sumbangan Peribadi RM 3265.00
JUMLAH RM 18,575.00

Perbelanjaan ;

BIL PERKARA KUANTITI JUMLAH CATATAN

1 Buffet Hi tea RM 120 X 135 RM 16, 200

2 Door Gift RM 5 X 135 RM 675.00

3 Hadiah Cabutan Bertuah RM 100 X 5 RM 500.00

4 Hiasan Meja & Pentas RM 300.00

5. Glambox/Photobooth RM 700.00
6. Lain-lain RM 200.00

JUMLAH RM 18,575.00

8.0 TENTATIF PROGRAM

11.30 pagi :Pendaftaran

12.00 t/hari : Ucapan aluan pengerusi majlis

: Bacaan Doa

: Ucapan Pengerusi Kelab Guru dan Staf 2021/2022

: Ucapan YDP PIBG

: Ucapan Pengetua

12.30 t/hari :Jamuan bermula

1.30 petang :Apresiasi Guru dan staf

2.00 petang :Cabutan bertuah

3.30 petang :Bersurai


9.0 PENUTUP

Diharapkan agar majlis jamuan makan akhir tahun berjalan lancar dan mencapai objektif
program yang diharapkan.

Disediakan oleh ; Diluluskan oleh;

(NORHAFIZAH BINTI MUSTAFA) (MASSITA BINTI MOHAMED SIN)

Pengerusi Pengetua
Kelab Guru dan Staf SMK Jalan Tiga
SMK Jalan Tiga Bandar Baru Bangi

You might also like