You are on page 1of 2

Kawasan kampung anda telah mengadakan gotong-royong untuk menghapus nyamuk Aedes dan mencegah denggi.

Keluarga anda turut menyertai aktiviti ini.

Tulis karangan untuk menceritakan gotong-royong itu.

_______________________________________________________________________________________________
Pendahuluan:
-penduduk kampung - dijangkiti penyakit denggi -mengadakan gotong-royong - menghapus nyamuk Aedes -
mencegah denggi -keluarga saya - menyertai gotong-royong
Isi 1:
-berkumpul- dewan komuniti -taklimat - cara-cara menghapus nyamuk Aedes - dibahagikan - beberapa kumpulan
- -tugas masing-masing- gotong-royong dimulakan.
Isi 2:
-mengumpul sampah-sarap - sekitar kampung-termasuklah -beg plastik, botol, tin - dibungkus - dibuang -
mengelakkan pembiakan nyamuk-daun kering - disapu – ditanam
Isi 3:
- membersihkan longkang - longkang tidak tersumbat - menakung air- menuangkan air -tempat-tempat yang
menakung air - pasu bunga, tayar hiasan,baldi -baldi dan bekas-bekas -tidak digunakan - ditelangkupkan - tidak
menakung air- membubuh ubat jentik-jentik - kolam air, pasu bunga, tangki - membunuh jentik-jentik nyamuk.
Isi 4:
- memotong rumput-rumput –taman- semak-samun – ditebas-paku-pakis - pokok – dicabut- merupakan tempat
pembiakan nyamuk - air mungkin menakung - celah daun- seluruh kampung -disembur - kabus - membunuh nyamuk
dewasa.
Isi 5:
-berehat-jamuan - diadakan - dewan komuniti- menjamu selera - melepaskan lelah-ketua kampung - terima kasih -
bertungkus lumus menjayakan gotong-royong ini.
Penutup:
-gembira - gotong-royong - dijalankan – berjaya- bersih - bebas daripada nyamuk Aedes- berharap - sihat - tidak
dijangkiti penyakit denggi lagi
Sejak kebelakangan ini, sesetengah penduduk kampung telah dijangkiti penyakit denggi. Penduduk kampung
di Air Terjun telah mengadakan gotong-royong untuk menghapus nyamuk Aedes dan mencegah denggi. Keluarga
saya turut menyertai gotong-royong ini.

Pada pukul 7.00, semua penduduk berkumpul di dewan komuniti. Taklimat tentang cara-cara menghapus
nyamuk Aedes telah diadakan. Penduduk kampung dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan
mempunyai tugas masing-masing. Selepas itu, gotong-royong dimulakan.

Kami mengumpul sampah-sarap di sekitar kampung. Sampah-sarap ini termasuklah beg plastik, botol, tin
dan sebagainya. Sampah-sarap ini dibungkus dan dibuang untuk mengelakkan pembiakan nyamuk. Daun-daun
kering juga disapu dan ditanam.

Selain itu, kami juga membersihkan longkang supaya longkang tidak tersumbat atau menakung air. Kami juga
menuangkan air di tempat-tempat yang menakung air seperti pasu bunga, tayar hiasan,baldi dan sebagainya. Baldi
dan bekas-bekas yang tidak digunakan juga ditelangkupkan supaya tidak menakung air. Selepas itu, kami membubuh
ubat jentik-jentik ke dalam kolam air, pasu bunga, tangki air dan sebagainya untuk membunuh jentik-jentik nyamuk.

Sesetengah penduduk bertanggungjawab memotong rumput-rumput yang panjang di taman. Semak-samun


di tepi rumah juga ditebas. Paku-pakis pada pokok juga dicabut. Tempat-tempat ini juga merupakan tempat
pembiakan nyamuk kerana air mungkin menakung pada celah daun. Selepas itu, seluruh kampung disembur dengan
kabus untuk membunuh nyamuk dewasa.

Pada pukul 12.00 tengah hari, semua penduduk kampung berehat. Jamuan telah diadakan di dewan
komuniti. Penduduk kampung menjamu selera dan melepaskan lelah. Ketua kampung mengucapkan terima kasih
kepada semua penduduk kerana bertungkus lumus menjayakan gotong-royong ini.

Kami berasa sungguh gembira kerana gotong-royong ini dijalankan dengan berjaya. Kampung kami telah
bersih dan bebas daripada nyamuk Aedes. Kami berharap agar semua penduduk kampung sihat dan tidak dijangkiti
penyakit denggi lagi.

You might also like