You are on page 1of 3

Cara Buat QR Code (Mudah)

Feb 8, 2020 | info | 0 comments

Penggunaan QR Code kini juga telah meluas di kalangan guru-guru, terutamanya apabila
ingin memberikan sesuatu link kepada orang lain dengan hanya perlu ‘Scan QR Code’ dan
link yang hendak dibuka akan terpapar.
Ia juga digunakan untuk menggantikan dokumen ‘hardcopy’ kepada ‘softcopy’, sebagai
contoh sebelum ini kita perlu mencetak DSKP atau RPT dan memasukkannya ke dalam fail,
namun kini kita boleh sahaja jadikan ia dalam bentuk softcopy dengan memberi Qr Code
yang mempunyai link kepada dokumen tersebut.
Mahu jadikan RPT anda kepada bentuk QR Code? Bagaimana Cara Untuk Buat QR Code?
Untuk membuatnya anda memerlukan perkara berikut:
1. Dokumen yang anda ingin masukkan ke dalam QR Code
2. Akaun Google Drive
Kemudian ikut langkah-langkah dibawah:

1. Masukkan dokumen anda ke dalam Google Drive


2. Copy link dokumen yang telah anda masukkan

3. Buka website ini :


https://www.qr-code-generator.com/ atau
https://www.the-qrcode-generator.com/
4. Masukkan link dokumen tadi ke dalam website di atas untuk generate QR Code.

Selepas anda tekan generate, QR CODE akan dijana, anda boleh download code dan print.
Apa-apa link website boleh ditukar kepada QR. Manakala untuk scan code tersebut pula,
anda memerlukan apps QR Scanner. Aplikasi ini boleh dimuat turun di Playstore atau App
Store.
Print dan rename code yang telah dimuat turun supaya anda tidak tertukar dengan yang
lain.
Semoga panduan ini dapat membantu anda dan rakan-rakan dalam membuat QR Code
sendiri.
Jangan lupa untuk share kepada rakan-rakan yang lain.

You might also like