You are on page 1of 26

PEJABAT SETIAUSAHA KEWANGAN NEGERI,

TINGKAT 14, 17 & 18,


WISMA BAPA MALAYSIA, Telefon Am : 082-441957
PETRA JAYA Kawat : FINANCIAL KUCHING
93502 KUCHING, Teleks : STAFIN MA70023
SARAWAK. Fax : 082-442355/313245

Ruj Tuan :
Ruj Kami : SFS/00021/2 SFS-CIRCULARS(P)(16)
Tarikh : 28.09.2021

SURAT PEKELILING SETIAUSAHA KEWANGAN NEGERI BIL. 07/2021

Semua Setiausaha Tetap Kementerian

Semua Ketua Jabatan Negeri

Semua Residen Bahagian

Semua Ketua Badan-Badan Berkanun Negeri

Semua Pihak Berkuasa Tempatan Negeri

GARIS PANDUAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN KENDERAAN DAN PERALATAN PROJEK


UNTUK PEMANTAUAN PROJEK MELALUI KONTRAK KERJA DI BAWAH PERUNTUKAN
KERAJAAN NEGERI

1. TUJUAN PEKELILING
1.1 Surat Pekeliling ini bertujuan untuk menerangkan garis panduan mengenai
perolehan perkhidmatan kenderaan (pengangkutan darat / air) dan peralatan
projek bagi tujuan pemantauan projek untuk kontrak kerja yang menggunakan
peruntukan yang dibiayai oleh Kerajaan Negeri.
1.2 Dengan adanya garis panduan ini, proses perolehan perkhidmatan kenderaan
dan peralatan projek bagi tujuan pemantauan projek akan dapat dilaksanakan
dengan lebih telus, efisien dan memberi nilai faedah terbaik (best value for
money) kepada Kerajaan di samping dapat mengelak ketidakpatuhan terhadap
mana-mana peraturan perolehan yang ditetapkan.
1.3 Penyediaan garis panduan ini adalah berpandukan kepada garis panduan yang
dikuatkuasakan oleh Perbendaharaan Malaysia dan telah dibuat beberapa
penambahbaikan mengikut kesesuaian pelaksanaan projek Kerajaan Negeri.

2. PENGENALAN
2.1 Kerajaan Negeri lazimnya memperolehi perkhidmatan kenderaan dan peralatan
projek melalui Peruntukan Kerja-Kerja Awalan (Preliminaries) bagi sesuatu
kontrak kerja yang bertujuan untuk memudahkan pengurusan projek.
Garis Panduan Perolehan Perkhidmatan Kenderaan Projek dan Peralatan Projek Muka surat 1 daripada 15
Untuk Pemantauan Projek Melalui Kontrak Kerja Di Bawah Peruntukan Kerajaan Negeri
2.2 Bagi maksud ini, Agensi hanyalah membuat perolehan perkhidmatan
kenderaan / peralatan projek dan bukan membeli kenderaan / peralatan
projek yang baharu. Kerajaan adalah sekadar mendapatkan perkhidmatan
kenderaan / peralatan projek tersebut daripada pihak kontraktor sepanjang
pelaksanaan projek. Oleh itu, sepanjang tempoh kontrak berkuat kuasa,
kemudahan kenderaan / peralatan projek yang disediakan oleh kontraktor
adalah milik kontraktor dan hendaklah sentiasa di bawah kawalannya.
2.3 Bagi tujuan garis panduan ini, takrifan Ketua Agensi adalah seperti berikut:-
2.3.1 Bagi Kementerian / Jabatan, Ketua Agensi bermaksud Pegawai Pengawal
dan takrifan Pegawai Pengawal adalah seperti yang dinyatakan dalam
Arahan Perbendaharaan.
2.3.2 Bagi Badan-Badan Berkanun, Ketua Agensi bermaksud Ketua Pegawai
Eksekutif dan takrifan Ketua Pegawai Eksekutif adalah seperti yang
dinyatakan dalam Seksyen 2(1) Statutory Bodies (Financial and Accounting
Procedures) Ordinance, 1995 seperti berikut:-
“Interpretation of “Chief Executive Officer”, in relation to a statutory body,
shall mean its principal executive officer who is responsible for the day to
day administration and management of that statutory body”.
2.3.3 Bagi Pihak Berkuasa Tempatan, Ketua Agensi bermaksud Setiausaha dan
takrifan Setiausaha adalah seperti yang dinyatakan dalam Peraturan 2 The
Local Authorities Financial Regulations 1997 seperti berikut:-
“Secretary means, in relation to a Council, the person appointed in
accordance with section 35(1)(c) of the Ordinance to be its Secretary, or in
the case of the City of Kuching North, an officer designated by the
Commissioner of the City of Kuching North”.

3. SUMBER PEMBIAYAAN
3.1 Garis panduan ini adalah terpakai bagi perolehan perkhidmatan kenderaan dan
peralatan projek untuk pemantauan projek melalui kontrak kerja yang
menggunakan peruntukan yang dibiayai oleh Kerajaan Negeri dan peruntukan
yang dibiayai sendiri oleh pihak Badan Berkanun / Pihak Berkuasa Tempatan. Walau
bagaimanapun, bagi Pihak Berkuasa Tempatan, pemakaian garis panduan
perolehan perkhidmatan kenderaan dan peralatan projek ini juga adalah tertakluk
kepada The Local Authorities Financial Regulations, 1997 yang sedang
berkuatkuasa.

Garis Panduan Perolehan Perkhidmatan Kenderaan Projek dan Peralatan Projek Muka surat 2 daripada 15
Untuk Pemantauan Projek Melalui Kontrak Kerja Di Bawah Peruntukan Kerajaan Negeri
4. HAD NILAI ANGGARAN AGENSI
Perkhidmatan kenderaan dan peralatan projek melalui kontrak kerja adalah dibenarkan
hanya bagi anggaran harga tender Agensi yang bernilai melebihi RM500 ribu sahaja dan
sekiranya kenderaan atau peralatan Agensi sedia ada tidak mencukupi untuk
digunakan bagi tujuan pemantauan, penyeliaan dan pengurusan projek.

5. TANGGUNGJAWAB AGENSI DAN PERUNDING


5.1 Agensi dan perunding hendaklah memastikan bahawa harga yang dimasukkan
oleh kontraktor di dalam kontrak adalah bukan merupakan kos pembelian
kenderaan dan peralatan tetapi hanya merupakan kos menyediakan perkhidmatan
kenderaan atau kos perkhidmatan peralatan berkenaan.
5.2 Agensi dan perunding hendaklah memastikan bahawa kos perkhidmatan
kenderaan yang ditawarkan oleh kontraktor hendaklah meliputi kos sewaan
kenderaan, kos penyelenggaraan, kos bahan api / minyak / pelincir dan tol, kos
tempat letak kereta, kos perlindungan insurans komprehensif, cukai jalan, gaji dan
elaun pemandu yang disediakan oleh kontraktor untuk sepanjang tempoh
pelaksanaan projek.
5.3 Agensi dan perunding yang dilantik hendaklah memastikan kos perkhidmatan
kenderaan dan peralatan projek yang ditawarkan oleh kontraktor secara
keseluruhannya adalah tidak menyamai harga pembelian sesuatu aset. Jika
didapati kos yang dikemukakan adalah tidak munasabah, Agensi hendaklah
membuat pelarasan kos perkhidmatan kenderaan / peralatan tersebut berdasarkan
harga pasaran semasa.
5.4 Bagi projek yang diselia oleh perunding, sekiranya kos perkhidmatan kenderaan
dan peralatan yang disediakan oleh perunding adalah tidak munasabah dan
menyamai harga sesuatu pembelian aset mengakibatkan kos projek yang tinggi,
pegawai Kerajaan hendaklah meminta perunding membuat semakan semula ke
atas kos tersebut. Sekiranya perunding gagal membuat semakan semula, tindakan
boleh dikenakan ke atas perunding selaras dengan syarat-syarat perjanjian,
antaranya tidak membuat bayaran ke atas perkhidmatan tersebut kerana gagal
mematuhi arahan Agensi.
5.5 Pegawai Kerajaan yang cuai melaksanakan semakan ke atas kos perkhidmatan
kenderaan dan peralatan projek serta tidak mengawal selia perunding termasuk
tidak meminta perunding membuat semakan semula ke atas kos yang
dicadangkan, boleh dikenakan tindakan surcaj.

Garis Panduan Perolehan Perkhidmatan Kenderaan Projek dan Peralatan Projek Muka surat 3 daripada 15
Untuk Pemantauan Projek Melalui Kontrak Kerja Di Bawah Peruntukan Kerajaan Negeri
6. KRITERIA DAN KELAYAKAN PERKHIDMATAN KENDERAAN PROJEK (PENGANGKUTAN
DARAT / AIR)
6.1 Agensi yang mempunyai kenderaan (darat / air) sedia ada yang tidak mencukupi
sahaja yang dibenarkan untuk mendapatkan perkhidmatan kenderaan (darat / air)
bagi pemantauan projek dan juga terhad bagi projek yang memenuhi salah satu
kriteria berikut:
6.1.1 Melibatkan pembinaan bangunan yang mana tapak binanya melebihi 40
ekar dan tidak sesuai menggunakan kenderaan biasa; atau
6.1.2 Melibatkan jalan masuk (access road) ke lokasi tapak bina yang sukar
dilalui, tidak berturap dan hanya sesuai dilalui oleh kenderaan pacuan
empat (4) roda (four wheel drive – 4WD); atau
6.1.3 Melibatkan pembinaan projek berbentuk linear yang melebihi 1
kilometer serta tiada jalan masuk di sepanjang jajarannya; atau
6.1.4 Melibatkan tapak bina yang sukar dilalui seperti berbukit bukau, berpaya
dan sebagainya; atau
6.1.5 Melibatkan pembinaan projek di kawasan sungai seperti pembinaan
jambatan, jeti atau seumpamanya.
6.2 Mana-mana projek yang tidak memenuhi kriteria di perenggan 6.1 di atas
adalah tidak layak mendapatkan perkhidmatan kenderaan projek
(pengangkutan darat / air). Sebarang pemantauan, penyeliaan dan pengurusan
projek hendaklah dilaksanakan dengan menggunakan kenderaan Agensi.
6.3 Bilangan maksimum kenderaan pengangkutan darat yang dibenarkan bagi
sesuatu kontrak kerja adalah seperti berikut:

Jenis Kenderaan
Anggaran Harga Tender 4WD 2WD
(Station Wagon / (Station Wagon /
Pickup) Pickup / Sedan)
Melebihi RM500 ribu sehingga RM5 juta Tidak layak 1
Melebihi RM5 juta sehingga RM20 juta 1 1
Melebihi RM20 juta sehingga RM50 juta 2 1
Melebihi RM50 juta 3 2

6.4 Agensi hendaklah memastikan hanya kenderaan pengangkutan darat yang


sempurna dan tulen sahaja (bukan merupakan kenderaan potong dan sambung)
yang telah diluluskan penggunaannya oleh Pihak Berkuasa berkaitan sama ada
terpakai atau baharu disediakan oleh kontraktor serta terhad kepada spesifikasi
seperti berikut:

Garis Panduan Perolehan Perkhidmatan Kenderaan Projek dan Peralatan Projek Muka surat 4 daripada 15
Untuk Pemantauan Projek Melalui Kontrak Kerja Di Bawah Peruntukan Kerajaan Negeri
Kenderaan Projek Spesifikasi
(a) Untuk kegunaan (i) Sehingga 2500 c.c.
4WD laluan jalan masuk (ii) Petrol dengan Electronic Fuel
Completely berturap Injection 4WD
Knocked (iii) Aksesori standard sahaja
Down (CKD) (b) Untuk kegunaan (i) Sehingga 2800 c.c.
sahaja laluan jalan masuk (ii) Diesel dengan 4WD
yang tidak (iii) Aksesori standard sahaja
berturap
(i) Sehingga 2000 c.c.
2WD Completely Knocked Down (CKD) sahaja (ii) Petrol dengan Fuel Injection
(iii) Aksesori standard sahaja

6.5 Bagi kenderaan pengangkutan darat terpakai, Agensi hendaklah memastikan


kontraktor menyediakan kenderaan yang berusia tidak melebihi 3 tahun atau
100,000 kilometer (yang mana tercapai terdahulu) serta masih selamat
digunakan. Agensi hendaklah mendapat nasihat dan Laporan Pemeriksaan
Mekanikal (Mechanical Inspection Report - MIR) daripada Jabatan Kerja Raya
Sarawak sebelum kenderaan terpakai yang dicadangkan oleh kontraktor boleh
diterima dan digunakan.
6.6 Sebarang pengubahsuaian kenderaan pengangkutan darat projek, sebagai
contoh menukar rim sedia ada kepada rim bersaiz besar atau lain-lain
pengubahsuaian adalah tidak dibenarkan.
6.7 Agensi hendaklah memastikan supaya maklumat dipaparkan dengan jelas di
kenderaan pengangkutan darat projek seperti berikut:

(a) Logo Agensi Pelaksana Hendaklah dipaparkan di kedua-dua


(b) Nombor telefon Pejabat Pegawai pintu hadapan kenderaan dengan saiz
Penguasa / Pengarah Projek; dan minima 14” x 14” menggunakan pelekat
(c) Nama projek kekal

6.8 Perkhidmatan kenderaan pengangkutan darat 4WD dan / atau 2WD yang
disediakan oleh kontraktor kepada Agensi hendaklah disertakan bersama dengan
pemandu. Ini adalah kerana kos perkhidmatan kenderaan yang diperolehi telah
termasuk gaji dan elaun pemandu. Pegawai dan kakitangan awam adalah
dilarang sama sekali memandu sendiri kenderaan 4WD dan / atau 2WD tersebut.

Garis Panduan Perolehan Perkhidmatan Kenderaan Projek dan Peralatan Projek Muka surat 5 daripada 15
Untuk Pemantauan Projek Melalui Kontrak Kerja Di Bawah Peruntukan Kerajaan Negeri
6.9 Kenderaan pengangkutan darat hendaklah diinsuranskan dengan insurans
komprehensif atau first party dan memberi perlindungan kepada pemandu serta
penumpang yang layak.
6.10 Semua kenderaan pengangkutan darat yang digunakan untuk tujuan
pemantauan projek hendaklah dipulangkan kepada kontraktor dalam
tempoh tidak melebihi 30 hari kalendar (calendar days) dari tarikh Sijil
Perakuan Siap Kerja (Certificate of Practical Completion - CPC) dikeluarkan.
6.11 Manakala, bilangan maksimum kenderaan pengangkutan air yang dibenarkan
bagi sesuatu kontrak kerja adalah seperti berikut:

Jenis Bot Laju (Speedboat)


(18 ft Seaworthy Fibreglass Speedboat
Anggaran Harga Tender with Roof)
(18ft size - comfortable for 3 or 6 pax)
Bilangan Maksimum
Melebihi RM500 ribu sehingga RM50 juta 1 (Class B Specification)
Melebihi RM50 juta 1 (Class A Specification)

6.12 Agensi hendaklah memastikan hanya kenderaan pengangkutan air yang


sempurna dan tulen sahaja (bukan merupakan kenderaan potong dan sambung)
yang telah diluluskan penggunaannya oleh Pihak Berkuasa berkaitan sama ada
terpakai atau baharu disediakan oleh kontraktor serta terhad kepada klasifikasi
dan spesifikasi seperti berikut:

6.12.1 Klasifikasi Kelas A (Class A Classification)


(a) Kontraktor perlu menyediakan satu (1) unit bot laju yang beratap
dan dilengkapi enjin sangkut yang berkapasiti minima 30 HP bagi
setiap enjin sepanjang tempoh kontrak. Setiap bot laju perlu
mempunyai kapasiti ruang duduk selesa bagi enam (6) orang dan
hanya digunakan oleh Pegawai Penguasa atau Pengarah Projek
(PP) / Wakil PP dan pasukan penyeliaan tapak pada setiap masa.
(b) Kontraktor perlu menyediakan pemandu bot yang kompeten
(mempunyai kelayakan yang diperakui oleh Lembaga Sungai
Sarawak dan mempunyai River Transport Permit - RTP yang sah)
yang melapor terus kepada Pegawai Penguasa atau Pengarah
Projek (PP) / Wakil PP dan kakitangan penyelia. Semua kos untuk
bahan api / minyak dan pelincir, insuran, penyelenggaraan, gaji
pemandu dan lain-lain keperluan perlu ditanggung oleh

Garis Panduan Perolehan Perkhidmatan Kenderaan Projek dan Peralatan Projek Muka surat 6 daripada 15
Untuk Pemantauan Projek Melalui Kontrak Kerja Di Bawah Peruntukan Kerajaan Negeri
kontraktor.

(c) Bot laju hendaklah dikembalikan kepada kontraktor setelah


pengeluaran Sijil Perakuan Siap Kerja (Certificate of Practical
Completion - CPC) tidak melebihi 30 hari kalendar (calendar
days) daripada tarikh Sijil Perakuan Siap Kerja (Certificate of
Practical Completion - CPC) dikeluarkan.
6.12.2 Klasifikasi Kelas B (Class B Specification)
(a) Kontraktor perlu menyediakan satu (1) unit bot laju yang beratap
dan dilengkapi enjin sangkut yang berkapasiti minima 15 HP bagi
setiap enjin sepanjang tempoh kontrak. Setiap bot laju perlu
mempunyai kapasiti ruang duduk selesa bagi tiga (3) orang dan
hanya digunakan oleh Pegawai Penguasa atau Pengarah Projek
(PP) / Wakil PP dan pasukan penyeliaan tapak pada setiap masa.
(b) Kontraktor perlu menyediakan pemandu bot yang kompeten
(mempunyai kelayakan yang diperakui oleh Lembaga Sungai
Sarawak dan mempunyai River Transport Permit - RTP yang sah)
yang melapor terus kepada Pegawai Penguasa atau Pengarah
Projek (PP) / Wakil PP dan kakitangan penyelia. Semua kos untuk
bahan api / minyak dan pelincir, insuran, penyelenggaraan, gaji
pemandu dan lain-lain keperluan perlu ditanggung oleh
kontraktor.
(c) Bot laju hendaklah dikembalikan kepada kontraktor setelah
pengeluaran Sijil Perakuan Siap Kerja (Certificate of Practical
Completion - CPC) tidak melebihi 30 hari kalendar (calendar
days) daripada tarikh Sijil Perakuan Siap Kerja (Certificate of
Practical Completion - CPC) dikeluarkan.
6.13 Agensi hendaklah memastikan supaya maklumat dipaparkan dengan jelas di
kenderaan pengangkutan air projek seperti di perenggan 6.7.
6.14 Kenderaan pengangkutan air hendaklah diinsuranskan dengan insurans
komprehensif dan memberi perlindungan kepada pemandu serta penumpang
yang layak.
6.15 Walau bagaimanapun, sekiranya pengangkutan air hanya akan digunakan sekali
sekala atau tidak kerap dan / atau terdapat cara lain yang lebih murah seperti
menyewa daripada pihak ketiga, maka kos penyewaan pengangkutan air

Garis Panduan Perolehan Perkhidmatan Kenderaan Projek dan Peralatan Projek Muka surat 7 daripada 15
Untuk Pemantauan Projek Melalui Kontrak Kerja Di Bawah Peruntukan Kerajaan Negeri
tersebut dalam kontrak kerja adalah tidak dibenarkan.
6.16 Kenderaan projek (pengangkutan darat / air) hendaklah hanya digunakan untuk
tujuan urusan rasmi berkaitan dengan pengurusan projek berkenaan sahaja.
Kenderaan projek tidak boleh digunakan bagi tujuan urusan rasmi yang lain atau
tujuan peribadi dan hendaklah disimpan di pejabat tapak bina atau di pejabat
kontraktor atau di pejabat Agensi atau tempat yang bersesuaian ditetapkan oleh
Pegawai Penguasa atau Pengarah Projek (PP) / Wakil PP apabila ianya tidak
digunakan. Kontraktor adalah dilarang membawa kenderaan berkenaan bagi
tujuan selain daripada tugas berkaitan dengan projek tersebut.
6.17 Bagi projek yang ditamatkan kontraknya, kenderaan projek (pengangkutan darat
/ air) hendaklah dipulangkan kepada kontraktor dalam tempoh tidak melebihi
30 hari kalendar (calendar days) dari tarikh Notis Penamatan dikeluarkan.

7. KRITERIA DAN KELAYAKAN PERALATAN PROJEK


7.1 Hanya peralatan tulen sahaja adalah dibenarkan serta terhad kepada bilangan
maksima dan mengikut spesifikasi peralatan projek seperti di Lampiran A.
7.2 Telefon bimbit dan lain-lain peralatan projek selain daripada yang dinyatakan
dalam perenggan 7.1 adalah tidak dibenarkan.
7.3 Walau bagaimanapun bagi telefon bimbit, kontraktor hendaklah membuat
pembayaran secara imbuhan balik (reimbursable) ke atas penggunaan telefon
bimbit milikan peribadi penjawat awam yang menyelia projek Kerajaan. Kadar
tuntutan caj bulanan adalah RM100 sebulan, dikhususkan kepada Pegawai
Penguasa atau Pengarah Projek (PP) / Wakil PP berkaitan kontrak serta pasukan
projek yang menyelia tapak. Bilangan dan pegawai yang layak membuat tuntutan
bil telefon adalah seperti di Lampiran B. Kemudahan ini hanya terhad sekali
sahaja bayaran sebulan walaupun bilangan projek yang perlu diselia melebihi satu
dan akan menggunakan Borang Pengisytiharan Tuntutan Bil Telefon seperti di
Lampiran B1. Tuntutan bayaran ini juga tidak layak diberikan kepada Pegawai
yang telah menerima kemudahan bayaran balik bil telefon mengikut pekeliling
Kerajaan Negeri yang sedang berkuatkuasa.
7.4 Peralatan projek yang diperoleh hendaklah termasuk kos waranti, kos
penyelenggaraan asas dan kos perisian yang tulen (original).
7.5 Sepanjang tempoh kontrak berkuat kuasa, peralatan projek yang disediakan oleh
kontraktor adalah milik kontraktor dan hendaklah sentiasa di bawah kawalannya.
Peralatan projek hendaklah digunakan untuk tujuan berkaitan dengan

Garis Panduan Perolehan Perkhidmatan Kenderaan Projek dan Peralatan Projek Muka surat 8 daripada 15
Untuk Pemantauan Projek Melalui Kontrak Kerja Di Bawah Peruntukan Kerajaan Negeri
pelaksanaan projek berkenaan sahaja.
7.6 Semua peralatan projek hendaklah diserahkan kepada kontraktor dalam
tempoh tidak melebihi 30 hari kalendar (calendar days) daripada tarikh Sijil
Perakuan Siap Kerja (Certificate of Practical Completion - CPC) dikeluarkan.
7.7 Bagi projek yang ditamatkan kontraknya, peralatan projek hendaklah
dipulangkan kepada kontraktor dalam tempoh tidak melebihi 30 hari kalendar
(calendar days) dari tarikh Notis Penamatan dikeluarkan.

8. SYARAT-SYARAT KELULUSAN DAN PELAKSANAAN


8.1 Kenderaan (pengangkutan darat / air) dan peralatan projek adalah untuk
digunakan oleh pegawai Kerajaan yang terlibat dalam pengurusan projek
berkenaan sahaja.
8.2 Perunding yang dilantik untuk menyelia projek berkenaan adalah tidak
dibenarkan untuk menggunakan kenderaan (pengangkutan darat / air) dan
peralatan projek tersebut.
8.3 Kenderaan (pengangkutan darat / air) dan peralatan projek yang telah disediakan
oleh kontraktor kepada Agensi Pelaksana bagi sesuatu projek hendaklah
digunakan secara bersama dengan Agensi Pelanggan, sekiranya terdapat
keperluan bagi tujuan pemantauan projek berkenaan.
8.4 Agensi Pelaksana dan Agensi Pelanggan adalah tidak dibenarkan untuk
menggunakan kenderaan (pengangkutan darat / air) dan peralatan projek
untuk sebarang tujuan lain yang tidak berkaitan dengan pemantauan
projek berkenaan. Pegawai Penguasa atau Pengarah Projek (PP) / Wakil PP
bertanggungjawab memastikan kontraktor juga tidak menyalahgunakan
kenderaan projek untuk tujuan selain daripada projek berkenaan sahaja
sepanjang tempoh kontrak bagi menjaga nama baik Kerajaan
memandangkan terdapatnya pelekat kekal dengan butiran Agensi
Pelaksana pada kenderaan tersebut.
8.5 Permohonan bagi khidmat kenderaan (pengangkutan darat / air) dan peralatan
hendaklah terlebih dahulu mendapat kelulusan daripada Jawatankuasa
Perolehan Perkhidmatan Kenderaan dan Peralatan Projek Melalui Kontrak
Kerja (JPKP) yang dilantik secara bertulis oleh Ketua Agensi.
8.6 Keahlian JPKP adalah seperti berikut:-

Garis Panduan Perolehan Perkhidmatan Kenderaan Projek dan Peralatan Projek Muka surat 9 daripada 15
Untuk Pemantauan Projek Melalui Kontrak Kerja Di Bawah Peruntukan Kerajaan Negeri
Pengerusi : Ketua Agensi atau wakil yang terdiri daripada Pegawai Pengurusan
& Profesional (P&P) yang dilantik secara bertulis oleh Ketua Agensi.
Ahli : Sekurang-kurangnya dua (2) orang Pegawai Pengurusan &
Profesional (P&P) yang dilantik secara bertulis oleh Ketua Agensi
atau sekurang-kurangnya Gred 29 ke atas sekiranya tiada Pegawai
Pengurusan & Profesional (P&P)
Kuorum : Sekurang-kurangnya tiga (3) orang termasuk Pengerusi.

Nota : Sekiranya Ketua Agensi menjadi Pengerusi, maka Surat Pelantikan secara bertulis
tidak diperlukan dan secara automatik Ketua Agensi adalah diberi kuasa menjadi
Pengerusi JPKP.

8.7 Setiap permohonan bagi perolehan kenderaan dan peralatan projek hendaklah
dikemukakan kepada JPKP dengan menggunakan Borang Permohonan
Perkhidmatan Kenderaan dan Peralatan Bagi Pemantauan Projek seperti di
Lampiran C.
8.8 JPKP berkaitan adalah bertanggungjawab memastikan permohonan perolehan
perkhidmatan kenderaan (pengangkutan darat / air) dan peralatan projek yang
dipohon oleh Agensi hendaklah diteliti terlebih dahulu dan diberi justifikasi
kukuh sebelum sebarang kelulusan diberikan supaya ianya tidak menjadi satu
keperluan wajib untuk setiap projek. Sesalinan keputusan Jawatankuasa
hendaklah turut disalinkan kepada Ketua Agensi untuk tujuan pemantauan.
8.9 Kelulusan daripada JPKP seperti di perenggan 8.5 di atas hendaklah diperolehi
terlebih dahulu sebelum kuantiti dan jenis kenderaan (pengangkutan darat / air)
atau peralatan projek dimasukkan dalam dokumen tender bagi mengelakkan
perkara-perkara berikut berlaku:-
8.9.1 Kuantiti dan jenis kenderaan (pengangkutan darat / air) atau peralatan
projek yang dinyatakan dalam dokumen kontrak adalah berbeza
dengan kuantiti dan jenis yang diluluskan oleh JPKP;
8.9.2 Kenderaan (pengangkutan darat / air) atau peralatan projek telah dibuat
bayaran walaupun tidak mempunyai kelulusan JPKP; dan
8.9.3 Kenderaan (pengangkutan darat / air) atau peralatan projek telah dibuat
bayaran walaupun tidak disediakan.
8.10 Bagi memastikan tiada sebarang ketidakpatuhan berlaku, langkah-langkah seperti
berikut hendaklah dilaksanakan:-
8.10.1 Permohonan kepada JPKP hendaklah dikemukakan seawal peringkat

Garis Panduan Perolehan Perkhidmatan Kenderaan Projek dan Peralatan Projek Muka surat 10 daripada 15
Untuk Pemantauan Projek Melalui Kontrak Kerja Di Bawah Peruntukan Kerajaan Negeri
penerimaan projek (project entry level) bagi mengelakkan kelewatan
dalam memperolehi kelulusan;
8.10.2 Mesyuarat JPKP hendaklah dijadualkan dengan lebih kerap bagi
membolehkan pertimbangan ke atas permohonan perkhidmatan
kenderaan (pengangkutan darat / air) atau peralatan projek dibuat;
8.10.3 Kuantiti dan jenis kenderaan (pengangkutan darat / air) atau peralatan
projek yang dibekalkan oleh kontraktor dan yang diterima oleh Kerajaan
hendaklah selaras dengan kuantiti dan jenis yang telah diluluskan oleh
JPKP bagi tujuan pembayaran. Sebarang perubahan terhadap kuantiti
dan spesifikasi kenderaan (pengangkutan darat / air) dan peralatan
projek yang telah diluluskan oleh JPKP adalah tidak dibenarkan; dan
8.10.4 Sesalinan permohonan yang telah diluluskan oleh JPKP hendaklah
disalinkan kepada Ketua Agensi dan Pegawai Penguasa atau Pengarah
Projek (PP) / Wakil PP bagi tujuan pemantauan, penggunaan dan
penyimpanan rekod kenderaan (pengangkutan darat / air) dan peralatan
projek berkenaan.
8.11 Sebarang pertambahan keatas perolehan perkhidmatan kenderaan
(pengangkutan darat / air) dan peralatan projek melalui Arahan Perubahan Kerja
semasa pelaksanaan kontrak kerja adalah tidak dibenarkan.
8.12 Sebarang perolehan perkhidmatan kenderaan (pengangkutan darat / air)
dan peralatan projek yang tidak terkandung di dalam Surat Pekeliling ini
hendaklah mendapatkan kelulusan secara bertulis terlebih dahulu daripada
Setiausaha Kewangan Negeri.

9. PERKARA YANG PERLU DIMASUKKAN DALAM DOKUMEN TENDER


9.1 Agensi hendaklah memastikan perkara-perkara berikut dinyatakan dengan jelas
di dalam dokumen tender yang seterusnya menjadi sebahagian daripada
dokumen kontrak:-
9.1.1 Kenderaan (pengangkutan darat / air) projek yang sempurna dan tulen
sahaja (bukan merupakan kenderaan potong dan sambung) yang telah
diluluskan penggunaannya oleh pihak berkuasa berkaitan sama ada
terpakai atau baharu serta mematuhi kuantiti dan spesifikasi yang telah
ditetapkan di perenggan 6 di atas tertakluk kepada kelulusan JPKP
terlebih dahulu;
9.1.2 Perkhidmatan kenderaan (pengangkutan darat / air) yang diperoleh

Garis Panduan Perolehan Perkhidmatan Kenderaan Projek dan Peralatan Projek Muka surat 11 daripada 15
Untuk Pemantauan Projek Melalui Kontrak Kerja Di Bawah Peruntukan Kerajaan Negeri
hendaklah merangkumi kos sewaan kenderaan, kos penyelenggaraan
asas, kos bahan api / minyak / pelincir dan tol, kos tempat letak kereta,
kos perlindungan insurans komprehensif, cukai jalan dan lain-lain cukai
serta gaji dan elaun pemandu untuk sepanjang tempoh pelaksanaan
projek;
9.1.3 Peralatan projek yang tulen serta mematuhi kuantiti dan spesifikasi yang
telah ditetapkan di perenggan 7 di atas tertakluk kepada kelulusan JPKP
terlebih dahulu;
9.1.4 Perkhidmatan peralatan projek yang diperoleh hendaklah termasuk kos
waranti, kos penyelenggaraan asas dan kos perisian yang original; dan
9.1.5 Kenderaan (pengangkutan darat / air) dan peralatan projek akan
dipulangkan kepada kontraktor dalam tempoh tidak melebihi 30 hari
kalendar (calendar days) daripada tarikh Sijil Perakuan Siap Kerja
(Certificate of Practical Completion - CPC) dikeluarkan. Manakala bagi
kenderaan pengangkutan air, peraturan tambahan seperti yang
ditetapkan di perenggan 6.12.1(c) dan 6.12.2(c) hendaklah dipatuhi.
9.2 Agensi adalah bertanggungjawab memastikan maklumat berkaitan jenis,
bilangan dan spesifikasi perkhidmatan kenderaan (pengangkutan darat / air) dan
peralatan projek seperti yang telah diluluskan oleh JPKP hendaklah dimasukkan
ke dalam dokumen tender berdasarkan contoh format di Lampiran D.

10. PEMANTAUAN TERHADAP KENDERAAN DAN PERALATAN PROJEK


10.1 Pegawai Penguasa atau Pengarah Projek (PP) / Wakil PP bertanggungjawab
memantau penggunaan serta penyimpanan rekod yang teratur dan kemas kini
mengenai kenderaan (pengangkutan darat / air) dan peralatan projek yang
diterima melalui kontrak kerja dari peringkat kelulusan diterima sehingga
peringkat penyerahan.
10.2 Tindakan yang perlu diambil Pegawai Penguasa atau Pengarah Projek (PP) / Wakil
PP adalah seperti berikut:-
10.2.1 Melengkapkan Borang Daftar Kenderaan Dan Peralatan Projek Yang
Diterima Melalui Kontrak Kerja seperti di Lampiran E;
10.2.2 Melengkapkan Borang Pengesahan Penerimaan Kenderaan Dan
Peralatan Projek Daripada Kontraktor seperti di Lampiran F.
Sesalinan borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan
kepada Ketua Agensi;

Garis Panduan Perolehan Perkhidmatan Kenderaan Projek dan Peralatan Projek Muka surat 12 daripada 15
Untuk Pemantauan Projek Melalui Kontrak Kerja Di Bawah Peruntukan Kerajaan Negeri
10.2.3 Melengkapkan Buku Log seperti berikut:-
(a) Merekodkan butir penggunaan, tujuan perjalanan serta pegawai
yang menggunakan kenderaan (pengangkutan darat / air) projek
tersebut;
(b) Pegawai yang menggunakan kenderaan (pengangkutan darat / air)
projek hendaklah menandatangani Buku Log di ruangan yang
ditetapkan selepas menggunakannya;
(c) Buku Log hendaklah diselenggara dengan betul dan disimpan oleh
pemandu; dan
(d) Menyemak buku log sekurang-kurangnya sebulan sekali bagi
tujuan pemantauan.
10.2.4 Kenderaan (pengangkutan darat / air) dan peralatan projek yang
disimpan sama ada di pejabat tapak bina atau di pejabat kontraktor atau
di pejabat Agensi, hendaklah direkodkan dengan teratur. Senarai
inventori yang lengkap mengenai kenderaan (pengangkutan darat / air)
dan peralatan projek hendaklah dipamerkan di pejabat tapak.
10.2.5 Pegawai Penguasa atau Pengarah Projek (PP) / Wakil PP hendaklah
menjalankan pemeriksaan atau audit ke atas penggunaan kenderaan
(pengangkutan darat / air) dan peralatan projek dari semasa ke semasa
untuk memastikan semua peraturan dipatuhi dan tiada
penyalahgunaan.
10.2.6 Laporan Pemantauan Tahunan Status Kemudahan Kenderaan
Projek Dan Peralatan Projek seperti di Lampiran G hendaklah
dikemukakan oleh Pegawai Penguasa atau Pengarah Projek (PP) / Wakil
PP kepada Ketua Agensi sebelum 31 Januari tahun berikutnya dan
disalinkan kepada Unit Audit Dalaman dan Unit Integriti Agensi
masing-masing untuk tujuan pengauditan dan pemantauan.

10.3 Walaupun kenderaan dan peralatan projek adalah hak milik kontraktor, sekiranya
berlaku kehilangan kenderaan dan / atau peralatan projek semasa digunakan oleh
pegawai Kerajaan, pegawai tersebut hendaklah membuat laporan polis di balai
polis yang berhampiran dalam tempoh 24 jam dari masa kehilangan dan
membuat laporan kepada Ketua Agensi dan turut memaklumkan kepada
kontraktor projek yang berkenaan dengan seberapa segera.
10.4 Sekiranya kontraktor gagal membekalkan kenderaan (pengangkutan darat / air)

Garis Panduan Perolehan Perkhidmatan Kenderaan Projek dan Peralatan Projek Muka surat 13 daripada 15
Untuk Pemantauan Projek Melalui Kontrak Kerja Di Bawah Peruntukan Kerajaan Negeri
dan peralatan projek seperti yang telah diluluskan melalui kontrak kerja, maka
Pegawai Penguasa atau Pengarah Projek (PP) / Wakil PP hendaklah melaporkan
kegagalan tersebut kepada Ketua Agensi dan Agensi berhak untuk tidak
membuat pembayaran kepada kontraktor berdasarkan kadar yang telah
ditetapkan di dalam kontrak kerja.

11. PENYERAHAN SEMULA KENDERAAN DAN PERALATAN PROJEK KEPADA KONTRAKTOR


11.1 Setelah projek siap, penyerahan semula kenderaan (pengangkutan darat /
air) dan peralatan projek kepada kontraktor perlu direkodkan oleh Pegawai
Penguasa atau Pengarah Projek (PP) / Wakil PP dengan mengisi Borang
Pengesahan Penyerahan Kenderaan dan Peralatan Projek Kepada
Kontraktor seperti di Lampiran H.
11.2 Pegawai Penguasa atau Pengarah Projek (PP) / Wakil PP hendaklah memastikan
sebelum kenderaan (pengangkutan darat / air) dan peralatan projek tersebut
dipulangkan kepada kontraktor, pelekat kekal yang mengandungi maklumat
Agensi Pelaksana pada kenderaan tersebut hendaklah ditanggalkan / dipadamkan
oleh kontraktor terlebih dahulu bagi memastikan ianya tidak disalahgunakan.
Pegawai Penguasa atau Pengarah Projek (PP) / Wakil PP hendaklah mengingatkan
kontraktor bahawa adalah menjadi satu kesalahan sekiranya terdapat aduan
pelekat kekal yang mengandungi maklumat Agensi Pelaksana tidak ditanggalkan
pada kenderaan projek selepas projek siap.
11.3 Pegawai Penguasa atau Pengarah Projek (PP) / Wakil PP hendaklah memastikan
kuantiti kenderaan (pengangkutan darat / air) dan peralatan projek yang telah
diperoleh melalui kontrak kerja hendaklah sama dengan kuantiti yang telah
diserahkan kepada kontraktor setelah Sijil Perakuan Siap Kerja (Certificate of
Practical Completion - CPC) dikeluarkan dan / atau selepas tamat tempoh Defect
Liability Period (DLP), yang mana berkenaan.

12. LARANGAN PENERIMAAN KENDERAAN (PENGANGKUTAN DARAT / AIR) ATAU PERALATAN


PROJEK SECARA PERCUMA DARIPADA KONTRAKTOR
12.1 Pegawai / Kakitangan Agensi Kerajaan / ahli keluarga / saudara / sekutunya adalah
dilarang untuk menerima sebarang kenderaan (pengangkutan darat / air) atau
peralatan projek secara percuma atau harga di bawah pasaran sama ada dalam
tempoh pelaksanaan projek mahupun setelah projek siap.
12.2 Sekiranya pegawai / kakitangan Agensi Kerajaan didapati menerima kenderaan

Garis Panduan Perolehan Perkhidmatan Kenderaan Projek dan Peralatan Projek Muka surat 14 daripada 15
Untuk Pemantauan Projek Melalui Kontrak Kerja Di Bawah Peruntukan Kerajaan Negeri
LAMPIRAN A

KELAYAKAN, BILANGAN MAKSIMA DAN SPESIFIKASI PERALATAN PROJEK

Bil.
Item Jenis Peralatan Kelayakan / Spesifikasi Peralatan
projek
(a) Komputer termasuk pencetak (i) Komputer terhad kepada jenis dekstop
(printer) dan komputer riba (laptop) sahaja.
Komputer jenis selain daripada yang
Anggaran Harga Tender Maksimum dinyatakan di atas adalah tidak
Melebihi RM500 ribu sehingga RM2 juta 1 dibenarkan;
Melebihi RM2 juta sehingga RM20 juta 2 (ii) Komputer haruslah menggunakan sistem
Melebihi RM20 juta sehingga RM50 juta 3 pengoperasian semasa;
Melebihi RM50 juta 4 (iii) Printer yang mempunyai fungsi
mencetak sahaja dan bukan merupakan
multifunction printer bagi mengelakkan
pertindihan fungsi dengan peralatan lain
seperti item (b), (c) dan (f); dan
(iv) Spesifikasi komputer, printer dan
perisian setakat memenuhi keperluan
asas menjalankan tugas pemantauan,
penyeliaan dan pengurusan projek
sahaja. Agensi hendaklah memastikan
perisian komputer yang akan dipasang
ke dalam komputer merupakan perisian
asli (original)
(v) Komputer yang dibekalkan oleh
kontraktor hendaklah juga dilengkapi
dengan aksesori untuk video conference
seperti web camera (webcam), mikrofon
dan speaker sekiranya perlu.
(b) Mesin Pendua 1 (i) Hanya dibenarkan bagi projek melebihi
(Photostate Machine) RM5 juta sahaja;
(ii) Medium duty (black and white); dan
(iii) Kertas bersaiz A3 / A4
(c) Mesian Pengimbas (Scanner) 1 (i) Multifeeder / Flatbed type;
(ii) Maksimum 4800 x 9600 dpi; dan
(iii) Kertas bersaiz A3 / A4

Garis Panduan Perolehan Perkhidmatan Kenderaan Projek dan Peralatan Projek


Untuk Pemantauan Projek Melalui Kontrak Kerja Di Bawah Peruntukan Kerajaan Negeri
Bil.
Item Jenis Peralatan Kelayakan / Spesifikasi Peralatan
projek
(d) Projektor 1 (i) Maksimum WXGA 1280 x 800 pixels;
(ii) Maksimum 3000 lumens;
(iii) HDMI Video / Audio Input;
(iv) DVI; dan
(v) 15-pin VGA
(e) Kamera Digital 1 (i) Maksimum 16 megapixels;
(ii) Maksimum 16GB memory card;
(iii) Maksimum 5x optical zoom;
(iv) Built-in Wi-Fi; dan
(v) Full HD video
(f) Mesin Faksimili 1 (i) Monochrome laser print;
(ii) Maksimum 33.6Kbps modem;
(iii) Maksimum 600 x 600 dpi print resolutio
n;
(iv) Kertas bersaiz A4; dan
(v) Maksimum 16Mb memory capacity
(g) Telefon Talian Tetap (i) Dibekalkan oleh syarikat telekomunikasi
yang dipilih
Anggaran Harga Tender Maksimum
Melebihi RM500 ribu sehingga RM20 juta 1
Melebihi RM20 juta 2

Nota : Perolehan tidak boleh dihadkan kepada sebarang jenis jenama dan memadai peralatan berkenaan
menepati spesifikasi yang ditetapkan seperti di atas.

Garis Panduan Perolehan Perkhidmatan Kenderaan Projek dan Peralatan Projek


Untuk Pemantauan Projek Melalui Kontrak Kerja Di Bawah Peruntukan Kerajaan Negeri
LAMPIRAN B

BILANGAN DAN PEGAWAI YANG LAYAK MEMBUAT TUNTUTAN BIL. TELEFON BIMBIT

Bilangan Pegawai
Pegawai Yang Layak
yang Layak Membuat
Bil. Anggaran Harga Tender Membuat Tuntutan Bil
Tuntutan Bil. Telefon
Telefon Bimbit
Bimbit

1. Melebihi RM500 ribu sehingga 1 1. PP; atau


RM2 juta 2. WPP

2. Melebihi RM2 juta sehingga 2 1. PP; atau


RM10 juta 2. WPP

3. Melebihi RM10 juta sehingga 4 1. PP; atau


RM20 juta 2. WPP

4. Melebihi RM20 juta sehingga 4 1. PP; atau


RM50 juta 2. WPP

5. Melebihi RM50 juta 5 1. PP; atau


2. WPP

Nota: PP – Pegawai Penguasa / Pengarah Projek


WPP – Wakil Pegawai Penguasa / Pengarah Projek
LAMPIRAN B1

CONTOH FORMAT BORANG PENGISYTIHARAN TUNTUTAN BIL TELEFON


BORANG PENGISYTIHARAN TUNTUTAN BIL TELEFON
BAGI BULAN _____ TAHUN _____
Penting:
i) Hanya Pegawai Penguasa atau Pengarah Projek (PP) dan pegawai yang terlibat dalam projek sahaja yang boleh membuat
tuntutan.
ii) Tuntutan adalah terhad sekali sahaja sebulan walaupun bilangan projek yang diselia melebihi satu.

iii) Pegawai yang telah menerima tuntutan kemudahan bayaran balik bil telefon mengikut pekeliling Kerajaan Negeri yang sedang
berkuatkuasa adalah tidak layak untuk membuat tuntutan.
iv) Borang yang telah lengkap perlu disimpan bagi tujuan rekod dan rujukan.

1 MAKLUMAT PEMOHON
1.1 Nama :
1.2 No. Kad Pengenalan :
1.3 Jawatan / Gred :
1.4 No. Telefon :
1.5 Bahagian / Jabatan :
2 MAKLUMAT PROJEK
2.1 Nama Projek :
2.2 Peranan Di Dalam Projek :
2.3 Tempoh Projek :
2.4 Tarikh Mula Projek :
2.5 Tarikh Siap Projek :
3 MAKLUMAT TUNTUTAN

3.1 Jumlah Tuntutan : RM..............................

4 PERAKUAN PENGISYTIHARAN

Adalah diperakukan bahawa:


i) Maklumat yang dinyatakan di atas adalah benar dan saya bertanggungjawab terhadapnya; dan
ii) Disahkan bahawa tuntutan ini hanya dibuat sekali sahaja

Tandatangan :
Nama Pemohon :
Jawatan / Gred Jawatan :
Tarikh :

5 PERAKUAN KETUA AGENSI


Adalah diperakukan bahawa:
i) Saya mengesahkan bahawa semua maklumat yang diberikan oleh pemohon adalah benar; dan
ii) Saya menyokong / tidak menyokong permohonan pegawai di atas sebab-sebab berikut
....................................................................................................................................................................................
....................................................................................................................................................................................
Tandatangan :
Nama Pemohon :
Jawatan / Gred Jawatan :
Tarikh :

6 PENGESAHAN BAYARAN (DIISI OLEH KONTRAKTOR)


Jumlah Bayaran :
Tarikh Pembayaran :

Tandatangan dan Cop :


LAMPIRAN C

CONTOH FORMAT BORANG PERMOHONAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN KENDERAAN DAN


PERALATAN UNTUK PEMANTAUAN PROJEK MELALUI KONTRAK KERJA
BORANG PERMOHONAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN KENDERAAN DAN PERALATAN UNTUK PEMANTAUAN
PROJEK MELALUI KONTRAK KERJA

1 AGENSI PELAKSANA
Nama Kementerian / Jabatan / Badan-Badan Berkanun

2 MAKLUMAT PROJEK
2.1 Nama Projek :
2.2 Lokasi Projek :
2.3 Tempoh Pelaksanaan Projek :
2.4 Anggaran Harga Tender : RM………………………………
2.5 Tarikh dijangka tender dipelawa :

3 BUTIR-BUTIR PERMOHONAN

3.1 Permohonan Kemudahan Kenderaan Projek


(a) Justifikasi keperluan:
...................................................................................................................................................................
...................................................................................................................................................................
(b) Kriteria Wajib:
Sila tandakan () di petak yang disediakan. Semua kriteria wajib perlu dipatuhi.
(i) Anggaran Harga Tender Agensi melebihi RM500 ribu
(ii) Kenderaan Agensi sedia ada tidak mencukupi untuk digunakan
bagi tujuan pemantauan, penyeliaan dan pengurusan projek
(c) Kriteria Lain:
Sila tandakan () di petak yang berkaitan sahaja.
(i) Melibatkan pembinaan bangunan yang mana tapak binanya
melebihi 40 ekar dan tidak sesuai menggunakan kenderaan
biasa;
(ii) Melibatkan jalan masuk (access road) ke lokasi tapak bina yang
sukar untuk dilalui, tidak berturap dan hanya sesuai dilalui oleh
kenderaan pacuan empat road (four wheel drive – 4WD);
(iii) Melibatkan pembinaan projek berbentuk linear yang melebihi 1
kilometer serta tiada jalan masuk di sepanjang jajarannya;
(iv) Melibatkan tapak bina yang sukar dilalui seperti berbukit bakau,
berpaya dan sebagainya.
(v) Melibatkan pembinaan projek di kawasan sungai seperti
pembinaan jambatan, jeti atau seumpamanya.

3.2 Butir-Butir Kenderaan / Peralatan yang Dipohon


Bil. Jenis Kenderaan Kuantiti Justifikasi Keperluan Butir-Butir Kenderaan / Peralatan
/ Peralatan Projek Sedia Ada Di Pejabat Yang Memohon
BORANG PERMOHONAN KEMUDAHAN KENDERAAN DAN PERALATAN PROJEK MELALUI KONTRAK KERJA UNTUK
PERTIMBANGAN JAWATANKUASA PEROLEHAN KENDERAAN DAN PERALATAN PROJEK (JPKP)
4 PERAKUAN OLEH PEMOHON
Adalah diperakukan bahawa permohonan kenderaan / peralatan projek seperti di perenggan 3.2 di atas adalah
benar-benar diperlukan

Tandatangan :
Nama :
Jawatan / Gred Jawatan :
Tarikh :

5 KEPUTUSAN JAWATANKUASA PEROLEHAN PERKHIDMATAN KENDERAAN DAN PERALATAN PROJEK MELALUI


KONTRAK KERJA (JPKP)

Bil. Butir-Butir Permohonan Keputusan JPKP Catatan


Jenis Kenderaan /
Kuantiti Lulus / Tidak Lulus Bilangan Diluluskan
Peralatan Projek

Kami, selaku Jawatankuasa Perolehan Kenderaan dan Peralatan Projek (JPKP), bersetuju untuk meluluskan
kemudahan kenderaan dan peralatan projek sebagaimana di perenggan 6 di atas.

Nama Jawatan Hakiki Jawatan Dalam JPKP Tandatangan


Pengerusi
Ahli 1
Ahli 2
Ahli 3

Tarikh Keputusan:
LAMPIRAN D

CONTOH BUTIRAN BAGI KERJA-KERJA AWALAN (PRELIMINARIES)

Rate
No. Item Amount
(per month)
1. Provide, operate and maintain the following transportation service
for the SO and his staff as and when required from the
commencement of the Contract until the issuance of the
Certificate of Practical Completion, as specified:
Transport Vehicles
i) Nos. of 4WD:
(a) On the road : *…..
(b) Off road: *…..
according to specified specifications.

ii) Nos. of 2WD:


(a) On the road : *…..
(b) Off road: *…..
according to specified specifications

Transport Vessel
Provision of *...... unit of 18 feet roofted speed boat min seating
capacity for six (6) passengers, c/w *...... HP outboat
i) Engine and six (6) life jackets
ii) Maintenance of speed boat provided: including fuel cost,
insurance, taxes, charges and etc.

Attendance For The S.O., His Representatives And Assistants


i) One (1) competent Speed Boat operator

2. Provide and maintain the following for the use of the SO and his
staff from the commencement of the Contract until the issuance
of the Certificate of Practical Completion, as specified:

i) Computer facilities compromising of *…….. sets of


microcomputer system, according to specified specifications.

ii) *…….. no. of medium duty copier machine, according to


specified specifications.

iii) *…….. no. of scanner, according to specified specifications.

iv) *…….. no. of projector, according to specified specifications.

v) *…….. no. of digital camera, according to specified


specifications.

vi) *…….. no. of fax machine, according to specified


specifications.

Specifications of equipment are as stated in the requirement.


* Insert the numbers required
LAMPIRAN E

CONTOH BORANG DAFTAR KENDERAAN DAN PERALATAN PROJEK YANG DITERIMA MELALUI KONTRAK KERJA

BORANG DAFTAR KENDERAAN DAN PERALATAN PROJEK YANG DITERIMA MELALUI KONTRAK KERJA
1. Nama Projek :
2. Harga Kontrak :
3. Tempoh Kontrak :
4. Nama Kontraktor :
5. No. Kontrak :
Sepanjang Tempoh Pelaksanaan Projek Setelah Selesai Projek dan Sijil Perakuan Catatan
Tarikh & Rujukan Siap Kerja Dikeluarkan
Bil. Butir Jelas Jenis Kelulusan Jawatankuasa Penerimaan Kenderaan / Peralatan Daripada Serahan Kenderaan / Peralatan Kepada
Kenderaan / Perolehan Perkhidmatan Kontraktor Kontraktor
Peralatan Projek Kenderaan dan Peralatan
Projek Melalui Kontrak Tarikh & Penempatan Tandatangan dan Cop Tarikh & Tandatangan dan Cop
Kerja (JPKP) Rujukan Pegawai Penguasa atau Rujukan Pegawai Penguasa atau
Terima Pengarah Projek (PP) / Serahan Pengarah Projek (PP) /
(i) Wakil PP serta Tarikh Wakil PP serta Tarikh

A KENDERAAN PROJEK
1.
2.

B PERALATAN PROJEK
1.
2.

Panduan mengisi borang daftar kenderaan dan peralatan projek yang diterima melalui kontrak kerja:
a) Borang perlu diisi dengan lengkap dan dikemas kini. Jika tidak berkaitan, perlu dicatat “tidak berkenaan” di dalam ruang yang berkenaan.
b) Bilangan, jenis, butir jelas serta spesifikasi bagi setiap kemudahan yang diterima hendaklah direkodkan dengan lengkap pada ruang (i) di dalam borang. Bagi kenderaan,
memadai dinyatakan jenis, model, kuasa kuda serta nombor pendaftarannya sahaja di dalam ruangan (i).
c) Bagi tujuan rujukan, indeks perlu diwujudkan bagi borang-borang kelulusan, penerimaan dan penyerahan kenderaan dan peralatan projek. Kesemua dokumen ini perlu
disimpan dengan teratur di dalam satu fail.
d) Sesalinan borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan kepada Ketua Agensi berserta salinan geran kenderaan berkaitan.
LAMPIRAN F

CONTOH BORANG PENGESAHAN PENERIMAAN KEMUDAHAN KENDERAAN DAN PERALATAN PROJEK DARIPADA KONTRAKTOR

BORANG PENGESAHAN PENERIMAAN KEMUDAHAN KENDERAAN DAN PERALATAN PROJEK DARIPADA KONTRAKTOR
1. Nama Projek :
2. Harga Kontrak :
3. Tempoh Kontrak :
4. Nama Kontraktor :
5. No. Kontrak :
Bil. Maklumat Kemudahan Kenderaan / Peralatan Projek Kuantiti Tarikh Terima No. Pendaftaran / No. Siri
1.
2.
3.
1. Perakuan Kontraktor :-
Saya, bagi pihak kontraktor mengaku telah menyerahkan kenderaan / peralatan projek seperti yang disenaraikan di atas kepada Pegawai Penguasa atau Pengarah Projek (PP) / Wakil PP

…………………………………………………………………..
(Tandatangan Kontraktor)
Nama :
Jawatan :
Tarikh :
2. Pengesahan Pegawai Penguasa atau Pengarah Projek (PP) / Wakil PP :-
Saya, bagi pihak Agensi Kerajaan, mengaku telah menerima kemudahan kenderaan / peralatan projek seperti yang tercatat di dalam jadual di atas

…………………………………………………………………..
(Tandatangan Pegawai Penguasa atau
Pengarah Projek (PP) / Wakil PP)
Nama :
Jawatan :
Tarikh :

Nota: 1. Sesalinan borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan kepada Ketua Agensi berserta salinan geran kenderaan yang berkaitan.
2. Sesalinan borang pengesahan penerimaan ini perlu disimpan oleh pihak kontraktor.
LAMPIRAN G

CONTOH LAPORAN PEMANTAUAN TAHUNAN STATUS KEMUDAHAN KENDERAAN DAN PERALATAN PROJEK

LAPORAN PEMANTAUAN TAHUNAN STATUS KEMUDAHAN KENDERAAN DAN PERALATAN PROJEK BAGI TAHUN ……
1. No. Rujukan :
2. Nama Projek :
3. Harga Kontrak :
4. Tempoh Kontrak :
5. Nama Kontraktor :
6. No. Kontrak :
7. Tarikh Siap Kerja :

Tarikh & Rujukan Jenis Kemudahan Kenderaan No. Pendaftaran / Tarikh Pegawai Yang *Status
Bil. Kuantiti Catatan
Kelulusan JPKP / Peralatan Projek No. Siri Model Terima Bertanggungjawab
A B
1.

2.

3.

*Status A Tiada Perubahan


B Lain-lain, sila jelaskan

Pengesahan Pegawai Penguasa atau Pengarah Projek (PP) / Wakil PP


Dengan ini adalah disahkan bahawa maklumat yang dikemukakan tersebut di atas adalah betul dan benar.

…………………………………………………………………..
(Tandatangan Pegawai Penguasa atau Pengarah
Projek (PP) / Wakil PP)
Nama :
Jawatan :
Tarikh :
LAMPIRAN H
CONTOH BORANG PENGESAHAN PENYERAHAN KENDERAAN DAN PERALATAN PROJEK KEPADA KONTRAKTOR

BORANG PENGESAHAN PENYERAHAN KENDERAAN DAN PERALATAN PROJEK KEPADA KONTRAKTOR


1. No. Rujukan :
2. Nama Projek :
3. Harga Kontrak :
4. Tempoh Kontrak :
5. Nama Kontraktor :
6. No. Kontrak :
Bil. Maklumat Kemudahan Kenderaan Projek Kuantiti Tarikh Serahan Catatan
1.
2.
Bil. Maklumat Kemudahan Peralatan Projek Kuantiti Tarikh Serahan Catatan
1.
2.
1. Pengesahan Pegawai Penguasa atau Pengarah Projek (PP) / Wakil PP :-
Saya, bagi pihak Agensi Kerajaan, mengaku telah menyerahkan kemudahan kenderaan / peralatan projek seperti yang tercatat di dalam jadual di atas kepada pihak kontraktor.

…………………………………………………………………..
(Tandatangan Pegawai Penguasa atau Pengarah Projek (PP) / Wakil PP)
Nama :
Jawatan :
Tarikh :
2. Perakuan Kontraktor :-
Saya, bagi pihak kontraktor mengaku kenderaan / peralatan projek seperti yang disenaraikan di atas telah diterima daripada pihak Kerajaan.

…………………………………………………………………..
(Tandatangan Kontraktor)
Nama :
Jawatan :
Tarikh :

Nota: 1. Borang penyerahan asal hendaklah disimpan oleh pihak Kerajaan.


2. Sesalinan borang pengesahan penyerahan ini perlu disimpan oleh pihak kontraktor dan sesalinan diberikan kepada Ketua Agensi.
3. Agensi hendaklah memastikan kenderaan dan peralatan projek yang diserahkan adalah sama seperti mana yang disenaraikan dalam jadual di atas. Sekiranya terdapat
percanggahan, sebab-sebab yang munasabah hendaklah dinyatakan.

You might also like