You are on page 1of 2

Rujukan Kami: SMKRP 700-6/1/2 (06).

Tarikh : 04 Mei 2024


Pengarah,
Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan,
Bandar Baru Tunjong,
16010 Kota Bharu,
Kelantan
(up: Sektor Pengurusan Sekolah)

Tuan,

PERMOHONAN MENGADAKAN PROGRAM KEM KOKURIKULUM SMK RANTAU


PANJANG

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan pihak sekolah mohon kebenaran dari pihak tuan untuk
mengadakan Kem Kokurikulum peringkat sekolah seperti berikut:

Tarikh : 5-07 Jun 2024


Hari :Rabu,Khamis dan Jumaat
Tempat : Telaga Bijih,Tanah Merah, Kelantan
Bil. Pelajar : 200 Orang
Bil. Guru Pengiring :20 Orang

3. Bersama-sama ini dilampirkan salinan borang Lampiran A dan dokumen sokongan yang
berkaitan untuk perhatian dan tindakan pihak tuan selanjutnya. Segala kerjasama dari pihak
tuan kami dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

“MALAYSIA MADANI”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

(CHE ABDUL PATAH BIN IBRAHIM)


Pengetua,
SMK Rantau Panjang.

You might also like