You are on page 1of 25

STRUKTUR ATOM

JIRIM
JIRIM
• Ialah sebarang bahan yang memenuhi
ruang dan mempunyai jisim

• Terdiri daripada zarah – zarah yang halus


dan diskrit

• Zarah – zarah ini dibahagikan kepada 3


iaitu
– Atom
– Molekul
– ion
Unsur
Bahan yang terdiri daripada satu jenis atom
sahaja

Atom
Zarah neutral yang paling kecil
Cth : Na, Fe

Molekul
Zarah neutral terdiri daripada dua atau lebih
atom yang sama yang berpadu secara kimia
(ikatan kovalen)
Cth : O2
Sebatian
Bahan yang terdiri daripada dua atau lebih
atom berbeza yang terikat secara kimia (ikatan
kimia)
Contoh : NaCl

Ion
Zarah bercas positif atau negatif terbentuk dari
logam dan bukan logam terikat secara ikatan
ion
Cth : Na+, Cl-
Soalan Klon SPM
• Bahan manakah merupakan suatu
unsur?
A Udara
B Air
C Karbon
D Naftalena
Resapan
• Berlaku apabila zarah – zarah sesuatu
bahan bergerak di antara zarah bahan
lain dari kawasan berkepekatan tinggi
ke kawasan berkepekatan rendah

• Berlaku dalam pepejal, cecair dan gas


• Resapan jirim berlaku paling cepat
dalam gas, perlahan dalam cecair dan
paling perlahan dalam pepejal

• Hal ini disebabkan oleh susunan zarah


dan pergerakan yang berbeza dalam
keadaan ketiga – tiga keadaan jirim
Soalan Klon SPM
• Pernyataan – pernayataan berikut
menerangkan proses resapan

Zarah zarah yang halus dan diskret


Zarah – zarah halus yang bergerak secara rawak

Keadaan yang manakah boleh diterangkan


melalui pernyataan – pernyataan di atas?
A Gas bromin bercampur dengan udara
B Kalium manganat (VII) bergerak melalui
gel
C Peleburan plumbum (II) klorida
Teori Kinetik Jirim
• Wujud dalam tiga keadaan iaitu
pepejal, cecair dan gas

• Terdiri daripada zarah – zarah halus


dan diskrit yang sentiasa bergerak

• Apabila suhu meningkat, tenaga kinetik


zarah – zarah bertambah dan zarah –
zarah akan bergerak dengan lebih cepat
• Zarah – zarah dalam keadaan jirim yang
berbeza mempunyai susunan, daya
tarikan antara zarah, pergerakan dan
kandungan tenaga yang berbeza
Keadaan Pepejal Cecair Gas
Jirim
Lukisan
susunan
zarah

Susunan Zarah – Zarah – Zarah –


zarah zarah zarah zarah
tersusun tersusun terpisah jauh
sangat padat padat tetapi antara satu
dan teratur tidak teratur sama lain
Keadaan Pepejal Cecair Gas
Jirim
Pergerakan Zarah bergetar Zarah Zarah
zarah pada bergetar, bergetar,
kedudukan berputar dan berputar dan
tetap bergerak bergerak
bebas dalam rawak
cecair
Daya tarikan Sangat kuat Kuat antara Lemah antara
antara zarah antara zarah – zarah – zarah zarah - zarah
zarah tetapi lebih
lemah
berbanding
dalam pepejal
Kandungan Kandungan Kandungan Kandungan
tenaga zarah tenaga sangat tenaga lebih tenaga sangat
rendah tinggi daripada tinggi
pepejal tetapi
lebih rendah
daripada gas
Perubahan keadaan jirim
• Perubahan apabila tenaga haba di serap
atau dibebaskan

• Apabila tenaga haba diserap oleh jirim


(semasa dipanaskan), tenaga kinetik zarah
bertambah dan zarah bergerak lebih cepat

• Apabila tenaga haba dibebaskan oleh jirim


(semasa disejukkan), tenaga kinetik zarah
berkurang dan zarah bergerak kurang
cergas
Perubahan keadaan jirim

Biru – dipanaskan
Hijau - disejukkan
Soalan Klon SPM
• Antara pertukaran keadaan jirim
berikut, yang manakah pertukaran
melibatkan pertambahan tenaga?

A Stim ke ais
B Air ke stim
C Air ke ais
D Stim ke ais
Aktiviti
• Menentukan takat lebur dan takat
beku naftalena
Proses pemanasan
• Apabila pepejal dipanaskan, zarah –
zarah menyerap haba dan bergetar
lebih cepat disebabkan kandungan
tenaga haba bertambah.

• Tenaga haba diserap menyebabkan


perubahan jirim
Titik Keadaan Penerangan
jirim
A ke Pepejal Tenaga haba diserap oleh zarah –
B zarah pepejal naftalena
menyebabkan tenaga kinetik akan
bertambah dan zarah bergetar
dengan lebih cepat. Suhu semakin
meningkat
B ke Pepejal Tenaga haba yang diserap oleh
C dan zarah – zarah dalam pepejal
cecair naftalena digunakan untuk
mengatasi daya tarikan antara
zarah – zarah supaya pepejal
berubah menjadi cecair. Suhu
adalah tetap
C ke Cecair Tenaga haba diserap oleh zarah –
D zarah cecair naftalena menyebabkan
tenaga kinetik akan bertambah dan
zarah bergetar dengan lebih cepat.
Suhu semakin meningkat
D ke Cecair Tenaga haba yang diserap oleh zarah
E dan – zarah dalam cecair naftalena
gas digunakan untuk mengatasi daya
tarikan antara zarah – zarah. Zarah –
zarah mula bergerak bebas untuk
membentuk gas. Suhu adalah tetap
E ke Gas Tenaga haba diserap oleh zarah –
F zarah gas naftalena menyebabkan
tenaga kinetik akan bertambah dan
zarah bergetar dengan lebih cepat.
Suhu semakin meningkat
Proses penyejukan
• Apabila cecair disejukkan, zarah
cecair membebaskan tenaga dan
bergerak semakin perlahan kerana
kandungan tenaga haba berkurang.

• Keadaan jirim berubah semasa enaga


haba dibebaskan ke persekitaran
Titik Keadaan Penerangan
jirim
U ke Cecair Haba dibebaskan ke persekitaran
V oleh zarah – zarah dalam cecair
naftalena. Zarah – zarah dalam
cecair kehilangan tenaga kinetik
dan bergeral semakin perlahan.
Suhu semakin menurun
V ke Cecair Haba dibebaskan ke
W dan persekitarann oleh zarah – zarah
pepejal dalam cecair naftalena diimbangi
oleh tenaga haba yang terbebas
apabila zarah – zarah tertarik
antara satu sama lain untuk
membentuk pepejal. Suhu adalah
tetap
W Pepejal Zarah – zarah dalam pepejal
ke X naftalena membebaskan haba dan
bergetar dengan lebih perlahan.
Suhu semakin menurun
Keadan fizik bahan pada
sebarang suhu
• Suatu bahan berada dalam keadaan
pepejal jika suhu bahan tersebut lebih
rendah daripada takat leburnya

• Suatu bahan berada dalam keadaan


cecair jika suhu bahan tersebut berada
antara takat lebur dan takat didihnya

• Suatu bahan berada dalam keadaan gas


jika suhu bahan tersebut lebih tinggi
daripada takat didihnya
Soalan Klon SPM
Jadual di bawah menunjukkan takat
lebur dan takat didih bagi tiga bahan
iaitu X, Y dan Z
Bahan Takat lebur (◦C) Takat didih (◦C)

X -157 -9

Y -13 55

Z 80 196

Bahan yang manakah merupakan gas


pada suhu bilik?
X

You might also like