You are on page 1of 22

PERLEMBAGAAN

PERTUBUHAN
BSMM
PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN
 PRINSIP-PRINSIP ASAS PERTUBUHAN

 PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN

 LAMBANG, COGAN KATA, LAGU DAN BENDERA PERTUBUHAN


7 PRINSIP ASAS PERTUBUHAN
 Kemanusiaan (Humanity)
 Kesaksamaan ( Impartility)

 Keberkecualian ( Neutrality)

 Kebebasan( Independence)

 Khidmat Sukarela ( Voluntary Service)

 Ketunggalan ( Unity)

 Kesejagatan (Universality)
KEMANUSIAAN (HUMANITY)

• Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah


dilahirkan dengan hasrat untuk memberi pertolongan tanpa
diskriminasi kepada mereka yang tercedera di medan
pertempuran dan berusaha untuk mencegah dan
meringankan kesengsaraan dimana jua ianya wujud.

• Tujuannya adalah melindungi nyawa dan kesihatan serta


hormat menghormati sesama manusia.

• mempupuk kesefahaman, persahabatan, kerjasama dan


kedamaian yang berkekalan di kalangan manusia.
KESAKSAMAAN (IMPARTIALITY)
 Tidak membezakan bangsa, kaum, agama, darjat atau fahaman
politik dalam kegiatannya.

 Tujuan asasnya ialah meringankan kesengsaraan individu dan


memberi keutamaan kepada kes-kes kecemasan yang paling
serius.
KEBERKECUALIAN (NEUTRALITY)
 Untuk terus mendapat kepercayaan orang ramai terhadapnya, Persatuan
tidak menyebelahi mana-mana pihak yang bermusuhan.

 Tidak menyertai pertikaian yang bercorak politik, perkauman, agama dan


ideologi.
KEBEBASAN (INDEPENDENCE)
 Palang Merah tetap menjaga autonominya supaya ia boleh bertindak
mengikut prinsip pergerakan.

- Palang Merah bertindak mengikut prinsip pergerakannya walaupun


pertubuhan ini merupakan badan sokongan kepada pihak berkuasa awam.
KHIDMAT SUKARELA (VOLUNTARY SERVICE)
 Ia berupa badan sukarela yang tidak didorong oleh sebarang
tujuan mencari untung.
KETUNGGALAN (UNITY)
 Hanya ada satu Persatuan Palang Merah atau Bulan Sabit Merah
dalam sesebuah negara.

 Pertubuhan ini hendaklah terbuka kepada semua pihak dan aktivitinya


meliputi seluruh negara.

 Aktivitinya meliputi seluruh negara


KESEJAGATAN (UNIVERSALITY)
 Gerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa meliputi
seluruh dunia.

 Mempunyai tanggungjawab yang sama.

 Saling membantu di antara satu sama lain antara negara


PERLEMBAGAAN
PERTUBUHAN
OBJEKTIF PERLEMBAGAAN
• Setiap persatuan yang ditubuhkan harus mempunyai
perlembagaan atau undang–undang.

• Mengikut Akta Pendaftaran Penubuhan, persatuan yang


ditubuhkan di luar intitusi pendidikan diwajibkan
mendaftar secara rasmi dengan pendaftar penubuhan
parti politik dan persatuan belia.

• Hanya beberapa persatuan yang ditubuhkan di bawah


akta parlimen seperti Persekutuan Pengakap Malaysia,
Persatuan Pandu Puteri Malaysia, Persatuan Bulan
Sabit Merah dan St. John Ambulans.
 Antara fungsi perlembagaan atau undang–undang ialah sebagai panduan
menggerakkan persatuan, melicinkan perjalanan persatuan kerana ia
menetapkan bidang tugas dan hak jawatankuasa dan ahli serta menjadi
rujukan apabila timbul sebarang masalah dalam menjalankan aktiviti
persatuan.

 Pasukan beruniform telah mempunyai peraturan atau undang – undang


tersendiri yang ditetapkan oleh badan induk.
OBJEKTIF PERLEMBAGAAN BSMM

Dibawah peruntukan Akta Perbadanan, Objektif BSMM

“Dalam masa aman atau peperangan, memberi bantuan


sukarela kepada orang sakit dan cedera samada dari
angkatan tentera atau pihak yang tidak berperang,
kepada orang tawanan perang, dan orang awam yang
menderita akibat peperangan, mengikut semangat dan
waad-waad Konvensyen Geneva dan menjalankan segala
kewajipan ke atas sesuatu Persatuan Kebangsaan oleh
tiap-tiap Negara yang telah menjadi suatu pihak kepada
Konvensyen Geneva.”
PERLEMBAGAAN BSMM
Sub-peraturan 5(1) (a) dalam persatuan-persatuan pendidikan
(Persatuan sekolah) 1998. Akta pendidikan 1996 seperti dalam
warta Kerajaan Malaysia jilid 42, No. 11 Tambahan No. 41,
Perundangan (A):P.U.(A) 196 bertarikh 1998 berikut merupakan
peraturan-peraturan (perlembagaan) Persatuan Bulan Sabit Merah
Malaysia:
Peraturan 1: Nama dan alamat
Peraturan 2: Matlamat
Peraturan 3: Objektif
Peraturan 4: Keahlian
Peraturan 5: Guru Penasihat
Peraturan 6: Ahli jawatankuasa
Peraturan7: Tugas dan tanggungjawab jawatankuasa
PERLEMBAGAAN BSMM
Peraturan 8: Kewangan
Peraturan 9: Penyertaan
Peraturan 10: Aktiviti
Peraturan 11: Peraturan-peraturan
Peraturan 12: Pindaan perlembagaan
Peraturan 13: Perbubaran persatuan
Peraturan 14: Tindakan disiplin
Peraturan 15: Hal-hal lain

Perkara – perkara lain yang ditambah kedalam perlembagaan ialah :


i) Lencana / logo persatuan
ii) Cogan kata / moto
iii) Tugas persatuan di peringkat intitusi pendidikan,
cawangan, daerah, negeri dan cawangan
iv) Pendaftaran persatuan
· v) Jawatankuasa kecil,
PERLANTIKAN JAWATANKUASA
Terdapat banyak persatuan yang ditubuhkan di Malaysia. Setiap satunya
berbeza cara penubuhannya mungkin kerana terikat dengan
perlembagaan. Terdapat dua cara perlantikan jawatankuasa bagi sesuatu
persatuan iaitu:

i. Mesyuarat Agong.

•Semua ahli berhak membuat pencalonan, memilih dan melantik sesiapa


sahaja di kalangan ahli menjadi Jawankuasa.

•Jawatan yang di pertandingkan antaranya ialah Pengerusi, Naib


Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan jawatankuasa kerja.

•Pemilihan dibuat secara mengangkat tangan atau undi rahsia dengan


menggunakan kertas.
 ii) Perlantikan oleh penasihat

 Perlantikan dibuat melalui perbincangan dengan ahli atau


ujian tertentu terutamanya untuk pasukan beruniform.

 Ia berbeza kerana perlantikan melalui penasihat mengikut


kepada kebolehan seseorang ahli yang tertinggi berbanding
dengan ahli yang lain.

 Carta organisasi untuk perlantikan oleh penasihat juga


berbeza daripada perlantikan ahli jawatankuasa melalui
mesyuarat agong.

 Ia bergantung kepada keperluan sesuatu pasukan.


Biasanya, jawatankuasa akan dibentuk mengikut carta organisasi seperti
berikut;

PENASIHAT

PENGERUSI

NAIB PENGERUSI

SETIAUSAHA BENDAHARI

NAIB NAIB
SETIAUSAHA BENDAHARI

JAWATANKUASA
KETUA PATROL/
BIRO
BIDANG TUGAS JAWATANKUASA
Penasihat :
Memberi panduan, nasihat dan tunjuk ajar serta bimbingan untuk
melaksanakan aktiviti dan mentadbir persatuan.

Pengerusi :
Mengurus persatuan mengikut perlembagaan atau melaksanakan
keputusan Mesyuarat Jawatankusa Kerja atau Mesyuarat Agong.

 Mempengerusi Mesyuarat Jawatankuasa Kerja.

 Merancang, malaksana dan menyelia aktiviti persatuan

 Membuat kertas kerja dan berbincang dengan pentadbir



 Tentukan langkah-langkah keselamatan pemeriksaan doktor jika perlu

 Mencari inisiatif untuk memantapkan lagi persatuan


 Naib Pengerusi :
 Membantu pengerusi mengurus dan mentadbir persatuan.

 Menjadi pengerusi mesyuarat atau menjalankan tugas pengerusi


apabila ketiadaan pengerusi.

 Menjalakan tugas mengikut ketetapan dalam perlembagaan.

 Setiausaha :
 Menyimpan pendaftaran ahli.

 Membuat urusan surat–menyurat dengan pihak luar, pentadbir


institusi pendidikan atau ahli persatuan.

 Menjemput dan mengedar surat panggilan untuk semua jenis


mesyuarat.

 Berkerjasama dengan pengerusi untuk mentadbir pembelian dan


kewangan persatuan.

 Merekod kegiatan gerak kerja ko – kurikulum.


Bendahari :
 Menyimpan rekod dan stok harta persatuan.

 Memungut dan menyimpan kenyataan pembayaran yuran


ahli.

 Mengurus dan mentadbir pembelian dan kewangan


persatuan.

 Menyimpan dan menyiapkan penyata kira – kira persatuan.


 Menjalankan tugas mengikut ketetapan dalam perlembagaan
persatuan.

Ketua Patrol atau Ketua Biro :


 Mengetuai satu kumpulan kecil bagi melaksanakan sesuatu
tugas yang ditetapkan mengikut biro, bahagian atau patrol.

 Membantu pengerusi dan setiausaha melaksanakan tugas


yang telah ditetapkan mengikut perlembagaan persatuan.

You might also like