You are on page 1of 43

• https://www.youtube.com/watch?

v=Hpcb3SN
7bmc
BAB 2.3
REKA BENTUK
ELEKTRIK
• 2.3.1
MENGENAL PASTI DAN MENJELASKAN
SISTEM-SISTEM ELEKTRIK IAITU
SUMBER, MEDIUM, BEBAN DAN
KAWALAN.
• Sumber ialah punca pengeluar tenaga elektrik
seperti janakuasa dan bateri.
• Dua jenis sumber iaitu:
• a) Sumber boleh diperbaharui. Contoh sumber
yang boleh diperbaharui ialah solar, angin, air,
matahari dan ombak.
• b) Sumber yang tidak boleh diperbaharui ialah
bateri yang tidak boleh dicas semula, petroleum,
arang batu, gas dan tenaga nuklear
• (Bateri yang boleh dicas semula dianggap sumber
yang boleh diperbaharui sementara)
• Medium ialah perantaraan di antara sumber
dan beban.
• Ia bertugas membawa arus elektrik.
• Terdapat dua jenis medium iaitu kabel /wayar
dan tanpa wayar.
• Contoh medium tanpa wayar ialah gelombang
radio, infrared dan bluetooth.
MEDIUM

Berwayar
Tanpa wayar
• Beban ialah alat yang melakukan tugas dan
menggunakan tenaga elektrik.
• Beban ini menghasilkan kesan tertentu seperti
cahaya pada mentol, bunyi pada pembesar
suara dan putaran pada motor.
• Kawalan ialah bahagian yang mengawal aliran
arus elektrik dengan selamat seperti memutus
dan menyambungkan litar.
• Kawalan ini boleh dilakukan secara manual
dan automatik contohnya kawalan suis,
kawalan suhu penyaman udara, kawalan suhu
periuk nasi elektrik.
Contoh kawalan manual
Contoh kawalan manual dan kawalan
automatik

Kawalan
manual

Kawalan
Kawalan manual
automatik
Jenis-jenis Arus
• Arus ulang alik (AU) ialah sistem penjanaan dan
pengagihan elektrik dari stesen jana kuasa hingga
ke rumah
• Voltan bagi arus jenis ini boleh dinaikkan dan
diturunkan menggunakan transformer
• Penghantaran elektrik dilakukan dalam keadaan
voltan yang tinggi supaya dapat merendahkan
nilai arus
• Tujuannya adalah untuk mengurangkan
kehilangan kuasa semasa proses penghantaran
• Arus terus (AT) merujuk kepada sistem kuasa
dengan hanya satu kekutuban voltan atau arus
• Arus elektrik yang mengalir adalah secara
sehala
• Arus terus dihasilkan daripada pelbagai
sumber seperti bateri, sel solar, dan dinamo
jenis komutator
• Dalam arus terus, cas elektrik mengalir dalam
satu arah sahaja
2.3.2 Menunjuk Cara Reka Bentuk Litar
Peralatan Elektrik:
(i)Keselamatan
(ii)Kedudukan peranti dalam litar
(iii)Sambungan litar
• Reka bentuk litar elektrik mengandungi
susunan komponen atau peranti untuk
melakukan sesuatu tugas yang dikehendaki
dengan kriteria seperti
selamat,kemas,cekap,kos yang rendah dan
berkualiti.
• Rekabentuk litar dalam peralatan elektrik
kebiasaannya dibina berdasarkan tiga
aspek,iaitu keselamatan, kedudukan peranti
dalam litar, dan sambungan litar.
(i) Keselamatan
• Litar peralatan elektrik direka bentuk dengan ciri-ciri
• keselamatan.
• Ciri-ciri keselamatan ini penting kerana
• dapat melindungi pengguna dan peralatan tersebut daripada
• berlakunya litar pintas.
• Bagi periuk nasi elektrik litar elektrik
• ditempatkan di dalam bahagian bawah periuk.
• Kedudukan
• litar adalah tersembunyidan tidak dapat dicapai tangan serta
• tidak terdedah.
• Ciri-ciri seperti itu dapat melindungi
• keselamatan pengguna daripada renjatan elektrik yang boleh
membawa maut.
(ii) Kedudukan Peranti Dalam Litar
(periuk nasi elektrik)
• Reka bentuk kedudukan peranti-peranti
seperti sensor tekanan, sensor suhu dan
elemen pemanas diletakkan bersama dengan
litar elektrik. Reka bentuk seperti ini bertujuan
untuk penjimatan ruang selain menekankan
aspek keselamatan. Di samping itu juga litar
elektrik periuk nasi kelihatan kemas dan
menarik susunannya. Ini penting untuk
menjadikan reka bentuk litar elektrik sesuai
untuk tujuan komersial seperti Rajah 3.
(iii) Sambungan Litar
• Reka bentuk sambungan litar elektrik pada
komponen atau peranti disusun mengikut
sesuatu tugas yang dikehendaki. Contohnya,
susunan reka bentuk sambungan litar pada periuk
nasi elektrik yang menekankan ciri selamat,
cekap, kemas, dan berkualiti. Terdapat pelbagai
jenis litar dalam sambungan litar elektrik,
antaranya termasuklah litar tertutup, litar buka,
litar pintas, litar salah kekutuban, litar bocor ke
bumi, dan litar bypass.
Litar Tertutup

• Litar ini mempunyai satu kitaran lengkap


pergerakan arus, voltan dan kuasa dalam satu
litar elektrik. Contohnya lampu menyala
apabila suis ditekan.
Litar Buka

• Litar ini ialah litar yang tidak mempunyai satu


kitaran lengkap arus, voltan dan kuasa dalam
satu litar elektrik. Contohnya suis lampu tidak
menyala kerana suis tidak ditekan.
Litar Pintas
• Litar pintas ialah satu keadaan yang berlaku
dimana wayar hidup(L) bersentuhan dengan
wayarneutral(N) tanpa melalui beban.
Contohnya penebat wayar yang bocor dan
bersentuhan antara wayar hidup(L) dan wayar
neutral(N) secara terusakan menghasilkan
percikan bunga api dan akan menyebabkan
kebakaran.
LATIHAN
1. Nyatakan perbezaan arus ulang alik dengan
arus terus
2. Berikan 3 contoh elemen sistem elektrik
3. Berikan 2 contoh jenis litar
4. Dua sumber elektrik yang boleh diperbaharui
ialah _______________ dan _____________
5. Medium ialah perantara antara _________
dan ____________
1. Nyatakan perbezaan arus ulang alik dengan arus terus
Arus ulang alik (AU) adelah arus yang berulang alik. Voltan bagi arus jenis
ini boleh dinaikkan dan diturunkan menggunakan transformer. Manakala
arus terus (AT) merujuk kepada sistem kuasa dengan hanya satu
kekutuban voltan atau arus.

2. Berikan 3 contoh elemen sistem elektrik


- Sumber - Kawalan
- Medium - Beban

3. Berikan 2 contoh jenis litar


- Litar tertutup - Litar pintas
- Litar Buka

4. Dua sumber elektrik yang boleh diperbaharui ialah matahari dan angin

5. Medium ialah perantara antara sumber dan beban


2.3.3 Membuat Pengiraan
Parameter Elektrik dalam Reka
Bentuk Litar
• Parameterelektriksepertivoltan,arus,rintanganda
nkuasa.Hubunganvoltandanaruselektrikadalahber
kadarterus.Inibermaksudapabilavoltanbertambah
,aruselektrikakanbertambahjuga.Manakalahubun
ganrintangandanaruselektrikadalahberkadarsong
sang.Hubunganantaraduaparameterinimenerang
kanbahawaapabilarintanganbertambahtetapiarus
akanberkurangan.Keadaaninidapatdisimpulkanda
lamrumusanyangdipanggilsebagaihukumohm.Par
ameterinibolehdikirajumlahpenggunaannya.

You might also like