You are on page 1of 7

VOLTAN

• Daya tarikan wujud di antara cas positif dan cas negative.


• Sejumlah tenaga diperlukan untuk melakukan kerja dan menggerakkan cas.
• Perbezaan pada tenaga keupayaan per unit cas dikenali sebagai bezaupaya ataupun
voltan.
• Voltan ialah daya yang menggerakkan elektron di dalam litar elektrik yang akan
menghasilkan arus elektrik
• Voltan disimbolkan dengan V dan diukur dengan unit volt ( V ).
W
V=
Q
Di mana ; W ialah kerja dan diukur dalam unit joules ( J )
Q ialah cas dan diukur dalam unit coulombs ( C )

Di dalam system elektrik voltan dibekalkan oleh sumber elektrik seperti bateri, sel solar,
penjana, unit bekalan kuasa dan sebagainya.
ARUS
• Diketahui voltan menghasilkan daya untuk membolehkan elektron bergerak di
dalam
• litar elektrik. Pergerakkan elektron ini dikenali sebagai arus. Arus elektrik boleh
didefinasikan sebagai “ Kadar pengaliran cas /elektron di dalam litar elektrik per
unit masa ”.
Q
I =
t

Di mana ; I ialah arus, unit amp ( A )


Q ialah cas, unit coulombs
t ialah masa, unit saat

Arus ditandakan sebagai I dan diukur dalam unit ampere atau amp dan disimbolkan
sebagai A.
TENAGA DAN KUASA
• Apabila arus melalui rintangan, tenaga elektrik akan ditukarkan kepada haba atau
pun lain bentuk tenaga seperti cahaya. Kuasa adalah diukur berapat cepat tenaga
digunakan, komponen elektrik mestilah berupaya untuk menghilangkan sejumlah
tenaga pada masa yang ditetapkan.
• Tenaga ( Energy ) ialah kebolehan untuk melakukan kerja ; disimbolkan dengan W
dan diukur dalam joules ( J ).
• Kuasa ( Power ) adalah kadar tenaga digunakan ; P sebagai simbol dan diukur
dalam unit watts ( W ).
W
P=
t
Dimana : P – Kuasa ( Power ); unit watts
W – Kerja ( Work ); unit joules
t - Masa ( Time ); unit saat
KUASA DIDALAM LITAR ELEKTRIK

• Semasa arus melalui rintangan, pelanggaran elektron menghasilkan haba hasil


daripada penukaran tenaga elektrik. Sejumlah kuasa dihapuskan di dalam litar
elektrik, ia bergantung kepada jumlah rintangan dan sejumlah arus.

Persamaan Kuasa ( 1 ) P = I2R

Persamaan Kuasa ( 2 ) P = VI

Persamaan Kuasa ( 3 ) P = V2
R
ARAH ALIRAN ELEKTRON
ARAH ALIRAN ARUS

You might also like