You are on page 1of 5

Kawalan Motor : Forward-Reverse

Litar utama Forword-Reverse terdiri daripada 2 buah contactor, sebuah Overload


dan 3 buah Fius atau MCB atau sebuah MCCB.

Litar Utama Forward-Reverse

Litar Utama Forward-Reverse

Litar Kawalan Forward-Reverse


Kawalan motor Forward-Reverse juga hampir sama dengan pendawaian litar
kawalan DOL. Anda cuma tambahkan satu set lagi litar kawalan bermula dari Suis
ON hingga ke Neutral dan penggunaan sesentuh sentiasa tutup (N/C) untuk tujuan
keselamatan litar.
Litar Kawalan Forward -Reverse

Berpandukan rajah litar di atas, garisan berwarna merah mewakili pengalir yang
membawa arus elektrik. MCB 6a adalah perlindungan bagi keseluruhan litar
kawalan.
1. Arus elektrik dibekalkan sehingga ke poin 1 suis ON FORWARDdan poin 1 N/O
FORWARD. Dalam masa yang sama arus juga akan dibekalkan ke poin 1 suis
ON REVERSE dan N/O REVERSE.
2. Apabila suis ON FORWARD ditekan, Arus akan disambungkan secara sementara
yang diwakili oleh garisan putus berwarna hijau. Arus elektrik terus mengalir ke:
a. Poin 2 N/O.
b. N/C Reverse
c. Coil / gegelung FORWARD (F)
d. Lampu FORWARD.
3. Coil Contactor Foward (F) akan energize dan menarik sesentuhN/O ke bawah.
Oleh itu arus elektrik (yang diwakili oleh garisan putus berwarna biru) akan
disambung secara kekal walau pun suis ON telah dilepaskan.
4. Sekiranya suis OFF ditekan, bekalan elektrik akan terputus.
5. Apabila suis ON REVERSE ditekan, Arus akan disambungkan secara sementara
yang diwakili oleh garisan putus berwarna hijau. Arus elektrik terus mengalir ke :
a. Poin 2 N/O.
b. N/C Foward
c. Coil / gegelung REVERSE (R)
d. Lampu Reverse.
6. Coil Contactor Reverse (R) akan energize dan menarik sesentuhN/O ke bawah.
Oleh itu arus elektrik (yang diwakili oleh garisan putus berwarna biru) akan
disambung secara kekal walau pun suis ON telah dilepaskan.
7. Sekiranya suis OFF ditekan, bekalan elektrik akan terputus.
8. Apabila butang ujian Overload (O/L) di tekan, arus elektrik akan dialahkan ke luar
litar kawalan dan lampu merah akan menyala. Litar tidak akan berfungsi
apabila suis ON FORWARD atau ON REVERSE ditekan selagi O/L tidak di-reset.
9. Garisan hitam pada rajah litar kawalan di atas mewakili pengalir Neutral.

10. N/O antara contactor Forward dan Reverse haruslah bersilang untuk mengelakkan
kedua-duanya berkendali serentak. Keadaan ini dipanggil electrical interlock.

Mendawai litar kawalan Forward-Reverse


Pendawaian Litar Forward-Reverse

Overload

1. Seharusnya penandaan ke atas contactor dilakukan untuk mengelakkan kekeliruan.


Susun eksesori-eksesori mengikut kesesuaian anda.
2. Mulakan pendawaian dengan mendawai litar bekalan yang berwarna merah.
Seterusnya pengalir berwarna hijau dan biru (2A) untuk pengalir Foward. Diikuti
pengalir kuning dan dan biru (3B) untuk pengalir Reverse sekali pengalir Neutral.

You might also like