You are on page 1of 8

Ciri Guru Cemerlang dalam

Konteks Malaysia
Bekas Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Datuk
Abdul Shukor Abdullah
• Bersikap profesional
• Mempamerkan kekuatan teori
• Kaya dengan ilmu
• Bertindak atas landasan dan tatasusila etika
kerja
• Bermoral tinggi
• Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti
pengajaran
• Boleh menilai kekuatan dan kelemahan diri
dan pelajar
• Melengkapkan diri dengan kemahiran yang
sejajar dengan tuntutan masa
• Menampilkan watak terpuji, berimej,
berperibadi mulia, berwawasan sebagai
pendidik
• Tidak mudah mencari kelemahan orang lain
malah cuba memperbaiki diri
 Sentiasa berfikir untuk melahirkan pelajar
yang cemerlang, berwatak, rajin,
berpersonaliti sihat dan serba boleh.
 Pandai menyesuaikan diri dengan situasi
tertentu
 Taat dan setia dalam profesion serta
mempertahankan martabat profesionnya
 Menunjukkan kesetiaan kepada kerajaan,
bebas berpendirian dan tidak berbelah bagi
• Profesional dan menumpukan kepada aspek
pembelajaran di sekolah.
Jabatan Pelajaran Negeri Johor
 Guru Cemerlang mempunyai ciri-ciri yang berikut dari segi kualiti:
 Peribadi: Guru Cemerlang ialah guru yang mempunyai sahsiah yang
terpuji, berketrampilan dan berpegang teguh kepada etika
perguruan dan etika perkhidmatan awam serta peka dan prihatin
terhadap keperluan pelajar yang dapat menjadi role model kepada
warga pendidik.
 Pengetahuan dan kemahiran: Guru Cemerlang ialah guru yang
menguasai dan menghayati kandungan mata pelajaran atau bidang
pengkhususan dan kepakarannya, menjadi pakar rujuk pengajaran
dan pembelajaran, bijak mengurus masa, bahan sumber, alat
pengajaran dan pembelajaran, mampu mengenal pasti keperluan
dan masalah pembelajaran pelajar serta menyediakan program
tindakan susulan, berpengetahuan dan berkemahiran dalam bidang
ternologi maklumat dan komunikasi.
 Hasil kerja: Guru Cemerlang ialah guru yang
berupaya meningkatkan hasil pembelajaran
(learning outcomes) ke arah membangunkan
potensi pelajar selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.
 Komunikasi: Guru Cemerlang ialah guru yang
memiliki kemahiran komunikasi yang tinggi serta
berkemampuan menyampaikan idea dan mesej
dengan berkesan dalam pelbagai situasi.
 Potensi: Guru Cemerlang ialah guru yang
berwawasan, proaktif, mempunyai inisiatif,
bersifat responsif dan inovatif dalam rangka
menjalankan tugas sebagai pendidik.
 Sumbangan kepada kemajuan pendidikan
negara: Guru Cemerlang ialah guru yang
berupaya menjana idea baru dalam mata
pelajaran atau bidang pengkhususan masing-
masing dan berkongsi idea tersebut bagi
meningkatkan mutu pendidikan negara.

You might also like