You are on page 1of 17

M8 Permuafakatan Politik dalam

Konteks Hubungan Etnik


Pengenalan Sejarah Politik Di Malaysia
• Pentadbiran feudalisme Kesultanan Melayu Melaka:
- sultan dibantu oleh 4 pembesar Melayu
- kerajaan Melayu Melaka memiliki undang-undang kanun Melaka
- sistem politik tidak membenarkan persaingan kuasa secara bebas
- sultan mempunyai kuasa mutlak dan kesetiaan rakyat dan kedaulatan
raja
• Kemasukan penjajah ke Tanah Melayu:
- pengenalan sistem residen melalui penjanjian Pangkor 1874 dan
negeri-negeri Melayu dipaksa menerimaresiden
Pengenalan Sejarah Politik Di Malaysia
• Implikasi pelaksanaan sistem residen menghakiskan kuasa institusi
kesultanan Melayu
- kuasa memungut cukai terhakis
- bertanggungjawab terhadap soal kedudukan agama Islam dan hal
ehwal berkaitan dengan adat resam orang Melayu sahaja.
• British meneruskan usaha menguasai negeri-negeri Melayu dengan
memperkenalkan unit pentadbiran NNMB DAN NNMBTB
• Kemuncak penguasaan British dengan memperkenalkan Malayan
Union
Pengenalan Sejarah Politik Di Malaysia
• Penubuhan UMNO reaksi penentangan terhadap Malayan Union
sehingga diganti dengan Persekutuan Tanah Melayu, 1948
• 1950, UMNO bergabung dengan MCA bagi mewujudkan parti
Perikatan walaupun memperjuangkan kepentingan mengikut etnik.
• Perkembangan seterusnya menyaksikan Malaysia pada awal
kemerdekaan mempunyai pelbagai parti politik yang pada dasarnya
mewakili pelbagai kaum.
• Akhirnya, asas kerjasama parti pemimpin politik pelbagai kaum
adalah menjurus kepada permuafakatan
Pengenalan Sejarah Politik Di Malaysia

• Parti politik yang mewakili pelbagai etnik dapat bekerjasama untuk


menjalankan pentadbiran negara dan membawa pembangunan.

• Kini, di peringkat kerajaan persekutuan, BN kini dianggotai oleh 14


buah parti (UMNO, MCA, MIC, GERAKAN, PPP, PBB, SUPP, PBS, LDP,
PBRS, UPKO, SPDP dan PRS) dan Pakatan Rakyat dianggotai 8 buah
parti (PKR, DAP, PAS, SNAP, PRM, PSM, MDP dan SAPP)
Pembangunan Politik
• Pembinaan negara bangsa merupakan matlamat utama pembangunan
politik
• Pembinaan negara bangsa dapat dicapai melalui pelbagai pendekatan
- penerapan dasar awam yang digubal oleh kerajaan dan pemupukan
semangat nasionalisme
• Usaha mewujudkan negara bangsa bukan suatu yang mudah kerana
terdapat pelbagai faktor perlu diambil kira
Pakatan Politik di Sabah dan Sarawak

• Di Sabah dan Sarawak terdapat banyak parti politik yang mewakili


etnik masing-masing, terutamanya menjelang pembentukan
Persekutuan Malaysia.

• Politik Sabah dan Sarawak lebih kompleks daripada di Semenanjung.

• Gabungan sedemikian penting untuk menjamin kestabilan dan


memastikan suara semua etnik diwakili.
Pakatan Politik di Sabah
• Di Sabah, tidak terdapat kelompok dominan dari segi saiz penduduk.
• Perkembangan politik di Sabah dan Sarawak memperlihatkan pola
yang hampir sama.
• Dengan mengambil ilham daripada model kerjasama UMNO-MCA-
MIC, UNKO, USNO dan SCA di Sabah bergabung untuk menubuhkan
parti Perikatan.
• Selepas pilihan raya negeri 1967, Perikatan Sabah terdiri daripada
USNO dan SCA setelah UPKO dibubarkan dan majoriti ahlinya
menyertai USNO.
Pakatan Politik di Sabah

• Kejatuhan PBS membawa perubahan besar seperti berikut dalam


politik di Sabah:

1. UMNO berjanji sekiranya parti tersebut Berjaya merampas


pemerintahan negeri, jawatan Ketua Menteri akan mengikut giliran

2. UMNO berjaya menyatukan pelbagai etnik

3. Lahirkan beberapa buah parti baharu


Pakatan Politik di Sarawak
• Di Sarawak, komposisi penduduk turut memperlihatkan wujudnya pluraliti,
malah lebih kompleks daripada di Semenanjung dengan jumlah sekitar 30
suku kaumnya.
• Di Sarawak, pelbagai parti politik ditubuhkan menjelang penubuhan
Persekutuan Malaysia pada tahun 1963.
• Kewujudan SUPP menjadi inspirasi kepada etnik bumiputera untuk turut
menubuhkan parti masingmasing yang dapat memperjuangkan
kepentingan, kebajikan dan aspirasi bumiputera.
• Cadangan penubuhan Persekutuan Malaysia turut menggerakkan
penubuhan beberapa parti etnik
• Bagi etnik Melayu dan Melanau, dua parti ditubuhkan berasaskan etnik
dan kawasan.
Pakatan Politik di Sarawak
• Dalam konteks etnik Cina pula, SUPP telah diundang menyertai
kerajaan campuran BN selepas pilihan raya umum pada tahun 1969
hingga tahun 1971.
• Selama lebih 30 tahun selepas penubuhan Parti Bumiputera,
kemunculan beberapa parti baharu Melayu dan Melanau tidak
berjaya menggugat kedudukan politik Melayu dan Melanau.
• Sebelum tahun 1963, etnik Dayak sering berpecah antara SNAP dan
Pesaka sebelum penubuhan Malaysia, namun kini etnik terbabit
menyertai semua parti politik, sama ada BN atau parti pembangkang.
• Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan SNAP mengalami masalah dalaman.
Cabaran Politik dalam
Konteks Hubungan Etnik
Politik

• Setiap kaum di Malaysia diwakili oleh parti politik masing-masing.

• Menyuara, menjaga serta memperjuangkan kepentingan dan


kelangsungan kaum masing-masing.

• Sukar menerima pemimpin dari kaum lain.

• Mengukuhkan semangat perkauman yang menebal.


Ekonomi
• Dominsi Sektor Ekonomi
- Jurang yang luas dari segi penguasaan ekonomi dan
ketidakseimbangan pendapatan.
- Tiap-tiap etnik berusaha untuk mendapatkan hak dan keuntungan
yang lebih besar daripada pertumbuhan ekonomi dan peluang
ekonomi yang wujud.
• Perbezaan Pekerjaan
- Menghalang interaksi yang lebih kerap.
- Interaksi berlaku di kalangan etnik yang sama.
- Semangat perkauman terus menebal.
Sosial
• Pemisahan Fizikal
- Akibat dasar pecah perintah British.
- Merenggangkan hubungan dan menyukarkan interaksi.
- Memperkuatkan perasaan kekitaan dan etnosentrisme.
• Sistem Pendidikan yang Berasingan
- Setiap etnik mempunyai sistem pendidikan yang tersendiri
- Sistem persekolahan yang dipisahkan mengikut bahasa ibunda
menyebabkan interaksi berkisar dikalangan etnik sendiri sahaja
Sosial
• Polarisasi dalam Kalangan Pelajar
- Keterasingan di peringkat sekolah rendah, kerenggangan di sekolah
menengah serta di Institusi Pengajian Tinggi menyukarkan proses
hubungan etnik di Malaysia
• Kontrak Sosial
- Kontrak Sosial yang menjadi asas dalam pembinaan masyarakat Malaysia
seringkali di pertikaikan
Agama dan Budaya
• Setiap etnik mempunyai agama, adat istiadat bahasa dan kebudayaan yang
berlainan
• Mudah terjadinya konflik.
• Setiap kaum terus menebal dengan bahasa dan kebudayaan mereka
sendiri.
• Mengutamakan anggota dari etnik yang sama dalam mendapatkan
pekerjaan, memilih sahabat dan mencari teman hidup.

You might also like