You are on page 1of 82

PERLEMBAGAAN

PERSEKUTUAN: BAB 5
TIANG SERI HUBUNGAN
ETNIK

1
Perlembagaan Persekutuan: Tiang Seri Hubungan
Etnik

Definisi dan Konsep Perlembagaan

Kandungan
Sejarah Penggubalan Perlembagaan Persekutuan Hasil Pembelajaran
Malayan Union
Persekutuan Tanah Melayu 1948 • Menjelaskan sikap akomodatif yang
Kerjasama Antara Etnik dalam Menuju
Kemerdekaan wujud dalam kalangan pelbagai etnik
Suruhanjaya Reid semasa penggubalan Perlembagaan
Jawatankuasa Kerja dan Persekutuan.
Perisytiharan Perlembagaan
• Membahaskan peranan dan
Unsur-unsur Tradisi dalam Perlembagaan
Persekutuan kepentingan unsur-unsur tradisi dan
Kesultanan atau Pemerintahan Beraja permuafakatan sosial dalam konteks
Isu-isu Islam dan Orang Melayu dalam
Perlembagaan
hubungan etnik di Malaysia.
Piagam Madinah dan Hubungan Etnik • Menganalisis rasional unsur-unsur
tradisi dalam Perlembagaan Malaysia.
Konsep Perlembagaan

Dokumen yang mengandungi peruntukan yang mustahak bagi penubuhan dan kewujudan sesebuah
negara dan sistem politiknya.

Sebuah dokumen yang mengandungi peruntukan-peruntukan asas tertentu yang secara tersendiri
mencerminkan pertimbangan suasana muhibah,penerimanya yang murni dan kesefahaman antara
rakyatnya.

Dokumen yang tidak terpisah daripada sejarah, perkembangan dan tradisi sesuatu negara khususnya di
Malaysia yang terdiri daripada pelbagai etnik.

Dalam konteks Perlembagaan Islam, negara Islam pertama iaitu Madinah di bawah pimpinan Rasulullah
s.a.w telah membentuk Sahifah Madinah bagi melicinkan pentadbiran negara Madinah yang terdiri
daripada pelbagai kaum.
Konsep Perlembagaan
Sumber kepada undang-undang dalam negara berkenaan.

Undang-undang lain tidak boleh bertentangan dengan undang-undang


dan prinsip perlembagaan

Undang-undang perlembagaan dapat membatalkan mana-mana


undang-undang lain yang bertentangan

Jika bertentangan, undang-undang Perlembagaan tertinggi akan


diterima pakai sebagai undang-undang yang lebih utama.
Definisi Perlembagaan

Satu set peraturan tentang hak, kuasa dan prosedur serta tanggung
jawab pihak yang mengawal dengan memandu hubungan di antara
satu autoriti dengan autoriti yang lain, dan juga antara autoriti
dengan rakyat awam.

Satu dasar atau formula yang menyatakan


tugasan kuasa-kuasa awam di dalam sesebuah
negara dibahagikan dan digunakan
Jenis Perlembagaan

Perlembagaan Bertulis Perlembagaan Tidak


• Perlembagaan yang di kumpul Bertulis
dan disusun dalam satu kanun • Semua prinsip perlembagaan
atau dokumen. yang tidak terkumpul dalam satu
• Sukar dipinda kecuali wujud dokumen seperti adat resam dan
peruntukan dalam tradisi, undang-undang yang
perlembagaan yang diluluskan oleh parlimen dan
membenarkannya. keputusan-keputusan
• Contoh negara yang mahkamah
mengamalkan: Malaysia • Contoh negara yang
mengamalkan: United Kingdom
DAN New Zealand
Ciri-ciri Perlembagaan
Ciri sesebuah
negara

Sifat
Hak asasi Perlembagaan

Hak dan
Kuasa
tanggungjawab

Kewarganegaraan 
Keperluan Perlembagaan
• Menjamin kestabilan politik dan sistem pemerintahan,

• Mewujudkan rangka sistem politik yang sistematik

• Mengatur sistem ekonomi dan pengagihan kekayaan negara dengan adil dan saksama

• Memudahkan perpaduan nasional dan pembangunan Negara

• Melindungi kepentingan semua etnik di dalam negara


Peranan Perlembagaan

• Mengatur
pemerintahan
sesebuah negara

Garis
Panduan
• Perlu dirujuk apabila
hendak menggubal
sesuatu peraturan
undang-undang Sumber

• Setiap perkara dalam


perlembagaan boleh
diperhalusi sebagai
sumber undang-
undang
Perlembagaan Persekutuan
Malaysia
– Merupakan perlembagaan bertulis.
– Perlembagaan yang unik – mengekalkan 4 unsur tradisi iaitu:
– Agama Islam
– Bahasa Melayu
– Kedudukan istimewa orang Melayu
– Pemerintahan beraja
– Badan perundangan, kehakiman dan eksekutif mendapat kuasa daripada
Perlembagaan.
– Terdapat 15 Bahagian, 183 Perkara dan 13 Jadual.
Perkara-perkara yang Diperuntukkan
dalam Perlembagaan Persekutuan

Bahasa
Legislatif Kedudukan Islam Kuasa eksekutif
kebangsaan

Kedudukan
istimewa Melayu
Kehakiman Kewarganegaraan dan Bumiputera
Sabah dan
Sarawak
Pindaan Perlembagaan
Persekutuan
• Dengan sokongan 2/3 setiap dewan tanpa mendapatkan persetujuan daripada sesiapa
Perkara 159 • Contoh: pemilihan dan persaraan ahli-ahli Dewan Negara
(4)

• Dengan sokongan 2/3 setiap dewan dan dipersetujui oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah dan Sarawak
• Contoh: berkaitan kepentingan Sabah dan Sarawak (bidang kuasa kerajaan negeri dan kedudukan
Perkara 161 istimewa Bumiputera)
(E)

• Dengan sokongan 2/3 setiap dewan dan perkenan Majlis Raja-raja


• Contoh: kedaulatan raja-raja, kedudukan istimewa orang Melayu, bumiputera Sabah dan Sarawak,
Perkara 159 bahasa kebangsaan dan agama persekutuan
(5)
Ketertinggian Perlembagaan
Persekutuan
Perlembagaan adalah sumber undang-undang tertinggi sesebuah negara.
• Tidak ada institusi yang boleh mengatasi ketertinggian Perlembagaan Malaysia.

Ketiga-tiga badan kerajaan (Perundangan, Kehakiman, Eksekutif) & YDPA juga tertakluk kepada
Perlembagaan Malaysia.
• Contoh: kuasa perundangan dan kehakiman (mahkamah) dijalankan tertakluk kepada sekatan-sekatan yang
dikenakan oleh Perlembagaan.

Berperanan sebagai panduan bagi pembentukan undang-undang sama ada di pihak kerajaan
atau rakyat
• Undang-undang persekutuan atau negeri mengenai sesuatu perkara boleh diisytiharkan TIDAK SAH oleh mahkamah
jika undang-undang itu bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
• Perkara 4(1): Perlembagaan Malaysia adalah undang-undang utama persekutuan dan apa-apa undang-undang yang
diluluskan yang berlawanan dengan perlembagaan adalah terbatal setakat mana yang berlawanan.
Sejarah Perlembagaan Negeri-negeri Melayu
– Perundangan Islam adalah yang pertama diamalkan.
– Berdasarkan Prasasti/ Batu Bersurat Terengganu (22 Februari 1303 M)
– Peraturan tentang jenayah, urus niaga dan pentadbiran.

– Perlembagaan bertulis paling awal:


– Undang-undang Tubuh Negeri Johor (1895)
– Undang-undang bagi diri kerajaan Terengganu (1911)

* Undang-undang ini tidak sama dengan prinsip perlembagaan moden pada masa ini
disebabkan struktur masyarakat pada masa itu berbeza pada hari ini.
Sejarah Penggubalan Perlembagaan
Persekutuan
• Sepanjang penjajahan, orang Melayu sentiasa bangkit menentang
Perjuangan • Selain perjuangan berdarah yang bermula sejak penjajahan Portugis di
Melaka, Belanda, Inggeris & Jepun, perjuangan juga digerakkan melalui
kebangsaan semangat kebangsaan.

• Menjelang abad ke 20, muncul pertubuhan-pertubuhan seperti Kesatuan


Melayu Singapura, Kesatuan Melayu Perak, Kesatuan Melayu Muda dll yang
Pertubuhan menjadi medium menentang penjajah.

• Media massa seperti akhbar & majalah juga berperanan sebagai medium
penyebaran semangat perjuangan seperti Utusan Melayu, Majlis, Al-Imam,
Media Massa Saudara dan Warta Sarawak.

• Muncul tokoh-tokoh intelektual Melayu seperti Rahim Kajai, Ibrahim Yaakob,


Pak Sako dll menyedarkan orang Melayu supaya bangun menuntut
Tokoh kemerdekaan.
Penggubalan Perlembagaan
Malaysia
Kesan Penjajahan Suruhanjaya Reid Unsur Tradisi
Perjuangan Memorandum Identiti Negara
Kebangsaan

Malayan Union Rundingan London 3 Perkara


Penentangan Merdeka 3, 152, 153

Perlembagaan
CLC Pilihanraya
Islam
Rundingan Kaum Perikatan
Perbandingan

Perjanjian MMKP
Persekutuan Tanah
Melayu 1948 Sistem Ahli
Malayan Union

Selepas Jepun menyerah


Sir Harold Mac Michael
kalah Pentadbiran Parlimen British meluluskan
dilantik wakil British untuk
Ketenteraan British (BMA) Malayan Union pada 10
mendapatkan tandatangan
mengambilalih pentadbiran Oktober 1945
raja-raja Melayu
Tanah Melayu

Orang Melayu memulaukan


Malayan Union tetap majlis pengisytiharan itu,
British sedar tanpa sokongan
Malayan Union ditentang diisytiharkan pada 1 April akhirnya British mengalah dan
orang Melayu Malayan Union
hebat oleh orang Melayu. 1946 dan Sir Edward Gent menggantikan Malayan Union
akan gagal.
sebagai gabenor pertama. kepada Persekutuan Tanah
Melayu.
Tujuan Penubuhan Malayan Union
Mengurangkan dan mengawal kuasa politik orang Melayu

Menjimatkan perbelanjaan pentadbiran British

Menjamin terus penguasaan British

Memastikan sumbangan golongan migran

Mengukuhkan pertahanan British

Mewujudkan pentadbiran yang cekap dan seragam

Menyediakan Tanah Melayu ke arah berkerajaan sendiri

Membentuk satu bangsa Malayan Union


Ciri-ciri Malayan Union
Singapura dijadikan
tanah jajahan
berasingan di
bawah seorang
Gabenor dibantu Gabenor British
oleh Majlis Kedaulatan Raja-
Mesyuarat Raja Melayu
Persekutuan dan dihapuskan
Majlis Undangan

Semua negeri
Melayu kecuali Hak kerakyatan
Singapura yang sama bagi
disatukan di bawah semua berasaskan
pemerintahan Jus Soli
Gabenor British
Penentangan Malayan Union

Melalui akhbar
• Warta Negara
dan akhbar
Melayu

Secara kolektif
• Demonstrasi
aman dan
kesatuan-
Secara individu kesatuan Melayu

• Dato Onn & Raja- Melalui


berkabung
Raja Melayu • Dihadapan Ahli
Parlimen British
Sebab Penentangan Malayan
Union
Kuasa Raja-Raja Melayu dilenyapkan dalam urusan pentadbiran negeri.

Singapura dipisahkan dari Malayan Union dan ia kekal sebagai tanah jajahan
Inggeris.

Hak kerakyatan liberal berdasarkan prinsip Jus Soli.

Hak sama rata kepada semua warganegara tanpa mengira bangsa iaitu
penduduk peribumi tidak memiliki apa-apa keistimewaan.

Cara Sir Harold Mc Michael mendapatkan tandatangan raja-raja Melayu yang


menggunakan cara paksaan dan ugutan.
Kerjasama Kearah Kemerdekaan
• Jawatankuasa Kerja
• 4 wakil raja-raja Melayu, 2 wakil UMNO dan 6 pegawai British
Julai 1946 • Bertanggung jawab merangka perlembagaan baharu yang boleh diterima oleh orang Melayu

• Jawatankuasa Perundingan
• Dianggotai orang Eropah, Cina dan India
Disember • Bertujuan mendapatkan pandangan orang bukan Melayu mengenai perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
1947

• Persekutuan Tanah Melayu diisytiharkan


• Perjanjian yang mempunyai beberapa ciri penting ke arah pemerintahan sendiri
Februari • Membawa kepada penubuhan Communities Liaison Committee (CLC)
1948
Perjanjian Persekutuan Tanah
Melayu 1948
Persetujuan yang dicapai di antara Melayu, Cina dan India semasa mewujudkan Persekutuan Tanah Melayu 1948 di bawah naungan Inggeris

Berkait rapat dengan bantahan Melayu terhadap Perlembagaan Malayan Union 1946

Peruntukan dalam Kontrak Sosial 1948 menjamin ketuanan Melayu dalam proses politik negara

Ia mengambil kira kedudukan bukan Melayu iaitu Cina dan India dalam negara yang bakal merdeka dari Inggeris

Merupakan hasil proses tawar menawar antara Melayu dan bukan Melayu

Kontrak Sosial 1948 menjadi asas kepada Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948
Perkara Dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu
1948

BUKAN
MELAYU
ISLAM
MELAYU
• Islam ialah agama Persekutuan

RAJA-RAJA MELAYU
• Kedudukan dan kedaulatan Raja-Raja Melayu tidak boleh
HAK
dipersoalkan
KEWARGANEGARAAN
KEISTIMEWAAN MELAYU
• Hak istimewa Melayu bagi mengutuhkan dominasi Melayu di
• Hak kerakyatan berdasarkan prinsip
Persekutuan Tanah Melayu Jus Soli
BAHASA MELAYU
• Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan
Perjanjian Persekutuan Tanah
Melayu 1948
Ciri-ciri Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu
1948
• 9 negeri termasuk Pulau Pinang dan Melaka.
Negeri • Singapura kekal Tanah jajahan yang berasingan

• Pengenalan konsep Raja Berperlembagaan


Sultan • Sultan diberi semula kuasa memerintah tetapi dengan nasihat Majlis Mesyuarat Kerajaan
Negeri (EXCO) dan Majlis Undangan Negeri

• Syarat kewarganegaraan diketatkan iaitu:


• Seseorang pemohon mestilah:
• Lahir di Tanah Melayu dan telah bermastautin 8 tahun dari 12 tahun sebelum
permohonan ‘atau’
Kewarganegaraan
• Menetap dan bermastautin di Tanah Melayu tidak kurang 15 tahun dari 20 tahun
sebelum permohonan.
• Umur minimum bagi kedua-dua situasi tersebut adalah 18 tahun dan mempunyai
pengetahuan Bahasa Melayu yang baik

• Orang Melayu diberi hak keistimewaan sebagai kaum bumiputera dan mempunyai
Bumiputera
perwakilan terbesar dalam Kerajaan Persekutuan dan Negeri
Ciri-ciri Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu
1948
• Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu akan diketuai Pesuruhjaya Tinggi
British
Pentadbiran • Dibantu Majlis Perundangan Persekutuan dan Majlis Mesyuarat Kerja
Persekutuan
• Sistem ahli bertaraf menteri
Majlis Mesyuarat Kerja • Majlis Mesyuarat Kerja Persekutuan dianggotai 3 ahli ex-officio, 4
anggota rasmi serta 5-7 ahli tidak rasmi yang dilantik Pesuruhjaya Tinggi
• Sistem Parlimen
• Majlis Perundangan Persekutuan dipengerusikan oleh Pesuruhjaya
Majlis Perundangan Tinggi, mempunyai 3 ahli ex-officio, 9 orang Yang Dipertua Majlis-Majlis
Mesyuarat Negeri, 2 wakil Majlis Tempatan Melaka dan Pulau Pinang,
10 ahli rasmi serta 50 ahli tidak rasmi (kesemua dilantik oleh
Pesuruhjaya Tinggi)
Majlis Mesyuarat Kerja
Persekutuan
Melalui Sistem Ahli yang diperkenalkan pada 1951

Anggota Sistem Ahli:


• Dato’ Onn Jaafar (Ahli Dalam
Negeri)
Tujuan: • Dato’ Mahmud Mat (Ahli Tanah,
British melantik beberapa Perlombongan & Perhutanan)
Melatih pemimpin orang pegawai tadbir • E.E.C Thuraisingham (Ahli
tempatan bagi Proses ke arah Pelajaran)
memegang jawatan dan
mendapatkan berkerajaan sendiri • Lee Tiang Keng (Ahli Kesihatan)
diberi taraf seperti • J.D Mead
pengalaman memerintah menteri • Tunku Yaacob
secara demokrasi • J.D Hodgkinson
• O.A Spencer
Ke Arah Pemerintahan Secara
Demokrasi
• Pilihanraya 1
• 1 Disember 1951, Pilihan raya Bandaran Georgetown
• UMNO & MCA bekerjasama membentuk pakatan politik
1951 • Menang kesemua sembilan kerusi yang dipertandingkan.

• Pilihanraya 2
• Februari 1952, Pilihan raya Bandaran Kuala Lumpur
• 12 kerusi dipertandingkan
1952 • Pakatan UMNO-MCA menang 9 kerusi, selebihnya oleh IMP dan calon bebas.

• Konvensi Nasional diadakan


• Perikatan UMNO dan MCA dibentuk
1954
• Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan (52 kerusi):
• 8 parti bertanding
• MIC meyertai Perikatan dan Perikatan menang 51kerusi
1955 • PAS menang 1 kerusi (di Kerian, Perak)
Ke Arah Pemerintahan Secara
Demokrasi
Sebelum pilihan raya, MCA & MIC bukanlah parti politik tapi lebih bermotifkan menjaga kebajikan & kepentingan
kaum masing-masing.

Pelawaan orang Melayu menggambarkan sifat keterbukaan mereka & sedia berkorban, rela kongsi kuasa &
toleransi demi perpaduan.

Melalui pilihan raya umum pertama (1955), pengorbanan & kompromi UMNO cukup besar.
Perikatan yang didominasi oleh UMNO sepatutnya boleh membentuk kerajaan tanpa perlu bergabung dengan
MCA & MIC namun hal ini tidak dilakukan.

Inggeris mensyaratkan bahawa kemerdekaan akan hanya diberikan sekiranya rakyat negara ini bersatu padu &
bekerjasama.

Kemenangan PERIKATAN menjadi bukti kepada Inggeris bahawa orang Melayu & bukan Melayu boleh
bekerjasama.
Rombongan Kemerdekaan
- Rundingan kemerdekaan ke London
- Diwakili oleh 5 wakil Perikatan, 5 wakil raja-raja Melayu
- Bertolak ke London pada 1 Januari 1956
Rombongan Kemerdekaan
Januari 1956 : Rombongan ke London
• 4 wakil Raja Melayu & 4 wakil Perikatan
• Diketuai Tunku Abdul Rahman.
• Rombongan bertujuan berunding dengan Pegawai British sebagai usaha menuntut kemerdekaan

Wakil Raja-raja Melayu Wakil Perikatan


• KETUA: Datuk Panglima Bukit Gantang (MB Perak) • KETUA: Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj (Ketua
• En.Abdul Aziz Hj Abdul Majid (MB Selangor) Menteri & Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri)
• Datuk Mohammad Seth Mohammad Said (MB • Datuk Abdul Razak Hussain (Menteri Pelajaran)
Johor) • Kol. H.S.Lee (Menteri Pengangkutan)
• Datuk Nik Ahmad Kamil Hj Mahmood (bekas MB • Dr. Ismail Datuk Abdul Rahman (Menteri Hasil
Kelantan) Bumi)
• SETIAUSAHA: En. Abdul Kadir Shamsuddin • SETIAUSAHA: T.H.Tan
Perjanjian London

Kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957

Tanah Melayu berada dalam lingkungan Komanwel

Menjalankan pemerintahan secara demokrasi

Perjanjian pertahanan dengan British bagi menjaga kepentingan British di Tanah Melayu (AMDA/ FPDA)

Badan bebas ditubuhkan bagi menggubal Perlembagaan Tanah Melayu iaitu Suruhanjaya Reid

Jawatan Setiausaha Kewangan & Pengarah Gerakan diganti dengan Menteri Kewangan & Menteri Pertahanan yang dipegang
oleh rakyat tempatan.
Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
1957 (Suruhanjaya Reid)
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu telah digubal oleh Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
1957 yang diketuai oleh Lord William Reid yang ditubuhkan 1956.

Keahliannya dari pakar perlembagaan negara Komanwel:


• Lord William Reid (Lord of Appeal in the Ordinary) - Britain
• Sir Ivor Jennings (Master of Trinity Hall) - Britain
• Sir William Mckell (bekas Gabenor Jeneral) - Australia
• B. Malik (Bekas Hakim Besar Mahkamah Tinggi Allahabad) - India
• Hakim Abdul Hamid (Hakim Mahkamah Tinggi Pakistan Barat)

Suruhanjaya ini ditugas merangka perlembagaan baharu untuk Persekutuan Tanah Melayu berpandukan syarat
berikut:
• Membentuk negara persekutuan dengan kerajaan pusat yang kuat
• Mengekalkan hak dan kedudukan raja-raja Melayu sebagai pemerintah berpelembagaan.
• Memelihara kedudukan istimewa orang Melayu serta hak sah kaum lain
• Mewujudkan sistem kewarganegaraan yang seragam
• Menubuh sebuh negara berasaskan prinsip demokrasi
Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
1957 (Suruhanjaya Reid)
2 objektif Suruhanjaya Reid dalam menyediakan perlembagaan:
• Mestilah ada peluang sepenuhnya bagi pertumbuhan sebuah negara yang bersatu padu, bebas dan
demokratik.
• Mestilah ada kemudahan lengkap untuk membangunkan sumber negara dan mengekalkan serta
meningkatkan taraf hidup rakyat.

Usaha yang dilaksanakan oleh Suruhanjaya Reid dalam merangka perlembagaan:


• Melawat negeri-negeri Melayu dan negeri-negeri selat
• Bertemu dengan raja, menteri-menteri besar, penasihat-penasihat British, pesuruhjaya-pesuruhjaya
residen, pegawai-pegawai negeri dan negeri selat
• Membuat pertemuan terbuka
• Mengadakan mesyuarat tidak rasmi
Laporan Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957
(Suruhanjaya Reid)
Isi Kandungan Laporan
Suruhanjaya Reid
Laporan Suruhanjaya Reid:
Kontrak Sosial & Perlembagaan Persekutuan

KONTRAK SOSIAL
Diperbaharui
antara kaum Melayu Orang Melayu Bukan Melayu
apabila Singapura,
dan bukan Melayu Perlembagaan • Diperuntukkan dalam • Diberikan hak
Sabah & Sarawak
yang bersetuju atas Malaya ini perlembagaan mengenai kewarganegaraan yang
bergabung
beberapa perkara diisytiharkan pada agama Islam, Bahasa longgar berasaskan prinsip
membentuk Melayu, kedudukan Jus Soli
yang sangat penting 31 Ogos 1957
Malaysia pada 16 istimewa orang Melayu • Pengecualian tentang
kepada kestabilan
September 1963 serta kedudukan Raja-raja perlunya mengetahui
negara Melayu bahasa Melayu bagi bukan
Melayu
Unsur Tradisi & Perlembagaaan
Konteks Politik
Peranan unsur-
Tradisi dan
unsur tradisi
perlembagaan
Menstabilkan sistem politik negara
• Laporan yang dibuat oleh Suruhanjaya Reid
Pemindahan dan kesinambungan menekankan betapa pentingnya perlembagaan
mengambil kira faktor-faktor sejarah, tradisi,
daripada satu generasi kepada ekonomi dan sosial yang wujud sebelum
generasi yang lain. tahun 1957.
• unsur-unsur tradisi dilindungi di bawah Akta
Hasutan 1948 dan dianggap isu-isu sensitif
Sistem yang wujud sebelum yang dilarang dijadikan isu perbincangan
kedatangan zaman moden iaitu, awam.
sebuah sistem yang keabsahannya
bergantung pada agama dan nilai-
nilai asal lainnya. Merupakan satu prasyarat dan
permuafakatan yang diterima oleh
Tradisi mencerminkan sejarah, etnik Melayu dan bukan Melayu.
budaya dan fahaman sesuatu bangsa • Hak istimewa orang Melayu, Islam sebagai
dan masyarakat. agama persekutuan dan bahasa Melayu
diterima sebagai bahasa kebangsaan
merupakan prasyarat terhadap penerimaan
hak kewarganegaraan oleh etnik bukan
Melayu.
Unsur-unsur Tradisi

Agama Islam

Kesultanan Unsur-unsur
atau Tradisi dalam Bahasa
pemerintahan Perlembagaan Melayu
beraja Persekutuan

Kedudukan
Istimewa
orang Melayu
Unsur Tradisi: Agama Islam

Perkara 3
• Agama Islam adalah agama persekutuan

Implikasi
• Menubuhkan, menyelenggara, membantu penubuhan institusi Islam
• Melaksanakan ajaran Islam
• Mengeluarkan perbelanjaan yang diperlukan utk tujuan itu.

Turut terkandung dalam Perkara 8, 11, 12, 121, 150 dan kedudukan
Yang di-Pertuan Agung dalam hal Ehwal agama Islam.

Walaupun Islam mempunyai keistimewaan dalam perlembagaan,


namun agama-agama lain tetap diberi perlindungan.
Rasional Unsur Tradisi: Agama
Islam
Walaupun Islam adalah agama persekutuan tetapi kebebasan beragama dijamin dalam perlembagaan.

Islam telah diterima sebagai agama negeri-negeri Melayu sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka
sehinggalah ke zaman penjajahan Inggeris.

Penggunaan undang-undang Islam telah diiktiraf di negeri-negeri Melayu sebelum penjajahan Inggeris.

Semasa penjajahan Inggeris, kedudukan agama Islam langsung tidak diganggu dan Inggeris menyerahkan
urusan agama Islam kepada raja-raja Melayu.

Sesuai dengan takrif Melayu; Perkara 160 mendefinisikan Melayu sebagai seorang yang beragama Islam,
lazimnya bertutur dalam bahasa Melayu dan mengamalkan adat istiadat Melayu.
Peruntukan berkaitan Agama Islam

– Perkara 160 dalam Perlembagaan


– Definisi Melayu: seorang yang beragama Islam, bercakap bahasa Melayu, menurut adat istiadat Melayu.
– Melayu dan Islam saling berkait dan tidak dapat di pisah
– Pelantikan Yang di-Pertuan Agong
– Dalam kalangan raja di negeri-negeri Melayu
– Perlembagaan negeri: Raja mestilah berbangsa Melayu, beragama Islam dan berketurunan raja.
– Angkat sumpah oleh Yang di-Pertuan Agong
– Didahului dengan Wallahi, Wabillahi dan Watallahi = lafaz sumpah yang dikehendaki dalam Islam.
– Lafaz sumpah = janji baginda untuk memelihara kesucian dan kemuliaan Islam.
– Perkara 3 dalam Perlembagaan
– Yang di-Pertuan Agong ialah ketua agama Islam di negeri-negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan yang
tidak mempunyai raja.
Peruntukan berkaitan Agama
Islam
– Raja dan Sultan ialah ketua agama Islam di negeri masing-masing.
– Tidak terikat dengan nasihat Majlis Mesyuarat Negeri semasa menjalankan tugas sebagai ketua
agama Islam.
– Perkara 53 dalam Perlembagaan
– Tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk menjaga hak istimewa orang Melayu serta
menjaga dan melindungi Islam.
– Walaupun dalam darurat, kedudukan Islam tidak boleh dipinda.
– Sah bagi kerajaan pusat atau negeri memperuntukkan sejumlah wang bagi pembangunan
Islam.
Peruntukan berkaitan Agama Islam

– Peruntukan Islam terjamin – jika hendak dipinda memerlukan sokongan majoriti lebih
2/3 Parlimen dan perkenan Yang di-Pertuan Agong.
– Perkara 11 (4) - Undang-undang negeri boleh menyekat apa-apa penyebaran dalam
kalangan orang Islam mengenai agama selain agama Islam.
– Perkara 121(1)(a) - Bidang kuasa Mahkamah Syariah terpisah daripada Mahkamah Sivil –
menunjukkan pengiktirafan kepada Mahkamah Syariah.
Unsur Tradisi: Bahasa Melayu

Perkara 152
• Bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu
(yang mengikut implikasi yang diperlukan
mestilah digunakan untuk maksud-maksud
rasmi)

Implikasi
• Tiada sesiapa pun dilarang atau ditahan
daripada menggunakan (selain dari maksud
rasmi) atau mengajar atau belajar apa-apa
bahasa lain.
• Kerajaan berhak mengekalkan penggunaan
dan pembelajaran bahasa lain dalam
persekutuan.
Rasional Peruntukan Unsur Tradisi
Bahasa Melayu
Perlunya bahasa kebangsaan bagi menyatupadukan rakyat
pelbagai kaum

Bahasa Melayu telah menjadi lingua franca di Nusantara sejak


berabad lamanya

Bahasa Melayu lebih mudah dipelajari dan bersifat lebih tekal


dari segi istilah dan sebutan

Bahasa Melayu telah digunakan secara meluas sebelum


Perang Dunia bagi tujuan rasmi.
Peruntukan berkaitan Bahasa
Melayu
– Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi
– Sebagai bahasa rasmi bagi tujuan kerajaan baik kerajaan persekutuan mahupun kerajaan negeri
dan termasuk apa-apa tujuan untuk sesuatu kuasa awam, hendaklah menggunakan bahasa
Melayu
– Kecuali atas beberapa perkara yang dibenarkan oleh undang-undang seperti termaktub dalam
Seksyen 4, Akta Bahasa Kebangsaan.
– Penterjemahan Perlembagaan
– Perkara 160(b) jelaskan bahawa jika perlembagaan diterjemahkan ke dalam bahasa kebangsaan
dan jika terdapat percanggahan teks terjemahan dengan teks dalam bahasa Inggeris, teks
kebangsaan itu hendaklah mengatasi teks bahasa Inggeris.
Peruntukan berkaitan Bahasa
Melayu
– Kepentingan bahasa Melayu sejak sebelum Perang Dunia Kedua:
– Penggunaan Bahasa Melayu dalam urusan rasmi: surat-menyurat, mesyuarat, perundangan dan
kehakiman di Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu, Jabatan Polis dan sebagainya.
– Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi di negeri Johor apabila negeri itu menerima Penasihat Inggeris
pada tahun 1914.
– Pegawai Eropah perlu mempelajari Bahasa Melayu, mengambil ujian Bahasa Melayu dan perlulah
lulus sebelum ditempatkan dalam pentadbiran.
Peruntukan berkaitan Bahasa
Melayu
– Tujuan utama penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan:
– Menyatupadukan etnik melalui penggunaan satu bahasa yang sama iaitu Bahasa Melayu
– Semasa perlembagaan digubal, para pemimpin terdahulu telah memutuskan bahawa sebuah negeri
yang merdeka tidak dapat terus menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi jika hendak
menyatupadukan penduduk pelbagai etnik.
Peruntukan berkaitan Bahasa
Melayu
– Perkara 150 (6A)
– Berhubung dengan bahasa Melayu: walaupun dalam keadaan darurat tetap dilindungi oleh perlembagaan.
– Perkara 10(4)
– Bahasa Melayu adalah antara perkara sensitif yang dilarang daripada dibahaskan di tempat terbuka atas
tujuan keselamatan dan ketenteraman awam.
– Kedudukan ini tidak dapat dipinda oleh Parlimen jika tidak mendapat sokongan 2/3 dewan dan perkenan
Majlis Raja-raja melalui Perkara 159.
– Bahasa rasmi
– Bahasa rasmi adalah Bahasa Melayu kecuali dalam beberapa perkara tertentu
– Contoh: hubungan diplomatik dan latihan yang dijalankan oleh pakar-pakar asing.
Unsur Tradisi: Kedudukan Istimewa
Melayu dan Bumiputera
– Perkara 153
– Tentang kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera Sabah Sarawak
– Implikasi
– YDPA dikehendaki melaksanakan dasar bagi melindungi keistimewaan orang Melayu dan bumiputera Sabah dan
Sarawak
– Dari segi jawatan dalam perkhidmatan awam, biasiswa, pendidikan, perniagaan dan kemudahan khas lain yang
diberikan
– Tanggungjawab ini perlu dilaksanakan berhati-hati untuk memastikan tiada sesiapa merasakan kehilangan hak
yang dinikmati mereka selama ini akibat dari pelaksanaan dasar tersebut.
– Walaubagaimanapun, perkara ini juga melindungi kaum-kaum lain iaitu adalah menjadi tanggungjawab YDPA
untuk melindungi hak-hak mereka yang sah melalui peruntukan lain
Rasional Peruntukan Unsur Tradisi
Kedudukan Istimewa Melayu dan
Bumiputera

Perkhidmatan
Kerakyatan Ekonomi Pendidikan Perniagaan
Awam

• Orang Melayu • Semasa zaman • Orang Melayu • Majoriti orang • Orang Melayu
terima prinsip Jus penjajah dan di hanya jadi Melayu adalah masih kurang
Soli dan bukan awal pemerhati kepada miskin terutama menceburi
Melayu perlu kemerdekaan, kepesatan di luar bandar, perniagaan dan
menerima hakikat terlalu sedikit ekonomi di Tanah sukar mendapat perlu dibantu dan
hak keistimewaan orang Melayu Melayu/Malaysia peluang dibimbing
orang Melayu yang bekerja pendidikan
dengan kerajaan
Takrifan Melayu menurut Perlembagaan Persekutuan

Lahir:
* Sebelum merdeka
Bercakap Bahasa Melayu * Di Persekutuan / Singapura
* Ibu @ bapa lahir di
Persekutuan / Singapura /
pada hari merdeka

Beragama Islam Menurut adat Melayu

Melayu
Peruntukan lain berkaitan
Keistimewaan Melayu
– Perkara 89: berkenaan tanah rizab Melayu
– Tanah Rizab Melayu akan kekal selepas merdeka.
– Mana-mana tanah yang bukan rizab Melayu boleh diisytiharkan sebagai tanah rizab Melayu mengikut undang-undang.
– Kerajaan negeri boleh mengambil tanah untuk menempatkan orang Melayu dan bukan Melayu.
– Jika tanah itu dimiliki oleh orang bukan Melayu, maka tanah itu tidak boleh diisytiharkan sebagai tanah rizab Melayu
– Perkara 90: pengecualian undang-undang yang ada berkaitan tanah adat di Negeri Sembilan dan Melaka
serta undang-undang yang ada di Terengganu mengenai tanah pegangan orang Melayu.
– Perkara 8 (5)(f): kemasukan untuk perkhidmatan Rejimen Askar Melayu Diraja hanya diperuntukkan kepada
orang Melayu.
– Kemasukan ke rejimen tentera yang lain dibuka kepada semua etnik dan tiada sekatan
Unsur Tradisi: Prinsip Raja
Berperlembagaan
Latar Belakang
• Identiti Melayu dikenali berdasarkan 3 teras iaitu agama, bahasa dan Raja
• Ketiga-tiga teras tersebut di adaptasi dari semasa ke semasa walaupun setelah kedatangan Islam
• Masyarakat Melayu masih mengekalkan sistem beraja hasil usaha pemimpin UMNO yang tidak
memisahkan institusi beraja dengan rakyat sewaktu berjuang ke arah kemerdekaan

Implikasi
• Sifat beraja masih penting di dalam sistem sosial di Malaysia
• Prinsip Raja Berperlembagaan mengekalkan raja sebagai pemerintah tertinggi.
• Yang Dipertuan Agong bertindak berdasarkan peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan nasihat
Perdana Menteri.
Isu berkaitan Etnik dalam
Perlembagaan Persekutuan
• Islam adalah agama Persekutuan
Perkara 3 • Mempunyai fasal imbangan berkaitan dengan kebebasan beragama (Perkara 11)

• Kesamarataan & hak sama rata


Perkara 8 • Pengecualian peruntukan ini dalam soal agama, kedudukan istimewa orang Melayu dan
seumpamanya.
• Batasan hak kebebasan bersuara daripada menyentuh kedudukan Raja-raja, Islam, orang
Perkara 10(4)
Melayu, kewarganegaraan & seumpamanya.
• Kebebasan beragama; kebebasan mengamalkan ajaran agama lain dalam mana-mana
Perkara 11
bahagian Persekutuan serta beberapa peruntukan pencegahan yang berkaitan.
• Peruntukan mengenai kewarganegaraan yang boleh diperoleh melalui beberapa cara
Perkara 14
serta peruntukan berkaitan perlucutan kewarganegaraan.
• Kuasa Majlis Raja-raja menghalang parlimen membuat undang-undang yang menyentuh
Perkara 38
kedudukan Raja-raja Melayu, orang Melayu, Islam & bahasa Melayu.
Isu berkaitan Etnik dalam
Perlembagaan Persekutuan
• Peruntukan berkaitan Tanah Rezab Melayu
Perkara 89 • Melindungi tanah rezab orang Melayu daripada diambil alih atau dijual kepada
bukan Melayu
• Kedudukan Mahkamah Syariah.
Perkara 121(1)(a) • Mahkamah bidang kuasa sivil tidak boleh mempunyai bidang kuasa dalam bidang
kuasa Mahkamah Syariah
• Kedudukan agama Islam, adat istiadat Melayu dan bumiputera Sabah Sarawak,
Perkara 150(6)(a) kewarganegaraan;
• Meskipun dalam keadaan darurat.

• Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan


Perkara 152 • Tanpa menafikan hak-hak bangsa lain menggunakan bahasa mereka.

• Kedudukan istimewa orang-orang Melayu


Perkara 153 • Tanpa menafikan kedudukan yang sah bagi kaum lain.
Isu-isu Islam Dan Orang Melayu
Dalam Perlembagaan

Perjanjian 20
Persoalan Perkara Bagi
Permasalahan
Diskriminasi Perkara 153 Sabah dan
Kebebasan Kesamarataan
Perlindungan Perlembagaan Perjanjian 18
Beragama
Persekutuan Perkara bagi
Sarawak
Permasalahan Kebebasan
Beragama
– Terkandung dalam Perkara 11, Perkara 3 (1), Perkara 10, Perkara 8 dan Perkara 12.
– Perkara 11 (4):
– Parlimen dan Dewan Undangan Negeri berkuasa meluluskan undang-udang kawalan agama
Islam dalam kalangan orang Islam.
– orang bukan Islam tidak boleh menyebarkan agama mereka dalam kalangan orang Islam,
namun orang Islam dibenarkan berbuat demikian.
– hal ini seperti berlaku ketidakadilan = namun, peruntukan ini dimasukkan bagi memelihara
kestabilan masyarakat.
Permasalahan Kebebasan
Beragama
– Agama lain boleh diamalkan secara aman dan tidak mengganggu ketenteraman awam.
– Kebebasan beragama tertakluk kepada undang-undang awam seperti:
– Akta Keselamatan dalam Negeri 1960
– Akta Pertubuhan 1966
– Akta Polis 1967
– Kebebasan beragama juga tidak membawa maksud bahawa rumah-rumah ibadat bebas didirikan di mana-mana sahaja
yang disukai disebabkan perkara tersebut akan membawa kepada kekacauan.
– Perlembagaan memberi perlindungan terhadap:
– Seseorang itu daripada dipaksa membayar sebarang cukai sekiranya cukai itu digunakan untuk agama lain daripada agama
anutannya.
– Kumpulan agama yang berhak menubuhkan dan menguruskan yayasan untuk tujuan keagamaan di mana mereka mempunyai hak
untuk memegang harta.
Kesamarataan

– Semua orang adalah sama di sisi undang-undang dan berhak mendapat


perlindungan yang sama.
– Sebarang bentuk diskriminasi tidak dibenarkan:
– Diskriminasi yang memihak kepada orang atasan
– Diskriminasi disebabkan agama, ras, keturunan, tempat lahir (dalam undang-undang,
pekerjaan, pentadbiran, perniagaan)
Diskriminasi Perlindungan

– Diskriminasi Perlindungan
– Konsep diskriminasi perlindungan adalah sesuatu yang biasa bagi negara yang mempunyai pelbagai etnik – peruntukan ini
diiktiraf.
– Undang-undang memberi perlindungan dan keistimewaan kepada golongan atau etnik dalam sesebuah negara, namun tidak
menafikan peluang kepada etnik lain.
– Diskriminasi perlindungan bagi membantu sesuatu etnik dalam aspek perkhidmatan awam, ekonomi dan pendidikan.
– Etnik yang ketinggalan dapat dibantu dan ditingkatkan taraf hidup mereka.
– Perkara 153: perlindungan kepada etnik Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak.
– kedaulatan Raja-raja Melayu tidak pernah dipertikaikan sebagaimana yang dibuktikan dalam perjanjian antara raja-raja Melayu
dengan British sebelum wujudnya Persekutuan Tanah Melayu 1948.
– Perjanjian ini menunjukkan agar orang Melayu perlu dibantu.
– Menteri Kewangan: orang Melayu perlu dibantu disebabkan ketinggalan dalam ekonomi (mesyuarat Dewan Perundangan Kedua
Persekutuan Tanah Melayu 1956)
Diskriminasi Perlindungan

– Tujuan diskriminasi perlindungan:


– Membetulkan semula ketidakseimbangan politik yang mempunyai rakyat bersifat pelbagai dan
baru sahaja mencapai kemerdekaan.
– Keutamaan kemasukan ke perkhidmatan awam diberikan kepada orang Melayu.
– Tujuan: supaya dapat menguasai keadaan politik negara disebabkan pegawai kerajaan memainkan
peranan dalam melaksanakan polisi negara.
– Diberikan kepada golongan minoriti agar kepentingan mereka dipertahankan.
– Perlembagaannya memberi jaminan kepada hak golongan minoriti (bahasa, kebudayaan dan
kepercayaan)
Diskriminasi Perlindungan

– Perlembagaan memberi keutamaan kepada kumpulan yang telah merasai dan mengecap
keistimewaan sebelum itu.
– Tujuan: supaya tidak berlaku sebarang perubahan radikal apabila Perlembagaan diperkenalkan.
– Sekiranya sesuatu keistimewaan itu ditarik semula akan menimbulkan kemarahan.
– Keistimewaan orang Melayu: sejak zaman British (melalui perjanjian antara raja-raja Melayu dengan
British)
– Memberi kuasa kepada kerajaan memperbaiki taraf kehidupan masyarakat yang mundur.
– Tanpa diskriminasi perlindungan ini, masyarakat yang mundur tidak dapat bersaing dan maju.
– Hasil daripada kompromi antara etnik semasa perlembagaan itu digubal.
– Perlembagaan Persekutuan: pemberian kewarganegaraan kepada kaum Cina dan India kemudiannya
digantikan dengan pemberian beberapa keistimewaan kepada bumiputera (kontrak sosial)
Persoalan Perkara 153 Perlembagaan
Persekutuan

– Difokuskan kepada pendidikan dan ekonomi.


– Perkara 153 telah membantu orang Melayu keluar daripada kemiskinan dan
meningkatkan pencapaian mereka dalam ekonomi dan pendidikan.
– Namun, dalam bidang teknikal dan profesional, orang Melayu masih ketinggalan.
– Perkara 153 wajar diteruskan untuk mengatasi ketidakseimbangan antara IPTA dan
IPTS serta pelajar di luar negara melalui sistem kuota dan biasiswa.
Persoalan Perkara 153 Perlembagaan
Persekutuan

– Walaupun Perkara 153 dilaksanakan dalam ekonomi dan pendidikan, namun dalam masa
yang sama, pelbagai kemudahan dan keistimewaan diberikan kepada etnik bukan Melayu.
– Contoh:
– Selepas merdeka, kerajaan tidak menghapuskan sekolah rendah jenis kebangsaan Cina dan Tamil.
– Maktab Rendah Sains MARA dan Matrikulasi yang dikhaskan kepada etnik Melayu telah dibuka
kepada bukan Melayu bagi merapatkan lagi hubungan etnik dan perpaduan – kuota 10 peratus
kepada bukan Melayu.
– Kemasukan ke IPTA – sistem kuota ditukar ke sistem meritokrasi iaitu pemilihan pelajar
berdasarkan merit kredit tanpa mengira etnik.
Perjanjian 20 Perkara Bagi Sabah dan
Perjanjian 18 Perkara Bagi Sarawak

– Perjanjian Malaysia yang dibuat antara pemimpin Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak
dikenali sebagai Perjanjian 20 Perkara Bagi Sabah dan Perjanjian 18 Perkara Bagi Sarawak.
– Imigresen
– Bahasa
– Kewangan
– Hak istimewa bumiputera Sabah dan Sarawak
– Melalui pembentukan Malaysia pada tahun 1963, penduduk di Sabah dan Sarawak telah
diberikan status yang sama sebagaimana etnik Melayu di mana mereka dimasukkan ke
dalam Perkara 153.
Perjanjian Malaysia 1963
Melalui pembentukan Malaysia pada tahun 1963, penduduk di Sabah dan Sarawak telah
diberikan status yang sama sebagaimana etnik Melayu di mana mereka dimasukkan ke dalam
Perkara 153.

Persetujuan yang dicapai di antara para pemimpin Malaya, Sabah, Sarawak dan Singapura
semasa sama-sama bersetuju untuk menubuhkan Persekutuan Malaysia.

Perjanjian Malaysia tidak mengubah kontrak sosial di antara Melayu dan bukan Melayu.

Perjanjian Malaysia mengandungi semua tuntutan Sabah, Sarawak dan Singapura yang
dipersetujui dan dimaktubkan ke dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia 1963

Tidak semua perkara yang dituntut diterima dan dimaktubkan dalam Perlembagaan.

20 perkara yang mengandungi tuntutan-tuntutan yang dikemukakan oleh Sabah sebagai syarat
negeri itu bersetuju menyertai Malaysia.
Dokumen Penubuhan Malaysia
Tuntutan Perjanjian Malaysia 1963
Agama • Tidak memperakukan suatu agama sebagai agama rasmi negeri

Bahasa • Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan tetapi memohon supaya bahasa Inggeris boleh terus digunakan tanpa had masa

Perlembagaan • Perlembagaan seharusnya digubal dengan melibatkan negeri-negeri ini

Ketua Persekutuan • Ketua (Yang Dipertua) Sabah tidak layak dipilih sebagai Ketua Persekutuan

Nama Persekutuan • Malaysia dan bukan Melayu Raya

Imigresen • Imigresen adalah kuasa pusat tetapi soal keluar masuk ke Sabah harus dikawal oleh Sabah sendiri

Hak Menarik Diri • Hak untuk memisah dan menarik diri seharusnya tidak ada

Borneonisasi • Proses melantik orang tempatan dalam perkhidmatan awam negeri Sabah seharusnya diwujudkan

Pegawai British • Seharusnya diusahakan agar pegawai British sedia ada meneruskan perkhidmatan sehingga orang tempatan ambil alih

Kewarganegaraan • Berpandukan cadangan Suruhanjaya Cobbold


Tuntutan Perjanjian Malaysia 1963
Cukai Dan Kewangan • Sabah seharusnya mempunyai kuasa ke atas kewangan, tabung pembangunan dan cukai sendiri

Kedudukan Khas Bangsa Asli/Bumiputera Sabah • Pada prinsipnya bangsa asli Sabah menerima keistimewaan yang sama seperti kaum Melayu di Semenanjung dengan formula tersendiri

• Ketua Menteri seharusnya dipilih oleh ahli-ahli tidak rasmi Majlis Perundangan
Kerajaan Negeri • Sabah perlu mempunyai sistem Kementerian yang bersesuaian

Jangka Masa Peralihan • Seharusnya diserahkan kepada kerajaan Sabah dalam tempoh 7 tahun tanpa pengaruh kerajaan persekutuan

Pelajaran • Sistem pelajaran sedia ada diteruskan dan diletakkan di bawah kawalan kerajaan negeri

Perlindungan Kepada Perlembagaan • Tidak ada sebarang pindaan boleh dibuat ke atas pelindungan khas ke atas Sabah tanpa keizinan kerajaan Sabah. Ia hak multak rakyat Sabah

Perwakilan Dalam Parlimen Persekutuan • Bukan sekadar bergantung pada jumlah penduduk, tetapi juga pada keluasan dan keupayaan

Nama Ketua Negeri • Yang di-Pertua Negeri Sabah

Nama Negeri • Sabah

Tanah, Hutan, Kerajaan Tempatan Dll • Peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan sedia ada tidak harus melibatkan Sabah
Piagam Madinah

PIAGAM MADINAH
• Perlembagaan bertulis pertama di dunia
• Sebagai panduan untuk membentuk sebuah negara Islam yang
berdaulat.
• PM bukan sahaja membentuk persaudaraan antara Ansar dan
Muhajirin tetapi juga perpaduan antara orang Islam dengan
orang bukan Islam terutamanya orang Yahudi.

Mengandungi 47 fasal yang merangkumi 2


bahagian:
• Bahagian Pertama
• 23 fasal menyentuh hubungan & tanggungjawab orang Islam
sesama Islam (Muhajirin & Ansar)
• Bahagian Kedua
• 24 fasal membabitkan kaum Yahudi dan tanggungjawab
mereka terhadap negara Islam Madinah
Kepentingan Piagam Madinah
Rasulullah SAW memperkenalkan PM bagi menyelesaikan persoalan semasa ketika itu lebih-
lebih untuk mentadbir negara yang mempunyai rakyat pelbagai etnik, agama, kepercayaan
dan budaya

Kepentingan Piagam Madinah:

• Digubal setelah terbentuk negara Islam Madinah


• Model perpaduan masyarakat majmuk
• Pengisytiharan hak asasi manusia
• Menjelaskan persoalan negara Islam, perundangan, siasah, hak asasi, kebebasan, ekonomi dan yang berkaitan
kehidupan masyarakat majmuk
• Merupakan kerangka pembentukan negara Islam pertama pada tahun 622M yang di dokong oleh warganegara
Madinah yang terdiri golongan Quraisy(Muhajirin) dan golongan Yathrib(Ansar, Khazraj dan Yahudi) serta golongan
yang mengikut dan berjuang bersama-sama mereka
Hak Asasi Manusia dalam
Piagam Madinah
Hak asasi manusia yang terkandung dalam Piagam Madinah dapat diklasifikasi menjadi tiga, yaitu
hak untuk hidup, kebebasan, dan hak mencari kebahagiaan:

1. Hak untuk hidup


Pasal 14 mencantumkan larangan pembunuhan terhadap orang mukmin untuk kepentingan orang
kafir dan tidak boleh membantu orang kafir untuk membunuh orang mukmin. Bahkan pada pasal
21 memberikan ancaman pidana mati bagi pembunuh kecuali bila pembunuh tersebut dimaafkan
oleh keluarga korban
2.     Kebebasan

Dalam konteks ini, kebebasan dibahagi kepada empat kategori, iaitu:

a. Kebebasan mengeluarkan pendapat


Musyawarah merupakan salah satu media yang diatur dalam Islam dalam menyelesaikan perkara yang sekaligus merupakan bentuk
penghargaan terhadap kebebasan mengeluarkan pendapat. 

b. Kebebasan beragama
Kebebasan memeluk agama masing-masing bagi kaum Yahudi dan kaum Muslim tertera di dalam pasal 25.

c. Kebebasan dari kemiskinan


Kebebasan ini harus diatasi secara bersama, tolong menolong serta saling berbuat kebaikan terutama terhadap kaum yang lemah. Di
dalam Konstitusi Madinah supaya untuk hal ini adalah satu daya kolektif bukan usaha individual seperti dalam pandangan Barat.

d. Kebebasan dari rasa takut


Larangan melakukan pembunuhan, ancaman pidana mati bagi pelaku, keharusan hidup bertetangga secara rukun dan damai, jaminan
keamanan bagi yang akan keluar dari serta akan tinggal di Madinah merupakan bukti dari kebebasan ini.

3.     Hak mencari kebahagiaan

Dalam Piagam Madinah, seperti diulas sebelumnya, meletakkan nama Allah SWT pada posisi paling atas, maka makna kebahagiaan itu
bukan hanya semata-mata karena kecukupan materi akan tetapi juga harus berdasarkan ketenangan Rohani.
Kandungan Piagam Madinah

Pembentukan
Ummah
(Fasal 1)
Melindungi Hak Asasi
Negara Manusia (Fasal
(Fasal 39-41) 2-10)

Kandungan
Piagam Persatuan
Pemimpin
Negara
(Fasal42-44)
Madinah Segenap
Warganegara
(Fasal 16-23)

Tugas Golongan
Warganegara Minoriti
(Fasal 36-38) (Fasal 24-35)
Intipati Piagam Madinah dalam
Konteks Hubungan Etnik
Pentadbiran • Al-Quran dan hadis merupakan sumber utama undang-undang negara
• Syura sekiranya berlaku sesuatu permasalahan

Kepimpinan • Nabi Muhammad s.a.w. adalah pemimpin masyarakat dan ketua negara

• Masyarakat berbilang agama dan keturunan dianggap sebuah masyarakat yang mempunyai kewajipan dan tanggungjawab yang sama

Masyarakat terhadap negara Islam Madinah.


• Setiap anggota sahifah mestilah menjalinkan hubungan yang erat tanpa mengira agama dan keturunan.

• Kaum Yahudi diberikan kebebasan mengamalkan ibadat mengikut agama mereka selama mereka mematuhi undang-undang Islam dan

Kebebasan Asasi peraturan yang diterima umum.


• Orang Islam dan bukan Islam dapat hidup secara aman damai dan bebas menjalankan aktiviti masing-masing.

Fungsi Sahifah • Fungsi sahifah ialah menegakkan keadilan dan membanteras kezaliman

Keselamatan • Memberi jaminan keselamatan terhadap orang bukan Islam yang menganggotai dan mematuhi peraturan sahifah.
Implikasi Pelaksanaan Piagam
Madinah
Madinah sebagai
sebuah negara Islam
dengan meletakkan al-
Quran sebagai sumber
perundangan

Mengintegrasikan
Menjamin keadilan
masyarakat Madinah
sosial yang holistik
yang terdiri daripada
dan komprehensif
pelbagai etnik

Mewujudkan
Menjana
keamanan dan
pertumbuhan
suasana politik yang
ekonomi Madinah
stabil
Elemen Persamaan Piagam Madinah
Dan Perlembagaan Malaysia

Kebebasan Hak mendapat Ketaatan Kepada Jaminan Hak Asasi


• Beragama Perlindungan Pemimpin Kemanusiaan
• Bekerja dan mencari • Perlindungan dari • Rujukan kepada al-Quran • Ketika lemah, dewasa dan
keuntungan pencerobohan luar dan Hadith sekiranya ketiadaan harta
• Menjawat jawatan dalam • Perlindungan dari berlaku perbalahan
Kerajaan kezaliman dalaman
• Perlindungan terhadap
darah dan jasad
Kesimpulan

– Perlembagaan Persekutuan telah digubal dengan mengambil kira kepentingan setiap etnik
di Malaysia. Walaupun perkara yang termaktub dalam perlembagaan seolah-olah memberi
kelebihan kepada sesuatu etnik, namun terdapat perimbangan bagi setiap perkara
tersebut.
– Permuafakatan sosial yang dipersetujui sewaktu menggubal perlembagaan adalah
persetujuan yang telah diterima oleh semua etnik pada ketika itu.
– Pengingkaran kepada permuafakatan sosial akan menimbulkan perasaan tidak puas hati
dalam kalangan etnik.
– Perkara ini seperti mana yang pernah dinyatakan oleh Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-215,
iaitu Islam dan orang Melayu merupakan asas utama pembentukan negara Malaysia.
Terima Kasih

Perlembagaan Persekutuan: Tiang Seri


Hubungan Etnik

82 Mahyuddin Khalid & Mohd Ashrof Zaki Yaakob

You might also like