You are on page 1of 39

CARA PEMBIAKAN

TUMBUH-
TUMBUHAN
SAINS TAHUN 3
• Tumbuh-tumbuhan perlu membiak supaya tidak pupus.
Tumbuh-tumbuhan boleh membiak melalui pelbagai cara.

CARA
PEMBIAKAN
TUMBUHAN

BATANG
KERATAN
BIJI BENIH ANAK POKOK BAWAH SPORA DAUN
BATANG
TANAH
CARA PEMBIAKAN TUMBUH-TUMBUHAN

1. Tumbuh-tumbuhan perlu membiak supaya tidak pupus.


2. Tumbuh-tumbuhan boleh membiak melalui pelbagai cara.
a) Biji Benih: Pokok cili dan pokok betik.
b) Anak Pokok: Pokok pisang dan pokok keladi.
c) Batang Bawah Tanah: Pokok bawang dan pokok ubi kentang.
d) Spora: Paku pakis dan cendawan.
e) Keratan Batang: Pokok ubi kayu dan pokok bunga raya.
f) Daun: Pokok lidah jin dan pokok setawar.
CARA PEMBIAKAN : BIJI BENIH
• Pokok yang berbuah membiak melalui biji benih.
• Bunga biasanya menjadi buah yang mengandungi biji benih.
Apabila ditanam, biji benih akan bercambah menjadi anak pokok.
• Contoh : Pokok cili, padi
Contoh tumbuhan ini:
 Pokok Durian
 Pokok Mangga
 Pokok Rambutan
• Tumbuhan berbunga membiak melalui biji benih.

Bunga biasanya menjadi buah yang mengandugi biji


benih.

Ditanam, biji benih akan bercambah menjadi anak


pokok.

Soalan: nyatakan 5 lagi jenis tumbuhan yang


membiak melalui biji benih. 
CARA PEMBIAKAN : ANAK POKOK

• Anak pokok yang tumbuh di sekeliling induknya boleh menjadi pokok


baharu.
• Contoh : Pokok pisang
Contoh tumbuhan ini:
 Pokok Nanas
 Pokok Buluh
 Pokok Keladi
CARA PEMBIAKAN : KERATAN BATANG

• Keratan batang pokok yang ditanam boleh menjadi pokok baharu.


• Sebahagian daripada batang tumbuhan dipotong daripada induknya dan
ditanam di dalam tanah.
• Contoh tumbuhan yang membiak melalui keratan batang ialah pokok
Bunga Raya, pokok Tebu, pokok Ubi Kayu, pokok Bunga Kertas
POKOK BUNGA
POKOK UBI KAYU
MAWAR / ROS
CARA PEMBIAKAN : BATANG BAWAH
TANAH

• Batang bawah tanah ditanamkan dalam tanah


• Batang bawah tanah ada banyak kanji yang menjadikan
penyimpanan makanan untuk tumbuhan
• Tunas batang bawah tanah akan membesar dan menjadi
tumbuhan yang baru
Contoh tumbuhan ini:
 Pokok Bawang
 Pokok Halia
 Pokok Kunyit
CARA PEMBIAKAN : SPORA
• Tumbuhan tidak ada biji benih, ia perlu membiak bergantung kepada
spora.
• Tumbuhan tidak berbunga membiak melalui spora.
• Spora di sebarkan melalui ANGIN.
• Spora akan bercambah apabila jatuh ke atas TANAH yang berkeadaan
SESUAI Tanah yang sesuai seperti mempunyai HUMUS dan AIR
yang mencukupi dan SUHU yang sesuai.
Contoh tumbuhan ini:
 Paku pakis
 Lumut / Alga
 Kulat : Cendawan
CARA PEMBIAKAN : DAUN

• Ada pokok yang boleh membiak melalui daun induknya.


• Apabila daun pokok ini jatuh ke tanah, tunas yang berada di
bahagian daun akan menjadi anak pokok yang baru.
Contoh tumbuhan ini:
 Pokok Lidah Jin
 Pokok Setawar
 Pokok Begonia
POKOK
SETAWAR
KEPENTINGAN TUMBUHAN
1. Tumbuh-tumbuhan sentiasa membiak untuk menambahkan bilangannya dan dapat
mengekalkan spesiesnya.
2. Spesies ialah golongan benda hidup yang mempunyai sifat atau jenis yang sama.
3. Pembiakan tumbuh-tumbuhan penting bagi memastikan tumbuh-tumbuhan sentiasa
ada untuk:
a) Membekalkan sumber makanan kepada hidupan lain.
b) Membolehkan hidupan lain dapat berlindung sebagai habitat.
c) Membekalkan oksigen kepada hidupan lain.
d) Membekalkan sumber kayu.
SATU POKOK, PELBAGAI CARA PEMBIAKAN

1. Terdapat pokok yang mempunyai dua cara pembiakan, seperti:


a) Pokok kangkung: Kaedah keratan batang dan biji benih.
b) Pokok selasih: Kaedah keratan batang dan biji benih.
c) Pokok ubi keledek: Kaedah keratan batang dan batang bawah
tanah.
Satu Pokok, Pelbagai Cara Pembiakan

Pokok Kangkung

Keratan batang Biji benih


Pokok Selasih

Keratan batang Biji benih


Pokok Ubi Keledek

Keratan batang Batang bawah


tanah
POKOK KANGKUNG
POKOK
SELASIH
POKOK UBI KELEDEK
TEKNOLOGI PEMBIAKAN TUMBUH-
TUMBUHAN
• Pembiakan tumbuh-tumbuhan juga boleh menggunakan teknologi seperti kultur tisu
dan tut.
• Kultur tisu boleh menghasilkan pokok baharu daripada tisu pokok yang diletakkan
dalam nutrien. Contohnya ialah pokok pisang dan pokok orkid.
• Tut dapat menambahkan bilangan pokok buah-buahan tanpa melalui proses menanam
biji benih. Contohnya ialah pokok mangga dan limau kasturi. 
DALAM TANAH ADA AKAR,
ATAS DAUN ADA BUNGA,
AKAR CANTIK TAK PERNAH LIHAT,
BUNGA CANTIK TAK PERNAH LIHAT,
AKAR DALAM TANAH,
BUNGA ATAS DAUN,
TANAH YANG CANTIK OI,
DAUN ATAS BATANG,
TANAH YANG CANTIK..
BATANG ATAS AKAR,

ATAS AKAR ADA BATANG, AKAR DALAM TANAH,

BATANG CANTIK TAK PERNAH LIHAT, TANAH YANG CANTIK OI,

BATANG ATAS AKAR, TANAH YANG CANTIK..

LAGU AKAR DALAM TANAH,


TANAH YANG CANTIK OI, ATAS BUNGA ADA BUAH,
TANAH YANG CANTIK.. BUAH CANTIK TAK PERNAH LIHAT,

BUAH ATAS BUNGA,


ATAS BATANG ADA DAUN,
BUNGA ATAS DAUN,
DAUN CANTIK TAK PERNAH LIHAT,
DAUN ATAS BATANG,
DAUN ATAS BATANG,
BATANG ATAS AKAR,
BATANG ATAS AKAR,
AKAR DALAM TANAH,
AKAR DALAM TANAH,
TANAH YANG CANTIK OI, TANAH YANG CANTIK OI,

TANAH YANG CANTIK.. TANAH YANG CANTIK..

You might also like