You are on page 1of 114

 

PENGARUH LUAR DALAM


MASYARAKAT DAN BUDAYA
MELAYU

 
..\Video BMM1024\Sa
habat Gua - M.Nasir (li
rik).mp4

 
Fahaman asal masyarakat Melayu
 Masyarakat Melayu pada asalnya berfahaman
animisme.
 Animisme merupakan fahaman yang percaya
akan kuasa ghaib.
 Oleh sebab masyarakat tersebut tidak dapat
menghuraikan gejala atau fenomena alam ini
seperti hujan, gerhana, sakit dan sebagainya,
maka mereka mengaitkan gejala tersebut
dengan kuasa luar biasa.
 Kepercayaan awal masyarakat di Asia Tenggara
mula wujud sejak dari Zaman Mesolitik, namun
bentuk kepercayaan ini tidak jelas, apa yang dikesan
hanya yang dapat dikesan adalah daripada cara-cara
pengebumian mayat. Sebagai contoh di Gua Niah
telah ditemui satu rangka pemuda dari Zaman
Mesolitik dimana pengebumian pemuda ini telah
dilakukan dengan sempurna dan dilengkapkan
dengan alat-alat kegiatan seharian seperti kapak,
beliung, perahu, alat-alat menangkap ikan dan
sebagainya yang menunjukkan bahawa mereka telah
mempunyai kepercayaan tentang hidup selepas
mati, iaitu wujud satu alam lain selain daripada alam
fizikal ini dan wujud roh.
 Sekitar Zaman Logam Awal (gangsa), iaitu
sebelum kedatangan pengaruh India ke
Nusantara, telah wujud pengebumian secara
membakar mayat. Debu-debu mayat itu
kemudiannya disimpan dalam takar.
Pembakaran mayat ini dapat dikesan di Jawa
Barat, Bukit Tinggi, di Sumatera Barat, Sabang
di Sulawesi Tengah, Pulau Salayar dan Melolo
di Sumba. Sejarahwan I.C Clover menjelaskan
bahawa pembakaran mayat ini tertumpu di
kawasan pesisir dan tidak berlaku di kawasan
pedalaman kecuali di Bukit Tinggi, Sumatera
 Sejarahwan B.Harrison percaya bahawa upacara
pembakaran mayat telah mula dilakukan dalam
Zaman Dong-Son, takar-takar yang digunakan untuk
menyimpan debu-debu itu dikatakan berasal
daripada tradisi Sahuynh-Kalany, iaitu satu tradisi
tembikar yang mempunyai betuk patern yang unik.
Sungguhpun begitu, kepercayaan asas mereka
adalah animisme dan dinamisme. Animisme adalah
kepercayaan kepada serba jenis roh/semangat.
Dinamisme pula merupakan kepercayaan kepada
wujudnya kekuatan atau mana di mana-mana
sahaja. Akan tetapi para sarjana sering meyamakan
sahaja kedua-dua istilah itu sebagai animisme.
 Mengenaikepercayaan dinamisme, S.Wojowasito menj
elaskan bahawa setiap makhluk dan benda dikatakan
mempunyai mana (kekuatan). Sesuatu benda atau
makhluk boleh mempunyai lebih
banyak mana daripada benda dan makhluk
lain. Mana juga dikatakan terdapat lebih banyak di
dalam satu bahagian tubuh daripada bahagian yang
lain, umpamanya di kepala lebih banyak daripada di
kaki, di belakang lebih banyak daripada di hadapan.
Dikatakan juga orang yang mempunyai lebih
banyak mana lebih berbahaya
 Mana ini boleh dipindahkan kepada benda atau orang
lain. Sebagai contoh, jika orang menerima satu hadiah
daripada orang lain, bermakna dia akan
menerima mana daripada pemberi itu. Perkara ini
mungkin membahayakan dirinya, kerana
perimbangan mana yang ada pada dirinya akan
terganggu. Oleh kerana itu, untuk menghindarkan
bahaya orang yang menerima hadiah itu mestilah
seberapa yang boleh membalas hadiah yang diberikan
itu supaya perimbangan mana yang terganggu itu
dapat dibaiki kembali.
 Sebab itu terdapat dalam kalangan masyarakat di Asia
Tenggara ini mengamalkan ngayau(memburu kepala)
dan kanibalisme. Perbuatan itu semata-mata bertujuan
untuk merampas mana musuhnya untuk
memperkuatkan mana dirinya
 Anamisme pula dikatakan bahawa setiap makhluk,
benda atau tumbuh-tumbuhan itu mempunyai roh
(semangat). Roh ini tidak boleh mati dan hancur
seperti jasad. Jika seseorang itu meninggal dunia,
rohnya akan meninggalkan jasad dan tinggal di
tempat-tempat tertentu. Disamping mempercayai
semangat-semangat ini, animisme juga percaya
tentang wujudnya “makhluk halus”, iaitu makhluk
yang wujud tetapi tidak dapat dilihat dengan mata
kasar. Makhluk ini seperti orang bunian, mambang,
jembalang, hantu, pontianak dan sebagainya.
 Berbagai-bagai upacara dilakukan untuk memuja semangat-
semangat itu. Semangat-semangat ini dikatakan boleh membantu
dan juga merosakkan. Justeru itu semua tindakan yang dilakukan
harus berhati-hati supaya tidak menggangu semangat itu.
Kepercayaan kepada semangat dan kepada roh orang mati ini
kemudian berkembang kepada kepercayaan tentang roh yang lebih
berkuasa iaitu roh nenek moyang (Hyang).
  Kepercayaan Hyang ini menjadi lebih kompleks dalam Zaman
Neolitik. Kesan dari kepercayaan ini telah membentuk sebuah
budaya yang dikenali sebagai budaya megalitik. Budaya ini dapat
dikesan oleh longgokan meja-meja batu yang dikenali
sebagai menhir dan dolmen. Menhir adalah ketulan-ketulan batu
yang menegak yang merupakan kaki meja itu dan dolmen
merupakan batu leper yang mendatar yang biasanya diletakkan di
atas menhir bagi tujuan penyembahan Hyang. Diyakini bahawa
batu-batu megalit itu digunakan untuk tempat menjalankan
upacara-upacara korban (manusia atau binatang) dan kadangkala
merupakan keranda batu.
 Di Berhala Lima, berhampiran Kota Bharu, Kelantan terdapat
sebuah kompleks batu megalit yang terdiri daripada kubur dolmen
dan sebuah menhir “tempat bersemayam” Hyang. Winstedt percaya
kompleks ini di dirikan sekitar 300SM. Dalam masa ini
kepercayaan kepada Hyang menjadi lebih kompleks. Roh
anggota keluarga yang mati dipercayai menjadi pelindung
terkuat kepada sesebuah keluarga itu. Roh itu dikatakan tidak
meninggalkan tempat kediamannya, walaupun jasadnya telah
dikebumikan. Mereka percaya roh-roh ini boleh dibangunkan
dengan beberapa amalan ritual seperti nyanyian puji-pujian,
tarian dan sajian. Pada ketika ini mula muncul kegiatan
membuat bayangan-bayangan sebagai ganti bayangan roh
orang yang meninggal. Biasanya upacara memangil roh
nenek moyang ini dijalankan pada waktu malam, ketika
bayang-bayang banyak berkeliaran
 Pada awalnya upacara ini dikendalikan oleh ketua-ketua
keluarga atau ketua-ketua puak, akan tetapi kemudian iala
telah dijalankan oleh golongan profesional yang dipanggil
dalang. Daripada kegiatan memuja nenek moyang melalui
bayang-bayang inilah kemudian lahirnya pertunjukan
wayang dan wayang kulit. Pertunjukan wayang ini
dipercayai telah bermula sekitar 2.000 – 1.500 SM.
  Apabila  berlaku bencana alam, masyarakat ini sering
mengadakan upacara-upacara ritual dalam bentuk tarian
ianya bertujuan untuk mengharmonikan kembali alam.
Bencana alam itu dipercayai berlaku disebabkan oleh
gangguan kepada rentak alam. Justeru itu tarian dengan
gerak geri tertentu diadakan. Dengan cara itu dipercayai akan
mempengaruhi alam itu supaya kembali kepada rentak yang
betul atau kepada landasan asalnya.
 Hingga kini, kepercayaan terhadap perkara
tersebut masih wujud walaupun pengaruh
Islam begitu luas.
 Misalnya, masyarakat Melayu percaya bahawa
punca sesuatu penyakit disebabkan tersampuk,
saka, terkena buatan orang dan sebagainya.

..\Video BMM1024
\Ulek Mayang 201
7 [Official Video].
mp4
 Fahaman terhadap perkara-perkara tersebut
dimanifestasikan melalui penggunaan tangkal,
mantera dan tindakan melalui upacara
tertentu, menyembah dan sebagainya.
 Bagi mengelakkan sesuatu yang buruk berlaku
ketika mengunjungi tempat-tempat yang
dipercayai berpenunggu, seperti hutan, mereka
menggunakan ungkapan tertentu contohnya,
“Tabik Tok Nenek, cucu nak lalu’ bagi
memujuk penunggu di hutan tersebut agar
tidak mengapa-apakan mereka.
 
PENGENALAN
• Kebudayaan dan peradaban adalah satu kesatuan yang
kompleks yang mengandungi antaranya pengetahuan,
kepercayaan, kesenian, tatasusila, udang-undang, adat
resam dan lain-lain.
• Sebelum kedatangan Islam, agama dan budaya Hindu-
Bhudda telah bertapak kukuh dalam masyarakat alam
melayu hingga berabad-abad lamanya. Agama Hindu
boleh dikatakan menjadi anutan kebanyakan
masyarakat atasan seperti golongan istana kerana
ianya amat sesuai untuk menjaga kepentingan sosial
dan politik mereka sendiri. Manakala rakyat biasa atau
bawahan selalunya menganut dan memegang kepada
kepercayaan animisme
Antara pengaruh Hindu yang
menjadi ikutan dalam masyarakat
Melayu
Pengaruh Hindu
 Apabila pengaruh Hindu masuk ke alam
Melayu yang dibawa oleh pedagang dan
penyebar agama tersebut, kepercayaan Hindu
menjadi cara hidup masyarakat.
 Upacara mandi safar misalnya merupakan
pengaruh Hindu yang mengambil amalan
orang Hindu.
 Penganut agama Hindu mengamalkan mandi
di Sungai Ganges bagi membuang segala
kejahatan.
 Penyerapan amalan Hindu turut berlaku
dalam majlis perkahwinan.
 Amalan menepung tawar, bersiram di
pancapersada, merupakan satu daripadanya.
Ketika mengandung, upacara melenggang
perut juga diambil daripada amalan Hindu.
 Melenggang perut diadakan untuk mengetahui
jantina bayi.
Upacara

Perkahwinan@Bersanding
Dalam adat perkahwinan pasangan yang berkahwin
dikatakan raja sehari dan diadakan upacara bersanding
sebagai kemuncak bagi upacara tersebut.
• Pasangan ini akan diletakkan di atas pelamin tanpa
bergerak-gerak. Upacara persandingan seolah-olah
menjadi satu kewajipan, sedangkan persandingan itu
merupakan adat Hindu yang mengagung-agungkan
Dewa Rama dan Dewi Sita dengan sebab inilah
pengantin baru di gelar sebagai Raja Sehari.
• Penggunaan sirih pinang, beras kunyit merupakan
pengaruh Hindu dan penggunaan beras kunyit ialah
bertujuan memberi semangat kepada pengantin
berdasarkan kekuningan semangat padi.
Adat Melenggang Perut
• Diamalkan dikalangan keluarga diraja dan juga rakyat
jelata apabila kandungan ibu genap tujuh bulan.
• Upacara ini dilakukan oleh Tuk Bidan dengan tujuan
untuk membuang garuh atau kecelakaan ang mungkin
menimpa ibu yang bakal bersalin.
• Ini adalah kepercayaan animisme pada unsur ghaib. Di
samping itu, adat ini juga bertujuan membetulkan
kedudukan bayi di dalam perut ibunya.
• Bahan-bahan yang digunakan dalam upacara ini ialah
beras kunyit, buah kelapa agar ibu dapat lahirkan anak
dengan mudah dan selamat.
 Adat ini juga dipanggil Kirim Perut oleh masyarakat
Melayu di bahagian utara Semenanjung Malaysia dan
di sesetengah tempat dikenali sebagai Mandi Tian.
 Pada permulaannya bidan akan membacakan jampi
mentera dan mengandam wanita hamil tadi.
 Tepung tawar dicalit ke mukanya dan beras kunyit
ditabur. Adalah dipercayai adat ini mengandungi
unsur-unsur budaya Hindu.
 Ketika mengandung, upacara melenggang
perut juga diambil daripada amalan Hindu.
 Melenggang perut diadakan untuk mengetahui
jantina bayi.
 Buah kelapa akan diletakkan di atas perut ibu,
dan selepas itu kelapa itu dibiarkan jatuh.
 Sekiranya jatuh ke kiri ibu itu dikatakan akan
melahirkan anak lelaki dan sekiranya jatuh ke
kanan akan melahirkan anak perempuan.
Adat Berinai

• Berinai dalam perkahwinan Melayu seakan menjadi


kewajipan.
• Istiadat berinai adalah antara tradisi dalam perkahwinan
Melayu yang boleh dikategorikan kepada tiga acara, iaitu
berinai curi, berinai kecil dan berinai besar.
• Walaupun unsur-unsur budaya ini dikekalkan namun ianya
disesuaikan dengan lunas-lunas agama Islam kerana tidak
bertentangan lunas Islam.
 Corak lukisan inai di atas tangan kalangan masyarakat
Melayu bermula sejak beberapa tahun sebelum ini. Gaya
terbaru ini adalah pengaruh daripada budaya Hindu di
India dan Islam di Pakistan, Mesir, Iran dan Syria.
Adat Membelah Mulut Bayi
 Bagi upacara mencecah garam ke mulut kanak-
kanak, ia bersamaan dengan adat Hindu yang
mencecah madu dan minyak sapi ke bibir bayi
yang dilakukan oleh Brahmin supaya bayi itu
panjang umur dan mendapat kebahagiaan di
dalam hidupnya. Tapi bagi Islam adat ini diganti
dengan mencecapkan air zam-zam atau kurma.
Pembacaan mantera yang biasa dilakukan sebelum
adat itu dimulakan juga digantikan dengan
pembacaan surah al-Fatihah dan surah al-Ikhlas
kemudian dibacakan doa.
Adat Bersembah

• Pemujaan Raja secara melebih-lebih dalam


masyarakat Melayu suatu ketika dahulu juga
merupakan cerminan kepada pengaruh Hindu Dan
Buddha dalam masyarakat Melayu bahkan
perkataan “Raja” itu sendiri pun sudah
memperlihatkan pengaruh Hindu yang tebal.
• Begitu juga dari aspek pertabalan dan adat istiadat
Istana Melayu, terlihat lagi kekuatan unsur Hindu
dan Buddha dalam mencorakkan adat Melayu itu.
Kenduri Arwah

• Apabila ada sesuatu kematian, dan selepas kematian


mesti diadakan kenduri masuk kubur, 3 hari ( makan
serabai ), kenduri pecah perut pada hari ke 7,
kenduri 40 hari iaitu roh berpisah dengan waris dan
kenduri 100 hari iaitu turun batu nisan dan bagi roh
itu memasuki dalam jemaahnya sebagai ahli kubur.
Ini merupakan kepercayaan penganut agama Hindu.
Upacara Kematian
• Apabila orang Melayu meninggal, bila sudah
ditanam, akan ditabur bunga di atas kubur tersebut.
• Ini juga adat agama Hindu. Kalau kita perhatikan,
orang Hindu yang mati sebelum dibakar, akan
diletakkan bunga ke atas mayatnya.
• Hari ini orang Melayu bukan sahaja menabur bunga
di atas kubur, bahkan mayat itu sudah ditabur
bunga di rumah lagi sebelum dibawa ke tanah
perkuburan.
 Dari segi bahasa, banyak kosa kata Sanskrit
yang dibawa oleh Hindu diserapkan dalam
bahasa Melayu.
 Hal ini menjadikan kosa kata bahasa Melayu
lebih luas.
 Hindu juga membawa sastera lisan mereka.
 Cerita penglipur lara merupakan cerita lisan
yang popular dan berkembang khususnya
dalam kalangan istana.
..\Video BMM1024\Langga
m Pak Dogo + Lyrick-M.Na
sir.mp4

 Pengaruh Hindu juga terdapat dalam kesenian


Melayu.
 Motif-motif yang berlambangkan haiwan
seperti gajah, ular dan sebagainya terdapat
dalam seni ukiran yang menghiasi rumah dan
barang-barang perhiasan.
 Muzik tradisional Hindu turut masuk dalam
masyarakat Melayu khususnya di istana.
NOTA PERINGATAN (PELAJAR
BERAGAMA ISLAM)
Perkara yang telah disenaraikan adalah sebahagian
daripada khurafat dan tahyul. Dimana ia tidak
mempunyai sebarang sandaran agama sama ada
Al-Qur'an, Sunnah, Ijma atau Qias. Oleh itu,
sesuatu yang tidak mempunyai sandaran adalah
baru dan jika demikian ia adalah bidaah dan wajib
dijauhi. Secara tidak langsung ia akan
menyelamatkan kita semua dari dicemari oleh
unsur-unsur khurafat yang boleh membawa
kepada syirik kepada Allah SWT.
Pengaruh Islam

 Selepas Hindu, pengaruh Islam pula


berkembang dengan kedatangan mubaligh ke
rantau ini.
 Mengikut Dato’ Dr. Abdul Monir Yaacob
dalam kertas kerjanya bertajuk “Islam dalam
Mempengaruhi Pemikiran Melayu” (2003),
pengaruh agama Islam terhadap orang Melayu
sangat kuat.
 Hal ini terbukti apabila pengaruh Hindu
terhakis sedikit demi sedikit lalu digantikan
dengan amalan Islam.
 Amalan yang bercanggah dengan ajaran Islam
digugurkan walaupun tidak sepenuhnya.
 Penyerahan diri kepada Allah merupakan satu
daripada amalan yang dilakukan oleh
kebanyakan orang Melayu.
 Agama Islam telah mengubah cara pemikiran
orang Melayu.
 Agama Islam menyuruh umatnya berfikir
untuk menerapkan unsur-unsur rasionalisme
dalam pemikiran mereka.
 Budaya Arab yang merupakan sebahagian
daripada agama Islam telah dipelajari oleh
orang Melayu dan ini menyebabkan
berlakunya perubahan besar dalam cara hidup
mereka.
 Hampir setiap negeri di Tanah Melayu dan
Brunei dianggap sebagai negara Islam dengan
mengambil sempena nama-nama syurga
(Darul Ridzuan, Darul Iman, Darul Takzim
dan lain-lain).
 Antara unsur budaya Arab (Islam) yang
terserap termasuklah bahasa.
 Banyak kosa kata Arab terdapat dalam bahasa
Melayu.
 Antaranya termasuklah konsep ibadat seperti
fardu, solat, azan dan sebagainya.
 Pendidikan turut berkembang dengan adanya
pengaruh Islam.
 Madrasah dibina untuk menyebarkan dan
meluaskan pengetahuan tentang ajaran Islam.
 Pengajian pondok begitu popular dalam
kalangan masyarakat Melayu.
 Hal yang demikian menyebabkan lahirnya
masyarakat yang berpendidikan dan celik
ilmu.
 Bentuk tulisan Arab juga diterima dan
digunakan seluas-luasnya oleh masyarakat.
 Tulisan tersebut dinamakan tulisan jawi oleh
orang Melayu.
 Ahli-ahli bahasa telah mengubah suai huruf
Arab tersebut dengan menambahkan titik
diakritis pada huruf yang sedia ada supaya
dapat membunyikan perkataan Melayu yang
tiada dalam tulisan Arab seperti huruf ‘p’ dan
‘g’.
 Ekoran hal tersebut, kitab Islam tersebar luas
menggunakan tulisan jawi dan ini dapat
difahami oleh kebanyakan orang.
 Jika pada zaman Hindu, sastera tulisannya
lebih berpusat di istana, pada zaman Islam,
sastera turut berkembang dalam kalangan
rakyat jelata.
 Pengaruh Islam juga terdapat dalam seni bina.
Reka bentuk ukirannya berbentuk geometri
bagi menggantikan bentuk-bentuk haiwan
yang tidak dibenarkan oleh Islam.
 Reka bentuk ini terdapat pada rumah Melayu,
masjid dan barang-barang perhiasan.
  
 Sungguhpun demikian, pengaruh Hindu dan
animisme tidak terhapus seratus-peratus.
 Masih terdapat pengaruh tersebut dalam
kehidupan masyarakat Melayu.
 Terdapat sebahagian masyarakat yang
mencampuradukkan ajaran Islam dengan
Hindu dan animisme.
 Doa dicampuradukkan dengan jampi mantera
dan pemujaan terhadap makhluk halus. Hal ini
terdapat dalam kesenian seperti wayang kulit,
makyung, kuda kepang dan beberapa kesenian
lain.
Huraian
 Kesan utama yang dibawa oleh Islam ialah
terhadap akidah dan kepercayaan. Sebahagian
daripada masyarakat Melayu telah
meninggalkan ajaran agama Hindu­Buddha dan
kepercayaan animisme. Mereka percaya kepada
konsep ketuhanan, hormat-menghormati antara
manusia dan menitikberatkan soal persamaan
tara£. Cara kehidupan mereka juga telah
berubah kepada cara hidup beragama dengan
mengamal dan menghayati ajaran Islam dalam
kehidupan mereka
 Kepercayaan dan agama merupakan dua aspek
sosial yang agak sukar untuk dipisahkan kerana
sebahagian besar daripada kepercayaan termasuk
dalam agama. Kepercayaan masyarakat Melayu
pada peringkat permulaan adalah berbentuk
animisme. Dalam kepercayaan ini mereka
menganggap benda-benda mempunyai semangat
dan kuasa ghaib. Sehubungan dengan itu,
wujudlah pemujaan atau penyembahan kepada
batu-batu, pokok-pokok, sungai-sungai dan
fenomena alam yang lain. Kuasa ghaib itu
disifatkan sebagai hantu, jembalang atau jin yang
menjadi penunggu objek tersebut (Haron Daud,
1989 : 26)
 Islam mengubah world view masyarakat Melayu
daripada mempercayai roh, semangat dan dewa-
dewa kepada mempercayai Tuhan Yang Maha
Esa, percaya adanya nabi-nabi, rasul-rasul,
malaikat dan kitab-kitab sud. Keimanan mereka
diikuti dengan amal ibadat seperti sembahyang,
puasa, mengeluarkan zakat dan menunaikan
rukun haji. Masyarakat Melayu juga merayakan
hari-hari kebesaran Islam seperti mengadakan
sambutan Maal Hijrah, sambutan Maulidur Rasul
dan Nuzul al-Quran.
 Perubahan yang paling utama ialah daripada
sudut kepercayaan yang mana masyarakat
Melayu telah diperkenalkan dan diyakinkan
dengan keyakinan yang berteraskan tauhid.
Fahaman tauhid telah mengubah world view
orang Melayu daripada zaman Hindu-
Buddha dengan metodologinya,
penyembahan rajanya, ciri tertentu dan
masyarakatnya, alam khayalannya,
penyembahan berhalanya, kepada ajaran
tauhid yang murni (Muhammad Uthman,
1977 : 185).
 Kedatangan Islam ke Alam Melayu telah membawa banyak
perubahan sebagaimana yang disebut oleh Syed Naquib al-
Attas sebagai mencetuskan suatu zaman baru. Perubahan yang
dibawa merupakan perubahan menyeluruh berteraskan as as
tauhid. Impak tauhid ini menyebabkan berlakunya perubahan
terhadap 'rupa dan jiwa' Alam Melayu ini. Ledakan tauhid ini
telah meninggalkan zaman kehidupan Hinduisme dan
Buddhisme yang tiba pada abad ke-4 dan ke-5M, di mana
perintah - perintah dan ajaran Islam itu diterima melalui jenis-
jenis aktiviti pendidikan yang formal (Azhar Hj. Md Aros,
2003 : 304).
 Agama Islam di Melaka dihayati oleh masyarakat ketika itu
sejak agama ini diterima oleh Raja Mahkota Iskandar Shah.
Masyarakat Melaka telah reI a men~rima agama Islam yang
telah dianuti oleh raja mereka. Dengan penerimaan ini,
mereka berusaha pula untuk mengamalkan serta
menghayati ajaran dan hukum Islam dengan sebaiknya.
Kegiatan kemasyarakatan telah berubah dan
menggambarkan penerimaan dan penghayatan mereka
terhadap ajaran Islam. Kegiatan keagamaan diadakan
seperti muzakarah, kuliah dan ceramah. Perayaan dalam
Islam disambut dengan penuh penghayatan seperti
sambutan Hari Raya Haji dan Hari Raya Puasa. Mereka
sudah mula mempelajari al-Quran dan ilmu tafsir daripada
ulama yang ada di Melaka ketika itu. Anak-anak pula
dididik dengan cara hidup Islam (Zainal Abidin bin Abdul
Wahid, 1992 : 29).
 Penyerapan ajaran Islam juga berlaku tanpa mengganggu
masyarakat yang ada sehingga akhirnya menjadikan orang
Melayu di Alam Melayu beragama Islam. Tauhid juga
membuahkan kehidupan beribadah, menghiasi akhlak serta
mencetus perubahan lain dalam bidang politik, perundangan,
pendidikan dan sebagainya. Berasaskan konsep tauhid ini juga
lahirlah hubungan antara manusia dengan manusia dan manusia
dengan Pencipta.

Walau bagaimanapun, kepercayaan-kepercayaan dan tradisi lama


tidak dihapuskan sama sekali. Sebagai contoh, dapat dilihat pada
petikan mantera di bawah: (Samri Sainuddin, 2004 : 38)
Contoh Mantera
 Kabul aku menawar ubat pontianak si anu
Kabul Allah
Kabul Muhammad
Kabul Baginda Rasulullah
Kabul berkat guru La ila ha ilallah,
Muhammadar
Rasulullah
 Perubahan sosial berlaku dengan adanya revolusi
mental yang diketengahkan oleh Islam dan
masyarakat. Beberapa aspek pemikiran yang wujud
dapat membuktikan hakikatnya. Ajaran Islam
mengandungi unsur-unsur rasionalisme, di mana
Islam telah menekankan konsep persamaan taraf
sesama manusia di sisi Allah SWT. Semua manusia
adalah berasal dari Adam a.s. dan Adam a.s. dijadikan
dari tanah. Berpandukan kepada konsep rasionalisme
inilah masyarakat Nusantara dengan sendirinya
menolak kepercayaan Hindu dan fahaman animisme
(Abdullah Ishak, 1990 : 133-134).
 Islam membawa perubahan dalam sistem pendidikan.
Selepas kedatangan Islam golongan bawahan menerima
pendidikan yang sarna seperti golongan atasan. Sistem
pendidikan yang bermula di istana mula beralih ke
beberapa institusi pendidikan Islam seperti pondok dan
madrasah. Tradisi keilmuan yang ditekankan oleh Islam
telah mengembangkan pula tradisi pendidikan dan
pengajaran secara lebih tersusun. Dorongan belajar bermula
dengan pengajaran membaca al-Quran dan kitab­kitab.
Golongan pemerintah dan pembesar-pembesar berperanan
penting dalam mengembangkan ilmu pengetahuan.
Melalui sistem pengajian ilmu tersebut lahirlah para
cendiakawan dan ulama­-ulama Melayu yang menjadi
pegawai-pegawai pemerintah, guru-guru dan ahli agama.
Antara tokoh-tokoh Melayu yang terkenal ialah Syeikh
Abdul Malik Abdullah, Sheikh Wan Hasan Wan Ishak dan
ramai lagi (Hashim Hj. Musa, 2004 : 46). Tokoh-tokoh ini
telah banyak menyumbang ke arahperkembangan ilmu
 Dalam bidang intelektual dan keilmuan, Islam memberi kedudukan
yang begitu tinggi dengan memperkenalkan metod ilmu berteraskan
ilmiah dan rasional sejajar dengan tuntutan Islam. Keilmuan rasional
dan intelek yang diperkenalkan oleh Islam adalah pendekatan baru
dalam cara berfikir iaitu meninggalkan sesuatu yang bersifat tahyul
serta memuja sesuatu yang bersifat estetik, kepada sesuatu yang
mementingkan akal, pemahaman ilmu metafizik serta pandangan hidup
yang munasabah pada akal yang sihat (Rasid Muhammad, 1996 : 140).
Kedatangan Islam membawa pengaruh yang besar terhadap sistem
pendidikan. Di Melaka contohnya, aktiviti pendidikan berlangsung di
istana yang juga berfungsi sebagai perpustakaan atau tempat penyalinan
dan terjemahan. Di samping itu tempat­tempat lain yang digunakan
sebagai tempat pengajian ialah rumah-rumah ulama, masjid, madrasah
dan surau. Kebanyakan guru-guru agama pula terdiri dari bangsa Arab.
Ilmu-ilmu yang dipelajari ialah ilmu usuluddin, fiqh dan tasawwuf
Kitab-kitab utama yang menjadi pegangan masyarakat di Melaka ketika
itu ialah aI-Oar al-Manzum oleh Abu Ishak aI-Shirazi, Ihya Ulumuddin
oleh al-Ghazali dan Minhaj al- Talibin oleh al-Nawawi.
 Bahasa Melayu telah menerima pengaruh ajaran Islam
bermula abad ke-14 Masihi dan berkembang sehingga
akhir abad ke-18 Masihi. Pada awal abad ke-14
kedudukan agama Islam semakin teguh dan
penyebarannya semakin meluas di Asia Tenggara. Bukti
keteguhan kedudukan agama Islam di daerah ini dapat
dilihat daripada kewujudan penggunaan tulisan Jawi
oleh orang-orang Melayu ketika itu. Pada era kerajaan
Melayu Melaka (1400-1511M) misalnya, bahasa Melayu
menjadi bahasa lingua franca bagi lapan puluh empat
bahasa yang dituturkan oleh masyarakat Melaka ketika
itu. Tahap perkembangan bahasa Melayu daripada
bahasa Melayu klasik kepada bahasa yang mempunyai
nilai peradaban yang tinggi berlaku pada dua zaman
iaitu zaman peralihan (abad ke-19M) dan zaman moden
(abad ke-20M) (Mahayudin Hj. Yahya, 1998: 91
 Tulisan Arab mulai diperkenalkan setelah
kedatangan Islam. Dari segi bahasa
perubahan besar berlaku apabila masyarakat
Melayu menyesuaikan perkataan Arab
kepada bahasa Melayu. Perubahan ini
dipermudahkan setelah tulisan Arab
diubahsuai dan dikenali sebagai tulisan Jawi.
Melalui sistem tulisan ini bahasa Melayu
dapat memainkan peranan lebih penting
apabila digunakan untuk menulis kitab-kitab
agama, hikayat-hikayat, undang-undang dan
pentadbiran.
 Bahasa Melayu telah dipilih sebagai bahasa pengantar persuratan dan juga
sebagai alat penyebaran dan penyampaian agama Islam di seluruh Alam Melayu.
Tulisan jawi telah digunakan oleh bahasa Melayu semasa permulaan kedatangan
Islam. Antara faktor yang menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
penyebaran, penyampaian persuratan Islam di Alam Melayu ialah sifat dalaman
bahasa Melayu dan juga peranan yang dimainkan oleh wilayah dan daerah
Melayu di Sumatera dan di Semenanjung Tanah Melayu dalam penyebaran
agama Islam ke seluruh kepulauan Melayu. Penggunaan bahasa Melayu sebagai
bahasa pengantar agama Islam telah menaikkan taraf, kecekapan dan
kewibawaannya. Antara sumbangan terbesar Islam kepada masyarakat di Alam
Melayu adalah pengaruhnya terhadap perkembangan bahasa Melayu. Sebagai
bahasa komunikasi di Tanah Melayu, bahasa Melayu merupakan aspek terawal
menerima pengaruh Islam. Pemindahan ilmu berupa ajaran Islam daripada al-
Quran dan al-Hadith yang kedua-duanya dalam bahasa Arab berlaku dalam
gerakan dakwah secara langsung yang dijalankan oleh pendakwah-pendakwah
dari negara Arab, India dan China.
Pemindahan ilmu dari bahasa Arab ke dalam bahasa Melayu telah menyebabkan
berlakunya perkembangan keilmuan yang pesat di Alam Melayu. Kedatangan
Islam mengangkat martabat bahasa Melayu ke arah mengungkapkan sesuatu
yang bersifat ilmiah dan saintifik sehingga mencapai taraf lingua franca yang
digunakan secara meluas di Alam Melayu. Terdapat penggunaan kata dari
bahasa Arab yang dipinjam dan digunapakai dalam bahasa Melayu.
 Kedatangan agama Islam juga telah membawa perubahan yang
besar terhadap warisan kesusasteraan Melayu. Banyak hasil
kesusasteraan Melayu ditulis seperti Hikayat Nabi Muhammad
SAW, Hikayat Para Nabi dan Rasul, Hikayat Para Sahabat, Hikayat
Para Pahlawan Islam dan Hikayat Ahli-ahli Sufi dan Orang-orang
Yang Salih. Manakala puisi terkenal yang dipengaruhi oleh sastera
Islam contohnya ialah Syair Perahu, Syair Burung Pingai oleh
Hamzah Fansuri dan Syair Makrifat oleh Abdul Rauf Fansuri.
Melalui tulisan jawi agama Islam telah dapat diperkembangkan.
Bahasa dan kesusasteraan Melayu juga berkembang melalui tulisan
jawi. Dalam pada itu bahasa Melayu itu telah diperkayakan dengan
kata-kata pinjaman serta istilah daripada bahasa Arab.
Perkembangan ini dapat dilihat bukan sahaja dalarn kitab serta
karya sastera semasa pada zaman selepas itu, malah buku-buku
Sejarah juga mempunyai tajuk asal dalam bahasa Arab seperti
Sulalatus Salatin, Tuhfat al-Nafis, Bustanus-Salatin dan lain-­lain
lagi (Zainal Abidin Abdul Wahid, 1992: 28).
Perundangan
 Kedatangcm agarna Islam telah mempengaruhi sistem
perundangan di Alam Melayu. Sistem perundangan
tempatan turut mengalami perubahan seperti yang
tercatat dalam Hukum Kilnun Melaka, Adat Pepatih dan
Adat Temenggung. Undang-undang adat yang tidak
bertentangan dengan ajaran agama Islam dikekalkan.
Contohnya hakim boleh menggunakan budi bicaranya
sama ada menjatuhkan hukuman potong tangan bagi
kesalahan mencuri ataupun didenda dan dipenjara sahaja.
 Setelah Islam datang dan tersebar di seluruh
Nusantara sistem perundangan masyarakat
Melayu juga berubah kepada sistem adat dan
Islam. Contohnya Melaka mempunyai Hukum
Kanun Melaka yang meliputi tanah, sungai, dusun
dan setiap tanah jajahan takluk Melaka. Undang-
undang Laut Melaka meliputi perusahaan
perkapalan, perdagangan di laut dan di darat dan
kegiatan yang berkaitan dengannya. Kedua-dua
kumpulan undang-undang ini adalah didasarkan
kepada hukum syariah dan juga hukum adat yang
telah wujud sejak dahulu lagi (Zainal Abidin
Abdul Wahid, 1992 : 29).
 Oleh kerana Hukum Kanun Melaka adalah undang-undang
induk yang meliputi undang-undang lain di dalam negeri-
negeri Melayu, amatlah tepat jika ianya dijadikan contoh
tentang wujudnya pengaruh Islam dalam perundangan.
Menurut beberapa orang sarjana barat seperti William R.
Roff dan Alfred P. Rubin, Hukum Kanun Melaka atau
Undang-Undang Melaka pada dasamya berasaskan Undang-
undang Islam di samping berpegang kepada hukum akal
dan hukum adat. Pendapat-pendapat tersebut adalah sejajar
dengan perkataan-perkataan yang terdapat di dalam
undang-undang tersebut antaranya menyebut, "...Mengikut
hukum Allah, pada hukum Allah, menurut dalil al-Quran
dan menurut amr bi al-ma'ruf wa nahyi'ani al-munkar".
Terdapat juga undang­undang yang berhubung dengan
jenayah, muamalah, kekeluargaan, keterangan dan acara
yang berpandukan undang-undang Islam (Afifah Abu
Yazid, 2003 : 41).
Politik dan Pemerintahan
 Kedatangan Islam telah memberi perubahan terhadap sistem politik. Contohnya,
agama Islam telah diisytiharkan sebagai agama rasmi di Melaka. Sehubungan itu,
beberapa institusi Islam didirikan bagi membantu mengukuhkan sistem
pentadbiran berasaskan Islam. Antara institusi yang didirikan adalah Jabatan
Agama Islam dan Syariah. Selain itu kitab Undang-undang Laut dan Hukum
Kanun Melaka dihasilkan untuk panduan masyarakat. Beberapa jawatan seperti
kadi, imam dan sebagainya diwujudkan bagi melaksanakan peraturan-peraturan
yang ditetapkan.

Setelah Islam datang dan tersebar di seluruh Nusantara, sistem politik dan
pentadbiran masyarakat Melayu t~lah berubah dan dipadankan dengan ajaran
Islam. Gelaran raja bertukar kepada sultan dan disamakan dengan khalifah
seperti yang diperkenalkan dalam sistem politik Islam. Dengan kedatangan Islam
juga, terdapat suatu unsur kekuasaan rakyat dalam menentukan penubuhan
sistem beraja. Rakyat boleh mengubah perjanjian jika syarat-syarat dilanggar oleh
raja. Keadaan ini bertentangan dengan asas penubuhan yang disarankan oleh
Tajus-Salatin dan Bustanus Salatin yang menekankan fardhu bagi penubuhan
sistem beraja sebagai kurniaan Tuhan kepada manusia dan merupakan suatu
pekerjaan yang hanya dapat ditanggung oleh orang yang terpilih sebagai pewaris
kedudukan khalifah.
 Dari segi pentadbiran, kerajaan Melayu Melaka ditadbir oleh
seorang sultan yang mempunyai kuasa penuh dalam urusan
pentadbiran negara. Sultan juga berperanan sebagai ketua dalam
agama Islam dan ketua negara. Sultan juga bertanggungjawab
mempastikan pentadbiran dapat dijalankan dengan baik dan
berkesan. Buktinya, di zaman pemerintahan Melayu Melaka,
kerajaan amat maju dan stabil. Antara langkah­langkah yang
diambil untuk menjadikan Melaka makmur, aman dan stabil
termasuklah (Zulkefli Haron, 2005: 81):

(a) Penghulu Bendahara mempastikan kelicinan perbelanjaan


negara, pengutipan cukai berjadual, perbelanjaan juga perlu
berhemah. 
(b)Bendahara menjadi penasihat utama kepada sultan.
(c)Temenggung dilantik sebagai Ketua Pasukan Keselamatan.
(d)Laksamana dilantik sebagai Ketua Angkatan Tentera.
(e)Para pembesar membantu sultan dalam pentadbiran.
(f)Syahbandar menguruskan pentadbiran pelabuhan dan
perdagangan asing.
 Konsep dewaraja bertukar kepada konsep sultan. Ia
merupakan suatu gelaran kepada orang yang
diamanahkan mentadbir sesebuah negeri dan pada
masa yang sarna berperanan sebagai khalifah Allah
SWT di bumi. Kepatuhan dan ketaatan pada sultan
adalah kepatuhan yang bersyarat, bukan kepatuhan
mutlak seperti konsep dewaraja. Dalam konteks
sosial, Islam mengajar tidak ada pengkastaan dalam
masyarakat seperti dalam pengaruh Hindu-Buddha,
sebaliknya pembentukan masyarakat mestilah
diasaskan pada keadilan yang bersendikan agama.
Raja dan rakyat, tua dan muda, kaya dan miskfu
semuanya mempunyai peranan dalam masyarakat
(Mifah Abu Yazid, 2003: 54).
SISTEM KEKELUARGAAN
 Kedatangan Islam telah memantapkan lagi sistem
kekeluargaan masyarakat Melayu.
Dalam masyarakat Melayu, pembentukan jati diri dan
peribadi Melayu yang billk, III
beragama, berakhlak dan berbudi menjadi
keutamaan. Keluarga sebagai agen sosialisasi : utama
dalam masyarakat menjalankan tanggungjawab ini
dan turnt dibantu untuk komuniti yang melaksanakan
kawalan serta tekanan sosial. Tujuan utamanya ialah
mendidik dan mengajar supaya seseorang anak itu
akan menjadi anggota masyarakat yang baik
 Sistem kekeluargaan masyarakat Melayu berteraskan Islam
dan adat. Sejak lahir lagi seseorang itu dididik berteraskan
Islam dan adat sehinggalah mereka dewasa. Contohnya sebaik
sahaja seseorang itu dilahirkan, bapa atau datuk akan
mengazankan bayi lelaki, atau mengkamatkan bayi
perempuan. Tujuannya ialah untuk memperdengarkan buat
pertama kalinya kepada bayi itu seruan azan dan kalimah
syahadah dan meniupkan roh dan semangat Islam kepada
bayi tersebut.
Proses sosialisasi pada tahap kanak-kanak juga
memperlihatkan penerapan unsur-unsur Islam yang
berterusan. Seseorang kanak-kanak sejak kedl lagi diajar
konsep-konsep dosa, pahala, haram dan sebagainya. Setelah
meningkat umur lima tahun ke atas kanak-kanak juga'diajar
bersembahyang, berpuasa dan lain-lain. Selain itu mereka
juga diajar supaya hormat-menghormati, bertolak ansur dan
mengamalkan nilai-nilai murni dalam menjalani kehidupan
seharian.
 Kedatangan Islam ke Melaka telah merubah sistem kekeluargaan
dalam masyarakat Melayu. Dalam sistem perkahwinan, didapati
hukum syarak mempunyai pengaruh yang besar malah ianya dicatat
di dalam Hukum Kanun Melaka. Contohnya perkara-perkara yang
berkaitan dengan syarat pernikahan, yang menetapkan adanya wali
bagi pengantin perempuan dinyatakan dalam FasaI25.1, hadirnya
saksi Fasal26, upacara ijab dan kabul Fasal 25.2, kontrak
perkahwinan Fasal 27, talak Fasal 28.1, dan wanita-wanita yang
boleh dikahwini Fasal 28.2 (Azmah Abdul Manaf, 2001 : 217).
Islam menyusun institusi kekeluargaan dengan meletakkan
pembentukan keluarga sebagai asas kepada kehidupan. Ini
digambarkan di dalam surah al-Tahrim (66) ayat 61 yang
bermaksud:
"Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu
daripada api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu,
penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak
menderhaka kepada Allah terhadap apa yang diperintahkanNya
kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan
 Perkahwinan merupakan suatu mekanisme pemeliharaan maruah
dan pengembangan zuriat dan keturunan. Ibu bapa berperanan
penting dalam pembentukan institusi keluarga. Ajaran Islam telah
menggariskan peranan ibu bapa dalam menjaga dan mendidik anak-
anak dengan didikan Islam. Selain memberikan perhatian dan kasih
sayang anak-anak hendaklah dididik dengan ajaran agama seperti
bersembahyang, berpuasa, menghormati orang tua dan sebagainya.
Kedatangan Islam juga telah menyusun institusi kekeluargaan
masyarakat Melayu dengan lebih teratur. Islam telah menentukan
garis panduan dalam membina keluarga berasaskan ajaran Islam.
Contohnya dalam pemilihan jodoh, tanggungjawab suami,
tanggungjawab isteri dan tanggungjawab anak-anak terhadap ibu
bapa. Selain itu pelbagai adat dan budaya Islam perlu dihayati oleh
ibu bapa dalam mendidik anak-anak seperti meletakkan nama yang
baik kepada anak mereka, mengadakan akikah, menyusukan anak
selringga berumur dua tahun, mendidik anak-anak supaya menjadi
manusia yang beriman, bertaqwa, berakhlak mulia dan
menghormati kedua ibu bapa mereka
ADAT DAN CARA HIDUP
 Tradisi animisme dan Hinduisme telah diganti
dengan adat dan cara hidup Islam yang dilakukan
sejak individu itu lahir di dunia hinggalah hari
kematiannya. Islam telah mengubah corak hidup
masyarakat Melayu di dalam segala aspek
kehidupan manusia. Adat resam masyarakat
Melayu diperkemaskan lagi dengan ajaran Islam.
Walau bagaimanapun, setelah kedatangan ajaran
Islam, adat dan cara hidup masyarakat Melayu
yang tidak bertentangan dengan ajaran Islam masih
terus diamalkan
 Adat adalah suatu perbuatan atau perlakuan menurut kebiasaan
masyarakat atau bangs a yang berkenaaf':. Masyarakat Melayu
menganggap adat sebagai undang­undang hidup. Mereka mematuhi
adat serta menghormatinya dengan keyakinan bahawa melanggar
adat dianggap sebagai suatu sikap atau perbuatan buruk dan
akibatnya akan merosakkan diri dan sekaligus mencemarkan
kesejahteraan hidup masyarakat (Asmad, 1990: 4). Adat resam pula
ialah kebiasaan cara hidup individu dan masyarakat yang secara
nyata menggambarkan corak budaya sesuatu bangsa.
Sebelum kedatangan Islam masyarakat Melayu mengamalkan adat
tradisi warisan nenek moyang mereka. Apabila masyarakat Melayu
mula menganuti ajaran Islam adat-adat dalam masyarakat Melayu
mula diubahsuai supaya tidak bertentangan dengan ajaran Islam.
Adat masyarakat Melayu juga telah mengalami perubahan dengan
kedatangan ajaran Islam di rantau ini. Selain daripada mengubah
sistem kepercayaan kita, Islam juga telah mengenepikan adat yang
dianggap bercanggah dengan akidah dan kepercayaan Islam
 Dalam proses sosialisasi masyarakat Melayu, tradisi animisme dan Hinduisme
telah diganti dengan adat Islam yang dilakukan sejak individu itu lahir
sehinggalah hari kematiannya. Contoh-contoh Perubahan Adat dan Cara Hidup
adalah seperti berikut:
Kelahiran bayi disambut dengan persiapan tujuh lapis kain kuning, hiasan
katil berwarna kuning, pulut kuning dan putih
Kelahiran bayi disambut dengan azan dan kamat
Perkahwinan dilakukan oleh kadi dan dua orang saksi, upacara khatam al-
Quran dan berzanji
Mengadakan majlis bacaan Yasin dan doa selamat
Membaca ayat-ayat al-Quran untuk mengelak gangguan syaitan
Perubahan yang jelas telah berlaku terhadap masyarakat Melayu dari segi adat
resam dalam kehidupan. Islam telah mengatur kehidupan masyarakat agar
kehidupan yang dilalui itu berlangsung dalam suasana aman dan harmoni.
Islam telah merubah adat resam masyarakat Melayu dengan adat-adat Islam.
Tujuannya adalah untuk kesejahteraan dan keharmonian hidup masyarakat.
Kesan daripada perubahan adat ini telah mewujudkan suasana hidup yang
lebih teratur, seperti adat berkeluarga, berjiran tetangga, adat menuntut ilmu,
adat berkampung dan sebagainya. Adat Melayu yang bersendikan agama
menjadi amalan masyarakat Melayu. Contohnya pantun Melayu ada menyebut:
 Bunga cempaka baunya harum
Pelbagai kembang digubah indah
Adat bermula dengan hukum
Hukum bersandar di kitab Allah
 Islam telah mengangkat taraf manusia dan
menyamakan kedudukan mereka di sisi Allah
SWT. la membentuk suatu sistem masyarakat
yang saling mengasihi dan menghormati.
Sejajar dengan realiti tersebut, kedatangan
Islam ke Alam Melayu menjadikan golongan
bawahan mula mendapat perhatian dan
penghormatan. Tiada lagi sistem kasta yang
berasaskan ajaran agama Hindu diamalkan
dalam masyarakat Melayu. Komunikasi
antara kelompok masyarakat berjalan dengan
baik menerusi sifat hormat-menghormati,
bergotong-royong dan bantu-membantu
KESIMPULAN
 Islam memberi pengaruh yang besar kepada
masyarakat dan tamadun Melayu. Proses
penyerapan Islam ini berlaku secara
berperingkat-peringkat di kalangan masyarakat
Melayu yang bermula daripada golongan istana,
pembesar sehinggalah kepada rakyat biasa.
Proses Islamisasi ini menjadikan masyarakat
Melayu akhirnya dapat menerima ajaran Islam
dengan baik. Ini kerana keistimewaan ajaran
Islam yang sederhana dan tiada paksaan.
 Kedatangan Islam bukan sahaja mengubah pegangan hidup
masyarakat Melayu, malah telah membentuk cara hidup baru dalam
amalan seharian masyarakat. Amalan­amalan Islam yang berunsur
tahyul dan khurafat telah ditinggalkan secara beransur­ansur oleh
masyarakat Melayu. Masyarakat Melayu juga telah berubah daripada
masyarakat yang buta huruf kepada masyarakat yang mengamalkan
tradisi keilmuan. Contohnya galakan daripada golongan pemerintah
telah menjadikan Melaka suatu ketika dulu sebagai pusat
pembudayaan ilmu.
Dengan berlakunya penyebaran agama Islam ini agama Islam
dijadikan sebagai teras dalam pembinaan tradisi budaya Melayu.
Orang-orang Melayu yang menganut agama Islam menyedari dan
memahami nilai-nilai yang telah ditetapkan oleh Islam dan berusaha
menyesuaikan warisan tradisi budaya dan kehendak-kehendak
Islam. Mereka menekankan usaha memupuk nilai-nilai Islam
sebagaimana yang dikehendaki dari satu generasi kepada generasi
seterusnya. Malah, institusi-institusi sosial dan agama dalam
masyarakat memainkan peranan penting dalam usaha memupuk dan
mempertahankan nilai-nilai sosial dan agama yang mereka bina.
Pengaruh Nusantara
 Nusantara ialah sepatah kata majmuk yang berasal daripada
dua perkataan bahasa jawa kuno, iaitu nusa  (pulau)
dan antara  (lain). Penggunaan kata ini sememangnya lebih
tepat bagi negara kepulauan Melayu yang bertempat di
antara dua lautan dan negara-negara lain. Dalam penggunaan
bahasa moden, istilah "Nusantara" merujuk kepada
lingkungan pengaruh kebudayaan dan linguistik orang 
Melayu yang merangkumi kepulauan Indonesia, Malaysia, 
Singapura, bahagian paling selatan Thailand, Filipina, Brunei, 
Timor Timur dan mungkin juga Taiwan, namun ia tidak
melibatkan daerah Papua New Guinea.
 Istilah padanan untuk "Nusantara" dalam bahasa Malaysia
 ialah Alam Melayudan dalam bahasa Indonesia ialah
"Nusantara" (kepulauan di antara), walaupun istilah ini kini
juga digunakan secara meluas di Malaysia.
 Kebanyakan bahasa yang dituturkan di wilayah Nusantara merupakan sebahagian 
keluarga bahasa Melayu-Polinesia, termasuk bahasa Tagalog yang dituturkan
secara meluas di Filipina, bahasa Jawa yang dituturkan di Pulau Jawa dan sudah
tentunya, bahasa Melayu yang dituturkan di Malaysia (yang dikenali juga sebagai 
Bahasa Malaysia), Singapura dan Brunei (yang dikenali sebagai Bahasa
Melayu). Bahasa Indonesia juga berasal daripada bahasa Melayu dan dikenali
sebagai Bahasa Indonesia oleh orang tempatan kerana penamaan bahasa Indonesia
menurut "Sumpah Pemuda tahun 1928".
 Seribu tahun dahulu, agama wilayah Nusantara ialah agama campuran yang terdiri
daripada agama-agama Hindu, Buddha, dan tradisi-tradisi asli. Penemuan artifak
seperti tulang, batu dan sisa makanan penghuni di gua di rantau Asia Tenggara
termasuk di Malaysia menunjukkan adanya sebaran kebudayaan pada zaman
prasejarah.[1] Sejak dari masa itu, agama-agama yang baru, termasuk agama
Kristian dan terutamanya, agama Islam telah memantapkan kedudukannya di sini.
 Kebudayaan di wilayah ini kini dipengaruhi oleh banyak agama.
Agama Islam merupakan agama yang terutama, khususnya
di Indonesia, Brunei, Malaysia, dan di kalangan orang Melayu di Singapura, serta
juga di Mindanao dan kawasan Filipina selatan, manakala
agama Katolik merupakan agama terutama di Filipina dan Timor Timur.
Di Semenanjung Malaysia terdapat juga banyak penganut agama
Buddha dan Kristian daripada berbilang mazhab, dan agama Hindu. Agama Hindu
ialah agama utama di Pulau Bali.
 Hubungan Indonesia dan Malaysia ibarat aur dengan tebing.
Satu sisi, kedua negara ini kerap berkonflik. Namun sisi lain,
sebenarnya saling memerlukan satu sama lain. Hubungan
kedua negara sering difahami dan dilihat secara emosional.
Salah satu contohnya adalah perlakuan terhadap para pekerja
Indonesia di Malaysia atau klaim Malaysia terhadap produk
budaya dan karya Indonesia, yang mengarah pada ketegangan
hubungan di antara kedua Negara. 
 Namun terlepas dari itu semua, kedua negara dikenal sebagai
negara serumpun kerana memiliki banyak kesamaan akar
budaya, sejarah kerajaan-kerajaan, agama bahkan keturunan
yang sama. Misalnya orang-orang Melayu asli berasal dari
Sumatera dan mereka sudah menyebar ke sekitar Asia
Tenggara. Ada juga pengaruh dari ajaran dan filosofi India
kuno disekitar Asia Tenggara. Kesamaan merupakan sesuatu
yang tidak perlu dipertentangkan kerana hal ini adalah hal
yang umum terjadi diseluruh dunia. 
 Pada dasarnya Indonesia dulunya disebut Hindia
Belanda sebagai rekanan dari Hindia Barat yang
dipersatukan oleh Belanda. Sebelumnya Indonesia
merupakan kumpulan dari ratusan kerajaan-kerajaan
minoriti kecil dengan budaya yang berbeza. Saat ini,
Indonesia mempunyai 700 dialek dari beberapa 70
bahasa utama, jadi ini adalah bangsa yang besar.
Indonesia Barat lebih memiliki pengaruh dari India
Kuno dan Arab dan lebih berhubungan dengan
Malaysia.. 
 Manakala Malaysia terdiri daripada orang Cina, orang
India dan Bumiputra yang beragam yang membentuk
masyarakatnya. Bangsa ini dibentuk oleh kolonisasi
Inggeris
 Perbezaan bahasa Indonesia dan Malaysia iaitu, dalam
percakapan sehari-hari, orang-orang Indonesia berbicara
dengan menggunakan dialek asli menurut daerah mereka
masing-masing dan berbicara bahasa Indonesia, di kota-
kota besar mungkin mereka dapat berbicara dengan
menggunakan sedikit bahasa Inggeris. Sedangkan di
Malaysia, orang-orangnya berbicara menggunakan bahasa
etnik mereka seperti Iban, Mandarin, Tamil, bahasa Melayu
dan bahasa Inggeris.  
  Bahasa Melayu hampir sama dengan bahasa Indonesia
kerana banyak kata dasar yang sama, namun tidak seperti
di Malaysia, bahasa Indonesia bukanlah bahasa ibu untuk
sebahagian besar penduduk asli. Indonesia menggunakan
bahasa Indonesia kerana Belanda memakai bahasa tersebut
untuk memerintah rakyat dan untuk membakukan ratusan
bahasa yang ada di Indonesia.
 Bahasa Indonesia banyak menyerap dari kata-kata Belanda
dan beragam bahasa pribumi. Terdapat beberapa kata dalam
bahasa Indonesia yang benar-benar diadaptasi dari bahasa
Belanda seperti "Ya"  atau  "Ja" yang bererti untuk
menegaskan sesuatu. Selain itu, ada juga kata serapan yang
berasal dari bahasa Arab, Portugis dan Hokkien. Bahasa
daerah Indonesia juga ada yang menyerap dari bahasa
Belanda,contohnya orang Sunda masih menyebut orang kulit
putih sebagai "mener". 
  Bahasa Melayu menyerap pengaruh bahasa Inggeris.
Terdapat juga jejak dialek Cina Kreol dan Tamil dalam bahasa
Malaysia, seperti "Can ah?" atau "Ha” dalam bahasa India
yang bermaksud ya. Hal ini menunjukkan bahawa wujudnya
perbezaan antara Malaysia dan Indonesia membuktikan
bahawa bahasa dan dialek bahasa Melayu dipengaruhi juga
oleh pengaruh Indonesia. 
 Secara budaya, orang Malaysia dan orang Filipina
memiliki beberapa ciri khas yang sama dengan orang
Indonesia. Sebahagian besar terbentuk melalui
perdagangan dan melalui migrasi.  
  Misalnya pemakaian batik, songket, keris, wayang, dan
lain-lain merupakan hal yang umum dikenakan oleh
ketiga budaya tersebut juga oleh beberapa kerajaan Asia
Tenggara lain seperti Khmer dan Champa, namun
jenisnya tidak benar-benar sama seperti yang banyak
orang selalu bayangkan selama ini. Contohnya pola batik
Malaysia menggunakan pola bunga sementara pola batik
Indonesia menggunakan berbagai gambar hewan yang
terinspirasi oleh ajaran leluhur kuno . Sedangkan wayang
Malaysia aslinya berasal dari Kelantan yang memiliki
pengaruh dari Khmer, bukan pengaruh dari Jawa.  
 Indonesia banyak mempertahankan elemen
pra-Islam juga menerapkan ajaran Kristen dan
Hindu, sementara Malaysia sepertinya lebih
cenderung menerapkan pengaruh dari Arab.
Sebahagian besar persamaan antara Indonesia
dan Malaysia terlihat di wilayah Sumatera dan
Kalimatan, tidak begitu banyak terlihat di
pulau lain.  
 Wilayah Jawa sangat berbeza, mereka
mengaitkan budaya mereka dengan ajaran
leluhur kuno dan ajaran India. Dalam budaya
Malaysia, hal seperti itu dianggap sebagai
suatu khurafat terhadap Tuhan 
 Indonesia adalah negara demokrasi, sedangkan
Malaysia adalah negara monarki dengan konstitusi
parlimen berperlembagaan. Sampai saat ini Indonesia
adalah negara demokrasi yang cenderung menjadi
lebih terbuka terhadap kapitalisme,kerana dulu
Indonesia berada dibawah kediktatoran untuk
beberapa lama.  
  Indonesia juga memiliki beberapa keluarga kerajaan,
walaupun hanya satu yang benar-benar memegang
beberapa kekuasaan iaitu Kesultanan Yogyakarta.
Manakala Malaysia, identiti bangsa Melayu itu sangat
penting dan secara tidak langsung membentuk diri
anda menjadi seorang Muslim. Sebahagian besar
orang Indonesia adalah Muslim walaupun Islam
bukan satu-satunya agama yang diakui secara rasmi. 
  
 Indonesia merupakan negara kepulauan yang penuh
dengan gunung berapi dan hutan, tanahnya lebih
subur sehingga dapat menghasilkan beragam
tanaman budaya seperti kopi, coklat, vanilla, gula,
buah-buahan dan lain-lain. Reputasinya sebagai
negara kepulauan rempah-ratus bukanlah mitos dan
makanannya sering diperkaya dengan beragam jenis
rempah. Teknik masak bervariasi disetiap wilayah
dan pulau-pulau, di Papua, sagu adalah makanan
pokok pengganti nasi. Makanan Indonesia juga lebih
pedas. 
 Variasi makanan di Malaysia dipengaruhi Cina dan India
Selatan, dan tentu saja budaya peranakan yang menarik.
Setiap penjajah juga banyak pengaruhnya dalam hal
makanan. Misalnya di Indonesia, ada budaya kue kering
dan banyak makan manis untuk suatu perayaan, yang
terinspirasi dari Belanda. Manakala Malaysia mempunyai
pelbagai jenis muruku apabila tibanya hari perayaan
Hindu, kuih bulan untuk perayaan Buddha dan juga
seperti biasa pulut atau lemang dimasak semasa perayaan
Hari Raya Aidilfitiri. Samajuga seperti Indonesia.
  Di Malaysia terdapat banyak kacang panggang, kacang-
kacang dan rempah ayam, yang berasal dari Inggeris.
Masakan Melayu Malaysia sebahagian besar terinspirasi
oleh masakan Sumatera, walaupun begitu makanan
Kelantan juga unik. Kedua negara mempunyai kecintaan
pada makanan.
 Melalui pengaruh Indonesia yang boleh
dilihat, menunjukkan bahawa budaya yang
diamalkan di Malaysia merupakan budaya
yang dikongsi dengan negara-negara lain
seperti Indonesia dan Filipina serta juga
kawasan Nusantara yang lain.
Pengaruh Barat

 Kedatangan Barat berlaku selepas kedatangan


Islam kerana penjajahan. Sebelum itu, aktiviti
perdagangan berlaku.
 Kedatangan mereka turut mempengaruhi
orang Melayu.
 Apabila barat menjajah rantau ini, nilai barat
menular dalam masyarakat yang kadangkala
bertentangan dengan ajaran Islam.
 Pergaulan terlalu bebas, hiburan melampaui
batas agama merupakan pengaruh yang
negatif.
 Walau bagaimanapun, terdapat kesan yang
positif hasil pengaruh barat misalnya teknologi
moden dalam bidang pertanian, perindustrian
dan perkomputeran yang dapat
mengembangkan ekonomi masyarakat
Melayu.
 Dari segi bahasa, banyak kosa kata yang
terserap yang dapat mengungkapkan pelbagai
idea dan maklumat selaras dengan arus
globalisasi.
 Kedatangan Inggeris yang membuka peluang
pendidikan yang lebih luas kepada masyarakat
Melayu, khususnya golongan bangsawan yang
kemudiannya dibuka kepada orang awam.
 Ini mempengaruhi budaya fikir orang Melayu.
 Di sekolah, anak-anak orang Melayu didedahkan
kepada kaedah, idea dan kosmologi sains.
 Alam semangat dan alam rohaniah orang Melayu
semakin lama semakin terpencil terutamanya dalam
kalangan mereka yang telah dididik dengan alam
sekular sains.
 Sebab-musabab saintifik menggantikan konsep magis.
 Ubat-ubatan kimia menggantikan jampi serapah.

 
Pengaruh Penjajahan British Terhadap
Agama Islam di Tanah Melayu
       British merupakan penjajah yang menjajah Tanah Melayu paling
lama iaitu bermula mengambil alih Tanah Melayu daripada
penguasaan pihak Belanda menerusi Perjanjian Inggeris-Belanda
pada tahun 1824 sehingga mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.
Pada peringkat awal penjajahan, dasar pihak Inggeris ialah tidak
mahu mencampuri urusan yang berkaitan agama Islam dan adat
istiadat Melayu. Bagi pentadbir British, agama Islam yang telah
sebati dalam kebudayaan orang-orang Melayu bukanlah satu
ancaman. Jika mencampuri urusan agama seperti mengembangkan
agama Kristian mungkin akan mencetuskan ketegangan yang boleh
mendatangkan masalah besar kepada kepentingan ekonomi mereka.
Oleh yang demikian mereka meletakkan urusan yang berkaitan
dengan hal-hal agama di bawah kuasa sultan sebagai penaung.   
 Menurut Muhammad Redzuan Othman, perluasan penjajahan British
ke atas Tanah Melayu ternyata tidak banyak mengubah amalan Islam
dalam kalangan orang Melayu, malah komitmen mereka terhadap
agama pula tidak pernah terjejas pada bila-bila masa.   Namun begitu,
penyerapan pengaruh Barat tetap berlaku apabila Inggeris
campurtangan dalam urusan pentadbiran dan undang-undang
kerajaan Melayu sehingga menghakis sedikit demi sedikit pengaruh
Islam.
 Ahmad Ibrahim pula dengan memetik kenyataan R.J Wilkinson
berpendapat, tidak boleh diragui lagi bahawa undang-undang Islam
akan menjadi undang-undang Tanah Melayu sekiranya undang-
undang British tidak masuk dan menahannya.
 Ekoran campur tangan Inggeris dalam hal ehwal negeri-negeri Melayu
dengan memperkenalkan undang-undang Inggeris sehingga
mengenepikan sebahagian besar undang-undang Islam telah
membangkitkan kemarahan di kalangan orang-orang Melayu terutama
dari golongan nasionalis Melayu dan juga golongan ulama’. Namun
semua gerakan penentangan ini dapat dipatahkan oleh pihak penjajah.
 Sungguhpun gerakan penentangan ini dapat dipatahkan,
namun sedikit sebanyak membuatkan pihak Inggeris 
mempertimbangkan  kedudukan undang-undang Islam
dengan bertindak mengubah struktur pentadbiran agama
Islam dan undang-undang Mahkamah Syariah yang sedia
wujud di samping menubuhkan Majlis Agama Islam serta
menggubal undang-undang untuk dilaksanakan di
mahkamah tersebut.
  Menurut Kassim Thukiman, pada zaman penjajahan Barat,
Islam tidak memberi kesan ke atas sistem politik masyarakat
Melayu dan hanya dijadikan sebagai agama rasmi di setiap
negeri Melayu. Perkembangan agama Islam juga semakin
merosot dan terhad pemakaiannya. Ini kerana kerajaan British
telah menginstitusikan bidang agama menyebabkan ia
menjadi sangat birokratik.  
 Akibat campurtangan Inggeris, aspek-aspek lain turut terjejas
seperti ekonomi, pendidikan dan budaya. Proses modenisasi
yang menjurus kepada mementingkan kemajuan kebendaan
yang dilakukan oleh pihak Inggeris dalam pelbagai aspek ini
telah mempengaruhi cara hidup masyarakat Melayu.
Kesannya, berlakulah suatu pemisahan dalam cara hidup di
mana Islam hanya pada ibadah ritual sahaja. Ini bermakna
Inggeris berjaya menerapkan budaya sekular dalam sistem
pentadbiran dan kehidupan masyarakat Melayu.  Di bidang
ekonomi misalnya, pihak Inggeris telah memperkenalkan
sistem kapitalis yang menekankan aspek kebendaan bukannya
aspek spiritual sebagaimana dalam Islam. Pengaruh kapitalis
ini mula tersebar di bandar-bandar moden di negara ini
kerana ia merupakan ukuran kemajuan Barat.   Oleh itu, untuk
mencapai kemajuan seperti kemajuan orang-orang Barat
masing-masing berusaha mengejar kebendaan atau material
 Begitu juga dalam sistem pendidikan di mana sistem
pendidikan sekular mengambil-alih sistem pendidikan
tradisional. Stamford Raffles dikatakan pelopor sistem
pendidikan sekular ini, kerana dialah yang mula-mula
menganjurkan supaya pelajaran bahasa Melayu diasingkan
dari dasar pelajaran al-Quran. 
 Pengaruh budaya Barat juga disebarkan melalui penayangan
filem-filem Barat yang ternyata mendapat sambutan di
kalangan muda-mudi Islam sehingga mengabaikan amalan
cara hidup Islam. Perlakuan, pakaian, fesyen dan
seumpamanya yang ditonjolkan menerusi filem-filem Barat
selalu menjadi ikutan orang-orang muda yang kebiasaannya
mendapat tentangan dari golongan tua.  Ini kerana nilai-nilai
dalam budaya Barat itu bertentangan dengan nilai-nilai
tradisi dan agama Islam.
 Menurut Haji Dasuki Haji Ahmad, sekurang-
sekurangnya dua kesan ditinggalkan oleh
penjajah; pertamanya, melemahkan pengaruh
Islam di Tanah Melayu di mana kedatangan
penjajah Barat dan penerapan kebudayaan
Barat  serta kemajuan Barat dalam bidang sains
dan teknologi telah menambah kemerosotan
pengaruh Islam. Keduanya, memundurkan
kehidupan orang Islam akibat penguasaan
ekonomi tempatan oleh penjajah Barat di
samping pembangunan yang dibawa oleh
penjajah tidak memberi faedah kepada orang-
orang Melayu.  
POLITIK
 Aspek pemerintahan dan pentadbiran yang dahulunya diterajui
oleh orang tempatan telah diambil oleh penasihat dan pentadbir
British. Perubahan dalam bidang pemerintahan oleh pentadbir
Barat selari dengan pengenalan sistem perundangan Barat sesuai
dengan anggapan mereka bahawa sistem pentadbiran masyarakat
peribumi adalah ketinggalan zaman dan tidak sesuai dipraktikkan
lagi. Ini dapat dilihat apabila banyak negara Asia Tenggara
diperintah melalui secara lansung oleh pihak penjajah melalui
sistem birokrasi yang dimonopoli oleh orang Barat. Bagi
meningkatkan soal-soal agama dan adat istiadat, pemimpin
tempatan dilantik semata-mata bertujuan bahawa, penjajah Barat
masih lagi memerlukan dan menghargai kepimpinan mereka.
Wujud persaingan antara kuasa-kuasa Barat dalam usaha mereka
mendapatkan kawasan tanah jajahan baru lantas persaingan ini
dapat diselesaikan dengan menetapkan kawasan pengaruh masing-
masing supaya tidak tercetus peperangan di Asia Tenggara.
Ekonomi
 Kedatangan kuasa Barat di Asia Tenggara telah merubah
keadaan ekonomi negara yang dijajah. Di Tanah Melayu,
kegiatan perlombongan dan perladangan getah telah
dijalankan secara besar-besaran bagi memenuhi keperluan
perkilangan di Britain. Manakala di Indonesia, Belanda telah
memperkenalkan beberapa dasar Ekonomi yang hanya
menguntungkan mereka seperti Dasar Kultur, Dasar Liberal,
dan Dasar Etika. Dasar-dasar ini dilaksanakan dengan penuh
muslihat sehingga menjadikan Belanda sebagai satu kuasa
Barat yang kaya di Eropah. Tetapi masyarakat peribumi di
Indonesia masih lagi mundur ditindas semata-mata untuk
kepentingan pihak Belanda.
 Bentuk ekonomi masyarakat Asia Tenggara bersifat sara diri telah berubah kepada
sektor berorientasikan perdagangan dan eksport dengan pengenalan tanaman
baru seperti teh, tebu, kopi, getah dan nenas. Sektor perladangan, perlombongan
dan perindustrian juga telah diperkenalkan oleh pemodal Eropah yang
mempunyai modal yang banyak. Banyak kawasan perladangan yang besar telah
diterokai. Tenaga buruh telah dibawa dari China dan India bagi memenuhi
permintaan tenaga buruh yang tidak mencukupi.

Masyarakat tempatan tinggal hanya di luar kota. British pula menumpukan


pembangunan tanah jajahan mereka hanya di Melaka, Pulau Pinang dan
Singapura. Manakala Sabah dan Sarawak, British hanya menumpukan perhatian
di Bandar-bandar seperti Jesselton, Sandakan, Miri, Sibu dan Kuching. Selain
memperkenalkan sistem ekonomi bebas, mereka juga menggalakkan kemasukan
orang Cina dan India untuk memajukan negeri-negeri tersebut. Orang-orang Cina
umpamanya menggunakan kemahiran teknologi yang diwarisi daripada negeri
asalnya seperti pembangunan bangunan (Bandar), melombong dan pertanian.
Kemahiran dalam bidang perdagangan memberi sumbangan yang besar kepada
pembangunan ekonomi di Bandar-bandar dan kawasan-kawasan sekitar;(Samri
Sainuddin.:2003:64-65).
 Sektor perlombongan bijih timah semakin berkembang pesat dengan
pengenalan kaedah baru dalam perlombongan iaitu kapal korek yang
mengeluarkan bijih timah dalam kuantiti yang banyak. Ekonomi tradisional
penduduk peribumi yang bergantung kepada kawasan sungai sebagai alat
pengangkutan telah terpinggir dengan pembinaan jalan raya dan kereta api.
Pelabuhan tradisi negara-negara Asia Tenggara yang berpusat di muara sungai
juga turut terpinggir akibat pertumbuhan bandar baru yang kemudiannya
menjadi nadi penggerak kepada pembangunan ekonomi penjajah.

Wujud dua jenis ekonomi, ekonomi moden yang berorientasikan eksport dan
ekonomi tradisional yang dijalankan untuk tujuan sara diri. Ekonomi moden
dikuasai oleh imperialisme Barat manakala penduduk tempatan menjalankan
ekonomi sara diri. Perkembangan ekonomi berdasarkan sistem matawang
telah menyebabkan wujud jurang perbezaan antara sistem ekonomi tersebut.
Pemerasan ekonomi yang dilakukan oleh imperialisme Barat ke atas
masyarakat Asia Tenggara menyebabkan timbul keinginan masyarakat
peribumi untuk membebaskan diri daripada belenggu penjajah. Penentangan
dan kebangkitan masyarakat peribumi menentang penindasan politik,
ekonomi, dan sosial yang dilakukan oleh imperialisme Barat dinamakan
sebagai nasionalisme.
SOSIAL
 Pendidikan Barat telah diperkenalkan oleh kuasa
Imperialisme ke atas negara yang dijajah tetapi terhad
kepada kawasan di bandar sahaja. Pendidikan Barat ini
bertujuan menyediakan golongan pentadbir bawahan
bagi mengisi jawatan rendah seperti kerani, juru kira,
juru ukur dan juru teknik dalam sistem birokrasi
moden yang diperkenalkan oleh kuasa Barat.
Pengajarannya menggunakan bahasa penjajah sebagai
bahasa pengantaraan. Sekolah-sekolah mubaligh
Kristian telah ditubuhkan bagi menyebarkan agama
Kristian dikalangan penduduk peribumi di samping
membenarkan sekolah jenis venikular berkembang
 Mereka yang mendapat pendidikan peluang masa hadapan yang
lebih cerah dalam bidang kerjaya, tetapi bagi mereka yang
mendapat pendidikan di sekolah-sekolah vernikular sukar
mendapat pekerjaan. Sesetengah golongan rakyat tempatan pula
terpengaruh dengan fikiran, budaya dan sikap orang putih
sehingga mendewa-dewakan "orang putih" dan tamadun Barat.
Kepincangan dalam sistem pendidikan ini telah memaksa kerajaan
peribumi memperbaikinya selepas mencapai kemerdekaan.
Pekembangan pesat ekonomi berorientasikan eksport telah
menyebabkan buruh-buruh asing telah dibawa dari pelbagai
negara bagi memenuhi keperluan tenaga buruh. Kedudukan buruh
asing pula telah mengubah komposisi kaum di Asia Tenggara
sehingga mewujudkan jurang yang ketara dengan penduduk
peribumi akibat perbezaan agama, bahasa, budaya, dan adat.
Dasar ini diburukkan lagi oleh kuasa Barat yang menjalankan
dasar pecah dan perintah yang menghalang wujudnya perpaduan
kaum
 Kesimpulannya, orang Eropah memang suka
berperang dan gemar menjadikannya sesuatu itu
miliknya. Tidak ada setahun berlalu dalam
sejarah mereka tanpa mereka berlawan, tanpa
mereka berperang. Keamanan tidak bermakna
tidak berlawan, hanya tiada perang yang rasmi.
Dan oleh itu hari ini sekali lagi mereka
berbelanja wang demi keupayaan peperangan
mereka hanya untuk berada dalam keadaan
sedia dan untuk menggerunkan orang lain.
Sekali-sekala mereka akan melontar bom dan
peluru untuk memuaskan naluri perang mereka
Pengaruh Lain

 Orang Cina datang ke Tanah Melayu pada


zaman pemerintah Inggeris.
 Mereka bekerja di lombong-lombong bijih di
samping menjalankan perniagaan.
 Komunikasi berlaku antara pelbagai kaum
yang mendiami negara ini.
 Dalam hal ini, perhubungan antara masyarakat
Melayu dan masyarakat Cina telah 
menyebabkan kosa kata bahasa Cina meresap
dalam bahasa Melayu.
 Kebanyakan kata pinjaman daripada bahasa
Cina yang terdapat  dalam bahasa Melayu
mengekalkan bunyi dan makna asal dalam
bahasa Cina walaupun sesetengahnya
mengalami perubahan makna.
 Contoh kosa kata yang terserap dalam bahasa
Melayu ialah tanglung, teko, beca, amoi,
apek, singse, suun, lobak, tocang, amah,
angpau, capcai, pau, dan taugeh,
 Dari segi masakan, makanan cina turut
meresap dalam budaya masyarakat Melayu.
 Jenis-jenis masakan yang mengandungi kicap
soya, sos tiram, dan bebola ikan, ayam atau
daging merupakan pengaruh daripada budaya
Cina yang kini menjadi sebahagian daripada
makanan popular masyarakat Melayu.
 Pemberian sampul yang berisi wang kepada
kanak-kanak atau orang muda pada hari raya
merupakan pengaruh yang kian sebati dalam
masyarakat Melayu, malah pemberian ini turut
dinamakan angpau bagi kebanyakan mereka.
 Amalan ini diterima kerana tidak bercanggah
dengan ajaran Islam.
TUTORIAL
Kumpulan 1 Bincangkan pengaruh nusantara
dalam masyarakat dan budaya Melayu melalui
pembentangan persembahan interaktif . (30
Minit)
Kumpulan 2 Persembahan multimedia bagi
menunjukkan pengaruh Barat dalam
masyarakat dan Budaya Melayu. (30 minit).
Kumpulan 3 lakonkan 4 simulasi menunjukkan
pengaruh Islam dalam kehidupan masyarakat
Melayu. (30 minit)
Kumpulan 4 buktikan pengaruh hindu dalam
karya dan kemasukan kata dalam masyarakat
dan budaya Melayu.
Penutup
Ungass di rimba pelbagai gaya,
Gaya bukan di musim layu;
Pengaruh luar membentuk budaya,
Islam mengikat budaya Melayu.

..\Video
BMM1024\Ment
era Semerah
Padi - M. Nasir
(Lirik).mp4

You might also like