You are on page 1of 61

KESALAHAN

TATASUSILA
1 - KHALWAT

Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997


(AKJSWP)

Sek. 27 - Khalwat.

Mana-mana :-

(a) orang lelaki yang didapati berada bersama dengan seorang atau lebih
daripada seorang perempuan yang bukan isteri atau mahramnya; atau
(b) orang perempuan yang didapati berada bersama dengan seorang
atau lebih daripada seorang lelaki yang bukan suami atau mahramnya,

di mana-mana tempat yang terselindung atau di dalam rumah atau bilik


dalam keadaan yang boleh menimbulkan syak bahawa mereka sedang
melakukan perbuatan yang tidak bermoral adalah melakukan suatu
kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu
ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau
kedua-duanya.
KHALWAT
Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992
Seksyen 61. Percubaan persetubuhan haram.

(1) Mana-mana orang yang melakukan perbuatan percubaan persetubuhan


haram adalah melakukan satu kesalahan dan hendaklah apabila disabitkan
dikenakan hukuman denda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau penjara selama
tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Huraian 1-Seseorang lelaki yang didapati bersekediaman atau bersekedudukan


atau berkurung atau bersembunyi yang mendatangkan syak bahawa mereka
melakukan maksiat di mana-mana tempat dengan seorang perempuan yang
bukan mahramnya selain daripada isterinya adalah melakukan satu kesalahan di
bawah seksyen ini.

Huraian 2-Seseorang perempuan yang didapati bersekediaman atau


bersekedudukan atau berkurung atau bersembunyi yang mendatangkan syak
bahawa mereka melakukan maksiat di mana-mana tempat dengan seorang lelaki
yang bukan mahramnya selain daripada suaminya adalah melakukan satu
kesalahan di bawah seksyen ini.
KHALWAT

Negeri Sembilan : Seksyen 61. Percubaan persetubuhan haram.

Huraian 3-Seseorang lelaki yang didapati bersama-sama dengan lebih


daripada seorang perempuan yang bukan isterinya atau bukan mahramnya di
tempat yang sunyi atau di dalam sebuah bilik mana-mana bangunan atau di
tempat yang terasing dalam keadaan yang boleh mendatangkan syak bahawa
mereka melakukan maksiat adalah melakukan satu kesalahan di bawah
seksyen ini.

Huraian 4-Seseorang perempuan yang didapati bersama-sama dengan lebih


daripada seorang lelaki yang bukan suaminya atau bukan mahramnya di
tempat yang sunyi atau di dalam sebuah bilik mana-mana bangunan atau di
tempat yang terasing dalam keadaan yang boleh mendatangkan syak bahawa
mereka melakukan maksiat adalah melakukan satu kesalahan di bawah
seksyen ini.

(2) Mahkamah boleh memerintahkan supaya mana-mana perempuan yang


didapati bersalah atas suatu kesalahan di bawah seksyen ini dimasukkan ke
suatu pusat pemulihan akhlak selama suatu tempoh tidak melebihi dua tahun.
BERSEKEDIAMAN.

Enakmen Kesalahan Syariah (Negeri Melaka) 1991


Seksyen 53. Bersekediaman.

(1) Seorang lelaki yang didapati bersekediaman atau berkurung atau


bersunyian yang mendatangkan syak di mana-mana tempat dengan seorang
perempuan yang bukan muhrimnya selain daripada isterinya adalah merupakan
suatu kesalahan dan apabila disabitkan kesalahan tersebut bolehlah dikenakan
hukuman denda tidak lebih daripada tiga ribu ringgit atau di penjara selama
tempoh tidak melebihi dari dua puluh empat bulan atau kedua-duanya sekali.

(2) Seseorang perempuan yang didapati bersekediaman atau berkurung atau


bersunyian yang mendatangkan syak di mana-mana tempat dengan seorang
lelaki yang bukan muhrimnya selain daripada suaminya adalah merupakan
suatu kesalahan dan apabila disabitkan kesalahan tersebut bolehlah dikenakan
hukuman denda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama
tempoh tidak melebihi dua puluh empat bulan atau kedua-duanya sekali.
BERSEKEDIAMAN.

Seksyen 53. Bersekediaman.

(3) Seorang lelaki didapati bersama-sama dengan lebih daripada seorang


perempuan yang bukan isterinya atau bukan muhrimnya di tempat yang sunyi
atau di dalam sebuah bilik mana-mana bangunan atau di tempat yang terasing
dalam keadaan yang mendatangkan syak bahawa mereka akan melakukan
maksiat adalah merupakan suatu kesalahan dan apabila disabitkan kesalahan
tersebut bolehlah dikenakan hukuman denda tidak melebihi tiga ribu ringgit
atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua puluh empat bulan atau
kedua-dua sekali.

(4) Seseorang perempuan didapati bersama-sama dengan lebih daripada


seorang lelaki yang bukan suaminya atau bukan muhrimnya di tempat yang
sunyi atau di dalam sebuah bilik pada mana-mana bangunan atau di tempat
yang terasing di dalam keadaan yang mendatangkan syak bahawa mereka
akan melakukan maksiat adalah merupakan suatu kesalahan dan apabila
disabitkan kesalahan tersebut bolehlah dikenakan hukuman denda tidak
melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua
puluh empat bulan atau kedua-duanya sekali.
KHALWAT : ELEMAN KESALAHAN

1. Lelaki Bersama Perempuan Bukan


Isteri/Mahram

2. Berdua-duan Tempat Sunyi

3. Menimbulkan Syak
KHALWAT : HUKUMAN

NEGERI DENDA TIDAK PENJARA TIDAK


MELEBIHI RM MELEBIHI
Wilayah 3,000. 2 Thn
N. Sembilan 3,000. 2 Thn
Pahang 3,000. 2 Thn
Melaka 2,000. 24 Bln
Atau Ke Dua-dua
2 - BERSEKEDUDUKAN

Perak, Sarawak dan Sabah

Enakmen Jenayah (Syariah) Perak 1992


Seksyen 51. Bersekedudukan.

(1) Sesiapa yang melakukan perbuatan bersekedudukan adalah


bersalah atas suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan,
dikenakan hukuman denda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau
penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-
duanya.

(2) Tidak menjadi kesalahan di bawah subseksyen (1) bagi lelaki


dan perempuan tinggal atau duduk bersama jika dibenarkan Hukum
Syara' dalam hal keadaan yang khusus atau terdesak.
BERKENDAK

Ordinan Kesalahan Jenayah Syariah (Sarawak) 1991


Seksyen 5 # "Berkendak".

Seseorang yang melakukan kesalahan "berkendak" adalah bersalah


atas suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dikenakan
hukuman denda tidak melebihi empat ribu ringgit atau penjara
selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.
BERSEKEDUDUKAN SUAMI ISTERI BERLAINAN AGAMA

Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Sabah 1995


Seksyen 73 # Bersekedudukan suami isteri berlainan agama.

(1) Sesiapa sama ada lelaki atau perempuan selepas memeluk agama
Islam bersekedudukan dengan bekas isterinya atau suaminya yang
belum memeluk agama Islam adalah melakukan suatu kesalahan dan
boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi tiga
ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau
kedua-duanya sekali.

(2) Sesiapa yang melakukan kesalahan di bawah subseksyen (1) dengan


sengaja dan tahu bahawa perbuatannya adalah bersalah di sisi agama
Islam hendaklah disifatkan sebagai melakukan kesalahan persetubuhan
luar nikah.
KHALWAT

ELEMAN KESALAHAN

Dalam Kediaman Dalam Satu


Tempoh

Tiada Ikatan Pernikahan Sah


BERSEKEDUDUKAN -
HUKUMAN

NEGERI DENDA TIDAK PENJARA TIDAK


MELEBIHI RM MELEBIHI
Perak 3,000. 2 Thn
Sarawak 4,000. 2 Thn
Pahang 3,000. 1 Thn
Atau Ke Dua-dua
3 - PELACURAN

AKJSWP 1997
Seksyen 21 # Pelacuran.

1) Mana-mana orang perempuan yang melacurkan dirinya adalah


melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak
melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak
melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau
dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu.

2) Mana-mana orang yang :-


(a) melacurkan isterinya atau kanak-kanak perempuan dalam
peliharaannya; atau
(b) menyebabkan atau membenarkan isterinya atau kanak-kanak
perempuan dalam peliharaannya melacurkan diri,

adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda


tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak
melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau
dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu.
4 - PELACURAN

Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Sabah) 1995


Seksyen 71 # Melacurkan isteri atau anak.

(1) Seseorang suami yang melacurkan atau membiarkan isterinya


melacurkan dirinya adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh,
apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi tiga ribu
ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-
duanya sekali.

(2) Seseorang ibu atau bapa atau penjaga yang melacurkan anaknya
atau kanak-kanak di bawah jagaannya atau membenarkan anaknya
atau kanak-kanak yang di bawah jagaannya itu melacur adalah bersalah
atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman
denda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak
melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.
MUNCIKARI

AKJSWP 1997
Seksyen 22 # Muncikari.

Mana-mana orang yang bertindak sebagai muncikari adalah


melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda
tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh
tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan
atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu.
MUNCIKARI

ELEMAN

Seseorang menjadi bapa ayam aktiviti


pelacuran
MUNCIKARI -
HUKUMAN

NEGERI DENDA TIDAK PENJARA TIDAK SEBATATIDAK


MELEBIHI RM MELEBIHI MELEBIHI
Wilayah 5,000. 3 Thn 6 kali
N. Sembilan 5,000. 3 Thn -
Melaka 3,000. 24 Bln -
Kedah 1,000 6 Bln
Atau Ke Dua-dua
5 - PERSETUBUHAN
HARAM

Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Sabah) 1995


Seksyen 80 # Persetubuhan haram.

(1) Seseorang lelaki yang melakukan persetubuhan haram


dengan seorang perempuan adalah melakukan satu kesalahan dan
boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi
lima ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga
tahun atau dirotan tidak melebihi enam rotan atau mana-mana
gabungan dari hukuman tersebut.

(2) Seseorang perempuan yang melakukan persetubuhan haram


dengan seseorang lelaki adalah melakukan satu kesalahan dan
boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi
lima ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga
tahun atau dirotan tidak melebihi enam rotan atau mana-mana
gabungan dari hukuman tesebut.
PERSETUBUHAN HARAM

AKJSWP1997
Seksyen 23 # Persetubuhan luar nikah

1) Mana-mana orang lelaki yang melakukan persetubuhan dengan


orang perempuan yang bukan isterinya yang sah adalah
melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda
tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh
tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan
atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu.

2) Mana-mana orang perempuan yang melakukan persetubuhan


dengan orang lelaki yang bukan suaminya yang sah adalah
melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda
tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh
tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan
atau dihukum dengan mana-mana hukuman
PERSETUBUHAN LUAR
NIKAH

Seksyen 23 Persetubuhan luar nikah

3) Hakikat bahawa seorang perempuan hamil luar nikah akibat


daripada persetubuhan yang dilakukan dengan kerelaannya
adalah keterangan prima facie tentang pelakuan kesalahan di
bawah subseksyen (2) oleh orang perempuan itu.

4) Bagi maksud subseksyen (3), mana-mana orang perempuan


yang melahirkan anak yang sempurna sifatnya dalam tempoh
yang kurang daripada enam bulan qamariah dari tarikh
pernikahannya hendaklah disifatkan telah hamil luar nikah.
PERSETUBUHAN
HARAM

Enakmen Kanun Jenayah Syariah (Kedah) 1988


Seksyen 11 # Zina.

Mana-mana orang yang berzina adalah bersalah atas suatu


kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak
melebihi lima ribu ringgit atau hukuman penjara selama tempoh
tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

ENAKMEN KANUN JENAYAH SYARIAH (Kelantan) 1985


Seksyen 11 # Zina.

Sesiapa yang berzina yang tidak boleh dikenakan hukuman hadd


mengikut Hukum Syarak adalah bersalah atas suatu kesalahan
dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman penjara selama
tempoh tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi lima
ribu ringgit atau kedua-duanya dan disebat enam kali.
PERSETUBUHAN
HARAM

ELEMAN KESALAHAN

Persetubuhan Luar Nikah

Kehamilan
HAMIL LUAR NIKAH -
HUKUMAN

NEGERI DENDA TIDAK PENJARA TIDAK SEBATATIDAK


MELEBIHI RM MELEBIHI MELEBIHI
Wilayah 5,000. 3 Thn 6 kali
Kedah 5,000. 3 Thn -
Kelantan 5,000. 3 Thn 6 kali
Atau Ke Dua-dua
6 - HAMIL LUAR
NIKAH

Enakmen Jenayah Dalam Syarak (Perlis) 1991


Seksyen 15 # Hamil luar nikah.

(1) Mana-mana orang perempuan yang didapati hamil atau melahirkan anak
di luar nikah tidak termasuk persetubuhan syubhah adalah bersalah atas
suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda
tidak melebihi lima ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi
tiga tahun atau kedua-duanya.

(2) Mana-mana orang perempuan yang melahirkan anak yang penuh sifat
kurang daripada enam bulan hijrah selepas dia berkahwin tidak termasuk
persetubuhan syubhah boleh disifatkan sebagai melahirkan anak di luar
nikah.
HAMIL LUAR
NIKAH

Enakmen Jenayah Dalam Syarak (Perlis) 1991


Seksyen 15 # Hamil luar nikah.

(3) Beban membuktikan bahawa seorang perempuan itu telah disetubuhi


dengan cara syubhah atau sebagainya atau berkahwin atau anak itu
dilahirkan dalam jangka masa yang boleh diterima mengikut Hukum Syarak
adalah terletak di atas perempuan itu.

(4) Seksyen 112 Akta Keterangan 1950 tidak boleh dipakai bagi maksud
seksyen ini.
HAMIL LUAR
NIKAH

Enakmen Jenayah (Syariah) Perak 1992


Seksyen 50 # Hamil luar nikah.
(1) Seseorang perempuan yang hamil atau melahirkan bayi di luar
nikah akibat daripada persetubuhan haram yang dilakukan dengan
kerelaannya dan kesedarannya adalah melakukan suatu kesalahan
dan hendaklah, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak
melebihi tiga ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi
dua tahun atau kedua-duanya.
(2) Seseorang perempuan yang melahirkan seorang bayi yang
penuh sifat dalam masa enam bulan selepas dia berkahwin
hendaklah disifatkan sebagai telah hamil di luar nikah:

Dengan syarat beban membuktikan bahawa seorang perempuan itu


telah disetubuhi dengan cara syubhah atau dia telah berkahwin atau
anak itu dilahirkan dalam jangka masa yang boleh diterima mengikut
Hukum Syara' adalah terletak keatas perempuan itu.
HAMIL LUAR
NIKAH

Enakmen Kanun Jenayah Syariah (Kelantan) 1985


Seksyen 16 # Hamil luar nikah.

(1) Seseorang perempuan yang didapati hamil atau melahirkan anak di


luar nikah adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila
disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau
penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

(2) Seseorang perempuan yang melahirkan anak yang penuh sifat dalam
masa enam bulan selepas dia berkahwin boleh disifatkan sebagai
melahirkan anak di luar nikah.
HAMIL LUAR
NIKAH

Enakmen Kanun Jenayah Syariah (Kelantan) 1985


Seksyen 16 # Hamil luar nikah.

(3) Beban membuktikan bahawa seorang perempuan itu telah disetubuhi


dengan cara syubhat atau sebagainya atau berkahwin atau anak itu
dilahirkan dalam jangka masa yang boleh diterima mengikut Hukum Syarak
adalah terletak di atas perempuan itu.

(4) Seksyen 112 Akta Keterangan 1950 tidak boleh dipakai bagi maksud
seksyen ini.
HAMIL LUAR
NIKAH

ELEMAN KESALAHAN
1
Hamil bukan kerana penikahan yang sah
2
Hamil bukan kerana diperkosa
HAMIL LUAR NIKAH -
HUKUMAN

NEGERI DENDA TIDAK PENJARA TIDAK


MELEBIHI RM MELEBIHI
Perlis 5,000. 3 Thn
Melaka 3,000. 24 Bln
Perak 3,000 2 Thn
Kelantan 3,000 2 Thn
Sabah 1,000. 6 Bln
Atau Ke Dua-dua
7 - MUQADIMAH ZINA

AKJS W1997

Seksyen 24 # Perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan


persetubuhan luar nikah.

Mana-mana orang yang melakukan apa-apa perbuatan sebagai


persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah adalah
melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda
tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh
tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
MUQADIMAH
ZINA

Enakmen Jenayah (Syariah) Perak 1992


Seksyen 49 # Percubaan persetubuhan haram.

Sesiapa yang melakukan percubaan persetubuhan haram adalah


bersalah atas suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan,
dikenakan hukuman denda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau
penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-
duanya.
MUQADIMAH
ZINA

Enakmen Jenayah Dalam Syarak Perlis1991


Seksyen 11 # Muqaddimah zina.

Mana-mana orang yang melakukan perbuatan muqaddimah zina


adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan,
dikenakan hukuman denda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau penjara
selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Sabah 1995


Seksyen 81 # Taqarrub zina.

Seseorang yang cuba melakukan perbuatan permulaan kepada


melakukan zina dengan seseorang yang bukan isterinya atau dengan
seorang lelaki yang bukan suaminya adalah bersalah atas suatu
kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda
tidak melebihi tiga ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak
melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.
MUQADIMAH
ZINA

eleman
Wujud perbuatan persediaan
perzinaan
MUQADIMAH
ZINA

NEGERI DENDA TIDAK PENJARA TIDAK SEBAT TIDAK


MELEBIHI RM MELEBIHI MELEBIHI
Wilayah 2,000. 2 Thn -
Selangor 3,000. 24 Bln 6 Kali
Perak 3,000 2 Thn -
Kelantan 3,000 2 Thn 3 Kali
Sabah 3,000. 2 Thn -
Atau kombinasi
8 - SUMBANG
MAHRAM

AKJSWP 1997
Seksyen 20 # Perbuatan sumbang mahram

Mana-mana orang yang melakukan perbuatan sumbang mahram adalah


melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak
melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak
melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau
dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu.
SUMBANG
MAHRAM

Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992


Seksyen 62 # Perhubungan muabbad atau rairu muabbad.

(1) Mana-mana orang yang melakukan persetubuhan atau kelakuan


sumbang dengan seorang perempuan atau seorang laki-laki yang
ianya diharamkan berkahwin dengan tegahan muabbad mengikut
Hukum Syarak adalah melakukan satu kesalahan dan hendaklah apabila
disabitkan dikenakan hukuman denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau
penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

(2) Mana-mana orang yang melakukan persetubuhan atau kelakuan


sumbang dengan perempuan atau seorang lelaki yang ianya
diharamkan berkahwin dengan tegahan rairu muabbad mengikut
Hukum Syarak adalah melakukan satu kesalahan dan hendaklah apabila
disabitkan dikenakan hukuman denda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau
penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
SUMBANG
MAHRAM

ELEMAN KESALAHAN
ELEMAN KESALAHAN
Berlakunya perbuatan sumbang mahram antara
Berlakunya perbuatan sumbang mahram antara
lelaki dan perempuuan yang diharamkan
lelaki dan perempuuan yang diharamkan
perkahwinan
perkahwinan
SUMBANG
MAHRAM

NEGERI DENDA TIDAK PENJARA TIDAK SEBAT TIDAK


MELEBIHI RM MELEBIHI MELEBIHI
Wilayah 5,000. 3 Thn 6 kali
N. Sembilan 5,000. 3 Thn -
Atau kombinasi
LIWAT

AKJSWR 1997
Seksyen 25 # Liwat.

Mana-mana orang lelaki yang melakukan liwat adalah melakukan


suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak
melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak
melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan
atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu.

ELEMAN KESALAHAN
1 Penglibatan dua lelaki dalam perlakuan liwat
LIWAT -
HUKUMAN

NEGERI DENDA TIDAK PENJARA TIDAK SEBAT TIDAK


MELEBIHI RM MELEBIHI MELEBIHI
Wilayah 5,000. 3 Thn 6 kali
N. Sembilan 3,000. 2 Thn -
Melaka 5,000 36 Bln
Atau kombinasi
10 -
MUSAHAQAH

AKJSWP 1997
Seksyen 26 # Musahaqah.

Mana-mana orang perempuan yang melakukan musahaqah adalah


melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak
melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak
melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau
dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu.
MUSAHAQAH

Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995


Seksyen 27 # Hubungan jenis antara orang yang sama jantina.

Mana-mana orang yang melakukan hubungan jenis dengan orang yang


sama jantina dengannya adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila
disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan
selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Seksyen 28 # Persetubuhan bertentangan dengan hukum tabii.

Mana-mana orang yang melakukan persetubuhan bertentangan dengan


hukum tabii dengan mana-mana lelaki, perempuan atau binatang adalah
melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak
melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi
tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum
dengan mana-mana kombinasi hukuman itu.
MUSAHAQAH

ELEMAN KESALAHAN
ELEMAN KESALAHAN
Wujud perlakuan intim ke arah hubungan jenis
Wujud perlakuan intim ke arah hubungan jenis
sesama wanita
sesama wanita
MUSAHAQAH

NEGERI DENDA TIDAK PENJARA TIDAK SEBAT TIDAK


MELEBIHI RM MELEBIHI MELEBIHI
Wilayah 5,000. 3 Thn 6 kali
N. Sembilan 3,000. 2 Thn -
Kedah 5,000 3 Thn 6 kali
Melaka 5,000 36 Bln
Selangor 5,000 3 Thn 6 kali
Atau kombinasi
11 - ORANG LELAKI BERLAGAK
WANITA

AKJSWP 1997
Seksyen 28 # Orang lelaki berlagak seperti perempuan

Mana-mana orang lelaki yang memakai pakaian perempuan dan


berlagak seperti perempuan di mana-mana tempat awam atas tujuan
tidak bermoral adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan
boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama
tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
ORANG LELAKI BERLAGAK
WANITA

Enakmen Jenayah Dalam Syarak (Perlis) 1991


Seksyen 7 # Pondan.

(1) Mana-mana orang lelaki yang berlagak seperti perempuan


(tasyabbuh) di mana-mana tempat awam adalah bersalah atas suatu
kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda
tidak melebihi lima ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak
melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

(2) Mana-mana orang perempuan yang berlagak seperti lelaki


(tasyabbuh) di mana-mana tempat awam adalah bersalah atas suatu
kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda
tidak melebihi lima ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak
melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
ORANG LELAKI BERLAGAK
WANITA

ELEMAN KESALAHAN

Lelaki berpakaian wanita

Lelaki berlagak wanita

Tempat awam

Tujuan tidak bermoral


ORANG LELAKI BERLAGAK WANITA -
HUKUMAN

NEGERI DENDA TIDAK PENJARA TIDAK SEBAT TIDAK


MELEBIHI RM MELEBIHI MELEBIHI
Wilayah 1,000. 1 Thn 6 kali
Selangor 1,000. 6 Bln -
Perlis 5,000 3 Thn 6 kali
Atau kombinasi
12 - PERBUATAN TIDAK SOPAN
TEMPAT AWAM

AKJSWP 1997
Seksyen 29 # Perbuatan tidak sopan di tempat awam

Mana-mana orang yang bertindak atau berkelakuan tidak sopan


bertentangan dengan Hukum Syarak di mana-mana tempat awam adalah
melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak
melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi
enam bulan atau kedua-duanya
PERBUATAN TIDAK SOPAN TEMPAT
AWAM

Enakmen Kesalahan Syariah (Negeri Melaka) 1991


Seksyen 71 # Perbuatan tidak sopan.

(1) Sesiapa yang melakukan perbuatan atau berkelakuan atau berpakaian


tidak sopan yang bertentangan dengan Hukum Syarak di mana-mana
tempat awam adalah merupakan suatu kesalahan dan apabila disabitkan
kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi satu ribu ringgit
atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-
duanya.
(2) Seseorang lelaki yang didapati bercumbu-cumbuan di mana-mana
tempat dengan seorang perempuan adalah merupakan suatu kesalahan
dan apabila disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak
melebihi satu ribu ringgit atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi
enam bulan atau kedua-duanya sekali.
(3) Seseorang perempuan yang didapati bercumbu-cumbuan di mana-
mana tempat dengan seorang lelaki adalah merupakan suatu kesalahan
dan apabila disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak
melebihi satu ribu ringgit atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi
enam bulan atau kedua-duanya sekali.
PERBUATAN TIDAK SOPAN TEMPAT
AWAM

Eleman Kesalahan

Wujud perbuatan tidak sopan samada dari segi


berpakaian atau pun kelakuan
PERBUATAN TIDAK SOPAN TEMPAT
AWAM

NEGERI DENDA TIDAK PENJARA TIDAK SEBAT TIDAK


MELEBIHI RM MELEBIHI MELEBIHI
Wilayah 1,000. 6 Bln 6 kali
N. Sembilan 500. 6 Bln -
Melaka 1,000. 6 Bln 6 kali
Atau kombinasi
13 - PERTANDINGAN RATU CANTIK

Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Sabah)1995


Seksyen 91 # Pertandingan ratu cantik.

(1) Sesiapa, kecuali kanak-kanak di bawah umur dua belas tahun,


melibatkan diri dengan sebarang pertandingan ratu cantik atau ratu
pakaian atau seumpamanya adalah melakukan suatu kesalahan dan
boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi
satu ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga
bulan atau kedua-duanya sekali.

(2) Sesiapa yang menganjurkan atau bersubahat kesalahan dalam


subsekyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh,
apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi satu
ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga bulan
atau kedua-duanya sekali.
PERTANDINGAN RATU CANTIK

Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995


Seksyen 12 # Menghina pihak berkuasa agama.

Mana-mana orang yang bertindak dengan cara yang menghina kuasa


yang sah, atau mengingkari, melanggar atau mempertikaikan perintah
atau arahan:-
(a) Duli Yang Maha Mulia Sultan atas sifat Baginda sebagai Ketua
agama Islam;

(b) Majlis;

(c) Mufti, yang dinyatakan atau diberikan melalui fatwa,

adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh


didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama
tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
PERTANDINGAN RATU CANTIK

ENAKMEN PENTADBIRAN PERUNDANGAN ISLAM


1989
FATWA TENTANG PENYERTAAN WANITA ISLAM
DALAM PERTANDINGAN RATU CANTIK

PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 31(1) dan seksyen 32, Enakmen
Pentadbiran Perundangan Islam 1989, Selangor, Mufti bagi Negeri Selangor atas
perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan dan selepas berbincang dengan Jawatankuasa
Perunding Hukum Syara’ membuat fatwa seperti yang dinyatakan dalam Jadual.
JADUAL
Adalah haram bagi wanita Islam menyertai apa-apa jenis
pertandingan ratu cantik .

Dibuat pada 28hb April 1995


[ JAI. Sel. 80174/7 Jilid III ; P.U. Sel 2708.]
DATO’ HAJI ISHAK BIN BAHAROM
Mufti bagi Negeri Selangor
PERTANDINGAN RATU CANTIK

HUKUMAN

Sabah
Selangor
• Denda – RM 1,000.00
• Denda – RM 3,000.00
• Penjara – 3 bulan
• Penjara – 2 Thn
Atau
Atau
• Kombinasi
• Kombinasi
14 - PERSETUBUHAN BUKAN DENGAN
MANUSIA

Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001


Seksyen 32 # Persetubuhan dengan bukan manusia.

Mana-mana orang melakukan persetubuhan dengan bukan manusia


adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda
tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjara selama tempoh tidak
melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
PERTANDINGAN RATU CANTIK

Eleman Kesalahan

Lelaki atau wanita menyetubuhi selain manusia,


termasuk haiwan atau unsur-unsur yang berada di
alam ghaib
PERTANDINGAN RATU CANTIK

HUKUMAN

Terengganu

• Denda – RM 3,000.00
• Penjara – 2 Tahun
Atau
• Kombinasi

You might also like