You are on page 1of 14

GEOGRAFI

TINGKATAN 2
BAB 1 : SKALA DAN
JARAK

OLEH : CIKGU HAILISAM


OBJEKTIF
PEMBELAJARAN :
Akhir pembelajaran, murid dapat :

Menyatakan jarak mutlak, jarak relatif, skala penyata, skala


1.

lurus dan pecahan wakilan.

Menerangkan jarak mutlak, jarak relatif, skala penyata,


2.

skala lurus dan pecahan wakilan


1.1 APA ITU SKALA ?
Skala ialah nisbah jarak di atas peta berbanding dengan jarak sebenar di
atas permukaan bumi.
Skala membolehkan saiz kawasan tertentu dikecilkan supaya dapat
dilukis pada peta

1 CM MEWAKILI 1 KM

Jarak atas Jarak sebenar


peta di permukaan
bumi
JENIS-JENIS SKALA
• Skala terbahagi kepada 3 jenis iaitu :

JENIS-JENIS SKALA

01 02 03
SKALA SKALA PECAHAN
SKALA LURUS PENYATA WAKILAN
•Skala yang berbentuk satu •Skala yang dinyatakan •Skalayang dinyatakan
garisan lurus yang dalam bentuk ayat atau dalam bentuk nisbah atau
dibahagikan kpd beberapa pernyataan. pecahan.
bahagian yg sama jaraknya.
• Terbahagi kepada 2 iaitu
skala lurus mudah dan skala
lurus penuh.
01 Skala Lurus

a) Skala Lurus Mudah


• Skala lurus mudah dilihat sebagai satu garisan yang dilukis dalam
satu garisan nipis

Penerangan:
a = Ruang unit di antara 0 dengan 1 dan seterusnya adalah
jarak di atas peta yang diukur dalam unit sentimeter.

b = nombor 0 hingga 6 yang terletak di atas pembahagian unit


adalah jarak sebenar di atas permukaan bumi yang diukur
dalam unit kilometer atau meter.

c = Unit ukuran jarak yang digunakan


01 Skala Lurus
b) Skala Lurus Penuh
• Skala lurus penuh dilukis menggunakan garisan tebal dengan skala
bermula dengan nombor 1 diikuti dengan nombor 0

Penerangan:
a = Ruang jarak di atas peta bagi ukuran unit terkecil yang biasanya
mewakili jarak 100m.

b = Ruang unit di antara 0 hingga 1 dan seterusnya mewakili unit ukuran


di atas kertas yang biasanya diberi jarak 1sm.

c = Semua nombor yang terletak di atas garisan lurus merupakan jarak


sebenar di atas permukaan bumi.

d = Unit ukuran yang digunakan di dalam peta.


02 Skala Penyata
• Merupakan skala yang dinyatakan dalam bentuk penyataan atau perkataan.
• Contoh:      
a)      1 cm mewakili 1 kilometer

bermakna ukuran 1 cm dalam  peta mewakili jarak 1 km di atas permukaan


bumi.

b)     1cm mewakili 500 meter 

bermakna ukuran 1 cm dalam peta mewakili jarak 500 meter di atas permukaan
bumi.

c)      1 cm mewakili 100 meter

bermakna ukuran 1 cm dalam peta mewakili jarak 100 meter di atas permukaan
bumi.
03 Skala Pecahan Wakilan
• Merupakan skala yang dinyatakan dalam bentuk pecahan atau nisbah
• Contoh :

a)     1 : 50 000

bermakna 1 cm dalam peta mewakili 50 000 cm atau 0.5 km di atas


permukaan bumi.
b)     1 : 100 000 

bermakna 1 cm dalam peta mewakili 100 000 cm atau 1 km di atas permukaan


bumi. INFO UNIT
METRIKS
c)     1 : 200 000

 bermakna 1 cm dalam peta mewakili 200 000 cm atau 2 km di atas


permukaan bumi.
1.2 APA ITU JARAK??
 Ukuran jauh di antara satu tempat dengan tempat yang lain.

Contoh : Jarak antara rumah Afiq dengan sekolah ialah 2 kilometer.


Jenis-Jenis Jarak
Contoh Perbezaan Jarak
Mutlak & Jarak Relatif
TUGASAN BAB :
1. Dengan merujuk buku teks
Geografi Tingkatan 2, selesaikan
soalan uji diri 1.1 yang terdapat
pada muka surat 5.

2. Berdasarkan buku teks Geografi


Tingkatan 2 muka surat 6, kenal
pasti bagaimanakah jarak mutlak
dan jarak relatif dapat ditentukan.
SEKIAN,
TERIMA KASIH...

You might also like