You are on page 1of 35

GURU DAN PERUNDANGAN

Peraturan-peraturan pegawai awam


(kelakuan dan tatatertib) 1993
(Pindaan 2002)

Izian Farhani binti Zainudin Nurhidayah binti Mohhammad Azmi


PENGENALAN
Peraturan Kelakuan Tatatertib adalah satu bentuk
kawalan ke atas semua penjawat awam untuk menjamin
keberkesanan sesuatu organisasi
Antara kandungan yang terdapat dalam peraturan ini
adalah:
- peraturan mengenai kelakuan
- tanggungjawab serta tugas kawalan dan
pengawasan tatatertib
- prosedur dan tatacara tindakan tatatertib
- hukuman tatatertib
- peruntukan pelbagai yang berkaitan
Golongan guru hendaklah memastikan martabat
perguruan sentiasa dipertingkatkan dari semasa ke
semasa.
Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan
Tatatertib) telah diperkenalkan untuk menjadi panduan
kepada guru dan kakitangan kerajaan yang lain dalam
melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.
Dalam konteks pendidikan, setiap guru harus memahami
sepenuhnya peraturan Kelakuan dan Tatatertib 1993 dan
telahpun dibuat pindaannya pada  2002.
Di samping itu Akta Pendidikan 1996 juga harus
diperhalusi dengan teliti demi menjayakan matlamat
pendidikan negara.
KAWALAN TATATERTIB

Satu alat pengurusan yang penting bagi


mewujudkan pentadbiran yang cekap dalam
melaksanakan segala fungsi serta
tanggungjawab ke arah pencapaian matlamat
dan objektif sesebuah jabatan
MATLAMAT TATATERTIB
Supaya pegawai awam melaksanakan tugas dengan
cekap, beramanah dan bertanggungjawab
Supaya pegawai awam meletakkan kepentingan
awam lebih daripada kepentingan mereka sendiri
Supaya Pegawai awam menjaga imej
perkhidmatan
Menghukum pegawai yang melakukan kesalahan
atau melanggar peraturan
Peraturan Pegawai Awam
(Kelakuan dan Tatatertib) 1993
diperuntukkan di bawah peraturan 4 Bab D
Perintah Am.
Peraturan 4 (1)
Perlu sentiasa memberikan kesetiaan kepada YDPA,
negara dan kerajaan
Bermaksud perlu sentiasa memelihara, mempertahankan
kedaulatan dan maruah pada negara
Contoh kesalahan adalah seperti:
- Bersubahat dengan musuh negara
- Membocorkan rahsia negara
- Memperkecilkan dasar serta tindakan kerajaan
- Berlakon dalam filem yang memburukkan- burukkan
negara
Peraturan 4(2)
Tidak boleh membelakangkan tugasnya demi
kepentingan peribadi
Tidak boleh berkelakuan yang memungkinkan
kepentingan peribadinya bercanggah dengan
kepentingan awam. (perlu bertanggungjawab ke atas
tugasnya sama ada dalam bilik darjah atau luar bilik
darjah)
Seorang pegawai tidak boleh menggunakan
kedudukannya bagi kepentingan diri sendiri
sambungan..
Perlu menjaga nama baik profesion.
(Tidak boleh mencemarkan nama baik profesion)
Perlu cekap atau sentiasa berusaha.
Mesti jujur, amanah dan bertanggungjawab
Tidak boleh menggunakan pengaruh atau memberi
tekanan dalam menyokong atau memajukan sebarang
tuntutan
Mestilah melaksanakan apa yang diperintahkan serta
perlu tekun
TATAKELAKUAN YANG DITEGAH SAMA SEKALI
ATAU BOLEH DIBUAT DENGAN KEBENARAN
Peraturan 4A (gangguan seksual)
• Tidak boleh melakuan gangguan seksual terhadap
orang lain

Definisi gangguan seksual:


- Mengambil kira keadaan seseorang, sama tersinggung
atau terhina
- Perbuatan menyatakan sesuatu penyataan yang bersifat
seksual
- Tidak kira dilakukan secara lisan,
bertulis atau perbuatan
Sambungan..
• Dalam konteks profesion keguruan, guru tidak boleh
melakukan apa- apa pelakuan yang diistilahkan
sebagai gangguan seksual kepada murid, rakan
sekerja atau sesiapa sahaja sama ada dalam bilik
darjah atau luar bilik darjah
• Guru perlu berhemah sewaktu berkomunikasi
Peraturan 5 ( pekerjaan luar)
• Penjawat awam tidak boleh mengambil bahagian dengan
aktiviti- aktiviti luar
• Walau bagaimanapun, dibenarkan jika mendapat
kebenaran ketua jabatan ( ketua sesebuah institusi)

• Ketua jabatan akan pastikan aktiviti ini tidak dilakukan:


- dalam waktu pejabat dan semasa
melaksanakan tugas rasmi
- tidak menjejaskan kebergunaannya sebagai
pegawai awam
- tidak bercanggah dengan kepentingan
perkhidmatan awam
Peraturan 23
( Ketidakhadiran Tanpa Cuti)
• Bermaksud tidak hadir untuk apa-apa tempoh masa
dan di tempat sepatutnya beliau hadir untuk tugas
rasmi
• Ketidakhadiran bertugas tanpa cuti atau mendapat
kebenaran ketua jabatan atau tanpa sebab munasabab
boleh dikenakan tindakan tatatertib.
• Contoh pegawai tidak berada di tempat kerja selepas
mengetip kad perakam dan muncul semula pada
waktu petang
PERATURAN 23
( Peraturan- peraturan lain yang berkaitan)
• Perlu patuhi etika berpakaian seperti yang
ditetapkan dalam garis panduan cara
berpakaian
• Tidak boleh mengambil atau menggunakan
apa-apa dadah berbahaya kecuali atas saranan
doktor
• Tidak boleh menerima atau memberikan orang
lain apa- apa bentuk hadiah
Sambungan…
• Perlu membuat pengisytiharkan harta secara
bertulis
• Tidak boleh meminjamkan wang dengan
faedah sama ada dengan cagaran atau tidak
• Tidak boleh membuat penyataan awam sama
ada lisan atau bertutur
Tindakan Tatatertib
• Jika seorang penjawat awam melanggar mana-mana
peraturan yang termaktub dalam perundangan yang
ditetapkan, tindakan tatatertib akan dikenakan
• Jika disabitkan kesalahan, pegawai berkenaan boleh
dikenakan tindakan bergantung pada keseriusan
kesalahan
• Satu jawatankuasa penyiasat terdiri daripada tidak
kurang daripada
dua anggota
Buang
kerja

Tangguh
pengerakan gaji Amaran

Hukuman

Lucut hak Denda


emolumen
Turun
pangkat
Amaran
• Amaran boleh dikeluarkan sekiranya seseorang guru itu
tidak mematuhi peraturan- peraturan tatakelakuan dan
tatatertib
• Amaran boleh diberi oleh seorang ketua jabatan secara lisan

Denda atau lucut hak emolumen

• Segala denda atau lucut hak emolumen hendaklah dipotong


daripada
emolumen bulanan pegawai itu
dan dimasukkan ke dalam hasil kerajaan
Tangguh pergerakkan gaji
• Seseorang pegawai yang dikenakan hukuman tangguh
pergerakan gaji tidak berhak untuk menerima apa- apa
pergerakan gaji dan dalam tempoh hukuman itu sedang
berkuat kuasa
Turun pangkat
• Pihak berkuasa tatatertib boleh
mengenakan hukuman turun pangkat
mengikut cara menurunkan pangkat ke
gred yang lebih rendah dalam skim
perkhidmatan yang sama
Turun gaji
• Pihak berkuasa tatatertib yang berkenaan boleh
mengenakan hukuman turun gaji ke atas seseorang
pegawai mengikut peruntukkan berikut :
- diturunkan secara mendatar dalam
peringkat gaji yang sama
- penurunan gaji tidak boleh melebihi tiga
pergerakkan gaji
- tempoh hukuman tidak boleh kurang
daripada dua belas bulan tetapi tidak boleh
lebih daripada tiga puluh enam bulan
Rasional Peraturan Tatatertib

• melaksanakan tugas dengan cekap, beramanah


dan bertanggungjawab;
• meletakkan kepentingan awam lebih utama
daripada kepentingan mereka sendiri;
• menjaga imej perkhidmatan awam; dan yang
melakukan kesalahan/ melanggar peraturan
dihukum.
AKTA PENDIDIKAN 1996
(AKTA 550)
• Merupakan satu perundangan pendidikan yang lengkap
dan bersifat futuristik sebagai persediaan dalam
menghadapi perubahan abad ke 21
• Satu misi negara menghasilkan sistem pendidikan yang
bertaraf dunia dari segi kualiti bagi memperkembangkan
potensi individu dan mencapai aspirasi negara
• Akta untuk mengadakan peruntukan bagi pendidikan dan
bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Akta ini
merangkumi skop pendidikan yang lebih luas meliputi
semua kategori sekolah yang mengamalkan
sistem pendidikan kebangsaan.
TUJUAN
 Akta ini adalah untuk menjamin kualiti di dalam sistem
pendidikan.
 Akta ini mengawalselia usaha ke arah mempertingkatkan dan
meninggikan kualiti pendidikan di peringkat pra sekolah,
pendidikan guru, pendidikan khas, pendidikan swasta dan
pendidikan teknikal.
 Di bawah akta ini kedudukan Bahasa Inggeris sebagai bahasa
kedua juga diberi penekanan dan pengajaran bahasa-bahasa
asing yang lain juga digalakkan.
 Akta ini telah dikuatkuasakan pada 1 Januari 1998. Buku
Akta ini boleh dibeli di kebanyakan kedai buku.
Sistem Pendidikan Kebangsaan
Sistem Pendidikan Kebangsaan terdiri
daripada:
1) Pendidikan Prasekolah
2) Pendidikan Rendah
3) Pendidikan Menengah
4) Pendidikan Lepas Menengah
5) Pendidikan Tinggi
Sekolah
• Sekolah bermaksud tempat di mana sepuluh
orang murid atau lebih lazimnya diajar sama
ada di dalam satu kelas atau lebih.
• Terdapat tiga jenis sekolah dalam Sistem
Pendidikan Kebangsaan iaitu:
- Sekolah kerajaan
- Sekolah bantuan kerajaan
- Sekolah swasta
Pendidikan Khas
• Tidak boleh kurang daripada tempoh pelaksanaan
tempoh minimum pendidikan rendah dan pendidikan
menengah
• Kurikulum dalam Pendidikan Khas hendaklah mematuhi
kehendak Kurikulum Kebangsaan setakat yang
munasabah

Pengajaran Agama Islam


• Sekiranya terdapat lima orang atau lebih orang murid
yang menganut agama
Islam maka hendaklah diberi
pengajaran agama Islam
Pengajaran Agama selain Agama Islam

• Boleh dijalankan tetapi peruntukkan tersebut


tidak dibiayai kerajaan
• Tiada murid boleh mengikuti pengajaran agama
selain agama yang dianutinya kecuali dengan
keizinan ibu bapanya secara bertulis
Bahasa Kebangsaan sebagai Bahasa
Penghantar Utama
• Menjadi bahasa penghantar utama di semua institusi
pendidikan dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan
kecuali sekolah jenis kebangsaan yang ditubuhkan di
bawah seksyen 28
• Jika bahasa penghantar utama di sesebuah institusi
pendidikan adalah selain bahasa kebangsaan, maka
bahasa kebangsaan hendaklah diajarkan sebagai mata
pelajaran wajib
Kurikulum Kebangsaan untuk Semua
Sekolah

• Hendaklah digunakan oleh semua sekolah dalam


Sistem Pendidikan Kebangsaan
• Dalam kurikulum kebangsaan, ditetapkan bahawa
murid- murid akan memperoleh pengetahuan ,
kemahiran dan nilai pada akhir tempoh persekolahan
masing- masing
Peraturan- peraturan Pendidikan

Kurikulum Kebangsaan, 1997


- menggariskan mata pelajaran teras, wajib dan
elektif untuk kelas peralihan dan Tingkatan 6
- menggariskan Gerak Kerja Kokurikulum
- Ketua pendaftar berkuasa
meminda jadual waktu dan
sukatan pelajaran
Pendidikan Khas, 1997
• Untuk murid bermasalah pelajaran, penglihatan
dan pendengaran
• Guru boleh mengubah kaedah dan teknik
pengajaran dan pembelajaran serta jadual bagi
mencapai matlamat Pendidikan Khas
Penilaian dan Peperiksaan, 1997
• Memantau, menasihati dan membuat analisis
tentang Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS)
• Mengendalikan semua peperiksaan
Majalah Sekolah dan Bahan Multimedia,
1998
• Penubuhan jawatankuasa penerbitan sekolah
dan pengedaran Majalah Sekolah dan bahan
multimedia
• Kuasa dan fungsi jawatankuasa
• Kelulusan Guru Besar atau pengetua untuk
penerbitan dan pengedaran
IMPLIKASI AKTA PENDIDIKAN 1996
Falsafah Pendidikan Kebangsaan menjadi landasan akta
Sistem pendidikan dimantapkan meliputi semua peringkat
persekolahan
Kedudukan bahasa kebangsaan diperkukuhkan
Peperiksaan yang sama
Pendidikan prasekolahan diperluaskan
Pendidikan teknik dipertingkatkan di sekolah menengah
Pendidikan guru diperkukuh
Pendidikan Khas diberi tumpuan
Mengambil kira kepentingan pendidikan
semua kaum
RUJUKAN
• Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying,
Sharifah Fakhriah, Zuraidah A. Majid
, (2010). Guru Dan Cabaran Semasa
, Oxford Fajar Sdn. Bhd.Selangor
• http://www.schoolmalaysia.com/jps/info/akt
a.htm#top
• http://www.slideshare.net/mum2fahim/epm
-1373-undang-undang-disiplin
• http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/c
omponent/content/article/385-info-ringkas/
5643-kurikulum-alternatif-untuk-murid-isti

You might also like