You are on page 1of 41

HEGEMONI BARAT DAN

GLOBALISASI
Menurut Oxford pada tahun 2003, hegenomi
bermaksud pengaruh dan kekuasaan sesebuah
negara ke atas negara lain. Globalisasi di
dalam bahasa Arab disebut sebagai al-
Aumalah iaitu masdar ( kata terbitan).

Menurut pandangan sesetengah orang, ia


membawa maksud melenapkan dinding dan
jarak antara satu bangsa dengan bangsa yang
lain dan antara satu budaya dengan budaya
yang lain. Bertujuan untuk mendekatkan dan
menyatukan kebudayaaan- kebudayaan dunia.
Ia merupakan terjemahan daripada
perkataan monodialisation iaitu satu
perkataan Perancis yang bermaksud
menjadikan sesuatu mendunia atau
bersifat universal dan tidak terbatas. Ia
juga merupakan terjemahan daripada
perkataan Inggeris globalization. (Yusof
Al- Qardawi, 2001).
Penguasaan Barat ke atas negara- negara
lain di dunia khususnya di negara- Negara
rantau Timur ditandai dengan kemunculan
zaman Reinansans di Eropah pada abad
pertengahan.

Dengan berakhirnya Dark Ages di Eropah


dan bermulalah era kebangkitan warga
Eropah yang antara lain membawa
bangsa- bangsa Eropah mula berlumba -
lumba untuk menjelajah ke dunia Timur.
Hasilnya, dengan penjelajahan tersebut membawa
kepada penjajahan dan penguasaan kuasa- kuasa
Eropah ke atas negara- negara di rantau Timur
termasuk Asia Tenggara,. Kedatangan kuasa
Portugis, Belanda Sepanyol, Inggeris dan juga
Perancis dan Amerika Syarikat ke Asia Tenggara
membuka lembaran baru dalam sejarah peradaban
umat di Asia Tenggara.

Penguasaan kuasa Barat ini diteruskan sehingga


berakhirnya Perang Dunia Kedua pada 1945 dan
era selepas Perang Dunia kedua mula menyaksikan
negara- negara di Asia Tenggara diberikan
kemerdekaan satu demi satu oleh pihak penjajah.
Sejarah penjajahan kuasa Barat yang
panjang mungkin menjadi sebab utama
mengapa tamadun dan pengaruh Barat
dapat bertapak di seluruh dunia.

Era kolonialisme telah mengubah orientasi


pemikiran masyarakat antarabangsa dan
tidak terkecuali umat Islam sehingga
tamadun Barat moden diletakkan sebagai
kemuncak kepada segala pencapaian
dalam tamadun dan peradaban manusia
kini.
Perang dingin antara dua kuasa besar dunia
iaitu Amerika Syarikat dan Soviet Union
selepas Perang Dunia Kedua menyaksikan
negara- negara di Eropah terbahagi kepada
dua blok iaitu blok kapitalisme yang diketuai
oleh Amerika Syarikat dan blok komunisme
diterajui oleh Soviet Union.

Setelah kejatuhan Soviet Union pada tahun


1990, tingallah Amerika Syarikat menjadi
satu- satunya kuasa yang amat dominan dan
melebarkan dominasi dan hegemoninya ke
atas negara- negara lain.
Rentetan daripada itu,pelbagai wacana dan
istilah yang diberikan oleh pihak Barat bagi
menghalalkan segala tindakan ke atas negara-
negara lain. Antara istilah- istilah yang
diperkenalkan ialah The New World Order
(Orde Baru Dunia), global village, globalisasi
dan liberalisasi.
Ini menunjukkan betapa kuasa Barat yang
diungguli oleh Amerika Syarikat telah dan akan
berterusan bertindak untuk menguasai negara-
negara lain dari pelbagai bidang seperti politik,
ekonomi, kebudayaan, pemikiran perundangan
teknologi dan sebagainya.
Mutakhir ini, pengaruh dan kekuasaan
militari mula ditonjolkan terhadap negara-
negara yang tidak sehaluan dengan
kepentingan mereka.Media, Ekonomi,
Politik, Sosial dan Hak Asasi Manusia
merupakan isu- isu globalisasi.
MEDIA
Pertamanya media, penggunaan media elektronik dalam
mengirim dan menerima informasi yang terjadi sekarang
memungkinkan berlakunya globalisasi informasi atau
media. Bermualnya melalui radio dan television dan
kemudiannya jaringan internet. Antara kesan yang timbul
akibat penggunaan radia dan television ialah ruang dan
waktu menjadi kecil, kerana hal- hal yang berlaku di
mana- mana negara sudah dapat diketahui di Malaysia
atau Indonesia pada siaran berita di kedua- dua negara
satu jam sesudak sesuatu peristiwa terjadi.

Para ahli komunikasi menyebutnya sebagai gejala time-


space compression atau menyusutnya ruang dan waktu.
Penggunaan radio dan television, betapa pun luas
jangkaunya ternyata masih dapat diawasi oleh kekuasaan
politik suatu Negara.
Pembatasan tersebut tidak berlaku lagi
pada internet. Kerana hubungan melalui
internet dan e- mail tidak mampu dibatasi
oleh pemerintah manapun. Malah internet
ini memungkinkan pengiriman informasi
atau propagandanya melalui internet
adalah sesiapa sahaja tanpa memerlukan
lesen atau bukti kelulusan apapun.
Barat sebagai Negara yang mendominasi pengunaan
media mempunyai peluang yang luas untuk
menyebarkan berita dan propaganda kepada negara-
negara lain di dunia. Agensi berita yang mereka miliki
menguatkan lagi dominasi kepada laporan berita yang
diutarakan memalui media lebih memihak kepada
kuasa Barat yang juga membantu proses globalisasi.
Dunia juga berhadapan dengan pelbagai penemuan
baru dan terkini dalam teknologi maklumat.

Sesuatu yang menjadi kelebihan dalam bidang ini


oa;ah sifatnya yang tidak bersmepadan dan mampu
menerobos sempadan mana- mana Negara walaupun
disekat, ditapis mahupun dihalang. Inilah yang menjadi
alat yang amat berkesan untuk menglobalisasikan
dunia.
EKONOMI
 
Isu globalisasi yang kedua ialah ekonomi, Isu
ekonomi merupakan di antara bentuk globalisasi
yang paling menonjol dan mendapat perhatian. Ini
kerana kekuatan ekonomi merupakan sesuatu
yang amat penting dan mampu menentukan masa
depan sesuatu Negara.
Ia juga memberikan pengaruh yang amat besar
terhadap politik nasional dan antarabangsa
sehinggakan sebahagian pakar menyatakan
‘globalisasi merupakan kapitalisasi dunia’. Daripada
ini;ah munculnya syarikat- syarikat multinasional
seperti Pepsi, Pizza Hut, Kentucky Fried Chicken,
McDonald, Coco- cola, A & W dan lain- lain lagi.
Syarikat multi nasional yang datang daripada
kuasa- kuasa besar dunia seperti Amerika
Syarikat, United Kingdom dan Jepun telah
mempelopori penguasaan ekonomi Asia.

Pihak Barat telah berusaha membentuk


masyarakat yang lebih terbuka berasaskan
ekonomi kapitalisme dan liberalisme yang
sebenarnya hanya menguntungkan sebelah
pihak sahaja. Malah, negara- Negara
membangun juga disyaratkan melonggarkan
peraturan- peraturan domestik yang sebenarnya
menghalang proses globalisasi ekonomi dalam
erti kata sebenar.
Mereka menggunakan dan
mengeksploitasi sumber- sumber
semulajadi yang kaya di negara- negara
membangun di samping harga pasaran
terikat dengan faktor penawaran dan
permintaan, menyebabkan Barat dapat
memanipulasikan ekonomi dunia.

Institutsi-
institusi seperti IMF, Bank
Dunia dan WTO turut digunakan sebagai
landasan untuk memenuhi kehendak
mereka.
POLITIK
Globalisasipolitik juga telah tersebar luas
ke seluruh dunia dengan kehebatan
penawaran ilmu dan teknologi komunikasi
yang mampu menyebar maklumat secara
meluas. Oleh itu, kita perlu menghadapi
cabaran penyebaran idea-idea dan
fahaman politik yang salah seperti
demokrasi ala Barat,pluralisme dan hak-
hak asasi manusia.
Salah satu isu terpenting dalam dimensi politik
globalisasi ialah fenomena penyalahwilayahan
iaitu satu proses dan tindakan politik yang
melintasi perbatasan wilayah negara. Dalam
melaksanakan kuasa,terdapat penggunaan
pemaksaan dan pemantauan secara sistematik
melalui badan-badan berkuasa seperi
tentera,polis dan sebagainya.

Idea mengenai demokrasi dan hak asasi


manusia dianggap prinsip sejagat yang mesti
diterima oleh seluruh manusia. Penyebaran ini
telah dilakukan oleh Amerika Syarikat.
Kemerdekaan sesebuah negara pada masa kini
tidak mempunyai makna yang besar selain
daripada tampuk pemerintahan diserahkan
kepada masyarakat tempatan. Namun hari
ini,politik antarabangsa didominasi sepenuhnya
oleh beberapa buah negara kuasa besar yang
secara tidak langsung telah menggambarkan
dominasi dunia Barat.

Amerika pada hari ini telah mendominasi Majlis


Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu
dengan kuasa vetonya bersama-sama dengan
Rusia, United Kingdom dan Perancis telah
campur tangan dalam politik dalaman Iraq.
Boleh dikatakan dalam hampir semua
persengketaan wilayah dan antarabangsa sama
ada di Somalia, Bosnia-Herzegovina, Palestin,
Kashmir, Iraq dan lain-lain. Amerika Syarikat
telah terlibat secara langsung dengan
menggambarkan diri mereka sebagai polis dunia.

Kedudukan Amerika Syarikat sebagai sebuah


kuasa besar dunia tidak boleh ditandingi
disebabkan kekuatan ketenteraan dan
militarinya. Setelah berakhirnya Perang Dingin
dan dengan kejatuhan Soviet Union, Amerika
Syarikat telah muncul satu-satunya kuasa besar
yang tidak boleh ditandingi.
 

SOSIAL

 


Sosial adalah satu perkataan yang dipinjam daripada
bahasa Inggeris iaitu social. Terdapat dua makna umum
bagi penggunaan biasa perkataan sosial Inggeris iaitu
Socialable yang bermaksud seseorang yang cuba berbuat
baik dan berkawan dengan sesiapa sahaja tetapi bagi
mayarakat melayu mereka menganggap orang yang
sosial tidak baik kerana melampaui batas-batas
kebudayaan masyarakat Melayu yang tidak sukakan

keterlaluan terutamanya apabila bergaul dengan orang
asing dan juga yang berlainan jantina.
Penggunaan biasa yang kedua perkattan
sosial dalam bahasa Inggeris bermaksud
sesuatu yang berkaitan dengan masyarakat
manusia. Sosiologi adalah satu bidang
pengajian yang cuba mengkaji tentang
manusia secara sains.

AhliSosiologi berpendapat bahawa hukum


umum boleh diperoleh dengan kajian sains
yang berbentuk impirikal dan kuantitatif.
Setelah hukum-hukum diperoleh ia
digunakan untuk menyelesaikan masalah-
masalh masyarakat Barat.
Semua komponen dalam sesebuah kajian
sosiologi boleh disukat secara kuantitatif
bukan kualitatif. Sosiologi masyarakat
merupakan salah satu komponen yang
penting.

Mengikut kaedah sains penyelidikan


sosiologi, kumpulan manusia yang dikaji
akan diasingkan daripada kumpulan
manusia lain menggunakan sempadan
yang ditetapkan oleh pengkaji.
Apabila membuat kajian terhadap
masyarakat, ahli sosiologi membahagikan
masyarakat kepada kumpulan yang lebih
kecil untuk mempermudahkan kajian
dilakukan. Unit kumpulan yang paling kecil
dalam bidang ini ialah keluarga.

Perbandingan antara keluarga manusia


sedunia dilakukan oleh ahli Antropologi
Sosial. Bidang ini merupakan satu
perkembangan daripada bidang Sosiologi yg
menggunakan teori Sosiologi untuk mengkaji
dan membandingkan masyarakat sedunia.
Perkataan sosial dianggap sebagai
sesuatu yang mengekalkan sesuatu
kumpulan manusia.

Sesetengah ahli Sosiologi menganggap


komponen yang mengekalkan sesuatu
kumpulan manusia digelar sebagai sosial
Institusi sosial merupakan manifestasi
fizikal komponen sosial dan dianggap
sebagai fakta sosial oleh ahli sosiologi
Perancis, Emile Duerkheim.
Terdapat dua jenis institusi sosial dalam
masyarakat manusia, iaitu yang formal
dan yang tidak formal. Institusi formal
merujuk kpd sesuatu yang didirikan oleh
masyarakat dengan sengaja dan berfungsi
dalam masyarakat secara nyata.
Contohnya sekolah dan polis. Institusi
tidak formal merujuk kepada sesuatu
yang tidak didirikan oleh masyarakat dan
berfungsi dalam masyarakat secara tidak
nyata. Contohnya kumpulan kawan-
kawan di kampong.
Matlamat institusi sosial adalah untuk
menguruskan perjalanan seharian sesuatu
masyarkat. Ada juga institusi sosial
bertujuan untuk membentuk dan
melahirkan masyarakat yang memahami
dan mengikut nilai-nilai.
Hak Asasi Manusia
 Islam menyediakan pelbagai hak asasi
yang mutlak kepada setiap individu
manusia di dunia ini. Antaranya hak
hidup, hak kebebasan, hak kehormatan,
hak persamaan dan hak milik. Jaminan
meliputi nyawa, agama, harta,
kehormatan dan akal yang terkandung
dalam matlamat pensyariatan Islam
membawa kepada pengiktirafan hak-hak
asasi manusia.
Islam tidak bersikap menentang atau
memusuhi kaum dan bangsa sebaliknya
memberi pengiktirafan kepada perbezaan
kepercayaan yang dianuti mereka. Ini
terbukti langkah-langkah awal untuk
menginstitusikan hak asasi manusia yang
boleh dilihat daripada Perlembagaan
(Piagam) Madinah yang dibentuk oleh
Nabi Muhammad s.a.w.
Sumber hak asasi manusia dalam Islam
adalah Al-Quran dan diikuti al-Sunnah.
Antaranya ialah sejumlah lebih 10
daripada ayat tersebut melarang paksaan
yang membawa kepada jaminan hak
kebebasan berfikir dan menganut agama.
Terdapat juga 320 ayat al-Quran yang
menjamin keadilan dan mengaplikasikan
tindakan secara adil serta menolak
kezaliman.
Selain itu, terdapat 20 ayat al-Quran yang
menegaskan tentang kehormatan dan
kemuliaan manusia serta 150 ayat al-
Quran mengenai manusia dan proses
kejadiannya termasuklah tentang
persamaannya berasaskan persamaan
faktor-faktor asas kejadian manusia.
Antara jenis hak asasi manusia menurut
Islam ialah hak hidup. Hidup merupakan
hak dalam kemasyarakatn yang dimiliki
oleh setiap manusia. Tiap-tiap perkara
yang membawa keselamatan tubuh badan
dan tiap-tiap perkara yang boleh
memelihara kehidupan hukumnya wajib.
Tiap-tiap perkara yang boleh merosakkan
tubuh badan, mengancam nyawa adalah
haram manakala setiap perkara yang
boleh mengelakkan diri daripada mati
hukumnya harus. Langkah hukum bunuh
hanya boleh dilakukan oleh mahkamah
malah ketika perang, hak menghukum
bunuh diletakkan di atas tanggungjawab
pemerintah.
 Jasmani dan rohani seseorang adalah
dilindungi oleh syarak semasa hidup dan
semasa mati.
Jenis hak asasi manusia selain hak hidup
ialah hak kebebasan. Islam menetapkan
hak kebebasan yang sesuai baginya.
Manusia tidak diberi kebebasan mutlak
tanpa batasan kerana ia dipengaruhi oleh
hawa nafsu. Terdapat dua kategori hak
dan kebebasan yang diberikan kepada
manusia iaitu hak Allah dan hak dan
kebebasan manusia.
Hak Allah ialah kebebasan yang ada
kaitannya dengan hak Allah iaitu kebebasan
manusia daripada sebarang bentuk
pengabdian diri selain Allah s.w.t. atau
pentauhidan Allah itu sendiri. Hak dan
kebebasan manusia ini meliputi segala aspek
kehidupan selagi ia tidak bercanggah dengan
syariat Islam.

Kebebasan tersebut termasuklah kebebasan


bergerak, kebebasan bersuara dan berfikir
selain kebebasan berpersatuan dan
kebebasan beragama.
Hak kehormatan dan maruah juga
merupakan jenis hak asasi manusia.
Dalam Islam, hak kehormatan atau
maruah ini hendaklah dikawal. Setiap
orang tidak boleh menghina orang lain
walaupun berbeza agama, keturunan dan
bangsa. Kayu ukur perbezaan kita di
hadapan Allah hanyalah taqwa dan iman.
Islam juga menghendaki manusia
memelihara keturunan dengan
menentukan undang-undang dan
peraturan yang harus diikuti dalam
membina rumahtangga. Ia bertujuan
untuk menentukan kesinambungan zuriat
manusia terbina dengan ikatan yang sah.
Oleh itu, Allah mengharamkan zina dan
perlakuan hubungan sejenis yang boleh
meruntuhkan insitusi keluarga.
Seterusnya ialah hak persamaan. Manusia
tidak ada bezanya di antara satu sama
lain dalam penilaian Allah. Hak persamaan
pada umumnya boleh dibahagikan kepada
dua bahagian iaitu huququllah (hak Allah)
dan huququl’ibad (hak manusia).
Huququllah adalah berteraskan aqidah
dan ia adalah ikatan langsung antara Allah
dengan hambanya dalam ibadat khusus
seperti sembanhyang, puasa, zakat dan
haji.
Dalam menjaga hubungan sesama
manusia pula, Islam meletakkan
peraturan dalam segala aspek antaranya
dalam jenayah, mua’malat, harat,
perkahwinan dan lain-lain. Hak
persamaan dalam politik apabila setiap
orang adalah mendapat hak yang sama
sebagai rakyat
Terdapat juga taraf yang membezakan antara
seseorang dalam masyarakat seperti ilmu
pengetahuan, kemahiran, umur dan lain-lain.

Hak milik merupakan jenis hak asasi manusia


yang terakhir. Hak milik adalah fitrah bagi
setiap manusia. Hak milik dalam Islam
terbahagi kepada tiga iaitu hak milik Allah,
hak milik khusus (peribadi) dan hak milik
umum. Hak milik Allah membawa maksud
Allah adalah pemilik mutlak ke atas alam
dunia dan segala yang ada di dalamnya.
Hak milik khusus (peribadi) pula ialah Islam
mengakui hak individu dan menempatkan
hak ini di tempat yang paling sesuai dengan
fitrah manusia. Syariat melarang mencabuli
hak terhadap pemilikan harta seperti
mencuri dan merompak manakala hak milik
umum ialah harta yang tidak boleh menjadi
hak milik individu bahkan ia adalah milik
ramai yang diawasi oleh pihak berkuasa.

Antaranya ialah barang yang disediakan oleh


kerajaan seperti jalan raya, ladang yang
tidak bertuan dan lain-lain.
Rumusan

Setiap manusia diberi hak kebebasan walau di mana


berada. Dalam kehidupan bermasyarakat, setiap individu
mesti akur kepada norma-norma dan peraturan-peraturan
yang mengatur dan menyusun hubungan antara anggota
masyarakat.

Masyarakat akan menjadi kucar-kacir dan tidak tersusun


sekiranya setiap orang menuntut hak kebebasan asasinya
tanpa melihat hak kebebasan orang lain. Seharusnya kita
meletakkan kesejahteraan sejagat yang merupakan fitrah
manusia tanpa mengira batas dan sempadan negara, usia,
agama, bangsa dan kedudukan.
 
 

You might also like