You are on page 1of 3

Pengenalan Pensejarahan

Malaysia
Hifzhan Hidayat
(Tutorial minggu 2)
SJHK3033
Muhammad Yusoff Hashim (1988) telah membahagikan permasalahan anakronisme
dalam pensejarahan Melayu tradisional kepada tiga jenis.

Anakronisme pada sebuah karya yang sama

• Dalam Sejarah Melayu versi R.O Winstedt, pengarang menyebut bahawa Sultan yang
berhasrat untuk meminangi Puteri Gunung Ledang ialah Sultan Mansur Syah
• Sebaliknya dalam Sejarah Melayu versi Shellabear mengatakan bahawa Sultan yang
berhasrat meminangi Puteri Gunung Ledang itu ialah Sultan Mahmud Syah.
• Berlaku kesalahan dalam konsep masa dan pertentangan fakta sejarah melalui
kedua-dua teks kerana kedua-dua Sultan tersebut merupakan dua individu yang
berbeza.
Anakronisme pada membandingkan dua teks
sejarah berlainan dalam peristiwa yang sama

 Terdapat percanggahan antara buku teks Bustanus Salatin dan Hikayat Sultan
Acheh Marhum.
 Percanggahan berlaku dimana peristiwa yang telah lama berlaku digambarkan
sebagai berlaku kemudian, sementara itu, perkara yang baru berlaku dianggap
berlaku lebih awal.

Anakronisme dengan membandingkan sebuah


sumber sejarah dengan sumber sezaman yang lain

 Dalam Sejarah Melayu, pengarang menyebut perkahwinan Sultan Mansur


Syah dengan anak Bentara Majapahit, Puteri Raden Galoh Cendera
Kirana.
 Dalam Teks tersebut juga dikhabarkan tentang Mankubumi Majapahit
yang mahsyur, Pateh Gdjah mada yang turut berada dalam majlis
perkahwinan tersebut.
 Satu bentuk Anakronisme berlaku kerana Sultan Mansur Syah
memerintah Melaka pada tahun 1459-1477 sedangkan mengikut babad
Jawa, Pateh Gadjah Mada mangkat pada tahun 1365

You might also like