You are on page 1of 27

Kuliah 6:

Pembangunan Dasar
Bahasa Kebangsaan

Prof. Dr. Zamri Mahamod


1.0 PENGENALAN
 Masalah yang dihadapi oleh negara berbilang bangsa dan
bahasa seperti Malaysia ialah masalah menentukan bahasa
bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi kerajaan atau
negara.
 Ini bukan sahaja merupakan masalah ideologi yang berkait
dengan soal nasionalisme, perpaduan bangsa dan jati diri
negara tetapi juga masalah pragmatisme, yakni masalah
fungsi bahasa itu sebagai alat pembangunan negara.
 Bahasa Melayu untuk menggantikan bahasa Inggeris
sebagai bahasa rasmi negara yang merdeka selepas tahun
1957 di samping mengangkat tarafnya menjadi bahasa
kebangsaan yang diharap akan berfungsi sebagai bahasa
komunikasi luas dalam masyarakat pelbagai kaum dan
bahasa.
Penggunaan bahasa Melayu sebagai alat
perpaduan sering dilaungkan oleh kerajaan
dan juga badan-badan bukan kerajaan.
Pada pendapat anda, kenapakah perkara ini
penting dalam kehidupan masyarakat
majmuk di Malaysia?
1.1 Langkah sebelum Bahasa melayu
dijadikan sebagai bahasa rasmi
Setahun sebelum kemerdekaan, jawatankuasa
Pelajaran Razak 1956 menetapkan bahasa melayu
sebagai bahasa penghantar utama dalam pendidikan.
Pada tahun sama,kerajaan menubuhkan Dewan
Bahasa dan pustaka sebagai persiapan menjadikan
bahasa Melayu wahana komunikasi yang berkesan
dalam pelaksanaan jentera pentadbiran negara,dalam
undang-undang dan kehakiman,pendidikan dan sektor
yang lain.
Menubuhkan institusi bahasa sebagai langkah
persiapan tenaga pengajar bahasa Melayu untuk
mendidik generasi yang akan datang
1.11 PEMBANGUNAN AKTA
BAHASA KEBANGSAAN
 Akta bahasa digubal bagi memberi garis panduan
tentang bagaimana bahasa kebangsaan itu harus
digunakan.
 Laporan Razak 1956 menggariskan pelaksanaan
sistem pendidikan di Malaysia yang menjadikan
bahasa Melayu bahasa pengantar di sekolah dan
bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua penting.
Namun pelaksanaan sepenuhnya berlaku pada
tahun 1970.
 Laporan Razak memberi garis panduan sistem
pendidikan di Malaysia yang menjamin penggunaan
bahasa-bahasa lain sebagai bahasa pengantar
sekolah rendah.

 Bahasa kebangsaan wajib dipelajari oleh semua


murid bukan Melayu dan murid-murid Melayu
mempelajari bahasa Melayu.

 Kurikulum kedua-dua mata pelajaran ini berbeza.


 Penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa
rasmi dilaksanakan secara berperingkat.
 Pelaksanaan bahasa kebangsaan di sektor
swasta tidak serata. Walaupun peraturan ada
tetapi penguatkuasaannya agak lemah.
 Bahasa Melayu yang dijadikan sebagai Bahasa
Kebangsaan dan Bahasa Rasmi negaraMalaysia,
mempunyai sejarah silam (historicity), daya hidup
(vitality), serta autonomi(autonomy) dan kelompok
masyarakatnya (Ethnicity) yang tersendiri.
 Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu telah tumbuh dan
berkembang pesat seiring dengan kepesatan
pembangunan negara khususnya dalam bidang
pendidikan.
 Bahasa melayu juga sebagai bahasa penghantar utama
dalam sistem pendidikan negara dapat dipertahankan
dandiperkembangkan berdasarkan pelbagai akta dan
laporan bermula daripada Penyata Razak(1956),
Laporan Rahman Talib (1960), Akta Pelajaran (1961),
Akta Bahasa Kebangsaan(1963 serta pindaan 1967) dan
(1990), Laporan Jawatan Kuasa Kabinet Mengkaji
DasarPelajaran (1979), dan Akta Pendidikan (1966). 
Akta Bahasa
Penyata
Kebangsaan
Razak(1956)
(1963)
(1967)

Pi
n
d
a
a
n
(1
9
9
0)

05/08/2021 9
1.2 BAHASA
KEBANGSAAN
 Bahasa yang dapat memperlihatkan identiti
nasional dan lambang bagi sesuatu bangsa
atau negara
 Digunakan untuk tujuan politik dan
komunikasi rasmi
 Mempunyai kaitan rapat dengan sejarah
bangsa dan negara itu
1.21 FUNGSI BAHASA
KEBANGSAAN
oMenyerlahkan lambang inspirasi dan
semangat kebangsaan dan kemerdekaan
oSebagai alat perhubungan
oMenghasilkan satu kumpulan besar
masyarakat yang mempunyai pandangan
hidup yang hampir sama
oMengharmonikan rakyat melalui penggunaan
satu bahasa yang sama dalam pendidikan
oMenyatupadukan rakyat yang berbilang
bangsa dan keturunan
Selepas mencapai kemerdekaan,
bahasa Melayu telah menggantikan
bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi
tunggal di Malaysia.
Bahasa Melayu sebagai bahasa
perbahasan di Parlimen dan Dewan
Undangan Negeri
Bahasa Melayu telah digunakan
secara luas
Contohnya dalam bidang pentadbiran
undang-undang ,kehakiman ,dan
mahkamah
1.3 AKTA DAN DASAR
BAHASA KEBANGSAAN
 Akta Bahasa Kebangsaan (ABK) 1961 dan 1963
bertujuan merealisasikan Perkara 152 (1)
perlembagaan negara yang memperuntukkan
Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara dalam
segala urusan awam.
 Perkara ini selaras dengan berfokuskan isu
perpaduan pasca-penubuhan Malaysia, terutama
bagi maksud integrasi Semenanjung dengan Sabah
dan Sarawak.
 Dasar Bahasa Kebangsaan disediakan bagi
menyokong matlamat pembangunan negara yang
meletakkan perpaduan sebagai jaminan
kejayaannya.
Dasar Bahasa Kebangsaan
Dilaksanakan berasaskan undang undang
negara,iaitu Perlembagaan Persekutuan
(Perkara 152)dan Akta Bahasa
Kebangsaan,sementara Akta Pendidikan
(mulanya Akta Pelajaran 1961 dan kemudian
Akta Pendidikan 1996) berkaitan dengan
pelaksanaan bahasa Melayu sebagai bahasa
penghantar utama sistem pendidikan
negara .
1.4 Perlembagaan Persekutuan Perkara
152
• Pemimpin menetapkan semua keturunan
rakyat Malaysia harus mengakui bahasa
Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa
kebangsaan sejak kemerdekaan 1957.
• Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa
rasmi dan kebangsaan menjadi satu asas
kontrak sosial antara penduduk Malaysia
berketurunan Melayu dengan penduduk
berketurunan lain
• Menjadikan satu asas pembinaan negara
Bahasa Melayu telah dipilih sebagai bahasa
rasmi dan bahasa kebangsaan negara
Malaysia melalui Akta Bahasa Kebangsaan
1963 yang mula berkuat kuasa pada April
1963
Akta ini mengandungi 3 seksyen yang
meliputi aspek-aspek tulisan,bentuk angka
dan bahasa yang digunakan dalam borang
rasmi kerajaan
PERKARA 152 PERLEMBAGAAN
PERSEKUTUAN
 “Bahasa Kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah
ditulis dengan apa-apa tulisan sebagaimana yang
diperuntukkan dengan undang-undang oleh Parlimen.
Dengan syarat bahawa:

a. Tiada sesiapa pun boleh dilarang atau ditahan daripada


menggunakan (bagi apa-apa maksud, lain daripada
maksud rasmi), atau daripada mengajar atau belajar
apa-apa bahasa lain; dan
b. Tiada apa-apa jua dalam Fasal ini boleh menyentuh hak
Kerajaan Persekutuan atau mana-mana hak Kerajaan
Negeri bagi memelihara dan meneruskan penggunaan
dan pengajian bahasa mana-mana kaum lain dalam
Persekutuan.”
Seksyen 8 Akta Bahasa
Kebangsaan dipinda (Jun1991)

o Pada tahun 1990, Bahasa Malaysia mula digunakan di


mahkamah(Bahasa undang-undang). Memang agak
pelik jika kita berpeluang mendengar perbicaraan kes
di mahkamah menggunakan Bahasa Malaysia tetapi
adalah satu kejayaan mendaulatkan Bahasa Malaysia
sebagai bahasa rasmi dan bahasa pengantar utama.
o Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa
makhamah dinaikkkan selepas akta ini wujud.
1.5 Bahasa Melayu sebagai Bahas
rasmi
Akta Bahasa Kebangsaan 1967 telah
melaksanakan Bahasa Kebangsaan sebagai
bahasa rasmi tunggal negara ini.
Pada awal tahun 2004,Dewan Bahasa dan
Pustaka mencadangkan bahasa Melayu
dijadikan sebagai bahasa rasmi ASEAN
memandangkan lebih separuh penduduk di
ASEAN mampu bertutur bahasa Melayu
tetapi perkara masih pada tahap
perbincangan.
DASAR BAHASA RASMI
 Bahasa yang digunakan bagi tujuan urusan
kerajaan dan pentadbiran negara.
 Bahasa rasmi menjadi bahasa negara, bahasa
pemerintah, dan bahasa undang-undang.
 Apa jua suasana rasmi, hendaklah menggunakan
bahasa rasmi seperti penggubalan undang-undang,
pendidikan, pengurusan, dan pentadbiran negara,
pelaksanaan keadilan, dan sebagainya.
1.51 FUNGSI BAHASA RASMI
 Bahasa bagi semua urusan
i) pentadbiran dan pengurusan dalam sektor awam,
termasuk kerajaan persekutuan, kerajaan negeri,
pihak berkuasa tempatan dan badan berkanun

ii) komunikasi antara sesama jabatan sektor awam


FUNGSI BAHASA RASMI

iii) Komunikasi antara jabatan sektor awam dengan


orang ramai. (sama fungsi dengan Bahasa
Kebangsaan, [perenggan 2 (iii) (b)])

iv) Bahasa bagi semua urusan dan komunikasi antara


jabatan sektor awam dengan swasta ( sama
fungsi dengan fungsi Bahasa Kebangsaan
[perenggan 2 (iii) (c)] )
1.6 KEDUDUKAN DAN TARAF
BAHASA KEBANGSAAN
 Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan
 Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67
 Akta Pendidikan (asalnya Akta Pelajaran 1961)
 Sistem ejaan baru Bahasa Malaysia yang ada sekarang
telah mula digunakan secara rasmi mulai 16 Ogos 1972.
 Malaysia telah menyertai Majlis Bahasa Brunei-
Indonesia-Malaysia (MABBIM).Melalui majlis ini,
matlamat ketiga-tiga buah negara ini adalah sama iaitu
untuk mendaulat, menyebar dan mengangkat martabat
bahasa Melayu sebagai bahasa peradaban yang tinggi
bukan sahaja di rantau malah di peringkat dunia.
Peristilahan bahasa Melayu dibuat secara berterusan
dan mantap meliputi semua bidang.
1.7 MASALAH DALAM
PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

05/08/2021 24
1.8 LANGKAH MEMPERKASA
BAHASA MELAYU
 Untuk memastikan bahawa taraf Bahasa
Melayu sebagai bahasa rasmi negara, bahasa
pendidikan tinggi, bahasa kemajuan negara
dan perpaduan yang sudah mantap itu tidak
merosot ke taraf lama (sebelum
Kemerdekaan) dan untuk mengelak
berlakunya krisis dasar bahasa sehingga
boleh menjejaskan perpaduan kaum dan
kemajuan negara,Beberapa langkah
mengatasi perlu dilaksanakan antaranya
seperti berikut:
Penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan dan bahasa rasmi negara hendaklah
dilaksanakan dengan tegas dalam semua bidang

Arahan atau seruan supaya BI digunakan untuk


mengajarkan "kurus-kursus sains dan teknologi
tertentu" di universiti awam hendaklah ditarik
balik.

Pemimpin Melayu menegaskan tentang pentingnya


Bahasa Melayu sebagai alat pembangunan negara
dalam konteks Wawasan 2020.

Tujuan belajar BI sebagai bahasa kedua mesti jelas. Peranan dan


pentingnya bahasa kedua tidak boleh disamakan dengan peranan
dan pentingnya bahasa pertama (BAHASA MELAYU) sebagai alat
pembangunan negara dan pembentuk jati diri bangsa.

Kerajaan hendaklah memupuk


penggunaan Bahasa Melayu di dalam
sektor swasta
TERIMA KASIH.

You might also like