You are on page 1of 23

VARIASI BAHASA

MAKSUD:
perbezaan bentuk-bentuk bahasa
KEGUNAAN:
untuk maksud yang sama berdasarkan
situasi tertentu

MENGAPA ADA VARIASI BAHASA?


dialek daerah
• perbezaan bahasa pengguna
berdasarkan daerah
atau
• perbezaan bahasa pengguna
berdasarkan faktor geografi

Apakah sebab lain?


idiolek
perbezaan sebutan antara
individu dengan individu
yang lain

Apakah istilah isoglos pula?


Isoglos
isoglos juga dinamakan garis sempadan
linguistik

MAKSUD:
garis pemisah antara satu dialek dengan dialek
yang lain dalam satu bahasa

Contoh: Dialek Terengganu dengan


Kelantan

Apakah pula maksud dialek sosial?


dialek sosial
MAKSUD:
bahasa yang terhasil berdasarkan aspek
penggunaan

Contoh: bahasa baku, bahasa formal, bahasa


tidak formal, bahasa halus, bahasa kasar,
bahasa istana, bahasa pasar dan bahasa slanga

Apa pula maksud dialek?


Dialek
ialah kelainan bahasa yang berbeza dari
segi sebutan, kosa kata dan tatabahasa
daripada bahasa baku yang digunakan
secara tidak rasmi dalam perhubungan
kekeluargaan dan perhubungan harian

Apakah maksud bahasa baku?


Bahasa baku (bahasa standard)
• ialah kelainan bahasa yang diterima oleh anggota
komuniti bahasa yang digunakan sebagai satu
bahasa perhubungan oleh penutur pelbagai dialek.

• berkait dengan golongan berpendidikan tinggi dalam


masyarakat yang digunakan dalam urusan rasmi
sebagai bahasa rasmi negara dan bahasa
persuratan.

Apakah perbezaan antara bahasa baku dengan dialek?


Bezanya
Baku Dialek
•Tujuan rasmi •Tujuan tidak rasmi
•Tiada penutur asli •Ada penutur asli
•Patuhi peraturan tatabahasa •Tidak patuh peraturan tatabahasa
•Formal •Tidak mementingkan tatabahasa
•Pelbagai aras •Banyak guna istilah daerah
•Fonemik •Sebutan tidak tepat atau tidak ikut
•Alami perancangan ejaan
•Perkataan lengkap, tepat •Guna unsur kependekan kata
•Tiada singkatan •Dalam lisan
•Bahasa tersusun •Sistem sapaan berbeza
•Penekanan tentang ketepatan
•Kejelasan makna
Dialek Daerah (Loghat Daerah)
• Dialek Utara – Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak Utara
• Dialek Perak – Perak Tengah
• Dialek Kelantan – Kelantan dan kawasan sempadan Pahang
dan Terengganu
• Dialek Terengganu – di negeri Terengganu
• Pahang – di negeri Pahang
• Dialek Selatan – Perak Selatan, Selangor, Melaka dan Johor
• Dialek Negeri Sembilan – di negeri Sembilan
• Dialek Sabah – tertumpu di Pulau Labuan dan sekitar Beaufort
• Dialek Sarawak – Bahagian Pertama, khususnya di Kuching
dan Pantai Utara serta kawasan Miri, Bintulu dan Sibu

Apakah kategori dialek sosial?


Kategori Dialek Sosial
1. Bahasa Pasar
2. Bahasa Slanga

Bahasa Pasar ialah bentuk bahasa


campuran yang berkait dengan bahasa
pijin, iaitu bahasa yang dipermudah
untuk proses komunikasi

Apakah antara contoh bahasa pasar?


contoh
a. Kita orang ada satu kereta, baik punya.
Banyak cantik. Kalu suka esok boleh mari
tengok.
b. Itula, lu tatak mau ikut gua pindah. Sikalang
sutat susah.

Kita bicarakan pula bahasa slanga


bahasa slanga / bahasa kutu /
bahasa rocker
- bahasa yang dipertuturkan golongan tertentu, khususnya
remaja
Ciri-ciri: tidak rasmi, tidak baku, tidak kekal, istilah pupus
setelah beberapa waktu, variasi rendah taraf daripada
bahasa standard, kosa kata ada makna sendiri yang
difahami golongan tertentu

Contoh: awek, cun, poyo, tangkap relaks dan bro

Apakah bahasa formal (bahasa terkawal)?


Bahasa formal
ialah bahasa yang digunakan dalam situasi rasmi.

Ciri-ciri: teratur, lengkap, patuhi peraturan sebutan,


tatabahasa, imbuhan, binaan serta susunan ayat dan
perkataan, tidak mengandung kesalahan bahasa dan
disampaikan dengan tepat, jelas dan berkesan, sama
ada menerusi tulisan mahupun lisan

Apakah yang disebut sebagai bahasa tidak formal?


Bahasa tidak formal
ialah bahasa bebas yang tidak
mementingkan peraturan bahasa, selain
terdapat percampuran kod.
Contoh: Sorrylah sayang, I tak nampak u
semalam.

Apakah perbezaan antara bahasa formal


dengan bahasa mesra?
Umumnya bahasa mesra
berbentuk lisan
atas alasan digunakan orang yang ada hubungan rapat yang mesra
antara satu sama lain
Ciri-ciri:
a. Penggunaan kata ganti nama:
Siti nak ikut Milah tadi tapi ibu tak bagi.
b. Penggunaan kata gelaran tidak lengkap:
Kak cik nak ke mana?
c. Penggunaan unsur kependekan dan percampuran kod:
Kau tak pergi sekolah, Din? Dah siang ni.
d. Penggunaan unsur partikel –lah
Dahlah tu. Janganlah ingatkan orang yang dah tak nak kat
awak.

Apakah yang perlu anda fahami tentang bahasa halus?


Bahasa halus
ialah bahasa yang digunakan secara beradat dan
bersopan santun serta menggunakan segala strategi
untuk melunak dan memaniskan percakapan.

Mengapakah anda menggunakan bahasa halus?


- menghormati dan menjaga perasaan orang yang
dilawan bercakap
- mewujudkan kemesraan dalam perhubungan

Apakah pula bahasa kasar?


Bahasa kasar / bahasa kesat
ialah bahasa yang tidak sopan dan kurang
beradab dalam pertuturan.

Apakah contoh bahasa kasar dan bahasa


kiasan pemanis?
KASAR KIASAN PEMANIS

kencing ke sungai kecil


berak ke sungai besar
mengandung berbadan dua
menguburkan mengebumikan
mati menghembuskan nafas
terakhir
suami bapa budak ni
isteri orang rumah
Bahasa Istana
- bahasa dalam
- bahasa halus
- bahasa diraja yang digunakan khusus dalam
perhubungan kebahasaan dalam golongan
diraja atau perhubungan rakyat dengan mereka
- digunakan secara bersopan santun dan penuh
beradab, sama ada dalam situasi formal
ataupun tidak formal

Apakah lima aspek dalam penggunaan bahasa


istana?
• Penggunaan Kata Nama Diri Orang
KGNDO RAJA RAKYAT

Pertama Beta Patik,


Hamba
Kedua Tuanku Tuan
hamba
Ketiga Baginda
• Penggunaan gelaran

Raja: Perak dan Selangor

Tunku / Ungku: Johor, Kedah dan


Negeri Sembilan

Tengku: Kelantan, Pahang dan


Terengganu
• Perbendaharaan kata leksis

Bahasa Istana Bahasa Biasa


Santap ?
Bersiram ?
Bersemayam ?
Titah ?
Murka ?
Mangkat ?
• Pemulukan (menyanjung atau meletakkan
baginda pada taraf yang tinggi)
Contoh: Duli Yang diPertuan

• Pendinaan (merendah-rendahkan diri apabila


bertutur dengan raja)
Contoh: patik pacal yang hina, patik
merafakkan sembah, ampun
tuanku beribu-ribu ampun

SEKIAN

You might also like