You are on page 1of 28

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA, SHAH ALAM

IJAZAH SARJANA MUDA PENGAJIAN BAHASA GUNAAN (KEPUJIAN)

BAHASA MELAYU KOMUNIKASI PROFESIONAL

BAHASA MELAYU KHUSUS (BMP456)

TUGASAN ANALISIS TEKS BERTULIS (30%)

ANALISIS LARAS SAINS BERDASARKAN PENDEKATAN URE DAN ELLIS

(1977)

DITULIS OLEH:

AMYLIN FARAH BINTI ABDULLAH SANI

NAMA PENSYARAH:

PUAN NURUL AFNIEZA BINTI MD ZAIN


ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN 1-4

2.0 ANALISIS KAJIAN 5

2.1 CIRI-CIRI KEPERIHALAN 5

2.1.1 SITUASI LUARAN 5

2.1.2 SITUASI PERSEKITARAN 5-7

i) CARA PENYAMPAIAN

ii) HUBUNGAN SOSIAL DAN PERIBADI

iii) BAHAN YANG DIPERKATAKAN

iv) FUNGSI SOSIAL PERLAKUAN BAHASA

2.2 CIRI-CIRI LINGUISTIK 7

2.2.1 ASPEK ISTILAH 7-11

i) ISTILAH UMUM

ii) ISTILAH KHUSUS

2.2.2 ASPEK AYAT 11-21

i) BENTUK AYAT

ii) JENIS AYAT

iii) SUSUNAN AYAT

iv) RAGAM AYAT

v) BINAAN AYAT

2.2.3 ASPEK KETENUNAN 21-22

3.0 KESIMPULAN 23

RUJUKAN 24-25

LAMPIRAN 26-27
1.0 PENGENALAN

Laras bahasa didefinisikan sebagai gaya atau cara pengunaan sesuatu bahasa.

Sesuatu bahasa bagi Nik safiah Karim (1982) bermaksud variasi bahasa yang

dipilih daripada sekumpulan variasi yang ada pada tiap-tiap penutur. Laras

bahasa ini wujud akibat daripada wujudnya penggunaan-penggunaan yang

berbeza-beza mengikut peringkat sosial dan konteks sesuatu bidang. Tokoh lain

iaitu Asmah Hj. Omar (1984) turut memberi pandangannya terhadap laras

bahasa. Beliau menyatakan bahawa laras bahasa ialah kelainan bahasa yang

digunakan mengikut bidang, seperti bidang ilmu dan bidang sosial. Menurutnya

lagi, bahasa yang digunakan dalam bidang ilmu tertentu memperlihatkan

beberapa perbezaan daripada bahasa yang digunakan dalam ilmu yang lain.

Konsep beliau ini tidak kurang dan tidak lebih dengan pendapat tokoh Nik Safiah

Karim.

Kajian ini telah memilih pendekatan Ure & Ellis (1977) agar dapat

menganalisis ciri-ciri laras yang berkaitan. Menurut Ure & Ellis, fokus utama

dalam sesuatu laras adalah dengan melihat kepentingan peristiwa bahasa.

Ciri-ciri bahasa yang dikemukakan oleh mereka antaranya ialah ciri keperihalan

sesuatu peristiwa bahasa dan ciri linguistik. Untuk ciri keperihalan sesuatu

bahasa dipecahkan lagi kepada dua ciri iaitu situasi luaran dan situasi

persekitaran. Bagi situasi luaran ia merujuk kepada latar belakang sosial dan ciri

kebudayaan sesuatu masyarakat bahasa itu sendiri yang merangkumi struktur

sosial dan juga keseluruhan cara hidup yang memperlihatkan

perlakuan-perlakuan warga masyarakat itu sendiri. Tamsilnya, penggunaan laras

bahasa sains yang muncul daripada perkataan sintetik, atom karbon dan molekul

etena.
Di samping itu, ciri yang diperkatakan oleh Ure & Ellis ialah situasi

persekitaran. Ciri ini difahamkan sebagai ciri yang mencakupi aspek-aspek yang

terlibat secara langsung dalam penggunaan bahasa. Menurut mereka, terdapat

empat aspek yang menyebabkan wujudnya laras bahasa yang berbeza iaitu dari

segi cara penyampaian, hubungan sosial dan peribadi, bahan yang diperkatakan

dan fungsi sosial perlakuan bahasa. Cara penyampaian dapat didefinisikan

sebagai bentuk komunikasi yang digunakan. Misalnya jenis-jenis bahasa yang

digunakan seseorang itu sama ada secara lisan, tulisan mahupun isyarat. Namun

begitu, bahasa lisan sedikit berlainan dengan bahasa tulisan kerana bahasa lisan

ini melahirkan pelbagai variasi atau jenis sebagai contoh, laras penulisan

laporan, ucapan, esei, karya sastera, bahan ilmiah, novel dan cerpen.

Selain itu, perhubungan sosial dan peribadi pula dikatakan hubungan antara

individu dalam masyarakat. Dalam ciri ini, ia melibatkan hubungan peribadi dan

hubungan yang tidak rasmi ataupun bersifat formal. Bagi hubungan peribadi

merangkumi perbualan antara sahabat karib ataupun antara ahli keluarga

manakala hubungan yang bersifat formal pula seperti antara pekerja dengan

majikan ataupun yang diperintah dengan yang memerintah. Untuk hubungan

tidak formal pula seperti penulis akhbar dengan pembaca akhbar.

Seterusnya, bagi aspek bahan yang diperkatakan ini memberi maksud

sebagai isi atau maklumat yang akan dibincangkan dalam sesuatu peristiwa

bahasa yang sedang berlaku. Untuk aspek bahan yang diperkatakan ini

umumnya melibatkan isi-isi yang lazim diguna pakai dalam kehidupan seharian

kita sehinggalah ia wujud dalam bidang-bidang yang lebih kecil skopnya seperti

bidang sains dan bidang teknologi.


Fungsi sosial perlakuan bahasa ini boleh kita katakan ia sebagai

faktor-faktor yang melibatkan interaksi dua hala seperti perbualan, individu yang

terlibat dan peranan situasi tersebut dalam masyarakat. Di dalam ciri ini terdapat

dua perkara yang begitu penting untuk melengkapkan fungsi sosial perlakuan

bahasa ini. Antara perkara-perkara tersebut ialah frasa fungsi sosial dan

perlakuan bahasa. kedua-dua frasa ini saling berkait rapat antara keduanya.

Untuk fungsi sosial ini ialah bentuk-bentuk majlis yang berupa amalan dalam

sesebuah masyarakat dan diiktiraf oleh mereka sendiri sebagai satu majlis yang

penting dan terus menjadi amalan secara turun-temurun sejak berkurun lamanya.

Tamsilnya, majlis kenduri aqiqah yang dilaksanakan oleh masyarakat Melayu.

Majlis aqiqah ini merupakan salah satu fungsi sosial yang diamalkan sedari

zaman nenek moyang kita lagi. Hasil daripada majlis aqiqah ini, anggota

masyarakat telah pun mengiktirafnya sebagai majlis yang sebegitu penting.

Bahkan, dalam fungsi sosial, terdapat proses lakuan bahasa yang menjadi

intipati utama majlis tersebut iaitu penyembelihan lembu atau kambing sebagai

syarat untuk menyambut kelahiran bayi yang baru lahir. Ayat-ayat Al-Quran atau

zikir-zikir yang dibacakan oleh ahli yang pakar dan dipercayai seperti Ustaz

mahupun Qari inilah yang kita dikatakan ia sebagai lakuan bahasa.

Ciri yang kedua melalui pendekatan Ure & Ellis ini ialah ciri-ciri linguistik

dalam laras bahasa. Antara aspek yang akan dikupas adalah seperti Aspek Kosa

Kata, Aspek Ayat dan Aspek Ketenunan. Melalui aspek kosa kata, perkara yang

utama diambil kira ialah penggunaan kata dalam sesuatu laras, sama ada laras

yang diperkatakan itu banyak menggunakan istilah khusus atau istilah umum

ataupun tiada langsung penggunaan istilah. Walau bagaimanapun, terdapat juga


sesetengah laras yang menggunakan kata-kata pinjaman asing dan juga

sebagainya.

Bagi aspek penekanan ayat, ia tentulah merujuk kepada jenis ayat dan juga

binaan ayat yang digunakan dalam sesuatu laras. Namun begitu, dalam

sesetengah laras ada yang menggunakan ayat majmuk atau kurang ayat

tunggal. Ada juga proses pengguguran dan ada juga berlaku penyongsangan

ayat. Untuk aspek ketenunan pula, ia dimaksudkan sebagai keutuhan seseuatu

laras sebagai sebuah teks dan berkaitan dengan unsur-unsur tertentu yang

digunakan oleh pameran dalam sesuatu laras. Oleh itu, sudah jelas dan boleh

kita katakan bahawa di dalam kehidupan kita ini sebenarnya terdapat begitu

banyak laras-laras yang telah kita gunakan tanpa kita sedari.


2.0 ANALISIS TEKS KAJIAN

Bahagian ini akan membincangkan dua aspek iaitu ciri-ciri keperihalan dan juga

ciri-ciri linguistik berdasarkan teks yang bertajuk “Bahan Kimia Dalam Pelindung

Matahari Jejaskan Keselamatan Kulit, Alam Sekitar”.

2.1 CIRI-CIRI KEPERIHALAN

Maksud lain bagi ciri-ciri keperihalan ini ialah ciri-ciri luaran yang terdapat dalam

sesuatu peristiwa bahasa dan kemudiannya dipecahkan lagi kepada dua ciri-ciri

kecil yang meliputi situasi luaran dan situasi persekitaran. Malahan juga, terdapat

empat komponen yang amat penting dalam situasi persekitaran ini seperti cara

penyampaian, hubungan sosial dan peribadi, bahan yang diperkatakan dan akhir

sekali fungsi sosial perlakuan bahasa.

2.1.1 SITUASI LUARAN

Dalam penulisan artikel laras sains yang bertajuk “Bahan Kimia

Dalam Pelindung Matahari Jejaskan Keselamatan Kulit, Alam Sekitar”

ini, situasi luaran tidak digunakan oleh penulis untuk artikel tersebut.

2.1.2 SITUASI PERSEKITARAN

Di dalam kajian ini, terdapat empat situasi persekitaran yang

diguna pakai oleh penulis bersandarkan pendekatan Ure & Ellis (1977).

i) Cara Penyampaian

Berdasarkan ini, pengkaji mendapati kajian ini menggunakan

bahasa tulisan yang bersifat formal dan menepati standard tatabahasa


yang betul. Hal ini dikatakan sedemikian kerana kajian yang dianalisis

ini menggunakan laras bahasa yang ilmiah. Oleh itu, penulisan artikel

ini hanya menggunakan bahasa tulisan yang mengikut standard dan

formal.

ii) Hubungan Sosial dan Peribadi

Mengikut artikel yang ditulis oleh penulis ini, pengkaji mendapati

bahawa tiada hubungan yang terjalin antara penulis dengan pembaca.

Lebih tepat lagi hubungan antara penulis dengan pembaca tiada

jalinan kemesraan dan bersifat tidak peribadi. Perkara ini terjadi

disebabkan oleh pembaca dan penulis tidak mengenali antara satu

sama lain.

iii) Bahan Yang Diperkatakan

Bahan yang diperkatakan di dalam artikel ini adalah berkaitan

dengan bahan kimia yang terdapat dalam pelindung matahari akan

menjejaskan keselamatan kulit dan alam sekitar. Artikel ini dimuatnaik

oleh penulis kerana terdapat adanya kontroversi tentang bahan kimia

di dalam pelindung matahari atau lebih mudah kita menamakan ia

sebagai “sunscreen”. Sentimen ini menjadi pencetus kepada

persoalan-persoalan terhadap pengguna awam bahawa benarkah

bahan kimia tersebut ada di dalam pelindung matahari. Hal ini kerana

bahan-bahan kimia tersebut akan masuk ke dalam aliran darah

manusia atau alam sekitar akan menyebabkan kerosakan sistem imun

badan manusia dan juga alam sekitar pada jangka masa panjang. Oleh
itu, beberapa pengkaji pakar telah membuat perbandingan tentang

pelindung matahari mineral atau pelindung matahari kimia yang lebih

sesuai dengan kulit manusia dan mengatasi iritasi-iritasi kulit serta

dapat menyelamatkan alam sekitar.

iv) Fungsi Sosial Perlakuan Bahasa

Pengkaji telah menganalisis teks bertulis yang berkaitan dengan

laras sains bahawa tiada fungsi sosial perlakuan bahasa yang dapat

dilihat oleh pengkaji kerana teks bertulis tersebut hanya perbualan

sehala iaitu tiada unsur komunikasi antara penulis dengan pembaca.

2.2 CIRI-CIRI LINGUISTIK

Aspek kedua yang akan dihuraikan berdasarkan pendekatan Ure & Ellis

(1977) ini ialah ciri-ciri linguistik. Menurut pendekatan Ure & Ellis ini terdapat

tiga komponen penting yang akan dikupas oleh pengkaji dalam ciri-ciri

linguistik iaitu aspek kota kata, aspek ayat dan yang terakhir aspek

ketenunan.

2.2.1 ASPEK ISTILAH

Dalam aspek ini, semua istilah-istilah akan dibincangkan secara

terperinci sama ada istilah umum mahupun istilah khusus. Ure & Ellis

(1977) ada menyatakan bahawa sesuatu laras itu bergantung dengan

jumlah laras yang digunakan. Ada laras yang menggunakan istilah umum

ataupun istilah khusus. Istilah umum merupakan istilah yang diguna hanya

dalam satu bidang tetapi ia tetap membawa maksud yang umum. Namun
begitu, lain pula bagi istilah khusus kerana ia memberi makna istilah yang

khusus dan khas dalam satu bidang tersebut.

2.2.1.1 Penggunaan Istilah dalam Artikel

Bil Istilah Umum Istilah Khusus

1. Kanser kulit Oxybenzone

2. Penapis kimia Sinaran ultra-ungu (UV)

3. Bahan kimia Penyahgredan terumbu karang

4. Aliran darah Benzene kimia

5. Hormon Zink oksida

6. Pelindung matahari fizikal Titanium oksida

7. Pelindung matahari kimia Pakar dermatologi

8. Pelindung suria mineral Avobenzone

9. Pelindung sinaran suria Octocrylene

10. Homosalate

11. Octisalate

12. Oxtinoxate

13. Pelunturan karang

Jadual 1: Penggunaan Istilah Umum dan Khusus dalam Artikel


Berdasarkan jadual 1 di atas, dapatlah dilihat bahawa terdapat banyak

penggunaan bahasa istilah umum dan khusus yang digunakan dalam artikel

yang telah dianalisis oleh pengkaji. Oleh itu, istilah khusus yang telah berjaya

dijumpai di dalam artikel laras sains lebih banyak berbanding dengan istilah

umum yang terdapat dalam artikel tersebut. Penggunaan istilah-istilah diatas

meliputi istilah khusus yang terdapat dalam teks yang dikaji merupakan istilah

bahasa sains. Penggunaan laras sains sememangnya khusus kepada laras

sains sahaja. Antara istilah yang digunakan ialah kanser kulit. Kanser kulit

boleh diertikan sebagai ketumbuhan pada kulit yang disebabkan oleh sel

yang tidak normal dan paling bahaya kerana ia merebak ke organ yang lain

dengan cepat. Dalam teks yang dikaji, istilah kanser kulit ini digunakan untuk

merujuk kepada kesan penggunaan pelindung matahari yang memiliki kimia.

Seterusnya, istilah umum kedua pula ialah bahan kimia. Istilah bahan

kimia ini merujuk kepada sebatian yang digunakan untuk melakukan tindak

balas kimia dan menghasilkan bahan kimia lain namun dalam konteks teks

yang dikaji ia merujuk kepada bahan yang boleh mendatangkan kesan buruk

kepada kulit manusia.

Beralih pula kepada istilah khusus dalam teks yang dikaji iaitu

oxybenzone. Oxybenzone ini membawa maksud bahan kimia semula jadi

yang terdapat pada pelbagai tumbuhan berbunga. Oleh itu, istilah

oxybenzone ini digunakan di dalam artikel ini merujuk kepada pepejal kuning

pucat yang mudah larut dalam pelarut organik. Malahan juga, bahan

oxybenzone ini merupakan bahan aktif yang terdapat di dalam pelindung

matahari kimia dan boleh menjejaskan pengeluaran hormon mengikut kajian

yang dikaji oleh pihak FDA.


Tambahan pula, istilah khusus bagi benzene kimia. Benzene kimia ini

merupakan cecair yang tidak berwarna, beracun dan diperolehi daripada

petroleum. Bahkan, bahan ini digunakan sebagai pelarut untuk membuat

bahan kimia seperti racun serangga. Mengikut kajian artikel ini, penemuan

benzene kimia ini mula mendapat perhatian selepas penemuan bahan kimia

ini di dalam pelindung matahari jenis semburan.

Berikut merupakan dua jadual klasifikasi bagi istilah-istilah umum dan

khusus yang diguna pakai dalam teks yang dikaji:

Bil. Istilah Melayu/ Sumber Istilah Pinjaman Istilah Campuran

1. Kanser kulit Hormon Pelindung suria

mineral

2. Aliran darah

3. Pelindung sinaran suria

4. Pelindung matahari kimia

5. Pelindung matahari

fizikal

6. Bahan kimia

7. Penapis kimia

Jadual 2: Istilah Umum

Bil. Istilah Melayu/ Sumber Istilah Pinjaman Istilah Campuran


1. Penyahgredan terumbu Oxybenzone Sinaran ultra-ungu

karang (UV)

2. Pelunturan karang Avobenzone Benzene kimia

3. Octocrylene Zink oksida

4. Homosalate Titanium oksida

5. Octisalate Pakar dermatologi

6. Oxinoxate

Jadual 3: Istilah Khusus

2.2.2 ASPEK AYAT

Ayat ialah unit pengucapan yang paling tinggi dalam susunan

tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap, pengucapannya

dimulai dengan kesenyapan begitu juga dengan pengakhirannya dan

mengandungi intonasi yang sempurna. Antara aspek-aspek ayat yang

akan dianalisis dengan lebih terperinci dalam kajian ini ialah:

i) Bentuk Ayat

Di dalam Bahasa Melayu, terdapat hanya dua bentuk ayat yang

digunakan iaitu ayat majmuk dan ayat tunggal. Selepas pengkaji

menganalisis teks laras sains yang dikaji dapatlah disimpulkan bahawa

ayat majmuk lebih banyak dalam teks yang dikaji berbanding ayat

tunggal. Hal ini berlaku disebabkan oleh bahan yang dikaji ini bersifat

ilmiah dan bahan ilmiah ini bertujuan untuk menerangkan maklumat

penting kepada pembaca.


Bil. Ayat Majmuk

1. “Bagi pelindung matahari fizikal juga dikenali pelindung suria

mineral, ia dipakai ke atas kulit dan menyekat sinaran UV dan

ia berkesan serta-merta.”

2. “Dalam pelindung matahari fizikal, hanya ada dua bahan aktif

iaitu zink oksida dan titanium oksida dan secara amnya, baik

untuk kulit sensitif”, katanya.

3. Pada 2018, Hawaii menjadi negeri pertama yang

mengharamkan penjualan pelindung matahari yang

mengandungi oxybenzone dan octinoxate.

Jadual 4: Penggunaan Ayat Majmuk

Bil. Ayat Tunggal

1. Namun tegasnya, kelemahan utama pelindung matahari fizikal

ialah ia boleh meninggalkan penampilan ‘bercapuk’ pada kulit.

2. Ini kerana bahan kimia yang banyak mendapat perhatian

adalah oxybenzone.

3. Tambahnya, sebaik sahaja diserap, bahan aktif terbabit boleh

kekal di dalam badan untuk jangka masa panjang.

Jadual 5: Penggunaan Ayat Tunggal


ii) Jenis Ayat

Selain itu, di dalam Bahasa Melayu sendiri terdapat beberapa jenis

ayat yang diperkenalkan, antaranya ayat tanya, ayat seru, ayat

penyata dan ayat perintah. Walaubagaimanapun, hakikatnya di dalam

artikel yang dikaji ini merupakan bahan ilmiah dan bersifat formal maka

tiada penggunaan ayat seru, ayat tanya, dan juga ayat perintah. Artikel

ini hanya menggunakan ayat penyata sahaja. Ayat penyata ditakrifkan

sebagai ayat yang diucapkan dengan maksud membuat satu

penyataan. Ayat penyata juga mempunyai tujuan menyatakan

keterangan tentang sesuatu maklumat. Ayat penyata ini juga disebut

sebagai ayat berita atau ayat keterangan.

Bil. Ayat Penyata

1. Ini kerana bahan kimia yang banyak mendapat perhatian

adalah oxybenzone.

2. “Dalam pelindung mathari fizikal, hanya ada dua bahan aktif

iaitu zink oksida dan titanium oksida dan secara amnya, baik

untuk kulit sensitif.” Katanya.

3. “Sementara pelindung matahari kimia tiada isu itu kerana ia

meresap ke dalam kulit yang kemudiannya, menyerap sinaran

UV dan menukarnya kepada haba yang tidak merosakkan.”

Katanya.

Jadual 6: Penggunaan Ayat Penyata


iii) Susunan Ayat

Beralih kepada susunan ayat pula, dalam Bahasa Melayu

terdapat dua jenis susunan ayat iaitu susunan biasa dan susunan

songsang. Susunan ayat biasa dikatakan sebagai ayat yang

mempunyai subjek dan predikat manakala ayat susunan songsang

pula susunannya bermula dengan predikat dan kemudian diikuti oleh

subjek. Namun, dalam percakapan kita sehari-hari, sering berlakunya

susunan ayat songsang tanpa kita sedar. Melalui kajian ini, boleh

dikatakan hampir kesemua susunan ayat di dalam teks laras sains ini

menggunakan ayat susunan biasa. Adapun hanyalah sedikit

penggunaan ayat susunan songsang. Hal ini disebabkan oleh, teks

yang dikaji ini adalah berasaskan bahan ilmiah, maka penggunaan

susunan biasa dapat dilihat melalui artikel tersebut.

Bil. Ayat Susunan Biasa

1. Pelindung matahari boleh membantu melindugi kulit daripada

sinaran ultra-ungu (UV) yang dikaitkan dengan kanser kulit,

Iitu perubahan biasanya bersangkut dengan penuaan.

2. Sebuah jawatankuasa di Akademi Sains Kebangsaan ketika

ini sedang meneroka beberapa persoalan kesihatan dan

keselamatan dan dijanga mengeluarkan laporan dalam

beberapa bulan akan datang.


3. Sebaliknya Dr Karen menekankan, sekiranya pengguna

bimbang mengenai oxybenzone, beliau mengesyorkan

pemilihan matahari tanpa bahan kimia.

Jadual 7: Penggunaan Ayat Susunan Biasa

Bil. Ayat Susunan Songsang

1. Ini kerana bahan kimia yang banyak mendapat perhatian

adalah oxybenzone.

2. Katanya, pada masa ini terdapat kira-kira 16 penyekat kimia

yang diluluskan untuk digunakan di AS dan lebih banyak lagi

daripada itu di negara lain.

3. “Pelindung natahari kimia lebih elegan,” kat Dr Karen,

walaupun kedua-duanya berkesan untuk menghalang

gelombang pendek dan panjang sinaran UV.

Jadual 8: Penggunaan Ayat Susunan Songsang

iv) Ragam Ayat

Berikutnya ialah ragam ayat, ragam ayat ini terbahagi kepada dua

jenis iaitu ayat aktif dan juga ayat pasif. Bagi ayat aktif, ia

mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal sebagai

judul yang diterangkan. Bukan itu sahaja, ayat aktif ini dipecahkan

kepada kumpulan yang lebih kecil iaitu ayat aktif transitif dan ayat aktif

tak transitif. Ayat pasif pula dimaksudkan sebagai ayat yang

mengutamakan objek dan biasanya mengandungi kata kerja yang


berawalan dengan di- beserta dengan kata sendi nama oleh. Kata

kerja pasif ini dipecahkan juga kepada tiga kumpulan kecil iaitu ayat

pasif dengan imbuhan kata kerja pasif. Yang kedua ialah ayat pasif

dengan kata ganti nama diri pertama, kedua dan ketiga dan akhir

sekali ayat pasif dengan perkataan kena yang hadir sebelum kata

kerja. Dalam teks yang dikaji, terdapat penggunaan ragam ayat aktif

transitif, ayat aktif tak transitif dengan penerang. Bagi ayat pasif pula,

artikel ini menggunakan ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif.

Bil. Ayat Aktif Transitif

1. Pelindung matahari boleh membantu melindungi kulit

daripada sinaran ultra-ungu (UV) yang dikaitkan dengan

kanser kulit, iaitu perubahan biasanya bersangkutan dengan

penuaan.

2. Sebuah jawatankuasa di Akademi Sains Kebangsaan ketika

ini sedang meneroka beberapa persoalan kesihatan dan

keselamatan dan dijanga mengeluarkan laporan dalam

beberapa bulan akan datang.

3. Misalnya, Pakar Dermatologi dan Jurucakap Yayasan Kanser

Kulit berpangkalan di New York, Dr Julie Karen, berkongsi

mengenai penggunaan pelindung sinar suria ‘secara sihat’

berikutan pada asasnya ia mempuyai dua jenis, iaitu fizikal

dan kimia.

Jadual 9: Penggunaan Ayat Aktif Transitif


Bil. Ayat Aktif Tak Transitif Dengan Penerang

1. Pada 2018, Hawaii menjadi negeri pertama yang

mengharamkan penjualan pelindung matahari yang

mengandungi oxybenzone dan octinoxate.

2. Jadi, ramai pakar dermatologi mengatakan, pelidung matahari

yang terbaik adalah penggunaan yang sesuai kepada

seseorang dan mereka yang sebenar menggunakannya.

Jadual 10: Penggunaan Ayat Aktif Tak Transitif

Bil. Ayat Pasif Dengan Imbuhan kata Kerja Pasif

1. “Malah makluman ‘selamat kepada terumbu karang’ tidak

boleh terus diambil tanpa perincian kandungan bahannya

berikutan ia tidak dikawal selia.

Jadual 11: Penggunaan Ayat Pasif Dengan

v) Binaan Ayat

Seterusnya, bagi binaan ayat terdapat beberapa binaan ayat

yang boleh dianalisis iaitu pola ayat seperti FN+FN, FN+FK, FN+FA

dan FN+FS. Keempat-empat pola ayat ini telah dijumpai di dalam teks

yang dikaji.
Bil. Pola FN+FN

1. Misalnya, Pakar Dermatologi dan Jurucakap Yayasan

Kanser Kulit berpangkalan di New York, Dr Julie Karen,

berkongsi mengenai penggunaan pelindung sinar suria ‘secara

sihat’ berikutan pada asasnya ia mempuyai dua jenis, iaitu

fizikal dan kimia.

2. Menurut Pakar Dermatologi di Pusat Perubatan Henry Ford

dan bekas presiden American Academy of Dermatology, Dr

Henry Lim, bahan itu ditunjukkan mempunyai penembusan

paling banyak.

3. Menyokong pendapat itu, Pengurus Dasar Sains dan Alam

Sekitar di Yayasan Surfrider, Katie Day iaitu satu pertubuhan

bukan bermotifkan keuntungan yang menumpukan

perlindungan pantai dan air, Katie day yang mengatakan,

Oxybenzone turut mempunyai kesan ke atas kesihatan lautan

berikutan pendedahan bahan kimia kepada sinaran UV,

mengakibatkan pelunturan karab=ng.

Jadual 12: Penggunaan Pola FN+FN

Bil. Pola FN+FK

1. Namun tegasnya, kelemahan utama pelindung matahari fizikal

ialah ia boleh meninggalkan penampilan ‘bercapuk’ pada

kulit.
2. “Sementara pelindung matahari kimia tiada isu kerana ia

meresap ke dalam kulit yang kemudiannya, menyerap sinaran

UV dan menukarnya kepada haba yang tidak merosakkan,”

Katanya.

3. Katanya, pada masa ini terdekat kira-kira 16 penyakit kimia

yang diluluskan untuk digunakan di AS dan lebih banyak

daripada itu di negara lain.

Jadual 13: Penggunaan Pola FN+FK

Bil. Pola FN+FA

1. “Dalam pelindung matahari fizikal, hanya ada dua bahan aktif

iaitu zink oksida dan titanium oksida dan secara amnya, baik

untuk kulit sensitif.” katanya.

2. “Pelindung matahari kimia adalah lebih elegan,” kata Dr

Karen, walaupun kedua-duanya berkesan untuk menghalang

gelombang pendek dan panjang sinaran UV.

3. Jadi, ramai pakar dermatologi mengatakan, pelindung

matahari yang terbaik adalah penggunaan yang sesuai

kepada seseorang dan mereka yang sebenar

menggunakannya.

Jadual 14: Penggunaan Pola FN+FA


Bil. Pola FN+FS

1. Pelindung matahari boleh membantu melindungi kulit

daripada sinaran ultra-ungu (UV) yang dikaitkan dengan

kanser kulit, iaitu perubahan biasanya bersangkutan dengan

penuaan.

2. Disebabkan manfaatnya yang terbukti itu, pelindung matahari

kekal dalam sejarah yang hampir berabad lamanya, dan tidak

menjadi kontroversi.

3. “Bagi pelindung matahari fizikal juga dikenali pelindung suria

mineral, ia dipakai ke atas kulit dan menyekat sinaran UV dm

ia berkesan serta-merta.

Jadual 15: Penggunaan Pola FN+FS

2.2.3 ASPEK KETENUNAN

Aspek ketenunan ini ada disebut di dalam pendekatan Ure & Ellis

(1977). Aspek ini meneliti keutuhan ayat yang terdapat di dalam artikel

laras sains yang dikaji. Aspek keutuhan ayat ini merupakan

kesinambungan sesuatu ayat atau laras yang ada di dalam bahan

ilmiah atau bahan bertulis yang dihasilkan. Oleh itu, aspek ketenunan

ini semestinya ada di dalam bahan yang dikaji kerana bahan yang

dikaji ini merupakan bahan ilmiah dan bersifat formal.


Bil. Ketenunan Penanda Wacana

1. Bagaimanapun, dalam beberapa tahun kebelakangan ini,

bahan kimia yang terdapat dalam sebahagian besar pelindung

matahari berada di bawah penelitian oleh Pentadbiran

Makanan dan Ubat (FDA) Amerika Syarikat (AS) dan lain-lain.

2. Justeru, sering timbul persoalan, yag mana antara

kedua-duanya lebih selamat, berikutan ramai mahu tahu

kesannya kepada kesihatan maunusia dana lam sekitar.

3. Selain itu, Key West, Florida, ke Kepulauan Virgin, AS

mengikuti larangan sama dan bahkan lebih ketat.

Jadual 12: Penggunaan Ketenunan Penanda Wacana

Ketenunan dapat dilihat dengan jelas melalui penanda wacana

yang terdapat dalam ayat-ayat di atas. Dapatlah dilihat pada jadual

yang telah disediakan di atas bahawa penulis telah menggunakan

penanda wacana seperti bagaimanapun, walaupun, misalanya,

semetara, justeru, ini kerana, walaupun, tambahnya, selain itu dan

malah. Rentetan daripada penggunaan penanda wacana itu, ayat-ayat

tersebut mempunyai jalinan dan keutuhan yang lengkap antara ayat

sebelumnya.
3.0 KESIMPULAN

Oleh itu, dapatlah disimpulkan bahawa dalam artikel atau teks laras sains yang

berjudul Bahan Kimia Dalam Bahan Pelindung Matahari Jejaskan Keselamatan

Kulit, Alam Sekitar, telah didapati adanya penggunaan istilah-istilah khusus yang

lebih banyak berbanding penggunaan istilah umum. Selain itu, melalui kajian ini

dapat disimpulkan juga ada ciri-ciri linguistik yang mengetengahkan penggunaan

aspek ayat iaitu ayat majmuk, penggunaan pola ayat, mempunyai ketenunan dan

juga ragam ayat. Kesemua ciri-ciri ini dapat dihuraikan dengan lebih jelas dan

terperinci. Tambahan pula, artikel yang dikaji ini mempunyai penggunaan ayat

penyata sekaligus memudahkan pembaca untuk memahami input atau isi yang

ingin disampaikan oleh penulis. Justeru, pendekatan Ure & Ellis (1977) telah

digunakan sebagai wadah untuk menganalisis laras sains yang telah dipilih.

Jelaslah disini bahawa setiap laras itu adalah berbeza dengan laras yang lain

tamsilnya laras sains yang banyak menggunakan laras bahasa sains manakala

laras sastera banyak menggunakan prosa dan perkataan klasik. Kedua-dua laras

ini menggunakan kata-kata khusus yang berlainan.


RUJUKAN

Ab. Razak Ab. Karim. (2008). Kepelbagaian laras bahasa Melayu. Akademi

Pengajian Melayu, Universiti Malaya.

ALS451 Analisis Laras - KOD DAN NAMA KURSUS : ALS NAMA KURSUS :

SOSIOLINGUISTIK MELAYU TAJUK TUGASAN. (n.d.). StuDocu. Retrieved

November 24, 2022, from

https://www.studocu.com/my/document/universiti-teknologi-mara/bahasa-mela

yu-professional-dan-komunikasi/als451-analisis-laras/33904398

Bahan kimia dalam pelindung matahari jejaskan keselamatan kulit, alam sekitar.

(2022, August 26). Berita Harian.

https://www.bharian.com.my/wanita/rias/2022/08/993382/bahan-kimia-dalam-

pelindung-matahari-jejaskan-keselamatan-kulit-alam

Farid Mohd. Onn, Nik Safiah Karim, Safiah Karim, Hashim bin Hj. Musa, & Abdul

Hamid Mahmood. (2008). Tatabahasa dewan. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kanser Kulit - PORTAL MyHEALTH. (2011, September 29). MyHEALTH Kementerian

Kesihatan Malaysia. Retrieved November 24, 2022, from

http://www.myhealth.gov.my/brah-kulit/
Nawi Ismail, Raminah Hj. Sabran, Wahidah Abd wahid, Mohd Sis Mohd Yatim, &

Abdullah, Z. F. (2020). Bahasa Melayu Topikal Semester 3 Tingkatan Enam

(5th ed.). MUTIARA SURIA ILMU RESOURCE.

Raminah Hj. Sabran, Nawi Ismail, Wahidah Abd Wahid, & Abdullah, Z. F. (2019).

Pemantapan Pemahaman Tatabahasa Bahasa Melayu (1st ed.). MUTIARA

SURIA ILMU RESOURCES.


LAMPIRAN

PENGGUNAAN KETENUNAN PENANDA WACANA

Bil. Ketenunan Penanda Wacana

1. Walaupun, ia masih memerlukan kajian lanjut, kembimbangan

termasuk bahan-bahan yang masuk ke dalam aliran darah,

kemungkinan kesan hormon pada manusia terutama kepada

golongan muda dan potensi penyahgredan terumbu karang apabila

pelindung matahari tertentu dibawa masuk ke dalam lautan.

2. Misalnya, Pakar Dermatologi dan Jurucakap Yayasan Kanser Kulit

berpangkalan di New York, Dr Julie Karen, berkongsi mengenai

penggunaan dua jenis pelindung sinar suria ‘secara sihat’ berikutan

pada asasnya ia mempunyai dua jenis, iaitu fizikal dan kimia.


3. Namun tegasnya, kelemahan utama pelindung matahari fizikal ialah

ia boleh meninggalkan penampilan ‘bercapuk’ pada kulit.

4. “Sementara pelindung matahari kimia tiada isu itu kerana ia

meresap ke dalam kulit dan kemudiannya, menyerap sinaran UV

dan menukarnya kepada haba yang tidak merosakkan.” Katanya.

5. Ini kerana bahan kimia yang banyak mendapat perhatian adalah

oxybenzone.

6. Walaupun, data tambahan diperlukan, keputusan menunjukkan

semua enam bahan aktif telah diserap ke dalam aliran darah badan

meskipun selepas penggunaan sekali.

7. Tambahnya, sebaik sahaja diserap, bahan aktif terbabit boleh kekal

di dalam badan untuk jangka masa panjang.

8. Malah makluman ‘selamat kepada terumbu karang’ tidak boleh

terus diambil tanpa perincian kandungan bahannya berikutan ia

tidak dikawal selia.

You might also like