You are on page 1of 4

NAMA: WAN ZULHILMI BIN WAN AB HAMID

NO MATRIKS: A180539
( TUGASAN 1 )
LARAS BAHASA

Umumnya, laras bahasa dapat diterangkan sebagai cara penggunaan bagi sesuatu
bahasa. Dalam setiap pertuturan, penutur hendaklah menggunakan karasa bahasa yang betul
dan tepat agar maklumat yang ingin disampaikan mampu difahami dengan lebih mudah
sekaligus mampu mengelakkan berlakunya kesalafahaman dalam mengiterpretasikan
maklumat asal. Para sarjana bahasa mempunyai pendapat tersendiri dalam menyampaikan
maklumat tentang laras bahasa itu sendiri.

Menurut Ramniah Hj. Sabran (1989), setiap bahasa hadir dengan beberapa laras
tersendiri yang mana digunakan bagi konteks yang berbeza mengikut situasi. Abdullah
Hassan (1989) turut berpandangan bahawa penggunaan sesuatu kata-kata yang bersesuaian
dengan konteksnya juga merujuk kepada laras bahasa. Merujuk kepada pernyataan tersebut
memperlihatkan bahawa laras bahasa boleh hadir dengan konteks yang berbeza-beza
mengikut situasi dan keadaan penutur ketika itu. Secara mudahnya laras bahasa itu boleh
berubah-ubah mengikut situasi. Hal tersebut yang mempengaruhi jumlah laras bahasa yang
wujud dalam sesuatu masyarakat yang menggunakan sesuatu bahasa selari dengan konteks
dan situasi penggunaan bahasa yang digunakan dalam berkomunikasi.

Ab Razak Ab Karim (2008), menjelaskan bahawa laras bahasa merujuk kepada


kelainan bahasa yang dipraktikkan dalam kehidupan seharian pengguna sesuatu bahasa. Laras
seseorang penutur akan berubah bergantung kepada keadaan atau situasi berlakunya sesebuah
peristiwa. Menurut Nik Safiah Karim (1992), didefinisikan bahawa laras bahasa merupakan
sebuah variasi bahasa yang dilihat daripada penggunaan bahasa yang digunakan. Jika dilihat
dariapda pernyataan sarjanan bahasa, laras boleh dirujuk sebagai bentuk gaya atau cara
penggunaan sesuatu bahasa. Pandang tersebut menejelaskan bahawa laras bahasa merupakan
variasi yang ada pada tiap-tiap penutur.

Kamaruddin Husin (1995), berpendapat bahawa laras dirujuk kepada bentuk bahasa
yang khusus sifatnya untuk membincangkan tentang sesuatu bidang. Hal tersebut boleh
disokong kerana laras mempunyai ciri-cirinya yang penting seperti perbendaharaan kata,
susunan ayat dan frasa yang digunakan. Satu laras akan digunakan bagi sesuatu keadaan dan
situasi tertentu. Daripada suatu segi, boleh dikatakan bahawa pemilihan laras yang tidak tepat
bagi situasi semasa, sesuatu masyarakat yang menggunakan bahasa tersebut akan mampu
menilai akan situasi-situasi sosial berlainan yang wujud di sekitar mereka.

CIRI-CIRI LARAS

CIRI-CIRI KEPERIHALAN CIRI-CIRI LINGUISTIK

SITUASI LUARAN SITUASI PERSEKITARAN ASPEK KOSA-KATA

Cara Penyampaian Aspek Ayat

Hubungan Sosial Dan Aspek Keturunan


Peribadi

Aspek Keindahan
Bahan Yang
Diperkatakan

Fungsi Perlakuan Sosial


Bahasa

RAJAH 1: CIRI-CIRI LARAS


Terdapat sembilan jenis laras bahasa iaitu laras bahasa biasa, laras bahasa iklan, laras 

bahasa klasik, laras bahasa klasik, laras bahasa kreatif, laras bahasa agama, laras bahasa 
teknikal, laras bahasa panggilan, laras bahasa kanak-kanak, dan laras bahasa undang-
undang. Laras-laras bahasa yang disebutkan hadir dengan fungsi dan kegunaannya masing-
masing. Sesuatu laras bahasa itu mempunyai ciri-ciri khusus dalam penggunaan bahasa
menurut situasi dan keadaan ketika itu. Perkembangan sesebuah bahasa akan menambahkan
lagi jumlah bilangan laras bahasa dalam sesuatu bahasa.

Secara mudahnya, jika meneliti pandangan daripada sarjana bahasa jelas


menunjukkan bahawa laras bahasa itu dipengaruhi oleh latar atau lokasi, penutur sesebuah
bahasa dan tujuannya. Laras bahasa juga turut dipengaruhi oleh tatabahasa seperti ayat aktif,
ayat pasif, ayat bias dan ayat songsang. Panjang atau pendek ayat juga disebut sebagai laras
bahasa. Perkara yang paling penting perlu difahami dalam laras bahasa ialah sesebuah laras
bahasa itu bergantung mengikut konteks sosial yang berlainan. Dengan kaat mudah laras
bahasa adalah dialek sosial mengikut situasi-situasi tertentu.

You might also like