You are on page 1of 33

BADAN

PERUN
DANGA
N
NUR ELYANA SYAFIKA BINTI MOHD YUSOF
i.Badan perundangan atau legislatif dan kuasa-kuasanya dibincangkan dalam Bab 4 Perlembagaan Persekutuan Perkara 44 berbunyi:

Kuasa Perundangan Persekutuan adalah terletak pada Parlimen yang mengandungi Yang di-Pertuan Agong dan dua Majlis yang dinamakan
Dewan Negara dan Dewan Rakyat

ii. Kuasa Perundangan iaitu kuasa menggubal undang-undang di peringkat Kerajaan Persekutuan terletak pada Parlimen yang terdiri daripada
Yang di-Pertuan Agong Dewan Negara dan Dewan Rakyatini.

iii.Di peringkat Negeri, kuasa ini dipegang Badan Perundangan Negeri masing-masing.

a.Ahli-ahlinya dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya yang diadakan setiap 5 tahun

b. Terdapat 3 ahli terdiri daripada pegawai ex-officio (ahli kerana jawatan) iaitu:

• Setiausaha Kerajaan Negeri

i• Penasihat Undang-Undang Negeri

• Pegawai Kewangan Negeri

c.Bagi Negeri Melaka dan Pulau Pinang hanya Penasihat Undang-Undang Neger saja yang menjadi ahli Dewan Undangan Negeri (DUN)

d. Bagi Sabah dan Sarawak tidak seorang pun menjadi ahli Dewan Undangan Negeri (DUN)
PARLIMEN
● Parlimen berasal daripada perkataan perancis iaitu ‘parlement’ yang
bermaksud tempat bercakap.
● Parlimen Malaysia berbentuk bikameral iaitu berdiri daripada dwidewan
(Dewan rakyat & Dewan Negara)
● Parlimen merupakan tempat wakil rakyat membincangkan dan membahaskan
tentang sesuatu isu, bersoal jawab tentang perkara-perkara yang berkaitan
dasar kerajaan, belajawan dan rang undang-undang
● Anggota parlimen boleh boleh membahaskan pemindaan undang-undang
mengikut perkembangan sosioekonomi dan politik semua negeri.
●   Mengawal dan membincangkan bajet negara serta membenarkan Badan
Perundangan Negeri membuat undang-undang negeri.
●   Prosiding di parlimen tidak boleh dopersoalkan atau didakwa di mana-mana
mahkamah di bawah Akta Hasutan (1948) dan Ordinan Darurat 1970.
YANG DI-PERTUA
AGONG (YDPA)
● Memanggil Parlimen untuk bermesyuarat dari semasa ke semasa,
boleh memberhentikan dan membubarkan Parlimen.
● Memulakan titah ucapan baginda dan merasmikan Majlis Parlimen
(Perkara 60) tetapi baginda tidak ikut serta semasa persidangan
Parlimen berlangsung.
●   Berkuasa melantik ahli Dewan Negara yang berjasa kepada negara.
● Melantik Setiausaha Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
●   Berkuasa membatalkan kehilangan kelayakan ahli Parlimen.
●   Boleh menangguh rang undang-undang yang digubal selama 30 hari.
● Berkuasa memperkenan rang undang-undang yang diluluskan oleh
Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
DEWAN
NEGAR
Keahlian
●  70 orang ahli yang dilantik iaitu :
● ·         40 orang yang dilantik oleh YDPA yang terdiri
daripada warganegara yang berjasa kepada negara.
● ·         2 orang wakil dari Kuala Lumpur
● ·         Seorang dari Labuan dan seorang dari Putrajaya
● ·         26 orang lagi ialah 2 orang wakil dari setiap negeri
● Setiap ahli akan memegang jawatan ini selama 1 penggal (3
tahun) dan boleh dipilih bagi satu penggal lagi.
● Ahli dikenali SENATOR
Kriteria Anggota
● Mestilah berumur melebihi 30 tahun.
● Warganegara Malaysia, waras fikiran, tidak memegang
jawatan berpendapatan, tidak muflis, tiada rekod jenayah
dan tidak pernah didenda RM 2000 atau lebih oleh mana-
mana mahkamah.
● Mestilah telah membuat jasa dan cemerlang dalam
perkhidmatan awam.
●   Pelantikan dan kedudukan ahli tidak tertakluk kepada
pembubaran Parlimen.
●    Ahli boleh dilucutkan jawatan jika tidak menghadiri
persidangan Dewan Negara bagi tempoh 6 bulan.
Fungsi
● Boleh menangguh serta meluluskan rang undang-undang
perlembagaan dan pindaan akta yang dibuat oleh Dewan
Rakyat tapi tidak berkuasa menolak.
● Tidak boleh menangguhkan rang undang-undang lebih
dari setahun dan rang undang-undang kewangan melebihi
sebulan.
● Tidak boleh membuat pindaan jika tidak dipersetujui
Dewan Rakyat.
● Tidak boleh membahaskan idoelogi parti politik.
●   Boleh melarang ahlinya daripada menghadiri
persidangan.
YANG DI-PERTUA DEWAN
NEGARA (speaker Dewan
Negara)
●  Yang di-Pertua Dewan – pengerusi dan jurucakap Dewan Negara.

Budi bicara


Bertanggungjawab mengawasi perjalanan mesyuarat supaya berjalan dengan
lancar.
Menjaga disiplin ahli Dewan Negara.
● Mempunyai kuasa untuk membuat keputusan mesyuarat jika berlaku
perbalahan dan memastikan perbahasan adalah berkaitan perkara yang
dibahaskan.
●  Sekiranya seseorang Ahli Dewan Undangan Negeri dipilih sebagai Speaker
Dewan, maka beliau dikehendaki berhenti daripada menjadi ADUN.
● Memulakan persidangan apabila Korum Dewan Negara mempunyai 10 orang ahli
(tidak termasuk Yang di-Pertua Dewan Negara)
● Mempunyai kelayakan untuk mengundi sebarang undi termasuk keputusan usul
mempunyai kesamaan dalam sokongan dan bantahan ahli dewan.
Kehilangan Kelayakan
●  Ahlitidak sempurna akal.
● Menjadi lembaga pengarah atau lembaga pengurus
sesuatu badan atau pertubuhan ( kecuali melakukan
kerja kebaikan)
● Melepaskan jawatan apabila tempoh keahlian di
Dewan Negara tamat.
●  Memegang jawatan dalam kedua-dua Dewan Negara
dan Dewan Rakyat.
●   Muflis
Timbalan Yang Di-
Pertua Dewan Negara
● Dua orang timbalan akan dipilih daripada
kalangan ahli Dewan Negara.
● Beliau menjalankan tugas Speaker Dewan
Negara jika Speaker tidak dapat menghadiri
persidangan atau semasa berlaku kekosongan
jawatan.
DEWAN
RAKYA
PENGENALAN
● ·         Institusi di mana wakil rakyat membincang,
membahas dan bersoal jawab tentang kelemahan
pentadbiran, cara mengatasi dan cadangan tentang dasar
kerajaan.
● ·         Parti yang memenangi pilihan raya umum dan kerusi
majoriti akan membentuk kerajaan.
● ·         Perdana menteri dipilih daripada pemimpin parti
politik yang memenangi paling banyak kerusi dalan Dewan
Rakyat.
ANGGOTA DEWAN
RAKYAT (DR)
● Seramai 222 ahli dilantik bagi Dewan
Rakyat.
● Berdasarkan Perkara 46 (Pindaan Akta
A1095) Dewan Rakyat terdiri daripada 194
orang.
● Merupakan wakil dari satu kawasan
Parlimen
● Dipilih berdasarkan sokongan dan
kepercayaan yang diberikan oleh orang
ramai melalui pilihan raya.
KRITERIA
●  Ahli Dewan Rakyat merupakan seseorang warganegara
yang tinggal di dalam persekutuan.
●          Ahli yang dipilih mestila berusia 21 tahun kdan ke atas.
●        Mewakili sesuatu parti politik atau calon bebas.
●      Tidak mempunyai rekod jenayah.
●          Tidak muflis
●        Tidak didenda RM2000 atau lebih.
● Tidak dipenjarakan dalam tempoh setahun atau lebih.
KELAYAKAN AHLI 
(PERKARA 48
PERLEMBAGAAN



  Hilang akal atau tidak sempurna akal,
        Mengalami kebankrapan.
      Memegang jawatan berpendapatan.

PERSEKUTUAN)
●       Ahli tidak menghantar atau menunjukkan apa-apa penyata perbelanjaan pilihan raya yang
dikehendaki oleh undang-undang.
●         Disabitkan kesalahan oleh mana-mana mahkamah di Persekutuan (atau sebelum Hari
Malaysia di Wilayah Sabah dan Sarawak)
●       Ahli telah dipenjarakan selama 1 tahun atau lebih.
●       Ahli didenda tidak kurang RM2000
●     Ahli tidak mendapat pengampunan daripada Yang di-Pertuan Agong atau mahkamah.
●       Ahli dengan sengaja memperoleh kewarganegaraan di luar Persekutuan.
●         Ahli dengan sengaja menggunakan warganegara asing.
●       Ahli mengaku kesetiaan kepada negeri di luar persekutuan.
●     Ahli yang meletak jawatan.
LARANGAN
(PERKARA 49)
● Ahli tidak boleh menjadi anggota dalam Dewan Negara
dan Dewan Rakyat pada masa yang sama.
● Ahli tidak boleh mewakili lebih daripada satu bahagian
kawasan pilihan raya.
● Tidak boleh mengelakkan diri daripada menghadiri
persidangan selama 6 bulan jika tidak mendapat
kebenaran daripada Majlis Parlimen.
● Tidak boleh menyertai apa jua perkara yang berkaitan
Parlimen dekiranya ahli diberi kebenaran tidak perlu hadir
persidangan.
FUNGSI DEWAN
RAKYAT
●  Membincangkan usul rang undang-
undang yang dikemukan oleh
kementerian tertentu.
●  Membahaskan belanjwan negara dan
member kata putus tentang jumlah
peruntukan yang dapat diberikan kepada
Kerajaan Negeri.
● Meneliti semula rang undang-undang
yang ingin dipinda mengikut keadaan
semasa
YANG DI-PERTUA DEWAN RAKYAT
(SPEAKER DEWAN RAKYAT)
BUDI BICARA
● Mempengerusi Dewan Rakyat.
●       Mengambil tindakan disiplin terhadap ahli yang tidak mematuhi
tatatertib dan peraturan dewan.
●       Berperanan untuk menangguhkan persidangan Majlis Parlimen.
●       Menerima atau menolak soalan yang dikemukakan oleh ahli dewan.
●        Mengambil tindakan dengan melarang ahli menghadiri persidangan
●       Membuat keputusan tentang peraturan mesyuarat jika berlaku
perbalahan.
●      Mengesahkan bil-bil perbelanjaan dan kewangan sebelum bil-bil
tersebut dibawa ke dalam Dewan Rakyat.
● Memulakan persidangan apabila terdapat korum sebanyak 26 orang
YANG DI-PERTUA DEWAN RAKYAT
(SPEAKER DEWAN RAKYAT)
PELANTIKAN (PERKARA 57)


Dipilih dari semasa ke semasa.
     Disarankan oleh perdana menteri dan dilantik oleh YDPA selepas
proses pemilihan undi bersurat.
●       Merupakan seorang ahli Dewan Rakyat yang layak.
●     2 orang Timbalan Yang di-Pertua Dewan dipilih bersama-sama tetapi
mesti ahli Parlimen.
●          Persaraan ahli ditanggung oleh Kumpulan Wang Disatukan.
YANG DI-PERTUA DEWAN RAKYAT
(SPEAKER DEWAN RAKYAT)
PELANTIKAN DARIPADA BUKAN
AHLI DEWAN RAKYAT
● Ahli tersebut perlu mengangkat sumpah dan menjalankan
tanggungjawab menjadi ahli tambahan yang dipilih berdasarkan
Perkara 46, Perlembagaan Persekutuan.
●      Tidak boleh memegang jawatan lain dalam cabinet
●     Tidak layak memberi cadangan untuk membuat usul tapi boleh
mengundi dalam perbahasan dewan.
●    Persaraan ditanggung oleh Kumpulan Wang Disatukan.
YANG DI-PERTUA DEWAN RAKYAT
(SPEAKER DEWAN RAKYAT)
PERLETAKAN JAWATAN
● Boleh meletak jawatan pada bila-bila masa dengan menulis surat yang
ditandatangani kepada Setiausaha Dewan Rakyat.
● Yang di-Pertua Dewan Rakyat atau Speaker Dewan perlu
mengosongkan kerusi selepas meletak jawatan.
PROSES PENGGUBALAN RANG UNDANG-
UNDANG berkaitanAWAM
1)       Proses Penggubalan Rang Undang-Undang Awam  (contoh usul Kementerian Pengangkutan)                               
2)       Menteri membuat draf dan mengemukakan rang undang-undang dan dihantar ke Jabatan Peguam
Negara, berbincang dengan Perbendaharaan dan kementerian berkaitan.
3)       Rang undang-undang disediakan oleh Jabatan Peguam Negara.
4)      Rang ini diluluskan unruk pemerhatian kabinet dan diusul di Parlimen.
5)       Bacaan Kali PERTAMA – notis pemberitahuan tentang usul kepada Setiausaha Dewan Rakyat & Dewan Negara.
6)      Bacaan Kali KEDUA –  Dibahaskan di Dewan Rakyat oleh parti pembangkang dan wakil rakyat
-    Meneliti kepentingan dan kesan usul kepada rakyat
-    Menteri menjelaskan sebarang persoalan
-    Membuat undian sama ada menerima atau menolak undang-undang oleh Dewan Rakyat
7)       Peringkat jawatankuasa  – meneliti setiap fasa, jadual dan panduan secara terperinci
                                        _ membuat pindaan yang sesuai
8)      Bacaan Kali KETIGA – dibaca di Dewan Rakyat dan Dewan Negara
-    dihantar untuk kelulusan
-    mendapat undian majority untuk diluluskan sebagai akta
9)      Diperkenan oleh YDPA  - dalam tempoh 30 hari
-    jika tidak diperkenan, rang undang-undang akan diluluskan kemudian
10)    Warta kerajaan – dicatatkan sebagai rang undang-undang sah dan dipamerkan di bangunan Parlimen.
-    Dinyatakan tarikh oenguatkuasaan untuk diamalkan.
FUNGSI DUN
-    Berfungsi seperti Dewan Rakyat dan Dewan Negara di
Persekutuan.
-    DUN adalah tempat di mana wakil negeri bersidang,
berbincang, merancang dan berdebat tentang
rancangan, pelaksanaan dasar dan pembangunan
negara.
-    Meluluskan dan menolak sebarang rang undang-
undang atau melakukan pindaan.
-    Menjaga kedaulatan perlembagaan dan hak
berpelembagaan negeri dan rakyat.
-    Memberi khidmat kepada Kerajaan Eksekutif dan
menjadi tempat tumpuan bagi memeriksa dan mengkritik
dasar-dasar dan pelaksanaan rancangan-rancangan
kerajaan.
-    Jumlah ahli DUN berbeza mengikut negeri.
Keistimewaan Dun

•  Sebarang prosiding DUN tidak


dibicarakan di mahkamah.
•Di negeri Sabah dan Sarawak DUN
mempunyai kuasa tambahan seperti
penyelidikan pertanian, perhutanan, khairat,
royalty dan cukai jualan (senarai bersama)
dan adat anak negeri, pengeluaran lesen
judi, imigresen dan Mahkamah Bumiputera.
Ahli Dun (Adun)
§  ADUN ialah anggota Dewan Undangan
Negeri yang dipilih melalui pilihan raya.
§  Memegang jawatan selama 5 tahun,
kecuali jika DUN dibubarkan lebih awal
dari tempoh tersebut oleh Yang di –
Pertua Negeri atau raja.
§  Bilangan ADUN yang dipilih adalah
berbeza mengikut perlembagaan negeri
masing-masing.
Criteria pemilihan adun
Ø  Warganegara dan pemastautin negeri berkenaan.
Ø  Mesti berumur tidak kurang daripada 21 tahun.
Ø  Tidak memegang jawatan berpendapatan
Ø  Tidak muflis
Ø  Tidak gila atau berpenyakit

Fungsi adun
·         Bertanggungjawab secara kolektif terhadap DUN semasa perbahasan terhadap usul
diraja, usul tidak percaya dan perbahasan terhadap dasar-dasar am kerajaan.
·         Mewakili rakyat untuk menyuarakan pendapat dan berbincang secara terbuka
melalui keistimewaan berparlimen.
·         Mempertimbangkan jenis dan kebaikan perundangan yang dibawa kepada DUN
serta mencadangkan sebarang pindaan yang bersesuaian.
·         Memeriksa akaun awam untuk memastikan wang awam dibelanja mengikut kelulusan
Parlimen dan mengikut kepentingan pembayar cukai.
·         Melindungi dan mempertingkatkan kepentingan yang terbaik untuk rakyat dan
negeri dengan membangkitkan isu-isu tertentu dan mengurangkan rungutan semasa
prosiding DUN.
·         Melantik Jawatankuasa Pilihan Sementara untuk tujuan siasatan sesuatu masalah
berbangkit melalui melalui perbicaraan awam dan laporan-laporan.
Hubungan parlimen dengan dun sabah dan Sarawak
        Kebanyakan undang-undang di negeri Sabah dan Sarawak melibatkan tanah.
      Parlimen tidak boleh meluluskan sebarang undang-undang tentang tanah dan Kerajaan
Tempatan tanpa persetujuan Badan Perundangan negeri Sabah dan Sarawak.
       Jumlah royalti dan cukai jualan tambahan boleh ditentukan oleh Kerajaan Negeri.
      Kerajaan Negeri boleh mengeluarkan lesen perjudian, hak warganegaraan kepada penduduk
asing dan kawalan imigresen.
      Badan Perundangan Negeri boleh menggubal undang-undang tentang rancangan
pembangunan khas bagi memajukan kawasan pedalaman.

Persidangan dun
         i.            Raja atau Yang di-Pertuan Negeri mengadakan persidangan dalam tempoh 120 hari
selepas pilihan raya.
        ii.            Agenda yang ditekankan dalam persidangan pertama:
·         Sultan/Yang di-Pertuan Negeri member titah ucapan pertama dan ucapan terima kasih.
·         Menentukan program ADUN dan angkat sumpah.
·         Melantik speaker dan timbalannya sama ada daripada kalangan ahli dewan atau luar dewan.
·         Merancang dan menentukan takwin 5 tahun.
·         Persidangan bermula.
      iii.            Jarak mengadakan persidangan seterusnya ialah dalam jangka masa 6 bulan.
      iv.            Dalam 1 tahun perlu diadakan 2 atau 3 kali persidangan.
Proses penggubalan undang-undang di dun
1.Jabatan Penasihat Undang-undang Negeri atau Jawatankuasa Penggubal menyediakan
Draf Rang Undang-undang (enakmen)
2.  Rang undang-undang tersebut dibawa ke Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri untuk
disahkan (tidak lebih 14 hari)
3.   Draf diwartakan oleh Penasihat Undang-undang Negeri (selewat-lewatnya 14 hari
sebelum dibentangkan di DUN)
4. Bacaan Pertama – perkara yang terkandung dalam enakmen.
5.   Bacaan Kedua – rang undang-undang dibahas.
-    Undi dibuat bagi menunjukkan sokongan atau tentangan
terhadap fasal yang dikemukakan.
6.   Peringkat Jawatankuasa – membahaskan, meminda mencadang
dan membatalkan perkara tertentu dalam enakmen
7.        Bacaan Ketiga – perkara dalam enakmen diluluskan jika
majoriti ahli DUN menyokongnya
8.   Dipersembahkan kepada sultan atau Yang di-Pertuan Negeri
dan diperkenan dalam tempoh 30 hari.
9.  Enakmen yang diluluskan akan diwartakan dalam Warta Kerajaan
Negeri dan dikuatkuasakan. Di Sabah dan Sarawak dikenali
ORDINAN.

You might also like