You are on page 1of 6

TAJUK : KIMPALAN GAS

NAMA :
JABATAN : JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL
PROGRAM : KEJURUTERAAN MEKANIKAL (AUTOMOTIF)
NO.PENDAFTARAN :
KELAS : DAD1B
OBJEKTIF
• Membentuk kimpalan asas iaitu kumai.
• Asas kimpalan menggunakan kimpalan gas.
• Cara memotong besi “mild steel’’.
• Mengimpal dengan cara yang betul.

LANGKAH KESELAMATAN
• Sentiasa memakai sarung tangan dan alat pelindung mata semasa membuat kerja mengimpal.
• Tidak bergurau dan bermain ketika membuat kerja kimpal.

ALAT-ALAT KESELAMATAN
• Pelindung muka
• Sarung tangan
• Goggle
• Kasut keselamatan
PERALATAN
• Gunting tuas manual
• Kikir parut
• Tukul besi
• Playar gabung
• Berus dawai
LANGKAH KERJA
1. Proses memotong besi mengikut saiz yang ditetapkan dengan
menggunakan gunting tuas manual.
2. Meratakan bahagian tepi permukaan besi menggunakan kikir parut.
3. Besi yang telah siap dipotong akan melalui proses pengimpalan.
4. Besi yang telah siap dikimpal akan diketuk dengan menggunakan tukul
besi bagi melihat hasil kumai yang dilakukan.
5. Basuh besi yang telah siap dan bersihkan dengan berus dawai supaya
kumai jelas kelihatan.
TAJUK : KIMPALAN GAS SAMBUNGAN TEMU
NAMA :
JABATAN : JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL
PROGRAM : KEJURUTERAAN MEKANIKAL (AUTOMOTIF)
NO.PENDAFTARAN :
KELAS : DAD1B

OBJEKTIF
• Membentuk kimpalan sambungan temu.
• Asas kimpalan menggunakan kimpalan gas.
• Teknik mengimpal gas.

LANGKAH KESELAMATAN
• Memakai pakaian yang sesuai contoh baju bengkel
• Memakai kasut keselamatan (safety boot)
• Sebelum memulakan kerja pastikan anda memakai gogal, dan sarung tangan.
• Pakai pakaian yang memudahkan pergerakan.
• Pakai pakaian yang kemas.
• Pastikan rambut pendek dan kemas.
• Tidak bergurau dalam bengkel sama ada melibatkan peralatan woksyop ataupun tidak
ALATAN-ALATAN YANG DIGUNAKAN DALAM KIMPALAN GAS
• Silinder Gas Oksigen Dan Silinder Gas Asetilena.
• Pengatur oksigen.
• Hos Getah
• Sumpitan Api.
• Rod penambah(jika perlu)

LANGKAH KIMPALAN SAMBUNGAN TEMU


• Bersihkan bahagian permukaan yang hendak dikimpal.
• Rapatkan kedua-dua kepingan plat.
• Laraskan gas asetilena dan guna pemetik api untuk laraskan api kemudian
laraskan gas oksigen untuk persediaan kimpalan plat besi.
• Buat kimpalan paku pada hujung bahan kerja.
• Lakukan kimpalan pada permukaan yang rata.
• Selepas selesai mengimpal,matikan suis pada mesin kimpalan. Bersihkan jermang
pada kumai.

You might also like