You are on page 1of 35

JKA 315

Isu-isu Perbandaran di Negara


Membangun
WEBEX 3: Sejarah perkembangan bandar dan
perbandaran
5 Disember 2020
(2.00-3.00pm)

Disediakan oleh:
NURUL ‘AQIDAH BINTI MOKLIS
Index
• Hasil pembelajaran Webex 3
• Sejarah pewujudan bandar
• Perkembangan perbandaran
(Kawasan-Kawasan bandar,
perebakan suburbs dan exurbs)
• Urbanisasi (ciri-ciri, definisi dan
fungsi bandar)
• Tren bandar dan urbanisasi
• Impak atau kesan urbanisasi
• Urbanisasi dari perspektif kajian
sosiologi
• Kesimpulan

2
Hasil Pembelajaran
Webex 3
Selepas mengikuti Webex 3 ini, pelajar seharusnya:
Memahami latar belakang sejarah bandar dan perkembangan urbanisasi, konsep-
konsep dan ciri asas dalam urbanisasi, tren bandar dan perbandaran secara global
terutamanya di negara membangun.
Objektif pembelajaran:
1. Menerangkan konsep dan ciri-ciri asas proses perbandaran di negara sedang
membangun dengan mengaitkannya aspek-aspek ekonomi, politik dan sosial di
bandar.
2. Menghuraikan fenomena perbandaran di negara membangun dengan
menggunakan perspektif ansos untuk mengembangkan analisis isu perbandaran.

3
Imbasan topik lalu (webex 2)

Dusun  Kampung  Pekan  Bandar  Bandaraya  Megalopolis


Kawasan Bandar

Sejarah pewujudan bandar:


• Wujud sejak tamadun kuno di lembah-lembah subur Mesopotamia, India, China dan Mesir akibat perkembangan
pertanian yg meningkatkan sumber makanan dan penduduk.
• Kemunculan ibu negeri, pusat dagangan dan empayar tamadun kuno hasil daripada peningkatan penduduk, pemusatan
kuasa politik dan perkembangan komersial dan pembuatan di bandar. Gordon Childe (1950) memanggil proses ini
Revolusi Bandar.
• Akhir abad ke-18 berlakunya revolusi industri telah membawa kpd kadar perbandaran yg pesat dan kemunculan bentuk
bandar baharu. Perbandaran perindustrian ini bermula di Eropah dan kemudian menyebar ke wilayah lain.
• Dalam abad ke-20, perancangan bandar diberi penekanan dan wujudlah rekabentuk yg mengasingkan kawasan
perumahan, perindustrian, perniagaan dan kawasan rekreasi.
• Abad ke-21, wujudlah bandaraya, megalopolis (gabungan bandaraya) yg lebih kompleks, canggih bertaraf global dari segi
sosial, ekonomi, politik dan teknologi jika dibandingkan dgn bandar zaman kuno.

4
Sambungan…

• Berdasarkan Chandler dan Fox (1974), kebanyakan sarjana bersetuju bahawa bandar-bandar pertama dikembangkan pada zaman
kuno mesopotamia. Kebanyakan bandar awal kecil mengikut piawaian masa kini, dan bandar raya Rom adalah bandar yang
paling besar, dengan kira-kira 650 000 orang penduduk.
• Proses pembandaran pada zaman neolitik wujud sekitar 8 000 SM.
• Manusia mula hidup berkelompok dan bermasyarakat
• Walaupun begitu, terdapat faktor-faktor yang membatasi bandar-bandar pada zaman kuno. Antaranya kekurangan kawalan
kumbahan yang mencukupi, bekalan makanan yang terhad dan sekatan imigresen.
• Dari aspek sejarah, urbanisasi sebenarnya mempunyai ciri berkekalan dan ia bermula dari Eropah barat.
• Bagi Davis (1955; 433), revolusi industri di Eropah Barat merupakan revolusi bandar yang asal. Selain dari bertani, bandar-bandar
terus membangunkan sektor pertanian dan sistem pengangkutan. Kelebihan pengeluaran turut disokong oleh penggunaan mesin
dan minyak fosil ketika itu.
• Dalam memahami kapitalisme pada awal zaman perindustrian, Weber menyatakan bahawa nilai berusaha keras, berjimat-cermat
dan sifat cekap merupakan lambang takhlisan (salvation) dari segi agama (rujuk prostestant ethic weber). Ini merupakan salah
satu dorongan berlakunya revolusi perindustrian yang melancarkan revolusi perbandaran.
• Semasa era perindustrian, terdapat lonjakan pertumbuhan di seluruh dunia. Pengembangan kilang telah membawa orang dari
luar bandar ke bandar. Penciptaan teknologi baru juga telah meningkatkan kecekapan pengangkutan, pengangkutan makanan,
pengeluaran makanan dan pengawetan makanan.
• Wujudnya bandar pascaindustri iaitu bandar yang berkembang melalui industri berasaskan pembuatan kepada perkhidmatan
dan maklumat. Contoh bandar pascaindustri adalah New York, London dan Tokyo.
• Secara globalnya, 54% daripada 7 billion penduduk dunia tinggal di kawasan bandar (United Nations, 2014)
(sumber: Davis, 1955. The Origin and Growth of Urbanization in The World) 5
• Terdapat tiga prasyarat untuk pembangunan sebuah bandar (Gideon Sjoberg, 1965):
1. Persekitaran yang baik dengan air bersih dan iklim yang baik
2. Teknologi canggih, yang akan menghasilkan lebihan makanan untuk menyokong
golongan bukan petani
3. Organisasi sosial yang kuat untuk memastikan kestabilan sosial dan ekonomi
• Pada masa kini, pengaruh utama pertumbuhan bandar adalah kekuatan dan kestabilan
ekonomi (lanjutan pembangunan dan pertumbuhan dalam perbandaran di webex 4).
• Secara umumnya, corak penghijrahan yang dominan di dalam negara adalah penghijrahan
dari luar bandar ke bandar.
• Antara faktor penghijrahan tersebut disebabkan tawaran peluang ekonomi di bandar yang
lebih besar dan perkembangan teknologi termasuk teknologi untuk pertanian. Teknologi
tersebut telah mengurangkan sebahagian keperluan pekerja dalam bidang pertanian kerana
sektor pertanian dijalankan menggunakan alat dan mesin yang lebih canggih.
6
5. Pinggir bandar (suburb) adalah kawasan bandar yang lebih kecil yang
Kawasan bandar meliputi beberapa kawasan: mengelilingi bandar. Sebilangan besar pinggir bandar berpenduduk
kurang padat daripada bandar. Ia berfungsi sebagai kawasan
1. Kawasan bandar: Kawasan bandar yang maju, terdapat kepadatan struktur perumahan bagi sebahagian besar tenaga kerja bandar. Rumah di
manusia seperti rumah, bangunan komersial, jalan raya, jambatan, dan landasan pinggir bandar biasanya lebih besar daripada rumah di bandar,
kereta api. Sebilangan besar penduduk kawasan bandar mempunyai pekerjaan mempunyai lebih banyak kawasan hijau (taman) dan ruang terbuka.
bukan pertanian. Penduduk bebas bergerak dari kesibukan bandar dan kesesakan lalu
lintas.
2. "Kawasan bandar" boleh merujuk kepada town, bandar, dan pinggir bandar.
Kawasan bandar merangkumi bandar itu sendiri, dan juga kawasan sekitarnya. 6. Pertumbuhan Pintar (Smart growth) merupakan salah satu langkah
Gabungan kawasan bandar yang banyak disebut kawasan metropolitan atau untuk mengekang penyebaran pinggiran bandar menjadi bandar.
“greater" seperti di Greater New York atau Greater London. Perancang bandar mewujudkan komuniti yang kurang bergantung pada
kenderaan dan lebih menggunakan ruang pejalan kaki. Sebilangan
3. Apabila dua atau lebih kawasan metropolitan yang berkembang sehingga pemaju memulihkan komuniti lama di kawasan bandar di pusat bandar,
bergabung, akan menghasilkan megalopolis. Di Amerika Syarikat, kawasan dan bukannya mengembangkan kawasan ladang atau hutan belantara
bandar Boston, Massachusetts, berkembang pesat sehingga ke selatan yang seterusnya.
Washington, D.C., dan mewujudkan megalopolis BosWash,atau Koridor Timur
Laut (the Northeast Corridor). • Komuniti pertumbuhan pintar mencipta pembangunan baru. Antaranya,
mencipta "ruang hijau", ladang organik dan tasik. Lebih banyak
4. Town adalah salah satu jenis kawasan bandar (urban area). Sebuah town perancang bandar membangun kawasan bandar dengan
umumnya lebih besar daripada sebuah kampung, tetapi lebih kecil daripada mempertimbangkan geografi pertumbuhan pintar dan mengekalkan
sebuah bandar (city). Sebilangan ahli geografi mendefinisikan town sebagai persekitaran semula jadi dan menggunakan sumber semula jadi.
bandar yang mempunyai 2 500 hingga 20 000 orang penduduk. Ia boleh
berkembang melalui aktiviti ekonomi khusus seperti perlombongan atau adanya • Contohnya kawasan bandar beragam seperti Los Angeles, California dan
perkhidmatan tertentu seperti landasan kereta api. komuniti pulau di Yunani membuat kediaman dan perniagaan dengan
atap putih atau jubin. Tujuannya untuk memantulkan sinar matahari,
• Contohnya, di Amerika Syarikat mempunyai: menurunkan suhu persekitaran dan menurunkan penggunaan penyaman
1. “Boom town” atau "bandar boom“. Boom town merupakan kawasan udara.
perkembangan lombong emas dan perak pada abad ke-19.
2. “Ghost town” atau "kota hantu“ iaitu bandar tinggalan daripada “Boom
town”

7
Sumber: National Geographic.
https://www.nationalgeographic.org/encyclopedia/urban-area/
Perebakan pinggir bandar
(suburbs) dan pinggiran
bandar (exurbs)

• Ketika bandar bertambah sesak, keadaan bertambah buruk


dan kos yang mahal, maka semakin banyak orang mula
berhijrah keluar dari bandar-bandar tersebut.
• Tetapi kebanyakan penduduk tidak kembali ke bandar kecil di
luar bandar (seperti sebelum mereka tinggal di kota). Mereka
menetap di sekitar bandar (pinggir bandar) kerana
memerlukan akses yang dekat untuk ke bandar (untuk
memenuhi keperluan aktiviti pekerjaan). Pada tahun 1850-an,
ketika penduduk bandar berkembang dan sistem
pengangkutan bertambah baik. Hal ini menyebabkan pinggir
bandar berkembang.
• Pinggir bandar (suburbs) adalah komuniti di sekitar bandar,
biasanya jaraknya adalah dekat untuk perjalanan harian.
• Pada awal abad ke-20, pinggir bandar telah banyak hilang
lanskap desanya kerana berlaku perkembangan dan
perleluasaan. Pinggir bandar turut mengalami kepadatan dan
kesesakan lalu lintas.

8
• Keadaan tersebut memberi kesan kepada perjalanan jarak dan
waktu. Perjalanan antara pinggir bandar dengan pusat bandar
menjadi meningkat dan semakin jauh. Dalam masa yang sama,
keadaan ini menyumbang kepada peningkatan eksponensial
(peningkatan yang berterusan) dalam penggunaan sumber
semula jadi, seperti petroleum. Kesannya, meningkatkan
pencemaran dalam bentuk pelepasan karbon.
• Oleh kerana pinggir bandar (suburbs) menjadi lebih sesak dan
kehilangan daya tarikan, masyarakat yang berkemampuan telah
beralih ke kawasan pinggiran (exurbs).
• Komuniti yang wujud di luar kawasan pinggir bandar (exurbs)
dan biasanya dihuni oleh keluarga kaya, yang mahukan lebih
banyak ruang dan mempunyai sumber daya untuk
memperpanjang perjalanan mereka.
• Selain itu, pergabungan antara pinggiran bandar, pinggir bandar
dan kawasan metropolitan yang berkembang maju akan
membentuk sebuah metropolis.
• Contoh metropolis seperti Kaherah dan Lagos.

9
Bandar-bandar besar di dunia

Pusat Bandar Manhattan , New York


City
Carthage, Tunisia
• Ia adalah kawasan bandar
terbesar di Amerika Syarikat. Carthage adalah pinggir
• Juga dikenali sebagai Greater bandar (suburbs) bagi
New York City. metropolitan Tunis yang
• Kawasan bandar merangkumi kaya
bahagian Connecticut, New
Jersey, dan New York.

Gridlock (kesesakan lalu lintas) di


Buenos Aires
• . • Gridlock tersebut berlaku di taman
City Lights (Bandar sepanjang Rio de la Plata di Buenos
Lampu) Aires, Argentina.
• Rio de la Plata menjadi pelabuhan
• City Lights terletak di di Buenos Aires dan salah satu
Portland, Oregon. tempat yang paling sibuk di
• Portland adalah Amerika Selatan.
kawasan bandar ketiga • Ia menyediakan akses ke Samudera
terbesar di Barat Laut Atlantik dan pedalaman benua.
Pasifik (the Pacific • Orang-orang di Buenos Aires
Northwest). disebut portenos, atau "orang

10
pelabuhan."
Tokyo Rooftop di bandar Tokyo

• Tumbuhan hijau dan panel elektrik solar


menghiasi bumbung hotel di Tokyo, Jepun.
• Tokyo adalah salah satu kawasan bandar yang
paling padat di dunia, dan mempunyai kawasan
hijau sangat bernilai.

Ghost Town (Bandar hantu)


• Bodie adalah sebuah ghost town barat lama di
sempadan California dan Nevada.
• Mempunyai hampir 200 bangunan, Bodie pernah
dianggap sebagai kawasan bandar yang sibuk.

11
Urbanisasi
• Pembandaran atau urbanisasi adalah suatu proses perubahan menjadi bandar terutamanya
melibatkan perubahan penduduk iaitu:
1. Melalui perpindahan ke bandar-bandar,
2. Perubahan kegiatan ekonomi pertanian kepada bukan pertanian,
3. Perubahan taburan penduduk ke arah yang lebih padat
4. Perubahan masyarakat ke arah yang lebih moden
• Kingsley Davis (1972) (merupakan pakar dalam kajian kependudukan) mengatakan pembandaran
sebagai proses penumpuan penduduk mendiami kawasan yang boleh dianggap sebagai bandar
iaitu membuat perbandingan peratus penduduk yang mendiami kawasan bandar dengan penduduk
yang tinggal di luar kawasan bandar bagi sesebuah daerah, negeri atau unit-unit kawasan yang lain.
• Menurut Mc Gee (1971), proses urbanisasi atau pembandaran adalah proses perubahan
masyarakat dari yang bercorak desa, tidak formal kepada corak bandar yang lazimnya lebih formal.
Ia merupakan suatu proses penumpuan penduduk ke sesebuah kawasan yang dianggap sebagai
bandar.
• Pembandaran turut membawa maksud nisbah penduduk bandar berbanding dengan jumlah
penduduk. Proses ini akan selesai sekiranya semua penduduk tinggal di bandar (Wheatly, 1972).
12
Ciri-ciri bandar
• Menurut Cohen (2006; 66):
“…tiada piawaian standard untuk mengklasifikasikan bandar. Hampir kesemua negara
membezakan bandar dan luar bandar mereka. Namun demikian,definisi yang
digunakan untuk menjelaskan perbandaran mereka adalah berbeza di antara negara-
negara dan di sesetengah negara definisi ia berubah mengikut masa”.
• Ia boleh bergantung pada populasi, pentadbiran negara, pertumbuhan/
pembangunan ekonomi atau sosial.
• Berdasarkan Hirschman (1976: 445-447), di antara perkara yang ditimbulkan oleh
ahli-ahli penyelidik adalah urbanisasi mungkin berlaku secara terasing dari
pembangunan ekonomi…persoalan apakah bandar itu bukan sekadar satu persoalan
yang ringkas.
• Piawai antarabangsa ke atas definisi bangsa, harus menerima kepelbagaian dan
variasi definisi bandar mengikut negara tertentu.

13
Definisi bandar
• Pada dasarnya ‘urban’ bermaksud kawasan yang dibina seperti bandar. Tidak ada definisi yang
dipersetujui secara antarabangsa mengenai maksud bandar. Setiap negara mempunyai maksud sendiri,
seperti:
1. China: sejak tahun 2001 China telah menggunakan sistem 'klasifikasi statistik' yang bermaksud bahawa
definisi kawasan 'bandar' tidak tetap. Sebaliknya, ia boleh berubah bergantung pada cara pengumpulan
data (Biro Statistik Nasional China, 2002, dan Biro Perangkaan Perbandaran Beijing, 2018)
2. Kenya: “Penempatan manusia yang dibina dan padat dengan jumlah penduduk sekurang-kurangnya 2
000 orang. Orang atau penduduk yang ditakrifkan tanpa memperhatikan batas pihak berkuasa
tempatan ”(Biro Perangkaan Nasional Kenya, 2012)
3. United Kingdom: "kawasan penggunaan tanah bandar seluas 20 hektar atau lebih dengan 1,500 atau
lebih penduduk" (ONS, 2016)
4. Amerika Syarikat: AS menganggap bandar merujuk kepada dua jenis kawasan - Kawasan Urbanisasi
(UA-Urbanized Areas) seramai 50,000 orang atau lebih, dan Kluster Bandar (UC-Urban Clusters)
sekurang-kurangnya 2,500 dan kurang daripada 50,000 orang (Biro Banci AS, 2016)
• Definisi ini secara amnya merujuk kepada saiz dan kepadatan penduduk. Kaedah lain untuk
mengklasifikasikan tempat sebagai bandar adalah dengan ciri-ciri tempat bandar, seperti fungsi,
penggunaan tanah, hierarki penempatan dan bagaimana kawasan itu berkembang.
14
Menurut Cohen (2006, 64):
• Jika diurus dengan baik, bandaraya-bandaraya boleh memberi peluang kepada perkembangan ekonomi dan
sosial.
• Bandaraya sememangnya selalu menjadi tumpuan utama untuk perkembangan ekonomi, inovasi dan
pekerjaan. Tidak dapat dinafikan juga bahawa sesetengah bandar berkembang berdasarkan kelebihan
pengangkutan dan bekalan atau sumber alam semula jadi yang ada.
• Bandaraya juga merupakan pusat kehidupan moden, di mana penyertaan tenaga buruh wanita adalah tinggi.
Secara amnya, tahap kesihatan dan kesejahteraan, literasi, status wanita dan mobiliti sosial adalah tinggi.
• Bandaraya adalah penting kerana ia adalah ia pusat sosial dan budaya yang merangkumi muzium, balai seni,
industry filem, teater, rumah fesyen dan pusat budaya lain.
• Kepadatan populasi dapat mengurangkan kesan manusia ke atas ekosistem tempatan. Hal ini kerana kos
untuk menampung infrastruktur dan perkhidmatan asas adalah lebih rendah.
• Walaupun kadar kemiskinan bandar adalah tinggi di sesetengah bandaraya, penduduk-penduduk bandar
secara ratanya dapat menikmati perkhidmatan kesihatan, pendidikan dan perkhidmatan asas awam lain.
Seperti tenaga elektrik, air dan sistem sanitasi yang lebih baik berbanding dengan mereka yang berada di luar
bandar.

15
Fungsi bandar

Fungsi bandar sebagai (Gist & Fava, 1970):


• Pembuatan dan pengeluaran
• Perdagangan
• Pentadbiran
• Budaya atau Pendidikan
• Kesihatan atau rekreasi
• Tentera

16
Bandar sekarang
• Disebabkan globalisasi, fungsi bandar telah berubah.
• Kini, bandar telah melangkaui sempadan dan sesetengah bandar dikenali sebagai bandar global
(global city).
• National geografi telah mengenal pasti 7 jenis bandar global:
• Gergasi global (global giants): bandar kaya yang menjadi hub pasaran kewangan dan koperasi
utama dunia. Antaranya: New York, Los Angeles, Tokyo, Paris dan London
• Sauh Asia (Asian Anchors): bertempat di bandar Asia yang sedang berkembang cepat.
Mempunyai perhubungan infrastruktur dan tenaga bekerja berbakat yang baik. Antaranya:
Beijing, Hong Kong, Seoul, Shanghai, Singapore dan Moscow.
• Gerbang Membangun (Emerging Gateways): Pintu masuk pengangkutan dan ekonomi untuk
pasaran kawasan utama. Bandar ini bertempat di negara membangun yang GDP per kapitanya
(KDNK per kapita) rendah. Seperti: bandar Mumbai, Mexico city dan Istanbul.
• Kilang China (Factory China): bandar-bandar bertempat di China ini bergantung kepada eksport
pembuatan intensif, pertumbuhan ekonomi dan pnyertaan global. Antaranya: bandar Chengdu,
Qingdao, dan Zhengzhou.
• Pusat pengetahuan (knowledge capitals): bandar ini menghasilkan pengeluaran inovatif yang
tinggi, mempunyai tenaga pekerja berbakat dan university penyelidikan yang menfokuskan pada
teknologi. Pusat pegetahuan ini bertempat di San Jose, Seattle and Stockholm.
• American Middleweights: bandar ini agak kaya, mempunyai university berpengaruh berserta
dengan institusi penting yang lain. Bandar ini terdiri dari bandar Miami, Charlotte dan
Sacramento.
• International middleweights: bandar ini dihubungi pengaliran pelaburan dan penduduk sedunia. 17
Bandar ini terdiri dari bandar Sydney, Toronto dan Berlin.
Saiz populasi dan kedudukan kawasan bandar dengan lebih daripada 5 juta penduduk pada 1
julai 2014

Sumber: World Bank


18
19
Tren populasi bandar dan luar bandar global tahun
2014 dan jangkaan pada tahun 2050
• Pada tahun 2007, bermulanya populasi bandar global
melebihi populasi luar bandar global.
• Pada tahun 1950, lebih daripada dua pertiga (70%) daripada
orang di seluruh dunia tinggal di luar bandar dan kurang
daripada satu pertiga (30%) dalam penempatan bandar.
• Pada tahun 2014, 54% penduduk dunia adalah tinggal di
bandar.
• Penduduk bandar dijangka terus bertambah, sehingga
menjelang tahun 2050 iaitu:
1. 34% adalah penduduk dunia di luar bandar
2. 66% atau dua pertiga adalah penduduk dunia di bandar
• Pada tahun 2014, tahap urbanisasi yang tinggi (iaitu di atas
80%) berlaku di Amerika Latin dan Caribbean serta Amerika
Utara. Di Eropah, peratus penduduk yang tinggal di kawasan
bandar adalah 73%.
• Afrika dan Asia:
• penduduk di luar bandar adalah sebanyak 40%
• penduduk di kawasan bandar sebanyak 48%

Sumber: United Nations. (2014). World urbanization prospects. New York: United Nations. 20
• Pada tahun 2014, hanya lebih dari >300 juta orang tinggal di 43 bandar besar
Trends of global urban population dengan 5 hingga 10 juta penduduk. Antaranya seperti Santiago (Chile), Madrid
(Sepanyol), dan Singapura.
• Jangkaan tahun 2030: meningkat menjadi 63 buah bandar besar global
(menempatkan 400 juta orang daripada populasi bandar global).
• Peratusan penduduk bandar yang tertumpu di megacity dan bandar besar
dengan 5 hingga 10 juta penduduk pada tahun 2014 sangat berbeza di
bebrapa kawasan utama (wilayah).
• Oceania: populasi megacitynya adalah 0%
• Amerika Utara (Northern America): hanya 25% populasi di megacity
(gambar 10).
• Sebilangan besar megacities (bandar raya besar) dan bandar besar (large
cities) terletak di bahagian Selatan iaitu Asia (dengan populasi antara 5 hingga
10 juta penduduk) pada tahun 2014 dan jangkaan tahun 2030:
• China- tahun 2014: 6 buah megacities dan 10 buah bandar besar;
jangkaan tahun 2030: +1 megacity dan +6 bandar besar
• India- tahun 2014: 4 buah bandar di India sedang membangun untuk
menjadi megacities pada tahun akan datang (Ahmadabad, Bangalore,
Chennai dan Hyderabad). Jangkaan tahun 2030: 7 buah megacities.
• Negara lain di Asia (selain China dan India), mempunyai 7 megacities
dan 11 buah bandar-bandar besar pada tahun 2014.
• Di wilayah Afrika:
• Tahun 2014: 3 buah megacities seperti Kaherah, Kinshasa dan Lagos
• Jangkaan tahun 2030: +3 megacities seperti Dar es Salaam (Tanzania),
Johannesburg (Afrika Selatan), dan Luanda (Angola)
• Di Amerika Latin:
• Tahun 2014: 4 buah megacities iaitu Buenos Aires, Mexico City, Rio de
Janeiro, dan São Paulo.
• Jangkaan tahun 2030: +2 buah megacities iaitu Bogotá (Colombia)
dan Lima (Peru)
• Jangkaan peningkatan megacities di wilayah-wilayah tersebut kerana
menjangkakan berlakunya pertambahan populasi bandar yang melebihi 10

21
juta penduduk pada tahun 2030.
• Berdasarkan United Nations (2014: 2):
“Di dalam dunia yang semakin global dan saling
berhubung, lebih daripada separuh penduduk
dunia (54%) kini bertempat di bandar walaupun
terdapat jurang kepelbagaian yang luas dalam
tahap urbanisasi di antara negara-negara di dunia.
Pada dekad yang akan datang, keadaan ini akan
berterusan malah ia akan berubah dengan lebih
mendalam dari segi saiz dan pengagihan ruang
populasi global. Dengan urbanisasi yang
berterusan serta perkembangan populasi dunia,
adalah dijangkakan bahawa sebanyak 2.5 billion
orang akan ditambahkan kepada populasi bandar
pada tahun 2050. Sebanyak 90% perkembangan ini
tertumpu di Asia dan Afrika”

22
Jumlah populasi bandar di negara-negara Asia Timur pada tahun
2000 dan 2010

Negara Tahun 2000 Tahun 2010


(million) (million)
China 345.8 477.2
Indonesia 66.6 91.3
Jepun 66.5 76.5
Republik korea 23.6 26.7
Filipina 16.8 23.3
vietnam 15.0 22.6
23
Jumlah keluasan tanah untuk bandar di negara-negara Asia Timur tahun 2000 dan 2010

• Peta tersebut menunjukan keluasan tanah untuk


kawasan bandar. Antara negara yang mengalami
peningkatan penggunaan tanah untuk kawasan
bandar adalah:
Negara Tahun 2000 Tahun 2010 Jumlah
(km persegi) (km persegi) peningkatan
China 65 740 89 390 23 650

Indonesia 8 940 10 010 1 070

Vietnam 2 210 2 920 710

Malaysia 3 920 4 570 650

Jepun 15 540 16 160 620

Filipina 1 780 2 260 480

Thailand 2 360 2 710 350

Republik Korea 2 230 2 540 310

*Negara yang lain mengalami peningkatan dibawah 100 km persegi

Sumber: World Bank Group. (2015). East Asia’s changing urban lanscape:

24
Measuring a decade of spatial growth. Washington DC: The World Bank
Kadar populasi di bandar berbanding
bukan bandar di negara-negara Asia
Timur pada tahun 2000 dan 2010

• Walaupun jumlah populasi di bandar adalah tinggi namun, Asia


Timur mempunyai populasi bukan bandar yang lebih besar.
• Secara keseluruhannya, hanya 29% daripada jumlah penduduk di
Asia Timur tinggal di kawasan bandar (kawasan yang mempunyai
lebih daripada 100,000 orang) pada tahun 2000. Jumlah tersebut
meningkat kepada 36% pada tahun 2010.
• Terdapat beberapa negara Asia Timur yang mempunyai jumlah
populasi bandar yang lebih besar daripada luar bandar pada tahun
2010 (lihat peta 2.3):
1. Jepun (60%> 53% pada tahun 2000);
2. Malaysia (53%> 43% pada tahun 2000);
3. Republik Korea (55%> 51% pada tahun 2000)
• Jumlah peratusan populasi bandar di Indonesia, China dan Mongolia
(negara yang luas) pada tahun 2010 adalah antara 30% dan 40%.
• Pada tahun 2010, populasi bandar di Filipina dianggarkan akan
mencapai 49%, namun jumlah yang dicapai adalah jauh lebih rendah
iaitu 25%.
• Negara tersebut tidak mencapai anggaran populasi bandar yang
disasarkan berkemungkinan memerlukan dasar kerajaan yang
proaktif untuk menyediakan tanah, perumahan, dan perkhidmatan
untuk menampung penduduk bandar.

25
• Kawasan bandar terbesar dan berkembang
25 bandar besar di Asia Timur tahun 2010 pesat di Asia Timur:
1. China (600 buah kawasan bandar)
2. Indonesia (77 buah kawasan bandar)
3. Jepun (59 buah kawasan bandar)
• Asia Timur mempunyai 25 kawasan bandar
terbesar iaitu 15 di China, 3 di Jepun, 2 di
Vietnam, dan masing-masing 1 di Indonesia,
Republik Korea, Malaysia, Filipina dan
Thailand.
• Delta Sungai Pearl (Pearl River Delta) di
China menjadi bandar yang terbesar di dunia
berdasarkan ukuran kawasan dan jumlah
penduduk. Sebelum ini, Tokyo telah lama
dianggap sebagai metropolitan terbesar
(United Nations Human Settlements
Programme, 2010; Hoornweg dan Freire
2013). Kawasan bandar Delta Sungai Pearl
merangkumi Dongguan, Foshan, Guangzhou,
dan Shenzhen (peta 2.5). Pada tahun 2000,
keluasannya adalah 4,500 km persegi, dan
berkembang dengan pesat sebanyak 4.5 %
setahun iaitu hampir 7,000 km persegi pada
tahun 2010.
• Ia mempunyai 42 juta penduduk pada tahun
2010, lebih tinggi daripada jumlah penduduk
di beberapa negara termasuk Argentina,
Australia, Kanada, dan Malaysia
• Kawasan bandar besar lain yang berkembang
26
pesat adalah bandar di Vietnam iaitu Bandar
Ho Chi Minh dan Hanoi.
The way we lives has changed

Pada masa Menjelang


Kiraan itu, hampir 2050
Dianggarkan tersebut
bahawa dalam 10% diramalkan
adalah sama
tempoh masa dengan 20 lindungan bahawa
000 padang tanah di dunia 64.1% dari
Kini, kawasan kini dan 2030, bola di ini boleh negara
bandar, mulai kawasan
bandar akan Amerika menjadi membangun
Penduduk bandar dari Times Syarikat bandar dan 85.9%
pada tahun 2014 Square hingga berkembang yang diturap dari negara
adalah sebanyak sebuah bandar lebih dari 463 setiap hari
maju masing-
Pada tahun 54% daripada kecil di India, 000 km selama
persegi (1.2 beberapa masing akan
1800 hanya jumlah penduduk meliputi 3-5%
juta km dekad dibandarkan
2% penduduk global, meningkat tanah global
dunia tinggal persegi) pertama
daripada 34% abad ini
di kawasan pada tahun 1960
bandar dan terus 07
berkembang 05 06
03 04
01 02

designed by tinyPPT.com
Secara ringkasnya:
• Kehidupan bandar menawarkan
28
banyak faedah kepada penduduk termasuk lebih banyak peluang
pekerjaan dan pendapatan yang lebih tinggi, dan untuk perniagaan termasuk kos input yang lebih
rendah, peluang kerjasama dan inovasi yang lebih besar.
• Tetapi pembandaran jika berlaku dengan cepat (pembandaran yang tidak seimbang)– akan membawa
cabaran.
Menurut Cohen (2006; 64):
• “Namun demikian, dengan perkembangan pesat bandaraya-bandaraya menyebabkan usaha untuk
mengurus mereka menjadi semakin kompleks. Kadar dan skala transformasi bandar yang cepat dan
luas di negara-negara membangun telah mewujudkan cabaran-cabaran yang menggentarkan.
• Salah satu kebimbangannya adalah risiko terhadap persekitaran tempatan, sumber semula jadi,
kesihatan, kesinambungan sosial dan hak individu. Walaupun demikian, kebanyakan pemerhati
merasakan isu utama adalah peningkatan penduduk miskin bandar.
• Data-data menunjukkan, peningkatan penduduk miskin bandar adalah lebih cepat daripada
peningkatan penduduk bandar. Dianggarkan sebanyak 72% penduduk bandar di Afrika duduk di
penempatan setinggan. Anggaran di Asia dan Pasifik adalah 42%, 32% di Latin Amerika dan 30% di
rantau Timur Tengah dan Utara Afrika”.
• Kerajaan dan pembuat dasar mesti merancang dan mengurus kesan urbanisasi terhadap kemiskinan,
ketidaksamaan, pekerjaan, perkhidmatan, pengangkutan, perubahan iklim dan politik. Hanya dengan
mengatasi masalah-masalah tersebut dan halangan teknikal dan politik, mereka dapat memastikan
kualiti hidup yang baik bagi berjuta-juta penduduk bandar.
10 impacts of urbanization

29
30
31
Urbanisasi dari perspektif kajian sosiologi
• Masalah pembandaran memainkan peranan penting dalam kajian
sosiologi. Antaranya, masalah yang melibatkan masyarakat, ekonomi dan
tingkah laku manusia di bandar.
• Terdapat 2 pespektif yang boleh dijelaskan dalam Urbanisasi iaitu:
1. Perspektif fungsionalisme (mengenai tertumpu pada ekologi
bandar) Contoh lain:
2. Perspektif teori konflik (cenderung menumpukan kepada Model zon sepusat (The concentric zone model) (Burgess 1925) merupakan contoh
ekonomi politik) ekologi manusia yang paling terkenal. Model tersebut adalah mengenai struktur
Perspektif fungsionalisme terhadap urbanisasi bandar dengan penggunaan “zon” di sekitar bandar.
Model ini memandang bandar sebagai rangkaian kawasan keliling sepusat, dari pusat
• Ekologi manusia adalah bidang kajian fungsionalis yang melihat hubungan
antara manusia dengan persekitaran fizikal yang dibina dan bandar meluas ke luar bandar, dengan pelbagai "zon“:
persekitaran fizikal secara semula jadi (Park 1915). • Zon A (central business district): di tengah-tengah kota, adalah pusat daerah
perniagaan dan budaya.
• Secara amnya, penggunaan tanah bandar dan taburan penduduk bandar • Zon B (zon of transition): bulatan sepusat yang mengelilingi pusat bandar, terdiri
berlaku dalam corak yang dapat diramalkan setelah memahami
bagaimana keadaan penduduk dengan persekitaran tempat tinggal dari rumah-rumah yang dahulunya kaya raya yang dibahagikan kepada pangsapuri
mereka. murah untuk populasi pendatang baru; zon ini juga menempatkan pengilang kecil,
kedai pajak gadai, dan perniagaan marginal lain.
• Sebagai contoh, di Amerika Syarikat mempunyai sistem pengangkutan • Zon C (residential lower class):terdiri daripada kediaman kelas pekerja dan kawasan
yang disesuaikan untuk menampung individu dan keluarga. Seperti lebuh
raya antara negeri yang dibina untuk kereta. Sebaliknya, sebahagian besar perkumpulan etnik.
Eropah menekankan pengangkutan awam seperti landasan kereta api dan • Zon D (residential middle class): mempunyai rumah kaya, pekerja kolar putih, dan
komuter berkelajuan tinggi, serta berjalan kaki dan berbasikal. pusat membeli-belah.
• Zon E (residential upper class): mengandungi ladang kelas atas dan pinggir bandar.
• Cabaran bagi ahli ekologi manusia yang bekerja dalam perancangan
bandar Amerika Syarikat (A.S.) adalah merancang landskap dan Model burgess mengambil kira hubungan positif antara status ekonomi dan jarak dari
pemandangan perairan dengan keindahan semula jadi, dalam masa yang pusat bandar.
sama mencari cara untuk menyediakan sistem pengangkutan yang bebas Burgess menganggap: masyarakat yang mempunyai ekonomi yang bagus, adalah lebih
kenderaan. Hal ini kerana jumlah kenderaan di A.S. dan penggunaanya baik mendiami kawasan yang lebih jauh jaraknya dari kawasan pusat. Kerana jauh dari
adalah sangat tinggi.
32
kepadatan yang tinggi dan tanah yang sempit, sebaliknya mempunyai ruang tanah
yang besar dan membolehkan mereka membina rumah besar
Perspektif teoritikal dalam
urbanisasi
• Berbeza dengan pendekatan fungsionalis, model teori dalam perspektif konflik
menumpukan pada cara perubahan kawasan bandar mengikut keputusan khusus
yang dibuat oleh pemimpin politik dan ekonomi.
• Secara amnya, keputusan yang dibuat adalah keputusan yang menguntungkan kelas
menengah dan atas, sambil memanfaatkan kelas pekerja dan kelas bawah.
• Sebagai contoh, ahli sosiologi Feagin dan Parker (1990) mencadangkan tiga faktor bagi
pemimpin politik dan ekonomi mengawal pertumbuhan bandar.
• Pertama, para pemimpin ini bekerjasama untuk mempengaruhi
pertumbuhan dan kemerosotan bandar- menentukan di mana aliran wang
dan bagaimana penggunaan tanah diatur.
• Kedua, nilai pertukaran dan nilai penggunaan tanah seimbang untuk
memihak kepada kelas menengah dan atas-misalnya, tanah awam di
kawasan miskin dapat ditukar untuk digunakan sebagai tanah industri.
• Ketiga, pembangunan bandar bergantung pada struktur (kumpulan seperti
pemerintah tempatan) dan agensi (individu termasuk ahli perniagaan dan
aktivis). Kumpulan ini terlibat dalam dinamik push-pull yang menentukan di
mana dan bagaimana tanah sebenarnya digunakan.
• Contohnya, pergerakan Not In My Back Yard (NIMBY) cenderung muncul di kawasan
kejiranan kelas pertengahan dan kelas atas kerana warga yang terlibat memprotes
amalan persekitaran buruk yang akan mempengaruhi mereka. Kumpulan ini
mempunyai lebih banyak kawalan terhadap penggunaan tanah tempatan.

33
• Daripada perbincangan sejarah penempatan
bandar, perkembangan bandar dan perbandaran,
kita boleh perhatikan bahawa kesemua
fenomena ini tidak tetap dan boleh berkembang.
Keadaan tersebut boleh berubah seiring dengan
perubahan keadaan dan keperluan semasa
(terutamanya keperluan manusia) dalam satu
5. kawasan fizikal dan dalam tempoh tertentu.
Kesimpulan • Dari perspektif antropologi dan sosiologi bandar,
dapat diperhatikan bahawa wujudnya interaksi
dan perubahan elemen-elemen sosial dan
budaya (termasuk ekonomi dan politik) yang
sentiasa membentuk dan mengubah trend
perbandaran dan isu-isunya.

34
Terima kasih

35

You might also like