You are on page 1of 17

RANCANGAN PERNIAGAAN: PUSAT TUISYEN SUCCESS

RINGKASAN EKSEKUTIF
Pendidikan memainkan peranan yang penting kepada masyarakat pada hari ini. Secara
umumnya, tuisyen diperlukan dalam kalangan pelajar yang lemah dan tertinggal pelajaran.
Pelajar berkenaan mungkin menghadapi pelbagai masalah seperti tiada motivasi untuk belajar,
kurang faham atau tidak dapat menumpukan perhatian dalam kelas sehinggakan dia tertinggal
dalam pelajaran.
Oleh itu, syarikat kami telah menyediakan perkhidmatan tuisyen kepada pelajar sekolah
rendah dan sekolah menengah. Kami memilih guru-guru yang cemerlang untuk mengajar
pelajar-pelajar tersebut. Tambahan pula, kami juga menyediakan perkhidmatan lain seperti
menjual buku latihan, buku rujukan, alat-alat tulisan dan juga perkhidmatan cetakan photostat,
scanning, laminate dan comb-binding bagi memudahkan kehendak tertentu pelajar.
Pusat tuisyen kami telah ditubuhkan pada 2 Januari 2020, dan diberi nama Pusat
Tuisyen Success. Kami beroperasi di Unit 574, Tingkat 1, Jalan Bagan Luar, Kampung
Benggali, 12000 Butterworth, Pulau Pinang. Tujuan kami operasi di tempat ini kerana ia
terletak berdekatan dengan beberapa sekolah dan populasi pelajar yang banyak. Pusat Tuisyen
Success merupakan sebuah perniagaan jenis perkongsian dengan modal permulaan sebanyak
RM 35,000. Rakan kongsi mengeluarkan modal sendiri sebanyak RM 15,000. Perniagaan pusat
tuisyen kita di kawasan tersebut tidak menghadapi isu persaingan kerana tidak ramai yang
menceburi perniagaan ini.
Tambahan pula, Pusat Tuisyen Success ini diletak dalam kawasan perumahan, kedai
makanan, lebuh raya dan sebagainya. Kedudukan pusat tuisyen yang strategik dari segi
geografi ini memberi kemudahan kepada ramai ibu bapa memilih Pusat Tuisyen Success untuk
menghantar anak-anak mereka. Rancangan perniagaan ini telah disediakan dengan bantuan
kepakaran khidmat nasihat daripada Encik Hatim bin Arif. Beliau ialah seorang peniaga yang
menjalankan perniagaan Pusat Tuisyen Genius sejak beberapa tahun lalu. Beliau mempunyai
beberapa cawangan pusat tuisyen di kawasan perumahan lain.

1
VISI
Objektif utama Pusat Tuisyen Success adalah menjadikan pusat pendidikan swasta yang maju,
berpotensi, dan dinamik. Pusat tuisyen ini dapat melahirkan para pelajar cemerlang mengikut
standard dan piawai yang ditetapkan.
MISI
Misi Pusat Tuisyen Success adalah untuk meningkatkan pencapaian akademik pelajar dari
semasa ke semasa. Pusat tuisyen ini juga membimbing dan mendidik para pelajar ke arah
puncak kecemerlangan dengan barisan guru yang cemerlang serta konsep pembelajaran yang
terkini.

TUJUAN RANCANGAN PERNIAGAAN


Rancangan perniagaan ini disediakan bertujuan untuk:
1. Menjelaskan perniagaan Pusat Tuisyen Success dengan sistematik,
2. Menjalankan kajian dan membuat perancangan yang efektif untuk meningkatkan
keuntungan,
3. Menetapkan dan menganggarkan bajet serta menganalisis kelebihan dan kekurangan
pesaing di sekitar kami,
4. Membuat pelan perniagaan untuk mengorganisasikan perkembangan perniagaan, dan
5. Memperincikan perancangan perniagaan Pusat Tuisyen Success yang meliputi aspek
pemasaran, perkhidmatan dan teknikal perhubungan pelanggan, dan kewangan.

2
LATAR BELAKANG PERNIAGAAN

Nama Perniagaan Pusat Tuisyen Success


Alamat Perniagaan No. 574, Tingkat 1, Jalan Bagan Luar, Kampung Benggali,
12000 Butterworth, Pulau Pinang.

Alamat Surat Menyurat No. 574, Tingkat 1, Jalan Bagan Luar, Kampung Benggali,
12000 Butterworth, Pulau Pinang.

Nombor Telefon 04-1001223


Bentuk Perniagaan Perkongsian
Kegiatan Utama Pendidikan: Kelas Tuisyen
Tarikh Mula Perniagaan 2 Januari 2020
Tarikh Pendaftaran 2 Disember 2019
Nombor Pendaftaran SSM PC215488-K
Modal Permulaan RM 35,000
Nama Bank Bank Simpanan Nasional
Jenis Akaun Akaun Semasa
Nombor Akaun 8865 791 456377

Syarikat kami merupakan syarikat perkongsian yang terdiri daripada 5 orang ahli syarikat.
Kesemuanya kami bukan sahaja perkongsian dalam syarikat kami, kami juga melibatkan diri
secara aktif dalam bahagian pentadbiran untuk mengurus pusat tuisyen ini. Syarat–syarat
syarikat perkongsian yang disetujui oleh kesemuanya kami berdasarkan Akta Perkongsian
1961. Kami memerlukan modal sebanyak RM 35,000 untuk memulakan perkhidmatan pusat
tuisyen ini. Modal ini dibahagikan secara sama rata di antara 5 orang ahli syarikat.
STRUKTUR ORGANISASI PUSAT TUISYEN

Pengurus Utama
PRIYA DHASHNI A/P
PANISAN

Pengurus
Pentadbiran
KASHINIY A/P BALOO

Pengurus Pengurus
Pengurus Operasi
Pemasaran Kewangan
ANBAN A/L THIRUMAMANI LIM MING HUI MOHD HAMDI BIN MOHAMAD

3
PETA LOKASI PUSAT TUISYEN SUCCESS

4
RANCANGAN PEMASARAN
Analisis Pemasaran
Syarikat kami bersepakat untuk membuka sebuah pusat tuisyen di Butterworth, Pulau Pinang.
Pembukaan perniagaan ini disebabkan oleh lokasinya yang strategik kerana di sekeliling
kawasan tersebut merupakan kawasan perumahan dan juga sekolah-sekolah (rendah dan
menengah). Jadi, pemasaran utama ialah pelajar sekolah dan golongan ibu bapa. Selain itu,
terdapat kedai–kedai yang menjadi tumpuan orang ramai di kawasan itu. Jadi, kami
mempunyai peluang dan potensi yang cerah untuk menjayakan perniagaan kami.
Aktiviti Perniagaan dan Perkhidmatan
Perkhidmatan (Utama) Perniagaan (Sampingan)
1. Kelas Tuisyen 1. Perkhidmatan Percetakan (Fotostat
2. Kursus Seminar (Setiap hujung dan Printing)
tahun khas untuk pelajar yang 2. Perkhidmatan Laminating dan
mengambil peperiksaan UPSR, PT3, Binding
dan SPM) 3. Kedai Buku dan Alat Tulis Mini

Potensi Perniagaan
1. Lokasi pusat perniagaan kami terletak berdekatan dengan beberapa buah sekolah
merupakan satu strategik yang unik untuk perniagaan ini. Para pelajar boleh menghadiri
kelas tuisyen selepas sesi persekolahan ataupun pada waktu petang/malam.
2. Pusat perniagaan kita mempunyai potensi yang cerah untuk berjaya dan berkembang
maju pada masa yang akan datang.
3. Terdapat sebuah pusat perniagaan tuisyen sahaja berdekatan dengan lokasi kita. Pusat
tuisyen tersebut mengenakan yuran yang agak tinggi kepada pelajar.
4. Para guru sekolah yang bekerja di sekolah bersedia untuk bekerja dengan kami selepas
tamat waktu persekolahan mereka.

5
Senarai Perkhidmatan/Produk
Perkhidmatan/Produk Harga Per Unit
1. Kelas Tuisyen • RM 90 setiap subjek/sebulan (SPM)
• RM 70 setiap subjek/sebulan (PT3)
• RM 60 setiap subjek/sebulan (UPSR)
2. Buku dan Alat tulis Mengikut Harga Pasaran
3. Fotostat RM 0.10 setiap keping
4. Print • RM 0.50 setiap keping (Black and White)
• RM 1.00 setiap keping (Color)
5. Kelas Seminar • RM 115 setiap subjek (SPM)
• RM 85 setiap subjek (PT3)
• RM 75 setiap subjek (UPSR)

Pelanggan
Segmen pasaran bagi perkhidmatan pusat tuisyen boleh dibahagikan kepada tiga iaitu:
1. Pelajar sekolah rendah
2. Pelajar sekolah menengah
3. Pelajar yang datang dari pusat tuisyen yang lain

6
Persaingan
Pusat Tuisyen Sinar ialah pusat persaingan kami. Pusat tuisyen ini terletak sekitar kawasan
perniagaan kami, iaitu sekitar 1 kilometer dari tempat kami. Di sini merupakan hasil analisis
persaingan dari segi kelebihan dan kelemahan:
Kelebihan Kelemahan
1. Mempunyai beberapa cawangan di 1. Mengenakan yuran tuisyen yang
kawasan lain agak tinggi
2. Mempunyai ramai tenaga pengajar 2. Masa kelas tuisyen bercanggah
dari sekolah yang berpengalaman dengan masa kokurikulum sekolah
3. Bilik tuisyen yang tidak mempunyai
penghawa dingin

Strategi Pemasaran Secara Keseluruhan


Strategi pemasaran kita terdiri daripada perkhidmatan, harga, dan promosi.
Perkhidmatan Ibu bapa ataupun pelajar boleh memberi maklum balas,
pertanyaan sama ada melalui Facebook Page Rasmi
Pusat Tuisyen Success, emel, ataupun WhatsApp
Harga 1. Yuran tuisyen yang berpatutan
2. Harga lebih rendah berbanding dengan pesaing,
Pusat Tuisyen Sinar
Promosi 1. Kad nama perniagaan disediakan
2. Flyer diedarkan kepada orang ramai di sekitar
kawasan Kampung Benggali, Butterworth
3. Banner digantungkan di tepi pusat tuisyen

Strategi Jangka Panjang


1. Menjadi pilihan utama bagi pelajar di sekitar tempat operasi.
2. Membimbing pelajar untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan
awam.
3. Memperkenalkan pakej tuisyen kepada pelajar dengan harga yang berpatutan.
Perkhidmatan Lepas Jualan
Perkhidmatan lepas jualan adalah penting bagi pusat tuisyen untuk memastikan perkhidmatan
yang diberikan memenuhi keperluan pelajar-pelajar dan ibu bapa. Pemantauan dari semasa ke
semasa dan juga khidmat nasihat mengenai aktiviti pengajaran dan pembelajaran guru
dilaksanakan. Tambahan pula, perkhidmatan yang berkualiti dan hubungan yang baik dengan
pelajar dapat menarik pelajar untuk meneruskan tuisyen dengan kami. Secara tidak langsung,
pelajar juga berkemungkinan tinggi akan memperkenalkan pusat tuisyen ini kepada rakan-
rakan mereka.

7
SENARAI JAWATAN, FUNGSI, DAN TANGGUNGJAWAB
Jawatan Kelayakan Kemahiran Tanggungjawab
Pengurus Ijazah Sarjana Cekap mengurus Membuat keputusan dan
Utama Muda dalam perniagaan dan bijak melaksanakan tindakan untuk
Pengurusan mengawasi segala perniagaan pusat tuisyen serta
pentadbiran secara memastikan kelancaran operasi
keseluruhan. perniagaan.
Pengurus Ijazah Sarjana Cekap dalam Mengurus dan mentadbir segala
Pentadbiran Muda dalam membantu pengurus hal yang berkaitan dengan
Pengurusan utama untuk pengurusan perniagaan.
menguruskan
perniagaan.
Pengurus Ijazah Sarjana Berurusan dengan Merancang strategi pemasaran
Pemasaran Muda dalam pelanggan, perniagaan, melakukan tinjauan
Pengurusan memahami kehendak terhadap permintaan ibu bapa
pelanggan dan dan pelajar, menyusun strategi
keperluan pelanggan. untuk meningkatkan kemasukan
pelajar melalui promosi,
publisiti, dan iklan.
Pengurus Ijazah Sarjana Berkebolehan dalam Menguruskan akaun syarikat,
Kewangan Muda dalam mengurus kewangan aliran tunai perniagaan,
Perakaunan dan perbelanjaan menyediakan sebut harga untuk
perniagaan. setiap perbelanjaan kepada
pembekal.
Pengurus Diploma Cekap dalam Menyediakan jadual waktu
Operasi Pendidikan menyediakan jadual tuisyen, melantik guru-guru
waktu dan yang berkemahiran, serta
menguruskan hal menguruskan hal ehwal pelajar.
ehwal pelajar.

8
JADUAL GAJI UNTUK KAKITANGAN PENGURUSAN SERTA GURU
Jawatan Bil Gaji/Upah (RM) KWSP (RM) Jumlah (RM)
Pengurus Utama 1 1,500 250 1,750
Pengurus Pentadbiran 1 1,400 250 1,650
Pengurus Pemasaran 1 1,400 250 1,650
Pengurus Kewangan 1 1,400 250 1,650
Pengurus Operasi 1 1,400 250 1,650
Guru 6 1,500 250 10,500

SENARAI PERKHIDMATAN YANG DIHASILKAN


Jenis Pelaksanaan
Kelas Tuisyen

- UPSR 3 kelas (1 jam setiap minggu)

- PT3 3 kelas (1.5 jam setiap minggu)

- SPM 6 kelas (2 jam setiap minggu)

Kursus Seminar Setiap Subjek dijalankan dalam tempoh masa 2 jam sebelum

peperiksaan bermula.

9
SENARAI BAHAN MENTAH YANG DIPERLUKAN UNTUK SEBULAN
Jenis Harga/Minggu Bil. Jumlah
(RM) (RM)
1. Buku 70 4 280
2. Alat Tulis 30 4 120
3. Kertas A4 30 4 120
4. Dakwat Mesin Fotokopi 80 4 320
Jumlah 840

SENARAI MESIN, PERABOT DAN ALAT KELENGKAPAN SECARA AM


Jenis Harga Seunit Bil. Jumlah
(RM) (RM)
1. Komputer 5,000 2 10,000
2. Mesin Fotostat 1,750 2 3,500
3. Papan Putih 50 6 300
4. Meja dan Kerusi Guru 100 6 600
5. Meja dan Kerusi Pelajar 100 1,000 100,000
6. Rak Buku 150 8 1,200
7. Rak Alat Tulis 100 10 1,000
Jumlah 116,600

SENARAI PERABOT DAN KELENGKAPAN UNTUK PEJABAT


Jenis Harga Seunit Bil. Jumlah
(RM) (RM)
1. Meja dan kerusi 150 6 900
2. Rak Dokumen 50 2 100
3. Meja dan kerusi kaunter 180 3 540
4. Telefon 100 3 300
Jumlah 1,840

10
BELANJA OPERASI
Jenis Harga Sebulan
(RM)
1. Sewa Premis 2,100
2. Bil Elektrik dan Air 2,500
3. Bil Telefon dan Internet 400
4. Insurans 1,000
Jumlah 6,000

KOS PROJEK
Kos Pelaksanaan Projek
Harga Jumlah
Bil Perkara
(RM) (RM)
1. Belanja Permulaan
- Daftar Perniagaan 590
- Deposit Sewa 1,000
- Lesen Perniagaan 650
- Lesen Sign Board 200
2,440
2. Aset Tetap
- Pendingin Hawa (6 unit) 5,700
- Dekorasi Pejabat 1,000
- Perabot dan Kelengkapan Pejabat 1,840
- Mesin, Perabot dan Alat Kelengkapan 116,600
- Sign Board 450
125,590
3. Modal Pusingan
- Belian Bahan Mentah 840
- Pakej Internet 190
- Penyelenggaraan 1250
2,289
4. Lain-lain Perbelanjaan
- Iklan dan Promosi 750
750
Jumlah Kos Pelaksanaan Projek 130,419

11
Sumber Pembiayaan
Jenis Jumlah(RM)
Modal Sendiri
- Tunai 75,000
- Aset 32,108
Sumbangan Modal 200,000
Pinjaman Bank 150,000
Jumlah 457,108

JADUAL PEMBAYARAN BALIK PINJAMAN


Jumlah Pinjaman : RM 150,000
Kadar Faedah : 6% setahun
Tempoh Bayaran : 10 Tahun
Kaedah : Bayaran Bulanan
Tahun Pokok Faedah Jumlah Bayaran Baki Pinjaman
1 15,000 900 15,900 135,000
2 15,000 900 15,900 120,000
3 15,000 900 15,900 105,000
4 15,000 900 15,900 90,000
5 15,000 900 15,900 75,000
6 15,000 900 15,900 60,000
7 15,000 900 15,900 45,000
8 15,000 900 15,900 30,000
9 15,000 900 15,900 15,000
10 15,000 900 15,900 0

12
JADUAL SUSUT NILAI ASET TETAP
Jenis Aset : Mesin, Perabot dan Alat Kelengkapan
Jumlah Nilai Aset : RM 116,600
Hayat : 5 Tahun
Nilai Skrap :0
Kaedah : Mendatar
Susut Nilai Tahunan Susut Nilai Terkumpul Nilai Buku
Tahun
(RM) (RM) (RM)
1 23,320 23,320 93,280
2 23,320 46,640 69,960
3 23,320 69,960 46,640
4 23,320 93,280 23,320
5 23,320 116,600 0

Jenis Aset : Perabot dan Kelengkapan (Pejabat)


Jumlah Nilai Aset : RM 1,840
Hayat : 5 Tahun
Nilai Skrap :0
Kaedah : Mendatar
Susut Nilai Tahunan Susut Nilai Terkumpul Nilai Buku
Tahun
(RM) (RM) (RM)
1 368 368 1,472
2 368 736 1,104
3 368 1,104 736
4 368 1,472 368
5 368 1,840 0

13
Aliran Tunai Bagi Tahun 2020
Perkara/Bulan Permulaan 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 Jumlah

ALIRAN DUIT MASUK


(ADM)
Baki awal bulan 328,078 321,164 316,810 313,526 310,242 310,478 314,725 322,481 332,342 342,903 355,889 371,300 3,939,938
Modal Permulaan 107,108 107,108
Jualan Tunai 21,225 23,785 24,855 24,855 28,375 32,386 35,895 38,000 38,700 41,125 43,550 48,070 400,821
Pinjaman Bank 150,000 150,000
Sumbangan Modal 200,000 200,000
Jumlah ADM 457,108 349,303 344,949 341,665 338,381 338,617 342,864 350,620 360,481 371,042 384,028 399,439 419,370 4,797,867

ALIRAN DUIT KELUAR


(ADK)
A. Belanja Permulaan
Daftar Perniagaan 590 590
Deposit Sewa 1,000 1,000
Lesen Sign Board 200 200
Lesen Perniagaan 650 650
B. Belanja Operasi
Belian Bahan Mentah 840 840 840 840 840 840 840 840 840 840 840 840 10,080
Sewa Premis 2,100 2,100 2,100 2,100 2,100 2,100 2,100 2,100 2,100 2,100 2,100 2,100 25,200
Bil Elektrik dan Air 2,500 2,500 2,500 2,500 2,500 2,500 2,500 2,500 2,500 2,500 2,500 2,500 30,000
Bil Telefon 400 400 400 400 400 400 400 400 400 400 400 400 4,800
Insurans 1,000 1,000 1,000 1,000 1,000 1,000 1,000 1,000 1,000 1,000 1,000 1,000 12,000
Gaji 16,100 16,100 16,100 16,100 16,100 16,100 16,100 16,100 16,100 16,100 16,100 16,100 193,200
KWSP 2,750 2,750 2750 2,750 2,750 2,750 2,750 2,750 2,750 2,750 2,750 2,750 33,000
Pakej Internet 199 199 199 199 199 199 199 199 199 199 199 199 2,388

14
Perkara/Bulan Permulaan 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 Jumlah

C. Belanja Pemasaran
Elaun Perjalanan 250 250 250 250 250 250 250 250 250 250 250 250 250 3,250
Iklan dan promosi 750 750 750 750 750 750 750 750 750 750 750 750 750 9,750
D. Berlian Aset Tetap
Pendingin Hawa 5,700 5,700
Dekorasi Pejabat 1,000 1,000
Perabot dan Kelengkapan 1,840 1,840
Pejabat
Sign Board 450 450
Mesin, Perabot dan Alat 116,600 116,600
Kelengkapan
E. Bayaran Balik Pinjaman 1,250 1,250 1,250 1,250 1,250 1,250 1,250 1,250 1,250 1,250 1,250 1,250 15,000
F. Faedah Pinjaman 900 900
JUMLAH ADK 129,030 28,139 28,139 28,139 28,139 28,139 28,139 28,139 28,139 28,139 28,139 28,139 29,039 467,598

LEBIHAN/KURANGAN 328,078 321,164 316,810 313,526 310,242 310,478 314,725 322,481 332,342 342,903 355,889 371,300 390,331 4,330,269

BAKI AKHIR BULAN 328,078 321,164 316,810 313,526 310,242 310,478 314,725 322,481 332,342 342,903 355,889 371,300 390,331 4,330,269

15
AKAUN UNTUNG RUGI BAGI TAHUN BERAKHIR PADA 31 DISEMBER 2020
RM
JUALAN TUNAI 400,821

Kos Bahan Mentah 10,080


Untung Kasar 390,741

PERBELANJAAN
Sewa Premis 25,200
Bil Elektrik dan Air 30,000
Bil Telefon 4,800
Insurans 12,000
Gaji 193,200
KWSP 33,000
Pakej Internet 2,388
Elaun Perjalanan 3,250
Iklan dan Promosi 9,750
Susut Nilai Aset Tetap 23,688
Jumlah Perbelanjaan 337,276

Untung Bersih 53,465

16
KUNCI KIRA-KIRA PADA 31 DISEMBER 2020

RM RM
ASET
Aset Tetap
Mesin, Perabot dan Alat Kelengkapan 116,600
Susut Nilai Terkumpul 23,320
93,280

Perabot dan Kelengkapan Pejabat 1,840


Susut Nilai Terkumpul 368 1,472
Jumlah Aset Tetap 94,752

Aset Semasa
Jualan 400,821

JUMLAH ASET 495,573

EKUITI
Modal Sendiri 107,108
Modal Sumbangan 200,000
Untung 53,465
JUMLAH EKUITI 360,573

LIABILITI
Pinjaman (Baki) 135,000

Jumlah Ekuiti Pemilik 495,573

17

You might also like