You are on page 1of 26

CETAK LUKISAN

BY : NURHISHAM BIN MAT SAAD


PENGENALAN

 Setiap lukisan kejuruteraan dicetak berserta


dengan petak tajuk (title block) yang menyatakan
butiran terperinci berkenaan dengan lukisan
 Petak tajuk (title block) dibina mengikut saiz
kertas lukisan yang hendak digunakan.
 Kebiasaannya ukuran persegi petak tajuk (title
block) dikurangkan 10mm dari saiz kertas
lukisan
LANGKAH-LANGKAH
MENCETAK LUKISAN
Terdapat empat langkah utama mencetak lukisan
menggunakan aplikasi AUTOCAD iaitu:-
1. Pilih petak tajuk mengikut saiz kertas lukisan
2. Masukkan petak tajuk .
3. Selaraskan skala title block dan ruangan lukisan
4. Masukkan lukisan pada title block
1. Pilih petak tajuk mengikut saiz
kertas lukisan
 Petak tajuk dibina mengikut saiz kertas lukisan
yang hendak digunakan.
 Pastikan ukuran panjang dan lebar petak tajuk di
tolak sekurang-kurangnya 10mm dari saiz kertas
lukisan. Rujuk gambarajah 1
2. Masukkan petak tajuk

 Buka fail yang hendak dicetak


 Pilih paparan layout 1
 Padam/delete model view atau kotak lukisan
pada layout 1
 klik insert pada toolbar diatas sekali dan pilih
block
 Klik browse untuk membuka fail title block yang
telah disimpan
 Pilih file kotak tajuk dan tekan OK
3. Selaraskan skala title block dan
ruangan lukisan
 Jika title block anda tidak kelihatan bermakna
skala title block anda terlalu besar dengan
ruangan lukisan.. jadi anda perlu klik view pada
toolbar pilih zoom dan kemudian extend
 Selaraskan skala title block dengan ruangan
lukisan. Klik file pada toolbar dan pilih page
setup manager
 Pada kotak dialog page setup manager klik
modify
 Pilih saiz kertas lukisan pada bahagian paper
size
 Pada bahagian plot area pilih Window
 Klik bucu title block sebelah kiri di bahagian
bawah dan kemudian klik bucu title block
sebelah kanan di bahagian atas.
 Pilih centre to the plot pada bahagian plot
offset(origin to printable area)

 Pilih fit to paper pada bahagian plot scale

 Pilih acad.ctb pada bahagian plot style table


(pen assignment)

 Klik ok
4. Masukkan lukisan pada title
block
 Taip MV dan tekan ENTER
 Klik pada hujung bucu ruangan lukisan pada title
block untuk titik yang pertama dan arah yang
bertentangan melintasi ruang tengah ruang
lukisan pada title block untuk titik yang kedua.
 Lukisan sudah siap untuk dicetak
………………….DEMONSTRASI…………....

You might also like