You are on page 1of 38

SHAD 6316

UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM

TAJUK:SOALAN NO 4

PENSYARAH :ASSOC. PROF. DR. NORAINI MD HASHIM


NAMA PELAJAR
Farhana Binti Mohd Zaini G2035870
'Afifah Binti Mohd Nazri G2039724
Azrin Nur Syameera Bt Zainal Abidin G2213808
Aiman Redha Bin Abd Aziz G2120729
SOALAN 4
Leman dari Arau Perlis, mempunyai seorang isteri dan 5 orang anak. Kemudian diarahkan bekerja di ibu
pejabat syarikatnya di Kuala Lumpur telah bertemu dengan seorang wanita bernama Afifah. Leman telah
berjumpa dengan ayah dan keluarga Afifah dan ayah Afifah telah memberikan keizinan untuk berkahwin.
Leman tanpa lengah telah membuat permohonan poligami di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.
Mahkamah telah memanggil Afifah dan Leman bagi perbicaraan permohonan tersebut. Akan tetapi, ayah
Afifah telah bertukar fikiran di saat akhir dan beliau membuat keputusan enggan hadir ke mahkamah dan
enggan menjadi wali. Oleh demikian, Leman dan Afifah membuat keputusan berkahwin di Perlis dan telah
diakadnikahkan ustaz dari Pattani bernama ustaz Suradee .Ustaz tersebut tidak mempunyai tauliah untuk
mengakadnikahkan pasangan sebagai wali am.
ISU 1 : Bernikah atau berpoligami sebelum mendapat
kebenaran mahkamah

Dengan merujuk Seksyen 23 (1) Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984 :

 Tiada seorang pun lelaki semasa wujudnya suatu perkahwinan boleh, kecuali dengan mendapat kebenaran
terlebih dahulu secara bertulis daripada Mahkamah, membuat kontrak perkahwinan yang lain dengan
perempuan lain

 Ainisram bin Ramli v Norliah bt Misnan [2017] 1 SHLR 47

 Perkahwinan yang dikontrakkan tanpa kebenaran sedemikian boleh didaftarkan di bawah Akta ini:
Dengan syarat Mahkamah boleh jika ia ditunjukkan bahawa perkahwinan sedemikian adalah sah
mengikut Hukum Syarak, memerintahkan perkahwinan itu didaftarkan tertakluk kepada seksyen 123.
 Mahkamah telah memerintahkan supaya perkahwinan poligami tanpa kebenaran itu supaya
didaftarkan tertakluk kepada seksyen 123 Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah
Persekutuan) 1984

 Jika seseorang lelaki berkahwin lagi di mana-mana jua pun dalam masa perkahwinannya yang sedia
ada masih berterusan tanpa mendapat kebenaran secara bertulis terlebih dahulu daripada Mahkamah
maka dia adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi satu ribu
ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya denda dan penjara itu.

 Adibah bt Mohd Salleh & Anor v Shareena bt Azali [2012] 4 SHLR 60


 Pendakwa Syarie v Hakim Sukirman & Anor [2008] 1 SHLR 127
Ainisram bin Ramli v Norliah bt Misnan [2017] 1
SHLR 47

 Mahkamah telah menolak permohonan Plaintif kerana ketidakmampuan plaintif untuk


berpoligami berdasarkan kepada masalah yang timbul dari aspek kewangan plaintif yang
mana jumlah perbelanjaan semasa plaintif melebihi daripada jumlah pendapatan
bersihnya.

 Ditambah pula anak-anak plaintif yang masih kecil seramai tiga orang yang
memerlukan perhatian plaintif hendaklah diberi keutamaan yang lebih dari perkara lain.
Adibah bt Mohd Salleh & Anor v Shareena bt Azali [2012] 4 SHLR 60

 Pemohon pertama P1 (Adibah bt Mohd Salleh) dan pemohon kedua P2(Asrul Nizam) telah melangsungkan
pernikahan pada 24 Jun 2009 di Wilayah Songkhla, Thailand berwalikan hakim
 P2 telah mempunyai seorang isteri iaitu Shareena bt Azali, responden. Hasil perkahwinan mereka telah
dikurniakan dua orang cahaya mata. Pernikahan poligami tersebut tidak mendapat kebenaran daripada
mahkamah.
 Hakim mahkamah memutuskan bahawa perkahwinan antara P1 dan P2 adalah sah menurut hukum syarak
setelah mendapati kesemua rukun dan syarat nikah telah dipenuhi
 memerintahkan supaya kes ini disiasat oleh Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan di bawah s 123 Akta
Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984 iaitu kesalahan poligami tanpa
kebenaran mahkamah.
Pendakwa Syarie v Hakim Sukirman & Anor [2008]
1 SHLR 127

Tertuduh pertama, Hakim bin Sukiman di tuduh melakukan kesalahan di bawah s 124
Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003 iaitu berpoligami tanpa
kebenaran secara bertulis dari Mahkamah Rendah Syariah. Sewaktu bernikah tertuduh
pertama masih lagi mempunyai seorang isteri .Manakala tertuduh kedua Noraini Bte Idris
di tuduh dibawah seksyen yang sama iaitu bersubahat dengan tertuduh pertama,
berkahwin tanpa kebenaran daripada pihak berkuasa.Mahkamah telah menjatuhkan
hukuman denda sebanyak RM 990 atau jika gagal tiga bulan penjara ke atas keduanya.
Berdasarkan peruntukan di atas, dapat dilihat disini bahawa perbuatan Leman dan Afifah
membuat keputusan untuk berkahwin di Perlis sebelum berjaya mendapatkan keizinan
berpoligami daripada mahkamah adalah bertentangan dengan peruntukan undang-undang
seksyen 23 (1) Akta Undang-undang (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984 dan sekiranya
perkahwinan tersebut ingin didaftarkan , maka perkahwinan tersebut tidak boleh didaftarkan
melainkan setelah mahkamah berpuas hati bahawa perkahwinan tersebut adalah sah di sisi
Hukum Syarak dan perkahwinan tersebut akan didaftarkan tertakluk kepada seksyen 123
AUKI (Wilayah-wilayah Persekutuan) hukuman denda tidak melebihi RM 1000 dan tidak
melebihi enam bulan atau kedua-duanya boleh dikenakan terhadap mereka.
Wali
Enggan
‫ي‬D‫ل‬D‫و‬D‫ل‬D‫ ا‬D‫ل‬D‫ض‬D‫ع‬
‫‪Dalil Ketidakharusan Keengganan Wali‬‬
‫‪• Surah al-Baqarah Ayat 232‬‬

‫ف…‪.‬‬
‫ِ‬ ‫ُو‬
‫ْ‬ ‫ر‬ ‫ْ‬
‫‪D‬‬
‫ع‬ ‫م‬ ‫ْ‬
‫ال‬
‫ِ َ‬ ‫ب‬ ‫م‬
‫ْ‬ ‫ُ‬ ‫ه‬‫َ‬ ‫ن‬ ‫ْ‬
‫ي‬ ‫َ‬ ‫ب‬ ‫ا‬ ‫و‬
‫ْ‬ ‫‪D‬‬
‫ض‬
‫َ‬ ‫ا‬‫ر‬‫َ‬ ‫َ‬ ‫ت‬ ‫ا‬ ‫َ‬
‫ذ‬ ‫ِ‬ ‫ا‬ ‫َّ‬
‫ُن‬ ‫ه‬‫ج‬‫َ‬ ‫ا‬ ‫و‬
‫َ‬ ‫ْ‬
‫ز‬ ‫َ‬ ‫ا‬ ‫ن‬
‫َ‬ ‫ْ‬
‫ح‬ ‫‪D‬‬
‫ك‬
‫ِ‬ ‫ْ‬
‫ن‬ ‫َّ‬ ‫ي‬ ‫ْ‬
‫ن‬ ‫َ‬ ‫ا‬ ‫َّ‬
‫ن‬ ‫ُ‬ ‫ه‬ ‫و‬
‫ْ‬ ‫ُ‬ ‫…‪ ‬فَاَل تَ ْع ُ‬
‫ضل‬

‫‪• Hadis:‬‬

‫ض‬
‫ِ‬ ‫ْ‬
‫ر‬ ‫َأل‬ ‫ا‬ ‫ي‬‫ِ‬ ‫ف‬ ‫ٌ‬ ‫ة‬‫َ‬ ‫ن‬ ‫ْ‬
‫ت‬ ‫ِ‬ ‫ف‬ ‫ْ‬
‫ن‬ ‫ُ‬
‫ك‬ ‫َ‬ ‫ت‬ ‫وا‬‫ُ‬ ‫ل‬ ‫ع‬
‫َ‬ ‫ْ‬
‫ف‬ ‫َ‬ ‫ت‬ ‫َّ‬ ‫ال‬‫ِإ‬ ‫ُ‬ ‫ه‬ ‫ُو‬
‫ح‬ ‫ك‬
‫ِ‬ ‫ْ‬
‫ن‬ ‫َأ‬‫َ‬ ‫ف‬ ‫ُ‬ ‫ه‬‫َ‬ ‫ق‬‫ُ‬ ‫ل‬‫خ‬‫ُ‬ ‫و‬
‫َ‬ ‫ُ‬ ‫ه‬‫َ‬ ‫ن‬ ‫ي‬ ‫د‬
‫ِ‬ ‫ن‬
‫َ‬ ‫و‬
‫ْ‬ ‫ض‬
‫َ‬ ‫ْ‬
‫ر‬ ‫َ‬ ‫ت‬ ‫ْ‬
‫ن‬ ‫م‬
‫َ‬ ‫م‬
‫ْ‬ ‫ُ‬
‫ك‬ ‫ء‬
‫َ‬ ‫ا‬ ‫ج‬
‫َ‬ ‫ا‬ ‫َ‬
‫ذ‬ ‫ِإ‬
‫َوفَ َسا ٌد‬
Pendapat ulama’ tentang Keengganan
• Ulama’ bersepakat bahawa
Wali tidak boleh enggan
untuk mewalikan anak perempuan dan zalim
menghalangnya daripada berkahwin dengan
orang sekufu bersama mahar mithli. (Fiqh
Sunnah)

• Asal hukum keengganan wali adalah haram


kerana ianya zalim dan mendatangkan mudharat
serta menafikan hak untuk berkahwin (Fiqh
Manhaji)
Wali Hakim/Raja Sebagai Wali
• Wali wajib mengahwinkan anak perempuannya
dengan orang yang sekufu.
• Perwalian tidak beralih kepada wali yang lain,
bahkan ianya beralih kepada Hakim secara
langsung.
• Jika wali enggan walaupun bapanya sendiri,
perkahwinan tersebut diwalikan oleh Sultan.

‫ي له‬
َّ ‫ولي من ال ول‬
ُّ ‫السلطان‬
Peruntukan Undang-Undang berkaitan Wali

• Seksyen 2(1) Akta Undang-undang


Enggan Keluarga
Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan)

• Seksyen 13 (b), Akta Undang-Undang Keluarga


Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984
KAHWIN
LARI ?
Sah atau Tidak Sah ?
Leman dan Afifah bernikah di Perlis ?

• Sedangkan Afifah bermastautin di Kuala Lumpur.


• Pernikahan mereka tidak didaftarkan di kariah masjid Afifah.
• Mereka bernikah tanpa pengetahuan wali Afifah dan menggunakan wali
dari Thailand.
• Adakah pernikahan mereka sah atau tidak sah ?
Apa itu kahwin lari ?
ALAMAK ! Perkahwinan yang tidak mengikut
akta atau enakmen undang-undang
keluarga Islam dan tidak
dipersetujui oleh wali pengantin
perempuan.
Punca kahwin lari
1. Tidak 3. Terlanjur
mendapat 2. Mahu 4. Nikah
persetujuan berpoligami gantung
Kahwin
ibu bapa.
Lari
Hadith Rasulullah S.A.W
‫ ثَاَل َث َم َّر ٍات فَ ْن َد َخ َل‬،‫ فَ ِناَك هُح َ ا اَب ِط ٌل‬،‫َأي ُّ َما ا ْم َرَأ ٍة نَ َك َح ْت ِب َغرْي ِ ْذ ِن َم َوا ِلهيَا‬
‫ِإ‬ ‫ِإ‬ ْ
ُ ‫ فَ ْن ت َ َشا َج ُروا فَال ُّسلْ َط ُان َويِل ُّ َم ْن اَل َويِل َّ هَل‬،‫اب ِمهْن َا‬ ‫ص‬ ‫َأ‬ ‫ا‬ ‫م‬ ‫ب‬
ِ ‫َا‬ ‫ه‬َ
َ َ َ ُ َ ‫هِب َا فَال‬ ‫ل‬ ‫ْر‬ ‫ه‬ ‫م‬
‫ِإ‬
“Mana-mana perempuan yang berkahwin tanpa izin walinya, perkahwinan tersebut
adalah batal.” Baginda mengulanginya sebanyak tida kali. “Apabila disetubuhi oleh
pasangannya, dia berhak menerima mas kahwin bagi menghalalkan farajnya. Jika
berlaku perbalahan tentang wali, maka sultan ialah wali kepada mereka yang tidak
berwali.”
Dalil : Imam Al-Syarwani
“Wajib mentaati pemerintah dalam perkara yang tidak
diharamkan dan dimakruhkan Syarak. Seperti menyuruh pada
perkara yang disunatkan serta perkara yang diharuskan.
Apatah lagi sekiranya arahan tersebut melibatkan kebaikan
serta kepentingan umum, maka kewajipan menturutinya lebih
ditekankan” Polisi dan tindakan pemerintah terhadap
rakyatnya mestilah tertakluk kepada maslahah”.
Dalil : Melalui kaedah
Feqah
‫صالِح‬ ‫م‬‫ال‬ ‫ب‬ ْ
‫ل‬
َ َ ِ َ ِ ‫ج‬ ْ
‫ن‬ ‫م‬ ‫ى‬َ ‫ل‬ ‫و‬‫َأ‬ ِ َ‫ف‬D‫َد ْر ُء ال َم‬
‫اس ِد‬

“Menolak kerosakan itu lebih utama


berbanding mendatangkan maslahah”
Pandangan Fuqaha’
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam
Malaysia Kali Ke-52 yang bersidang pada 1 Jul 2002 telah membincangkan Perkahwinan
Lari Meninggalkan Wali Lebih Dua Marhalah Mengikut Mazhab Al-Syafie.

Mazhab Al-Syafie : Perkahwinan yang dilakukan oleh jurunikah yang


diiktiraf oleh pihak berkuasa bagi pasangan yang berjauhan dari wali
lebih dari dua marhalah adalah sah.
Hukum pernikahan diluar
Sah dengan syarat
negara ? :
1. Pernikahan itu 2. Pernikahan itu melebihi 3. Tiada keputusan
mengikut rukun nikah. dua marhalah mahkamah yang
menghalang perempuan
itu berkahwin di atas
alasan syarak di tempat
4. Pernikahan itu dilakukan oleh wali hakim yang diiktiraf
dia bermustautin.
oleh wilayah negara berkenaan dan diakad nikahkan di
wilayah berkenaan di mana ia ditauliahkan sebagai wali
hakim
Peruntukan Undang-
Undang:
Menurut Seksyen 20(1) Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah
Persekutuan) 1984 :

Tiada perkahwinan boleh diakadnikahkan kecuali dalam kariah masjid dimana


pihak pengantin perempuan bermastautin, tetapi Pendaftar atau Hakim Syarie
yang memberi kebenaran di bawah seksyen 17 atau 18 boleh memberi
kebenaran untuk perkahwinan itu diakadnikahkan di tempat lain, sama ada
dalam Wilayah Persekutuan atau dalam mana-mana Negeri.
Peruntukan Undang-
Undang :
Menurut Seksyen 16(2) Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah
Persekutuan) 1984 :

Jika pihak lelaki bermastautin di kariah masjid yang berlainan dari kariah masjid
pihak perempuan, atau bermastautin di mana-mana Negeri, permohonannya
hendaklah mengandungi atau disertai dengan kenyataan Pendaftar bagi kariah
masjidnya atau oleh pihak berkuasa yang hak bagi Negeri itu, mengikut mana
yang berkenaan, yang bermaksud bahawa sejauh yang dapat dipastikannya
perkara yang disebut dalam permohonan itu adalah benar.
Peruntukan Undang-
Undang :
Menurut Seksyen 40(2) Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah
Persekutuan) 1984 :

Mana-mana orang yang berkahwin atau berbuat sesuatu yang berupa sebagai
akad nikah atau yang menjalani sesuatu bentuk akad nikah dengan sesiapa jua
berlawanan dengan mana-mana peruntukan Bahagian II melakukan suatu
kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau
dipenjarakan tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
Kes :

Suriah binti Embong v Md Hussin bin Embong


Isteri seorang janda dan suami seorang yang • Alasan beliau bemikah di Wilayah
telah mempunyai seorang isteri. Pasangan telah Songkhla, Thailand kerana suami tidak
bemikah pada 18 September 1998 di Wilayah mendapat izin daripada isteri
Songkhla, Thailand dengan menggunakan wali pertamanya dan beliau pernah mohon
hakim. untuk berpoligami di Johor Bahru dan
Seremban namun permohonan beliau
gagal.
Suhairil Sunari v Nur Hawa Zainal Abidin
• Masing-masing didenda RM1,000 dan
Pernikahan pertama : 25 Februari 2012
RM800 oleh Mahkamah Rendah Syariah
• Dilangsungkan mengikut undang-undang
Daerah Petaling selepas mengaku bersalah
Islam sahaja. bernikah tanpa kebenaran sah.
• Tanpa didaftarkan di Pejabat Agama Islam
yang terlibat. • Bapa angkat Aeril, Wahap Raob, 71, yang
• Pernikahan di rumah pengurus Wawa Zainal. mengaku bersalah bersubahat dalam
pernikahan mereka turut didenda RM800.
Pernikahan kedua : 4 Februari 2013
• Ketiga-tiga mereka didakwa melakukan
kesalahan itu di Taman Datuk Harun pada
Tujuan pernikahan pertama dirahsiakan :
25 Februari 2012, masing-masing
Ingin merahsiakan perkahwinan sehingga Wawa mengikut Seksyen 40(2) dan 134
Zainal tamat kontrak pekerjaannya Bersama Enakmen Undang-undang Keluarga Islam
MIG. (Negeri Selangor) 2003.
Kesimpulan
• Pernikahan antara Leman dan Afifah perlu didaftarkan di Mahkamah
tempat mereka bermastautin.
• Pihak Mahkamah akan mengkaji semula proses pernikahan yang telah
dilangsungkan sama ada mengikut hukum syarak atau tidak.
• Jika terdapat kerosakan atau fasid dalam proses pernikahan tersebut, maka
pihak mahkamah tidak akan teragak-agak untuk menfaraqkan pernikahan
antara Leman dan Afifah.
JURUNIKAH
TANPA TAULIAH
Isu 4 : Sama ada Perkahwinan yang Diakadnikahkan
Jurunikah Tanpa Tauliah adalah sah dan Boleh
didaftarkan
Situasi : Leman dan Afifah, atau tidak
mereka telah membuat keputusan untuk berkahwin di Perlis. Mereka telah
diakadnikahkan oleh seorang ustaz dari Pattani, Thailand yang bernama Ustaz Suradee. Ustaz Suradee semasa
mengakadnikahkan Leman dan Afifah tidak mempunyai tauliah untuk mengakadnikahkan pasangan sebagai wali
am.

Hukum Syarak
“Tidak ada pernikahan melainkan dengan adanya wali dan dua orang saksi yang adil. Jika
pernikahan berlaku tanpa kehadiran mereka, nikah itu batil.”

 Dalil tersebut menunjukkan wali dan dua orang saksi perlu hadir bagi memenuhi rukun nikah.
 Kedudukan wali mengikut susunan dituruti dengan :
 bapa, datuk sebelah bapa ke atas, saudara lelaki seibu sebapa, saudara lelaki sebapa, anak
saudara lelaki kandung, anak saudara lelaki sebapa, bapa saudara lelaki kandung, bapa saudara
lelaki sebapa, sepupu lelaki kandung, sepupu lelaki sebapa.
 Jika tiada dikalangan wali dalam senarai tersebut maka yang memegang hak kewalian ini adalah
Qadhi (hakim)

“ Sultan adalah walinya seorang wanita yang tidak mempunyai wali”.

Maksud sultan di sini ialah mereka yang memegang kuasa kewalian sama ada dari kalangan para Imam, Qadhi
atau para wakil mereka iaitu wakil yang dilantik atau ditauliahkan.

 Pernikahan yang diwalikan oleh mereka yang tidak bertauliah sedangkan wujud di sana wali hakim maka ia sama seperti bernikah

tanpa wali yang sah. Maka menurut syarak, pernikahan tersebut tidak sah dan batil sebagaimana keterangan nas diatas bahawa

setiap wali hakim atau para wakil mereka adalah yang dilantik atau ditauliahkan oleh Sultan, Raja atau pemerintah.

Peruntukan Undang-Undang
• Seksyen 7 Akta Undang – Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 / (AUUKIWP)
• Seksyen 2
• Seksyen 11
• Seksyen 40 (1)
• Seksyen 39
Jurunikah Tanpa
S.7 AUUKIWP Tauliah
S.2 AUUKIWP S.11
Menjelaskan bahawa maksud Mengenai perkahwinan tidak
Menjelaskan mengenai orang yang
boleh mengakadnikahkan wali Raja bererti wali yang AUUKIWP
sah. Dimana sesuatu
ditauliahkan oleh Yang di- perkahwinan adalah tidak sah
perkahwinan ialah
Pertuan Agong dalam Wilayah melainkan jika cukup semua
Persekutuan, Melaka, Pulau syarat yang perlu menurut
(a) wali di hadapan Pendaftar;
Pinang, Sabah dan Sarawak hukum syarak untuk
(b) wakil wali di hadapan dan
atau oleh Raja dalam hal menjadikannya sah. Maka
dengan kebenaran Pendaftar; atau
sesuatu Negeri lain, untuk perkahwinan yang tidak
(c) Pendaftar sebagai wakil wali.
mengahwinkan perempuan berwalikan wali yang tidak
yang tidak mempunyai wali bertauliah adalah tidak sah
dari nasab. disisi undang-undang syarak.
Jurunikah Tanpa
S.40(1) TauliahS.39
AUUKIWP
Memperuntukkan, seseorang yang dikenali AUUKIWP
menjelaskan mengenai akad nikah perkahwinan yang

mengakadnikahkan atau menjalankan perkahwinan tanpa tidak dibenarkan. Seksyen ini menyatakan seseorang

kebenaran sebagaimana yang dikehendaki seksyen 19 akta yang mengakadnikahkan atau berbuat sesuatu berupa

sama atau menjalankan perkahwinan di hadapan sekurang- sebagai mengakadnikahkan sesuatu perkahwinan

kurangnya dua orang saksi yang boleh dipercayai di samping tetapi tidak diberi kuasa atau tauliah di bawah akta ini

orang yang mengakadnikahkan itu adalah melakukan suatu adalah menjadi kesalahan dan jika disabit boleh

kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi satu dihukum denda tidak melebihi RM 1000 atau penjara

ribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya denda

kedua-duanya denda dan penjara itu. dan penjara itu


APLIKASI
Dalam kes ini, Leman dan Afifah boleh dikenakan hukuman tersebut jika sabit kesalahan kerana tidak
mendapat kebenaran untuk berkahwin di luar negeri pemastautinan Afifah. Hal ini kerana Leman dan
Afifah perlu mendapatkan kebenaran dari Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur untuk berkahwin
secara poligami di Perlis.

Maka aplikasi dalam kes ini ialah Leman dan Afifah perlu mendapatkan keesahan perkahwinan mereka
perlu disiasat oleh pejabat agama di Malaysia terlebih dahulu, sekiranya tidak memenuhi rukun dan
syarat maka perkahwinan akan ditentukan mahkamah syariah dan jika didapati perkahwinan tidak
menurut syarak, perkahwinan dikira rosak dan perlu dibubarkan atau difaraqkan, manakala pihak
perempuan wajib mendapat mahar misil iaitu harta yang diberikan kepada pengantin perempuan
dengan kadar pada kebiasaannya sepadan dengannya apabila mereka telah bersama. Sekiranya
pasangan ingin kembali sebagai pasangan yang sah di sisi syarak, mereka perlu bernikah semula
dengan akad yang baru.
KES : Muhammad bin Hj Mat Diah lwn Pendakwa Syarie

Kelantan
Perayu telah disabitkan atas empat kesalahan menikahkan pasanagn tanpa kebenaran iaitu kesalahan yang
bertentangan dengan seksyen 99 dan seksyen 100 (1) (a) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Kelantan
1983 (ketika ini).

Beliau telah disabitkan dan mahkamah telah menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM 3,200 dan penjara
enam bulan. Beliau ,perayu ke Mahkamah Rayuan Syariah dan mengemukakan pembelaan alibi yang dikuatkan
dengan dua orang saksi dan catatan tarikh keluar dan masuk dari Thailand yang terdapat pada dokumen
perjalanan beliau.

Selain itu, perayu juga mengemukakan bukti penginapan hotel dan catatan imegresen pada hari yang sama
dengan hari pertuduhan dan balik keesokan harinya. Walau bagaimanapun, rayuan ditolak. Perayu gagal
membuktikan alibinya kerana wujud syak mengenai kesahihan yang beliau benar-benar berada di Thailand.
Tiada pengesahan dibuat terhadap dibuat terhadap semua dokumen yang dikemukakan.
KES : Pendakwa Mahkamah Kadi Perak lwn Hj. Shafie

Seorang lelaki yang berjawatan naib kadi telah dituduh melaukan akad nikah secara
Ahmad
tidak sah dengan menikahkan seorang lelaki bernama Abdul Rahman bin Rejab dengan
seorang perempuan bernama Malini Nasir Khan yang merupakan kakak kandung
kepada Megawati Nasir Khan (bekas isteri) yang ketika itu sedang dalam tempoh edah
16 hari selepas bercerai dengan Abdul Rahman.

Tertuduh telah juga mendaftarkan pernikahan itu. Kesalahan dilakukan bertentangan


dengan seksyen 158(1) Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam Perak 1965 (ketika
itu). Tertuduh didapati bersalah dan dikenakan hukuman penjara tiga bulan atau
denda RM 300.00.
KESIMPULAN
• Hanya wali hakim atau wakil wali yang bertauliah sahaja layak
mewalikan seorang wanita ketika ketiadaan wali nasabnya.

• Pernikahan yang tidak berwali sama ada wali nasab atau wali hakim
adalah tidak sah dan ia dikira sebagai nikah fasid (rosak) atau batil.

• Pernikahan yang fasid menyebabkan pasangan yang terlibat perlu di


faraqkan atau dibubarkan dan memerlukan akad nikah yang baru
sekiranya ingin kembali bersama sebagai suami isteri yang sah.

You might also like