You are on page 1of 20

Mesyuarat Syarikat

Disediakan oleh:
Nur Rabiatuladawiah binti Abdul Rahman
Peruntukan di bawah AS 2016
 Perkara berkaitan hal ehwal Mesyuarat syarikat – Penggal 5

 Sub penggal 1 – Mesyuarat & ketetapan anggota


 Sub penggal 2 – Ketetapan bertulis bagi syarikat persendirian
 Sub penggal 3 – Kelulusan ketetapan pada Mesyuarat Agung
 Sub penggal 4 – Notis Mesyuarat anggota
 Sub penggal 5 – Tatacara dalam Mesyuarat Anggota
 Sub penggal 6 – Proksi
 Sub penggal 7 – Mesyuarat kelas
 Sub penggal 8 – Kehendak tambahan kpd syarikat awam mengenai
Mesyuarat Agung Tahunan
 Sub penggal 9 – Rekod mengenai ketetapan dan mesyuarat
Pengenalan
 Kamus Dewan mentakrifkan ‘mesyuarat’ ialah :

 Perundingan untuk membincangkan sesuatu, atau mencapai


sesuatu keputusan.

 Black’s Law Dictionary mendefinisikan ‘mesyuarat’ ialah :

 ‘Perhimpunan sebilangan orang bagi tujuan membincangkan


dan bertindak atas sesuatu perkara atau perkara2 yg
mereka mempunyai kepentingan bersama terhadapnya.
Pengenalan (samb)

 Kes Sharp v. Dawes

 Mahkamah telah menerima perkataan ‘Mesyuarat’ adalah


prima facie membawa maksud satu perhimpunan dan
perjumpaan bersama oleh lebih daripada seorang.

 Secara amnya, terdapat 2 jenis mesyuarat sesebuah syarikat


iaitu :

i. Mesyuarat lembaga pengarah.


ii. Mesyuarat anggota / ahli.
Jenis Mesyuarat

 Mesyuarat di bawah Akta Syarikat 2016 terbahagi


kepada 2 iaitu :

i. Mesyuarat Lembaga
ii. Mesyuarat Anggota
Mesyuarat Anggota / Ahli

 ‘Mesyuarat anggota / ahli’ adalah mewakili syer pemegang2


saham terhadap lembaga pengarah dan juga syarikat itu
secara keseluruhannya.

 Mesyuarat ini terbahagi kpd 3 jenis iaitu :

i. Mesyuarat agung tahunan


ii. Mesyuarat agung luar biasa
iii. Mesyuarat kelas
Kuasa untuk Mengadakan
Mesyuarat Anggota / Ahli

 S.310 AS 2016 – Suatu mesyuarat anggota boleh diadakan oleh :

a) Lembaga Pengarah; atau

b) Mana2 anggota/ahli yg memegang sekurang2nya 10% modal


syer yg dikeluarkan oleh syarikat / apa2 peratusan yg lebih
rendah sebagaimana yg dinyatakan dlm perlembagaan / jika
syarikat tidak mempunyai modal syer, sekurang2nya 5% drp
bilangan anggota / ahli.
i. Mesyuarat Agung Tahunan

 Setiap syarikat awam mesti mengadakan ‘mesyuarat agung


tahunan’ sekali dlm setiap thn kalender iaitu antara 1 Januari
hingga 31 Disember [ S.340(1) AS 2016 ]

 Jangka masa antara satu ‘mesyuarat agung tahunan’ dgn yg lain


itu mestilah tdk melebihi 15 bulan dan diadakan dalam masa 6
bulan dari akhir tahun kewangan syarikat [ s.340(2) AS 2016 ]

 Pengecualian :

 Jika syarikat mengadakan mesyuarat agung tahunannya yg


pertama dlm tempoh 18 bulan dari tarikh penubuhannya,
syarikat tdk perlu mengadakan mesyuarat agung tahunan itu pd
tahun penubuhannya & pd tahun berikutnya. [ S.340(3) AS 2016
]
 Pendaftar mempunyai kuasa atas pemohonan syarikat utk
memanjangkan jangka masa lbh dari 15 bln / 18 bln wlupun
jangka masa yg dipanjangkan itu melebihi satu tahun kalender
sebagaimana yg difikirkannya sesuai setelah berpuas hati
dengan sebab yg diberikan [ S.340(4) AS 2016 ]

 Akta Syarikat 2016 memperuntukkan perkara2 yg perlu


dibincangkan di dlm mesyuarat agung tahunan iaitu :

a) Pembentangan penyata kewangan teraudit dan laporan


pengarah dan juruaudit;
b) Pemilihan pengarah bagi menggantikan pengarah yg
bersara;
c) Pelantikan & penetapan fi pengarah;
d) Apa-apa ketetapan atau urusan lain yg baginya notis
diberikan mengikut Akta ini atau perlembagaan.
 Tujuan utama mesyuarat agung tahunan diadakan adalah utk
membolehkan ahli syarikat mengesahkan / membantah
tindakan lembaga pengarah pd tahun tersebut.

 Pihak yg bertanggungjawab memanggil mesyuarat ialah


pengarah syarikat .

 Wlubagaimanapun, mahkamah boleh, atas permohonan


mana2 ahli mengeluarkan perintah supaya mesyuarat agung
tahunan dipanggil [ S.340(5) AS 2016 ].

 Kegagalan mengadakan mesyuarat agung tahunan ini


menurut subseksyen (1), (2) atau (3) blh menyebabkan
syarikat & tiap2 pegawai syarikat yg terlibat disabitkan
kesalahan di bawah Akta ini dan didenda tidak melebihi RM
20,000 [ S.340(6) AS 2016 ]
ii. Mesyuarat agung luar biasa

 Mesyuarat agung selain mesyuarat agung tahunan dipanggil


‘mesyuarat agung luar biasa’ [Artikel 43, Jadual ke-4,
Susunan Daftar A, Akta Syarikat 1965]

 Pengarah2 mempunyai kuasa utk memanggil mesyuarat


agung luar biasa apabila difikirkan perlu.

 Mesyuarat agung luar biasa juga blh diadakan atas tuntutan


(rekuisi) ahli2 & rekuisi ini dibuat secara bertulis kpd
pengarah [ S.311(3) AS 2016 ] :

a) Oleh ahli yg mempunyai 10% drpd modal berbayar


syarikat & mempunyai hak utk mengundi dlm mesyuarat
agung;
b) Jika syarikat tdk mempunyai modal syer, ahli yg
memegang tdk kurang drpd 5% hak mengundi blh
meminta mesyuarat diadakan.
 Satu rekuisi yg menyebut tentang tujuan mesyuarat & ditanda
tangani oleh semua perekuisisi hendaklah dihantar ke pejabat
berdaftar syarikat itu [ S.311(2) AS 2016 ].

 Selepas rekuisi (tuntutan) dibuat, pengarah2 syarikat mestilah


memanggil mesyuarat agung luar biasa yg harus diadakan
secepat mungkin dlm tempoh 14 hari slps syarikat menerima
tuntutan drpd ahli2 [ S.312(1)(b) AS 2016 ].

 Slps penerimaan rekuisi (tuntutan) oleh pengarah, pengarah


mestilah memanggil satu mesyuarat agung luar biasa dlm tempoh
14 hari dan mengadakan mesyuarat tidak lebih 28 hari dari tarikh
notis panggilan. Sekiranya gagal, perekuisisi blh memanggil
mesyuarat itu, dgn syarat ia mestilah dibuat dlm tempoh 3 bln slps
rekuisi itu diberikan kpd syarikat [S.313)(3) AS 2016].
 Sekiranya perekuisisi telah mengeluarkan perbelanjaan2
munasabah oleh sebab kegagalan pengarah memanggil
mesyuarat, maka mereka blh meminta syarikat utk membayar
semula amaun tersebut kpd mereka. Syarikat pula blh
menuntut amaun tersebut drp pengarah2 yg ingkar dlm
mengadakan mesyuarat sebagaimana yg dituntut [S.144(4) AS
1965].

 Mahkamah mempunyai kuasa utk mengarahkan supaya


mesyuarat dipanggil jika terdapat alasan2 yg menunjukkan
adalah tdk praktikal utk memanggil mesyuarat mengikut
peruntukan Artikel / Akta Syarikat 1965. [S.150 AS 1965].

 Kes : Re El Sombrero Ltd. [1958] Ch 900


 Kes : Re El Sombrero Ltd. [1958] Ch 900

 Pemegang2 syer syarikat telah dibahagikan seperti berikut,


iaitu pemohon di dlm kes ini memegang 900 syer, manakala 2
org penentang dlm kes ini memegang 50 syer tiap seorang.
Kedua2 penentang ini juga merupakan pengarah2 syarikat.

 Artikel persatuan memperuntukkan bahawa kuorum


mesyuarat mestilah sekurang2nya 2 org. pemohon telah 2
kali meminta diadakan mesyuarat tetapi pengarah2 syarikat
dgn sengaja tdk menghadiri mesyuarat tersebut. (ini memberi
kesan kuorum mesyuarat tdk cukup).
 Pemohon telah membuat permohonan kepada mahkamah
supaya mengeluarkan perintah yang membenarkan
mesyuarat diadakan dgn seorang ahli sahaja.

 Permohonan tersebut telah diluluskan oleh Mahkamah.


iii. Mesyuarat Kelas

 Sesebuah syarikat blh menawarkan jenis syer yg berbeza yg


membolehkan hak & kepentingan yg berbeza dipegang oleh
kumpulan2 pemegang syer.

 Cth : Syarikat awam yg dihadkan oleh syer, modal syer akan


dibahagikan kpd kelas-kelas syer yg berlainan seperti syer
biasa & syer terutama.

 Mesyuarat kelas diadakan apabila terdapat perubahan atau


pindaan pada hak2 kelas tersebut [S.339(2) AS 2016]
 Agenda yg biasa dibincangkan di dlm mesyuarat kelas ialah
berkenaan dgn kepelbagaian hak kelas.

 Apabila mesyuarat kelas diadakan, hanya pemegang syer yg


berada dlm kelas itu berhak hadir.
Ketetapan / Resolusi

Ketetapan / Resolusi syarikat mempunyai 2 jenis iaitu :


i. Ketetapan biasa
ii. Ketetapan khas

Ketetapan Biasa

 Ketetapan biasa adalah satu ketetapan yang diluluskan oleh


majoriti undi anggota-anggota yang hadir dan layak mengundi
dalam mesyuarat. Perkara-perkara yang boleh dilakukan oleh
syarikat dalam mesyuarat boleh dikuatkuasakan melalui
ketetapan biasa, melainkanlah jika dinyatakan sebagai
sebaliknya dalam Akta atau perlembagaan syarikat.
 Ketetapan Khas

 Ketetapan khas adalah satu ketetapan yang diluluskan:

 (a) oleh majoriti yang tidak kurang daripada 75% daripada


anggota-anggota yang layak mengundi, dan mengundi secara
perorangan atau melalui proksi;

 (b) pada mesyuarat syarikat yang mana tidak kurang daripada


21 hari notis bertulis telah diberikan.
TAMAT

You might also like