You are on page 1of 3

Loh Xin Yan

Ong Ee Qi
Gregory
Phua Yong Xue
Malaysia merupakan sebuah negara berdaulat yang bebas mengadakan
hubungan diplomatik dengan negara lain mengikut perlembagaan. Kita
mempunyai pentadbiran kerajaannya sendiri dan bebas daripada pengaruh
luar. Selain itu, perpaduan rakyat sentiasa diperkukuhkan dan keunikan
budaya setiap kaum dikekalkan. Oleh itu, kita sentiasa bersatu padu untuk
mempertahankan kedaulatan negara supaya negara menuju ke arah
kemakmuran.
Penularan berita yang palsu akan menjejaskan keamanan dan kedaulatan
negara. Hal ini kerana rakyat akan kurang jati diri dan mudah dipengaruhi oleh
kuasa asing. Kehilangan perpaduan rakyat menyebabkan kuasa besar
mencabar kedaulatan negara. Selain itu, generasi muda akan kurang
semangat patriotik terhadap negara. Dengan ini, negara tidak akan mencapai
status kemajuan dan kemakmuran.Taraf ekonomi dan sosial yang tidak
seimbang juga akan berlaku dalam kalangan masyarakat. Oleh itu, rakyat
tidak mempercayai kerajaan negara sendiri dan seterusnya membawa
campur tangan kuasa asing dalam bidang politik, ekonomi dan sosial.

You might also like