You are on page 1of 57

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

JABATAN PENDIDIKAN PAHANG

MyPBB
Bersama :
SMPK Vokasional Kuantan
UNIT PENGURUSAN BAKAT
SEKTOR SUMBER MANUSIA
MyPPB

 Mengiktiraf dan memperaku


penyertaan PPP dalam PPB dengan
menganugerahkan mata kredit bagi
aktiviti yang disertai atau dilaksanakan
OBJEKTIF MyPPB
 Menggalakkan PPP mencari pelbagai
 Jawatankuasa Induk
platform yang bersesuaian dengan Pembangunan Staf (JIPS)
profesion dan kompetensi diri untuk  Jawatankuasa Latihan
PPP meningkatkan kualiti Pembangunan Profesionalisme
Keguruan (JKLPPK) KPM
perkhidmatan PERANAN
 Jawatankuasa Teknikal MyPPB
KAEDAH JAWATANKUASA
 Ketua Jabatan
 Mengikut bilangan jam PEMBERIAN
 Pegawai Latihan/ Penyelaras
MATA MYPPB
aktiviti dilaksanakan Latihan/ Setiausaha LDP
 Pegawai Perkhidmatan
 Mengikut jangka masa Pendidikan (PPP)
sesuatu aktiviti
 Mengikut bilangan hasil KAEDAH
PEREKODAN
Meneraskan kaedah Sistem Pengurusan
Latihan Kementerian Pendidikan Malaysia
sesuatu aktiviti (SPL KPM)

**Jumlah mata kredit 5


minimum setahun ialah 42
mata**
PENJELASAN BAGI SETIAP AKTIVITI PPB
Takrifan
• Setiap aktiviti diberikan takrifan bagi menjelaskan
konsep pelaksanaannya.

Kaedah pemberian mata


• Pemberian mata berdasarkan jumlah jam
13 Aktiviti PPB menghadiri PPB/penghasilan sesuatu
bahan/pelibatan diperjelaskan. Turut dinyatakan
mata maksimum pemberian mata bagi setiap
aktiviti PPB.

Senarai bahan bukti


• Disenaraikan beberapa contoh bahan seperti surat
pelantikan, surat jemputan, penulisan dan lain-lain
yang perlu ditunjukkan kepada Ketua Jabatan
6 sebagai
bukti melaksanakan sesuatu aktiviti PPB.
Diskripsi
Aktiviti PBB
1. KURSUS ▪1. KURSUS
▪ Bersifat formal dan berstruktur, tidak melebihi 3 bulan
▪ Kaedah Pemberian Mata

▪Kaedah Pemberian Mata


i) Satu jam bersamaan satu mata kredit.
ii) Mata kredit maksimum setahun bersamaan 15
mata
kredit.
iii) Dua mata kredit tambahan diberikan bagi usaha
kendiri
yang dihadiri dengan kebenaran Ketua Jabatan
atau
luar waktu tugas rasmi dan atas tanggungan
individu.
iv) Penceramah/Fasilitator/Panel diberi dua mata
kredit
tambahan untuk kali pertama.
Eviden Hadir Kursus
i) Sijil; atau
ii) Surat Akuan; atau
iii) Surat Arahan; atau
iv) Surat Jemputan; atau
v) Penulisan Refleksi / Laporan disahkan oleh ketua
jabatan.
(d) Bagi aktiviti inisiatif kendiri hendaklah dibuktikan
dengan slip/sijil kehadiran/ sijil penyertaan/ surat
jemputan/ sijil penghargaan/ resit pembayaran
yuran.
2. Wacana Ilmu

 Wacana ilmu merujuk kepada


perbincangan atau pertukaran
idea secara lisan (bersemuka
atau dalam talian) yang
merangkumi sesi dialog, taklimat,
perhimpunan mingguan/ bulanan.
i) “Sesi Dialog”
ialah sesi perbincangan berfokus untuk
mengatasi isu-isu tertentu berdasarkan data
dan fakta serta diakhiri dengan tindakan
susulan dan penyelesaian masalah.

ii) “Taklimat”
ialah penerangan tentang sesuatu tajuk/
perkara melibatkan peningkatan
kompetensi dan melibatkan sesi soal jawab.
iii) “Perhimpunan mingguan / bulanan”
ialah aktiviti yang melibatkan
perkongsian ilmu oleh ketua
jabatan / pentadbir / guru / ibu
bapa / komuniti. Sesi
perkongsian melibatkan
peningkatan
kompetensi, dasar KPM dan
kemahiran generik.
Sistem Pemberian
Mata Kredit
i) Peserta wacana ilmu mendapat
satu mata kredit untuk setiap jam
program.
ii) Penceramah / Fasilitator / Panel
diberi dua mata kredit tambahan.
iii) Tiada mata kredit bagi
penceramah / fasilitator/panel untuk
sesi ceramah yang sama / berulang.
iv) Jumlah mata kredit maksimum
setahun adalah 15 mata kredit.

v) Dua mata kredit tambahan bagi


inisiatif kendiri yang dihadiri di
luar waktu tugas rasmi dan atas
tanggungan individu.
Eviden Wacana Ilmu

I. Surat Lantikan; atau


II. Surat Arahan, atau
III. Kertas Pembentangan,
atau
Bagi aktiviti inisiatif kendiri
hendaklah dibuktikan dengan:
iv) Surat Jemputan, atau
v) Sijil Penghargaan; atau
vi) Sijil Penyertaan; atau
vii) Resit pembayaran yuran
3. LAWATAN PENANDA ARAS

Aktiviti penandaarasan ke organisasi


yang dikenal pasti melaksanakan amalan
terbaik berkaitan pelbagai perkara yang
relevan untuk penambahbaikan
organisasi.
KAEDAH PEMBERIAN
MATA KREDIT

i) Satu mata kredit bersamaan jumlah jam sesi lawatan


di tempat lawatan tersebut sahaja.
ii) Mata kredit maksimum setahun ialah 10 mata kredit
iii) Dua mata kredit tambahan bagi usaha kendiri dan
atas tanggungan individu.
iv) Dua mata kredit tambahan sebagai ketua pasukan.
EVIDEN LAWATAN
PENANDA ARAS

i) Surat Arahan; atau


ii) Surat lantikan; atau
iii) Kertas cadangan/kertas kerja; atau
iv) Sijil; atau
v) Dokumen yang disahkan ketua jabatan
(bagi penandaarasan atas usaha kendiri);
atau
vi) Laporan penandaraasan.
Bagi aktiviti inisiatif kendiri hendaklah
dibuktikan dengan

vii) slip/sijil kehadiran/ sijil penyertaan


viii) Surat jemputan
ix) Sijil penghargaan
x) resit pembayaran yuran
4. BIMBINGAN DAN
PEMENTORAN

Bimbingan dan pementoran ialah proses


bimbingan berterusan yang melibatkan
interaksi dan pembelajaran dua hala
antara pembimbing dengan yang
dibimbing berkaitan dengan
tugas dan tanggungjawab.
KAEDAH PEMBERIAN MATA
KREDIT

i) Mata kredit diberikan bagi setiap jumlah


jam sesi
bimbingan dan pementoran.
ii) Jumlah mata kredit maksimum setahun ialah
10 mata kredit.
iii) Mentor dan mentee akan memperoleh mata
kredit yang sama.
iv) Tiada mata kredit bagi mentor untuk sesi
yang
melibatkan tugas hakiki.
v) Setiap enam jam proses bersamaan satu hari
berkursus.
EVIDEN BIMBINGAN DAN
PEMENTORAN

i) Surat Lantikan; atau


ii) Surat Arahan, atau
iii) Buku Log; atau
iv) Rekod Sesi Pementoran,atau
v) Laporan refleksi (mentor dan
mentee).
5. E-PEMBELAJARAN

Secara dasarnya, e-pembelajaran ini


melibatkan penggunaan komputer atau
komponen elektronik dan bahan
pembelajaran melalui dalam talian (online).
KAEDAH PEMBERIAN
MATA KREDIT

i) Satu mata kredit diberikan mengikut


jumlah jam yang tercatat dalam Sijil
Kehadiran / Sijil Penghargaan / Surat
Akuan / Surat Pengesahan.
ii) Bagi portal pembelajaran dalam talian yang
tidak menyatakan jumlah jam berkursus,
kiraan enam jam diambil kira bagi satu
kursus yang lengkap.
iii) Mata kredit maksimum setahun
sebanyak 15 mata kredit;
iv) Dua mata kredit tambahan akan
diberikan bagi setiap sumbangan
video sendiri atau bahan ilmiah
yang dimuat naik;
v) Dua mata kredit tambahan bagi
usaha kendiri bagi setiap e-
pembelajaran / kursus yang
dilaksanakan di luar waktu
tugas rasmi / atas tanggungan
individu;
EVIDEN E-PEMBELAJARAN

i) Sijil; atau
ii) Surat Akuan; atau
iii) Surat Pengesahan; atau
iv) Perakuan Ketua Jabatan; atau
v) Video dalam talian (disahkan);
atau
vi) Resit Pembayaran yuran pengajian
(bagi aktiviti inisiatif kendiri)
6. PEMBACAAN BUKU

PPP dikehendaki membaca buku-buku


dalam bidang pengetahuan, kemahiran
serta nilai dan amalan profesionalisme.
Ulasan buku ialah proses mendapat idea
utama kandungan buku atau menulis
sinopsis.
Kaedah Pemberian Mata
i) Satu pembacaan buku ialah enam
mata kredit.
ii) Jumlah mata kredit maksimum
setahun ialah 20 mata kredit.

Bukti Pelaksanaan
Pembentangan atau Ulasan buku Rujuk
Surat Siaran KP(PP)0022/2252 Jilid 2(7)
bertarikh 15 April 2015 dan pengesahan/
perakuan ketua jabatan;
7. PENINGKATAN AKADEMIK

Program peningkatan akademik akan


meningkatkan profesionalisme keguruan
PPP.
Program ini merujuk kepada peringkat sijil /
sijil lanjutan profesional, diploma, diploma
lanjutan, ijazah sarjana muda, sarjana dan
doktor falsafah secara sepenuh masa atau
sambilan sama ada di dalam atau di luar
negara
i) Mata kredit diberi selepas mendapat Sijil /
Diploma / Ijazah / Sarjana / PhD secara one-off
pada tahun penganugerahan seperti berikut:

(a) Sijil = empat mata kredit


(b) Diploma = lapan mata kredit
(c) Ijazah Sarjana Muda / Diploma
Lanjutan = 12 mata kredit
(d) Sarjana = 16 mata kredit
(e) PhD = 20 mata kredit

ii) Dua mata kredit tambahan bagi inisiatif


kendiri.
Bukti Pelaksanaan:

Transkrip akademik dan/atau skrol


akademik sijil, diploma, diploma
lanjutan, ijazah sarjana muda,
ijazah sarjana, ijazah doktor
falsafah.
8. PROGRAM SANGKUTAN DI
ORGANISASI DALAM DAN
LUAR KPM

Penyertaan PPP dalam program


pembangunan profesionalisme secara
sangkutan di organisasi di dalam atau di
luar KPM dilaksanakan di dalam atau di
luar negara. Program sangkutan ini boleh
melibatkan bidang kerja masing-masing
atau di luar tugas rasmi tanpa mengira
bidang kerja yang khusus.
Contoh Program sangkutan:
a. Dalam KPM: Program sangkutan Pegawai
BPPDP
selama enam bulan di PADU.
b. Dalam KPM: Program sangkutan guru
Pendidikan Khas (integrasi pendidikan khas ke
sekolah pendidikan khas)
c. Luar KPM: Program sangkutan pegawai
KPM dalam latihan industri (guru Kolej
Vokasional)
d. Luar KPM: Program sangkutan Pegawai
KPM selama tiga bulan di MOSTI.
e. Luar Negara: Program Sangkutan PPP di
syarikat
swasta Republik Persekutuan Jerman.
iv. Mata kredit akan diberikan
kepada PPP setelah kembali
bertugas ke jabatan asal.

v. PPP interim tidak dikira


sebagai program sangkutan.
KAEDAH PEMBERIAN
MATA KREDIT

i) Satu program sangkutan ialah lima mata


kredit.
ii) Jumlah mata kredit maksimum setahun
ialah 10 mata kredit.

Bukti pelaksanaan;
i) Surat tawaran program sangkutan; atau
ii) Surat Arahan; dan
iii) Pengesahan/ perakuan ketua jabatan/
pegawai yang diberi tanggungjawab/ kuasa.
9. SUMBANGAN LAIN
BERBENTUK PROFESIONAL DAN
BUKAN PROFESIONAL

Aktiviti / program / tugasan yang


dilaksanakan / disertai oleh PPP di
luar bidang tugas hakiki (Contoh:
ahli Majlis Penasihat Persatuan /
Badan / Panel, ahli pemikir KPM,
ahli task force).
CONTOH SUMBANGAN
PROFESIONAL

i. Task Force
Sekumpulan PPP daripada pelbagai bidang dalam
satu kumpulan untuk melaksanakan sesuatu tugasan
khas yang diberikan oleh organisasi.

ii. Jawatankuasa / Panel


PPP yang dilantik untuk membuat keputusan bagi
organisasi tertentu. (Contoh: Panel Temu Duga /
Panel Penilai / Panel Pemilih / Panel Penggubal)
iii. Petugas

PPP yang dilantik oleh KPM atau mana-mana


institusi pendidikan di bawah agensi kerajaan
atau agensi bukan kerajaan untuk
menguruskan atau melaksanakan tugas khas.
(Contoh: petugas /pemeriksa kertas
peperiksaan awam,urus setia program,
pengelola pertandingan / aktiviti, dan lain-lain
tugasan yang dipertanggungjawabkan.)
Contoh sumbangan bukan profesional

i. Sumbangan lain di luar bidang


tugas profesional; atau
ii. NGO yang berdaftar dan
diiktiraf oleh kerajaan;
iii. Badan sukarela untuk komuniti
setempat.
Kaedah Pemberian Mata

i)Satu sumbangan ialah lima mata kredit.

ii)Dua mata kredit tambahan akan


diberikan bagi setiap sumbangan sebagai
ketua / penyelia.

iii) Jumlah mata kredit maksimum


setahun ialah 10 mata kredit.
Bukti yang diperlukan untuk
mendapat mata kredit;

i) Surat jemputan; atau


ii) Surat lantikan; atau
iii) Surat arahan; atau
iv) Sijil penghargaan/ penyertaan;
dan
v) Pengesahan ketua jabatan
10. KOMUNITI PEMBELAJARAN
PROFESIONAL (PROFESIONAL
LEARNING COMMUNITIES – PLC)

PLC kerap dirujuk sebagai


sekumpulan guru yang bertemu
secara kerap, berkongsi pengalaman
dan kepakaran untuk
mempertingkatkan kemahiran
pengajaran dalam usaha
meningkatkan pencapaian pelajar.
Antara amalan ini ialah:

➢pengajaran bersama rakan guru


(team teaching), tunjuk cara dalam
➢pengajaran (lesson demonstration),
sistem sokongan rakan sekerja
➢(buddy support system),
perkongsian pintar antara komuniti
sekolah
➢dengan komuniti di luar sekolah dan
pengajaran secara kolaboratif
➢(collaborative teaching).
Kaedah Pemberian Mata

i)Lima mata kredit bagi setiap amalan


terbaik yang dihasilkan dan dikongsi
bersama.

ii) Jumlah mata kredit maksimum


setahun ialah 20 mata kredit
Bukti yang diperlukan untuk mendapat
mata kredit;

i) Laporan, atau
ii) Dokumentasi dalam pelbagai bentuk.
PPP yang berperanan sebagai Ketua
Kumpulan aktiviti ini
bertanggungjawab mengisi maklumat
dalam SPLKPM. SULDP organisasi
PPP berkenaan
bertanggungjawab menyemak dan
meluluskan aktiviti ini dalam SPL
KPM. *** rujuk garis panduan SPL
KPM
11. INOVASI
Inovasi ialah penghasilan sesuatu
yang baharu atau menambah nilai
kepada sesuatu yang sedia ada.
Inovasi merangkumi idea, prosedur
kerja, sistem, kaedah, teknologi dan
seumpamanya yang merupakan
hasil cetusan pemikiran kreatif dan
inovatif.
Kaedah Pemberian Mata
i)Satu inovasi yang dihasilkan
bersamaan 20 mata kredit.

ii) Dua mata kredit tambahan


untuk ketua pasukan / fasilitator /
mentor / konsultan / penyelaras.

iii) Jumlah mata kredit


maksimum setahun ialah 20 mata
kredit.
Bukti yang diperlukan untuk
mendapat mata kredit;

i)Laporan; atau

ii)Anugerah / Sijil
Penghargaan / Sijil Penyertaan;
dan

iii)Pengesahan Ketua Jabatan


12. PENYELIDIKAN

PPP digalakkan untuk menjalankan


penyelidikan / kajian tindakan bagi
meningkatkan amalan
pengurusan/PdPc. Aktiviti ini dapat
memantapkan pentadbiran atau
menyelesaikan masalah pembelajaran
murid.
Kaedah Pemberian Mata

i)Satu penyelidikan lengkap ialah 10 mata


kredit.

ii)Jumlah mata kredit maksimum setahun


ialah 20 mata kredit.

iii)Dua mata kredit tambahan sebagai


ketua pasukan / penyelidik.
iv)Tiada mata kredit diberikan yang
melibatkan tugas hakiki PPP.
Bukti yang diperlukan untuk mendapat
mata kredit;

i)Laporan penyelidikan; atau

ii) Dokumen penyelidikan; dan

iii) Pengesahan ketua jabatan.


13. PENULISAN DAN
PENGKARYAAN

Aktiviti merekodkan pengalaman,


amalan terbaik, kepakaran, idea
baharu, inovasi, hasil penyelidikan
dan sebagainya secara bertulis sama
ada dalam bentuk buku, jurnal atau
artikel dalam terbitan berkala atau
pengkaryaan kreatif.
Kaedah pemberian mata dan
bukti yang diperlukan untuk
mendapat mata kredit;

i) Buku
a. Satu buku lengkap yang
diterbitkan ialah 20 mata kredit.
b. Jumlah mata kredit
maksimum setahun ialah 20
mata kredit.
c. Bukti yang diperlukan
untuk mendapat mata kredit
ialah buku yang diterbitkan.
ii) Artikel/ Jurnal / Bab
Artikel / Jurnal / Bab
yang diterbitkan ialah
10 mata kredit.

iii) Buletin
Buletin yang diterbitkan
ialah 10 mata kredit.

iv) Penulisan Modul


Modul yang lengkap
ialah 10 mata kredit.
v) Pengkaryaan Seni Kreatif / visual
a.Seni kreatif yang diterbitkan/ direkodkan ialah 10 mata
kredit.
b.Seni visual yang diberi mata kredit hendaklah
diterbitkan / direkodkan serta disahkan oleh ketua
jabatan.
c.Seni muzik bertema yang diterbitkan / direkodkan
serta disahkan oleh ketua jabatan.
d.Seni fotografi yang diterbitkan / direkodkan serta
disahkan oleh Ketua Jabatan.
e.Seni tari yang diterbitkan/ direkodkan serta disahkan
oleh Ketua Jabatan.
f.Lain-lain karya seni / penghasilan / pengkaryaan
kreatif yang direkodkan / diterbitkan serta disahkan
oleh ketua jabatan.

You might also like