You are on page 1of 26

Bab 3 Imbangan Dagangan

dan Imbangan Pembayaran


Akaun Semasa
Maksud Imbangan pembayaran
• Imbangan pembayaran merekodkan jumlah
penerimaan kewangan dan jumlah pembayaran
kewangansesebuah negara dengan negara lain dalam
tempoh setahun.
• Dalam imbangan pembayaran, segala penerimaan
kewangan akan dicatatkan di bahagian kredit
manakala segala pembayaran kewangan akan dicatat
di bahagian debit.
Komponen imbangan pembayaran terdiri
daripada:
a) Akaun semasa= Akaun dagangan + Akaun perkhidmatan +
Akaun pendapatan + akaun pindahan

b) Akaun modal kewangan = akaun pelaburan asing langsung +


akaun pelaburan portfolio +
akaun pelaburan lain
c) Akaun pergerakan kewangan = aliran rizab antarabangsa
Akaun Semasa
• Akaun semasa merekod nilai barang nampak dan nilai
barang tidak nampak yang dieksport dan diimport
serta pendapatan dan pindahan semasa yang
dilakukan oleh pihak swasta dan kerajaan.
• Imbangan akaun semasa diperoleh dengan cara
menjumlahkan imbangan dagangan, imbangan
perkhidmatan, imbangan pendapatan dan pindahan
semasa bersih.
Rumus untuk mengira imbangan dagangan
• Imbangan akaun semasa = Imbangan dagangan +
Imbangan Perkhidmatan +
Imbangan pendapatan +
Pindahan semasa bersih
Akaun Dagangan
• Akaun dagangan merupakan akaun yang merekodkan nilai
eksport barang nampak dan nilai import barang nampak
dalam jangka masa setahun.
• Eksport barang nampak Malaysia terdiri daripada barang
pembuatan, minyak kelapa sawit, petroleum mentah dan
gas asli cecair.
• Import barang Nampak Malaysia pula terdiri daripada
barang penggunaan , barang perantaraan dan barang
modal
Rumus untuk mengira imbangan dagangan

• Imbangan dagangan = Nilai eksport barang Nampak


- Nilai import barang nampak
Akaun perkhidmatan
• Akaun perkhidmatan merekodkan nilai eksport
perkhidmatan dan nilai import perkhidmatan dalam
jangka masa setahun.
• Eksport perkhidmatan dan import perkhidmatan
terdiri daripada pengangkutan, perjalanan,
perkhidmatan lain dan urus niaga kerajaan
Rumus untuk mengira imbangan
perkhidmatan
• Imbangan perkhidmatan = Nilai eksport perkhidmatan –
Nilai import perkhidmatan
Akaun Pendapatan
• Akaun pendapatan merekodkan penerimaan dan
pembayaran pendapatan pelaburan dan pampasan
pekerja dalam jangka masa setahun.
• Pendapatan pelaburan terdiri daripada keuntungan
syarikat, dividen dan pampasan atau ganti rugi
kewangan.
Rumus untuk mengira imbangan pendapatan

• Imbangan pendapatan = Penerimaan pendapatan


– Pembayaran pendapatan
Akaun Pindahan Semasa

• Akaun pindahan semasa merekodkan semua penerima


dan pembayaran bayaran pindahan oleh pihak swasta dan
kerajaan di sesebuah negara dalam tempoh setahun.
• Akaun pindahan semasa merupakan hadiah atau derma,
kiriman pendapatan kepada keluarga di negara asal serta
bantuan kewangan kepada sesebuah negara.
Rumus untuk mengira Pindahan semasa
bersih
• Pindahan semasa bersih = Penerimaan bayaran pindahan
-
Pembayaran bayaran pindahan
Soalan Pengiraan Akaun Semasa
Butiran Penerimaan Pembayaran
(RM juta) (RM juta)

Barangan Nampak 390 000 240 000

Perkhidmatan
- Pengangkutan 20 000 10 000
- Perjalanan 30 000 20 000
- Perkhidmatan lain 20 000 40 000
- Urus niaga kerajaan 20 000 10 000

Pendapatan
- Pampasan pekerja 40 000 20 000
- Pendapatan pelaburan 20 000 10 000

Pindahan Semasa 4 000 3 000


Berdasarkan jadual di atas

a) Hitungkan imbangan akaun perdagangan


b) Hitungkan imbangan akaun perkhidmatan
c) Hitungkan imbangan akaun pendapatan
d) Hitungkan pindahan semasa bersih
e) Hitungkan imbangan akaun semasa
Imbangan Akaun perdagangan
= Nilai eksport barang Nampak –
Nilai import barang Nampak
= RM 390 000 juta – RM 240 000 juta
= RM 150 000 juta
Imbangan akaun perkhidmatan
= Pengangkuatan + Perjalanan + Perkhidmatan lain +
Urus niaga kerajaan
= RM juta ( 20 000 + 30 000 + 20 000 + 20 000) –
RM juta (10 000 + 20 000 + 40 000 + 10 000
= RM 90 000 juta – RM 80 000 juta
= Rm 10 000 juta
Imbangan akaun pendapatan
= Pampasan pekerja + pendapatan pelaburan
= RM juta (40 000 + 20 000) – RM juta (20 000 + 10 000)
= RM 30 000 juta
Pindahan semasa bersih

= Pindahan semasa eksport – pindahan semasa import


= RM 4 000 juta- RM 3 000 juta
= RM1 000 juta
Imbangan Akaun semasa
= imbangan akaun perdagangan +
imbangan akaun perkhidmatan +
imbangan akaun pendapatan +
pindahan semasa bersih
= RM 150 000 juta + RM 10 000 juta + RM 30 000juta +
RM 1 000 juta
= RM191 000 juta
Akaun Modal dan kewangan
• Akaun modal merekodkan aliran masuk modal dan aliran
keluar modal bagi sesebuah negara dalam tempoh
setahun.
• Aliran masuk kewangan asing dari negara asing  Kredit
dalam akaun modal
• Aliran keluar kewangan ke negara asing  Debit
dalam akaun modal
Akaun modal terbahagi kepada tiga akaun:
a) Akaun pelaburan langsung – mencatat aliran masuk
wang dan aliran keluar wang pelaburan dari satu
negara ke negara lain.
b) Akaun pelaburan portfolio – mencatat aliran masuk
wang dan aliran keluar wang pelaburan dalam
bentuk pembelian saham dan bon
c) Akaun pelaburan lain – mencatat aliran modal rasmi
dan aliran modal swasta yang berkaitan dengan
pinjaman, kredit pendahuluan, dan deposit di bank
perdagangan.
Rumus untuk mengira imbangan modal
Imbangan modal = Aliran masuk modal –
Aliran keluar modal
Akaun Pergerakan kewangan
• Akaun pergerakan kewangan mencatatkan aliran rizab antarabangsa
seperti emas dan pertukaran asing apabila wujud ketidakseimbangan
dalam imbangan pembayaran negara.
• Jika berlaku imbangan pembayaran lebihan (+), rizab antarabangsa
akan mengalir masuk dan ditanda dengan simbol (-) untuk
mengimbangkan imbangan keseluruhan. Kesannya, rizab
antarabangsa bertambah
• Sebaliknya, jika imbangan pembayaran kurangan(-), rizab
antarabangsa akan mengalir keluar dan ditanda dengan simbol (+)
untuk mengimbangi imbangan keseluruhan. Kesannya, rizab
antarabangsa berkurang.
Jenis-jenis imbangan pembayaran
a) Imbangan pembayaran seimbangan – berlaku
apabila jumlah penerimaan sama dengan jumlah
pembayaran.
b) Imbangan pembayaran lebihan (positif) – Berlaku
apabila jumlah penerimaan melebihi daripada
jumlah pembayaran
c) Imbangan pembayaran kurangan (negatif) – berlaku
apabila jumlah penerima kurang daripada jumlah
pembayaran.
Situasi dapat memperbaik imbangan
pembayaran menjadi positif
1. Pekerja Malaysia di negara asing menghantar wang
ke Malaysia.
2. Pelabur asing membuat pelaburan di Malaysia
3. Kerajaan negara asing menghantar lebih ramai
pelajarnya melanjutkan pelajaran di Malaysia.

You might also like