You are on page 1of 7

BAB 3 : IMBANGAN PEMBAYARAN

- IMBANGAN AKAUN SEMASA -


IMBANGAN AKAUN SEMASA

Definisi:

Satu akaun yang mencatat aliran wang bagi urus niaga yang melibatkan eksport dan
import barang dan perkhidmatan, pendapatan serta pindahan semasa antara sebuah negara
dengan negara lain dalam tempoh setahun.

Formula:
Imbangan akaun perdagangan +
Imbangan akaun perkhidmatan +
Akaun pendapatan primer +
Akaun pendapatan sekunder +

= Imbangan Akaun Semasa


(a) Akaun Dagangan

Definisi:
i) Satu akaun yang mencatat nilai bersih bagi urus niaga yang melibatkan
eksport dan import barang nyata antara sebuah negara dengan negara lain
dalam tempoh setahun.

ii) Imbangan akaun perdagangan menunjukkan perbezaan antara nilai eksport


barang nyata dengan nilai import barang nyata bagi sebuah negara dalam tempoh
setahun.

Formula:
Imbangan akaun perdagangan = Nilai eksport barang - Nilai import barang
(b) Akaun Perkhidmatan
Definisi:
Satu akaun yang mencatat nilai bersih bagi urus niaga yang melibatkan eksport dan import perkhidmatan antara
sebuah negara dengan negara lain dalam tempoh setahun.

Jenis perkhidmatan terdiri daripada :


(i) Pengangkutan
Definisi:
Perbezaan antara nilai penggunaan perkhidmatan pengangkutan udara dan laut Malaysia oleh rakyat asing
dengan nilai penggunaan perkhidmatan pengangkutan udara dan laut negara asing oleh rakyat Malaysia.

(ii) Perjalanan
Definisi:
Perbezaan antara nilai rakyat negara asing yang melawat Malaysia untuk tujuan pelancongan, pendidikan,
kesihatan, perniagaan dengan nilai rakyat Malaysia yang melawat ke negara asing.

(iii) Perkhidmatan lain


Definisi:
Perbezaan antara penerimaan dan pembayaran atas yuran kontrak, yuran perkhidmatan profesional, yuran
pengurusan dan agensi, yuran francais, royalti atas jualan buku dan cakera padat.
(c) Akaun Pendapatan Primer

Definisi: Satu akaun yang mencatat penerimaan dan pembayaran pendapatan


pelaburan dan pampasan pekerja antara sebuah negara dengan negara lain
dalam tempoh setahun

Pendapatan Pelaburan
Definisi:
perbezaan antara nilai keuntungan yang diperoleh oleh pelabur tempatan di
luar negara dengan keuntungan yang diperoleh oleh pelabur asing di dalam
negara.
(d) Akaun Pendapatan Sekunder / Pindahan Semasa

Definisi:
Satu akaun yang mencatat nilai bersih bagi bayaran pindahan yang terdiri
daripada pindahan swasta (bayaran pindahan antara penduduk sebuah negara
dengan penduduk negara lain) dan pindahan rasmi (bayaran pindahan antara
kerajaan sebuah negara dengan kerajaan negara lain) antara sesebuah negara
dengan negara lain dalam tempoh setahun.

Contoh:
Pekerja warga asing menghantara wang balik kepada keluarga di negara asal,
pengiriman wang ke luar negara untuk membiayai perbelanjaan anak yang
melanjutkan pelajaran di luar negara, derma / bantuan kewangan kepada negara
yang dilanda tsunami dan gempa bumi.

You might also like