You are on page 1of 6

PRINSIP

PERAKAUNAN
Badan Perakaunan
Badan Kawal Selia (Regulatory Body)
◦ Ditubuhkan pada tahun 1960 di bawah Akta Akauntan 1967.
◦ Fungsinya:
(a) Menentukan kelayakan seseorang untuk menjadi ahli.
(b) Menawarkan latihan, pelajaran dan peperiksaan kepada seseorang yang ingin menceburi
profesion perakaunan.
(c) Mengenakan peraturan atas amalan profesion perakaunan.
(d) Mempromosi dan mempopularkan profesion perakaunan. (MIA-Code of Profesional Conduct)
Badan Penggubal Piawaian (Standard Setting Body)
• Ditubuhkan di bawah Akta Laporan Kewangan 1997.
• Fungsinya:
(a) Menggubal dan menerbitkan piawaian perakaunan.
(b) Menyemak dan membaiki piawaian perakaunan sedia ada.
(c) Bertindak sebagai penasihat kepada akauntan
(d) Menentukan keperluan minimum dan garis panduan dalam penyediaan laporan kewangan.
Badan Profesional Perakaunan (Professional Accounting Body)
◦ Ditubuhkan pada tahun 1958 (sebelum ini dikenali sebagai
MACPA).
◦ Fungsinya
(a) Memajukan profesion perakaunan melalui latihan dan peperiksaan.
(b) Melatih dan melahirkan akauntan bertauliah.
(c) Melakukan penyelidikan dan pembangunan dalam perakaunan .
(Chartered Institude of Management Accountants)
◦ Ditubuhkan pada tahun 1919 dengan nama Institute of Cost and Work Accountants (ICWA).
Kemudiannya ditukar nama kepada Institute of Cost and Management Accountants (ICMA) pada
tahun 1972 dan ditukar kepada Chartered Institute of Management Accountants (CIMA) pada
tahun 1986 hingga kini.
◦ Fungsinya
◦ (a) Melahirkan akauntan profesional yang mahir dalam bidang pengurusan dan pentadbiran
perniagaan.
◦ (b) Mengkaji dan menangani perubahan semasa dalam perniagaan.
(Association of Chartered Certified Accountants)
Ditubuhkan pada tahun 1904 dan berpusat di London. Pada Jun 2015, ACCA mempunyai jumlah ahli
seramai 178 000 orang dan seramai 455 000 orang pelajar dari 180 buah negara
Fungsinya :
(a) Memberi khidmat sokongan kepada ahli dan pelajarnya sepanjang kerjaya dalam bidang
perakaunan mereka.
(b) Memberi pendedahan tentang peraturan dan undang-undang yang berkaitan dengan amalan
perakaunan dan etika dalam perakaunan.

You might also like