You are on page 1of 6

1. Apakah yang dimaksudkan dengan simpan kira?

Simpan kira merupakan proses perakaunan yang meliputi aktiviti mengumpul, menyusun,
menyimpan, merekod dan melapor rekod-rekod perakaunan.

2. Nyatakan subbidang perakuanan yang berikut:


a) Menyediakan maklumat perakaunan untuk pengguna dalaman. Antara skop kerja ialah kawalan,
perancangan dan pengurusan pengeluaran.
Perakaunan pengurusan

b) Merancang hal-hal percukaian dan menyediakan penyata cukai bagi pihak syarikat. Penasihat cukai
akan memberikan nasihat dalam hal-hal pengurusan percukaian perniagaan.
Percukaian

3. Nyatakan tempoh masa bagi peristiwa yang berkaitan dengan perkembangan sejarah perakuanan
yang berikut.

a) Pada tahun _______ , rekod perakaunan telah dibuat dengan menggunakan papyrus(kertas) dan
calamus (pen) di Mesir.
400SM

4.
Sistem Catatan Bergu bermula di Itali dan dipopularkan oleh Luca Pacioli pada abd ke ______ untuk
memenuhi keadaan ekonomi yang semakin berkembang.
14

5.
Jawatankuasa Piawaian Perakaunan Antarabangsa (IASC) ditubuhkan pada tahun ______ untuk
menggalakkan penggunaan piawaian asas dalam perakaunan.
1973

6. Berdasarkan situasi di bawah ini, nyatakan andaian dan prinsip perakuanan yang tidak dipatuhi oleh
peniaga.
a)  Perniagaan Hari menukarkan kaedah pengiraan susut nilai asset bukan semasa daripada kaedah
atas kos kepada kaedah baki berkurangan.
Ketekalan
b) Cik Raqsi merekodkan belanja sewa rumahnya sebagai belanja perniagaan.
Entiti berasingan

7. Terangkan secara ringkas ciri-ciri kepimpinan seorang akauntan yang berikut:


a) Intergriti: Akauntan harus bersikap jujur dalam semua hubungan profesional dengan pihak luar,
iaitu pelaporan kewangan tidak mengadungi unsur palsu atau mengelirukan.

b) Kredibiliti: Akauntan perlu berupaya untuk menyampaikan maklumat perakaunan secara adil dan
objektif  kepada pih: ak berasingan.

c) Akauntabiliti: Akauntan perlu bertanggungjawab untuk melaksanakan fungsi yang berkaitan


dengan perakaunan yang telah diamanahkan.

8. Mengapakah Luca Pacioli digelar sebagai Bapa Perakuanan?


Beliau merupakan orang pertama yang menyebarkan Sistem Catatan Bergu melalui buku
Matematiknya yang bertajuk Summa de Arthmetica, Geometria Propotional et Propotionalita yang
diterbitkan pada tahun 1494.

9. Berikan satu contoh pengguna luaran Penyata Kewangan dan jelaskan secara ringkas sebab pihak
tersebut memerlukan Penyata Kewanagan.

Pihak Bank

Menggunakan Penyata Kewangan sesebuah perniagaan untuk mempertimbangkan kelulusan


permohonan perniagaan mendapatkan pinjaman bank.

10. Terangkan secara ringkas tentang andaian tempoh perakuanan.

Andaian ini membolehkan pembahagian operasi dan aktiviti peniagaan kepada tempoh masa yang
ditentukan untuk tujuan pelaporan seperti satu tahun, enam bulan dan sebagainya. Andaian ini juga
membolehkan perbandingan prestasi perniagaan dengan lebih tepat dibuat bagi beberapa tempoh
perakaunan.

11. Lengkapkan jadual berikut.

12. Nyatakan ciri kualitatif yang menepati pernyataan berikut:

a) Penyata Kewanagan Syarikat Mama disediakan mengikut format pelaporan yang disyorkan oleh
MASB agar semua pengguna dapat membaca dan memahaminya dengan mudah.
Kebolehfahaman
b) Maklumat dalam laporan kewangan boleh diperoleh apabila maklumat tersebut diperlukan.
Pemasaan

13. Bezakan antara perakaunan dengan simpan kira.

14. Nyatakan 3 ciri perniagaan milikan tunggal.

a) Seorang pemilik
b) Modal disumbang oleh pemilik
c) Liabiliti tidak terhad

15. Terangkan konsep dan prinsip perakaunan berikut:


a) Entiti berasingan
Pemilik dan perniagaan merupakan dua entiti yang berbeza. Hanya urus niaga yang melibatkan
perniagaan dicatatkan di dalam buku perniagaan.

b) Pengiktirafan Hasil dan Belanja


Perbelanjaan sebenar yang berlaku dalam tahun semasa perlulah direkodkan dalam tahun semasa
sama ada perbelanjaan tersebut sudah dibayar atau belum dibayar dalam tahun semasa.
c) Prinsip Kos
Aset bukan semasa mestilah direkodkan pada harga kos sebenar atau kos belian yang ditanggung oleh
peniaga semasa suatu urus niaga berlaku

16. Maklumat yang berikut berkaitan dengan suatu milikan perniagaan.

a) Apakah M?

Koperasi
b) Nyatakan satu ciri lain bagi M.
Hayat perniagaan berterusan

17. Nyatakan andaian perakaunan yang berkaitan dengan situasi yang diberikan.
a) Kak Lini merekodkan bayaran sewa rumah kediamannya dengan cek perniagaan sebagai ambilan.
Entiti berasingan
b) Perkhidmatan membersih rumah yang dibekalkan oleh KH Cleaners dikenakan bayaran RM150.
Wang sebagai ukuran

18. Nyatakan dua ciri koperasi.


a) Liabiliti terhad
b) Hayat perniagaan berterusan

19. Apakah bentuk organisasi perniagaan yang berikut?


a) Salon Kecantikan Anis : Milikan tunggal
b) Restoran Wani dan Manis : Perkongsian

20. Nyatakan konsep-konsep perakaunan yang berkaitan dengan situasi berikut:


a) Perniagaan Lee menetapkan kaedah baki berkurangan dalam pengiraan susut nilai perabot
perniagaannya bagi setiap tempoh perakuanan.
Ketekalan
b)  Bayaran sewa kediaman Encik Zul tidak ditunjukkan dalam buku perniagaannya.
Entiti berasingan
21. Nyatakan 3 tugas dan tanggungjawab seorang akauntan.
Menyediakan penyata kewangan, membuat keputusan perniagaan perancangan.

22. Nyatakan ciri kualitatif yang menepati pernyataan berikut.


a) Maklumat dalam Penyata Kewangan dapat mempengaruhi keputusan ekonomi yang dibuat oleh
pengguna.
Kerelevanan
b) Pengguna dapat mengenal pasti trend dalam kedudukan prestasi dan kewangan bagi sesebuah
perniagaan.
Kebolehbandingan

23. Perniagaan QQ telah membeli sebidang tanah dengan harga RM80,000 pada 5 tahun yang lepas.
Pada tahun kewangan ini, nilai tanah dicatatkan dalam buku dengan harga pasaran RM100,000.
a) Prinsip perakaunan yang manakah tidak dipatuhi oleh Perniagaan QQ?
Prinsip kos
b) Bagaimanakah asset tersebut harus direkodkan?
Aset tersebut harus direkod pada harga kos iaitu RM80,00

You might also like