You are on page 1of 36

BAB 3: WANG, BANK DAN PENDAPATAN INDIVIDU

3.1: Wang dan Bank

1. Definisi: benda atau barang yang diterima umum sebagai media pertukaran.
Contoh: RM di Malaysia.

2. Ciri-ciri wang
Bil Fakta Huraian

1 Diterima umum Sebagai media pertukaran


2 Mudah dibawa Kerana bersaiz kecil dan ringan
3 Penawaran terhad Supaya nilainya stabil
Boleh dibahagikan kepada unit yang Untuk memudahkan urus niaga contoh
4
lebih kecil 5 sen, 1 sen
Nilainya tidak mudah berubah dalam
5 Kestabilan nilai
jangka pendek dan panjang
6 Tahan lama Tidak mudah rosak

3. Jenis wang - 1. Wang kertas


2. Wang syiling
3. Deposit semasa

4. Fungsi wang
Huraian
Fakta

1. Alat perantaraan pertukaran Untuk membeli barang/perkhidmatan


Untuk menentukan harga sesuatu barang, contoh
2. Unit ukuran/penentu nilai
sebuah radio berharga RM 300.00
3. Alat simpanan nilai/penyimpan
Kerana wang tahan lama dan nilainya stabil
kekayaan
4. Alat bayaran tertunda Bayaran secara ansuran kerana nilai yang stabil

5. Sistem barter
Maksud: Pertukaran barang dengan barang yang lain
Contoh: Seekor ayam ditukarkan dengan sekilogram gula
Kelemahan: -Sukar mendapat kehendak serentak
-Sukar untuk menentukan nilai
-Bukan alat penyimpan nilai yang baik kerana tidak tahan lama
-Sukar dibahagikan kepada unit yang lebih kecil
Bagaimana wang mengatasi masalah sistem barter

Masalah Cara Wang Menyelesaikan Masalah

Wang diterima umum sebagai media


1. Sukar mendapat kehendak serentak
pertukaran

2. Sukar untuk menentukan nilai


Wang menjadi alat untuk menentukan
nilai sesuatu benda

3. Bukan alat penyimpan nilai yang Wang tahan lama dan alat menyimpan
baik/tidak tahan lama kekayaan/alat bayaran tertunda

4. Sukar dibahagikan kepada unit yang Wang boleh dibahagikan kepada unit
lebih kecil yang lebih kecil

Wang mudah dibawa kerana kecil dan


5. Sukar dibawa
ringan

6. Istilah wang - Wang sah - wang yang diiktiraf oleh undang-undang negara
Wang tampang/wang tanda – nilai muka lebih tinggi
daripada bahan yang digunakan untuk membuat wang
tersebut.
Wang biasa – wang negara lain yang diterima di sesebuah
Negara.

7. Jenis Bank perdagangan (Bank Islam) Konvensional

Syarikat kewangan Islam

Bank saudagar
Bank Pusat

8. Perbezaan antara Skim Perbankan Konvensional dengan Skim Perbankan Islam

Skim Perbankan Islam Skim Perbankan Konvensional


Berlandaskan hukum syarak Berlandaskan kaedah konvensional
Berasaskan kadar keuntungan Berdasarkan kadar faedah

Dikawal oleh Lembaga Pengawasan Dikawal oleh Akta Perbankan dan Institusi
Syariah 1997 Kewangan (BAFIA) 1989

Tidak menerima deposit tetap Menerima deposit tetap


9. Fungsi Bank Pusat

BIL FUNGSI KAEDAH/CARA/HURAIAN


1 Mengeluarkan • Wang syiling dan wang kertas
mata wang • Memastikan penawaran wang mencukupi mengikut
keperluan semasa
2 Mengawal a) Mewujudkan sandaran minimum sebanyak 80.59% bagi
kestabilan nilai setiap unit:
mata wang -Sandaran dalam bentuk rizab
antarabangsa – emas dan pertukaran
asing
b) Campur tangan dalam pasaran pertukaran asing dengan
membeli/menjual pertukaran asing:
i) Jika nilai RM lebih rendah berbanding dengan
nilai Yen, bank pusat akan menjual Yen,
kesannya penawaran RM akan berkurangan,
nilai RM naik
ii) Jika nilai RM lebih tinggi berbanding dengan
Yen, bank pusat akan membeli Yen, kesannya
penawaran RM akan bertambah, nilai RM
turun
iii) Mengawal inflasi dengan menggunakan alat
kewangan
3 Jurubank • Mentadbir akaun kerajaan:
kepada i) menyediakan cek
kerajaan ii) menerima pembayaran
iii) membuat pembayaran
• Menguruskan hutang Negara:
i) mendapatkan sumber
ii) menjelaskan pembayaran
• Memberikan pendahuluan apabila kerajaan menghadapi
kurangan belanjawan
• Menjalankan urus niaga pertukaran asing
• Penasihat pelaburan kerajaan
4 Jurubank • Menyimpan rizab berkanun
kepada bank i) simpanan wajib bank perdagangan
perdagangan ii) disimpan di bank pusat
iii) diambil daripada deposit pelanggan
iv) dalam bentuk jangka panjang – surat jaminan
kerajaan
• Mengawal rizab tunai
i) simpanan tunai bank perdagangan
ii) disimpan di bank perdagangan
iii) dalam bentuk wang mudah cair – bil
perbendaharaan
• Menyediakan rumah penjelasan untuk menunaikan cek
antara bank perdagangan
• Sumber pinjaman terakhir apabila bank perdagangan
mengalami masalah kewangan
10. Fungsi Bank Perdagangan ( Konvensional )

A: Menerima simpanan/deposit

Simpanan Tabungan Simpanan Tetap Simpanan Semasa


a) Jumlah yang kecil a) Mempunyai tempoh a) Simpanan minimum tinggi
b) Kadar faedah rendah masa tertentu/tempoh b) Tiada kadar faedah
c) Boleh dikeluarkan bila- matang c) Dikenakan caj
bila masa b) Menerima sijil perkhidmatan
d) Ada buku simpanan simpanan d) Kemudahan
e) Boleh menggunakan c) Kadar faedah lebih menggunakan cek
ATM tinggi e) Menerima penyata
d) Pengeluaran sebelum bulanan
tempoh matang, kadar f) Mendapat kemudahan
faedah tiada/lebih rendah pinjaman overdraf

B: Memberi pinjaman

Pinjaman Pinjaman
Kemudahan Pinjaman persendirian Mendiskaunkan
melalui kad
Overdraf bercagar bil pertukaran
kredit
* Untuk * Untuk * Pinjaman * Pemilik kad * menunaikan bil
pemegang membeli harta jangka pendek kredit di kaunter bank
akaun semasa tetap – rumah * Untuk tujuan membayar perdagangan
* Pengeluaran * Pinjaman tertentu harga sesuatu pada nilai yang
menggunakan jangka panjang * Tidak perlu barang secara lebih rendah
cek * Mencagarkan cagaran kredit/hutang daripada nilai
* Pengeluaran harta tetap * Perlu * Bank muka sebelum
melebihi baki yang dibeli maklumat membayar tarikh
simpanan * Tempoh peribadi bagi pihak pembayaran
* Kadar faedah bayar balik pemilik kad * Perbezaan bil
tinggi sehingga 25 kredit adalah caj yang
* Faedah tahun * Bayaran balik dikenakan bank
berdasarkan sekali
jumlah hari gus/ansuran
meminjam * Kadar faedah
tinggi
C: Kemudahan pembayaran

Kaedah Pembayaran Huraian


Cek • Pemegang akaun semasa
• Penerima menunaikannya di
bank/memasukkannya ke dalam akaunnya

Perintah sedia ada • Arahan pemilik akaun kepada bank


• Pembayaran secara tetap dan berulang
• Pinjaman perumahan/insurans nyawa

Pindahan kredit • Arahan pembayaran terus dikreditkan ke dalam


akaun penerima
• Jumlah pembayaran mengikut yang ditetapkan
• Pembayaran gaji

Debit langsung • Arahan pemilik akaun kepada bank


• Pembayaran secara berulang tetapi jumlah
berbeza
• Pembayaran bil setempat

• Cek dikeluarkan pihak bank atas arahan


Draf bank pelanggan
• Membuat pembayaran/kiriman wang dalam/luar
negeri
• Lebih selamat

Kad kredit • Menggunakan kad kredit


• Pembayaran secara tetap/berulang
• Insurans nyawa

ATM, teleperbankan dan • Secara elektronik


internet • Bila-bila masa
• Membayar bil

D: Perkhidmatan lain

a) Peti simpanan selamat – menyimpan dokumen penting – dikenakan sewa


b) Nasihat dan perundingan – pelaburan/urusan perniagaan
c) Pemegang amanah – menggunakan wang/harta individu mengikut arahan
pelanggan
d) Mengeluarkan cek kembara – cek dalam nilai mata wang asing, kemudahan
pelancong
4. Fungsi bank perdagangan - Skim Perbankan Islam

a) Wadiah (Pemegang Amanah)


* Deposit semasa
* Deposit tabungan
* Bank sebagai pemegang amanah
* Wang akan dikembalikan apabila dituntut oleh penyimpan
* Simpanan dijamin oleh pihak bank
* Penyimpan tidak berhak menerima sebarang keuntungan
* Pihak bank akan memberikan sebahagian daripada keuntungan sebagai sagu
hati - dividen
* Simpanan akan dilaburkan oleh pihak bank

b) Mudharabah (Perkongsian Untung)


* Akaun Pelaburan Am
* Akaun Pelaburan Khas
* Perjanjian melibatkan penabung (pemilik modal) dan pelabur/pengusaha (bank)
* Keuntungan dikongsi bersama
* Kerugian ditanggung oleh pemilik modal
* Bank menanggung kerugian operasi

c) Murabahah (harga jualan ditambah margin untung)


* Skim Pembiayaan Modal Kerja
* Bank membeli sesuatu barang dan menjualnya kepada pelanggan
* Harga jualan lebih tinggi selepas ditambah margin keuntungan
* Bank akan menyatakan kos sebenar barang tersebut
* Jangka pendek

d) Musyarakah (Perkongsian Menjalankan Perniagaan)


* Pembiayaan projek
* Pembiayaan perniagaan secara usaha sama
* Untung dan rugi ditanggung bersama mengikut nisbah yang ditetapkan
* Bank dan pelanggan mengeluarkan modal

e) Bai Bithaman Ajil (Jualan Secara Ansuran)


* Pembelian aset tetap – rumah/tanah
* Pembiayaan kenderaan
* Bank membeli barang
* Barang dijual kepada pelanggan dengan harga lebih tinggi selepas ditambah
margin keuntungan
* Bayaran secara ansuran
* Jangka panjang

f) Bai At Takjiri (Sewa Beli)


* Pembiayaan perumahan/harta tetap/harta modal
* Harta yang disewa boleh dipindah milik secara kekal
* Bank membeli mesin
* Mesin disewakan kepada pelanggan dengan harga/kadar sewa yang dipersetujui
* Sewa dianggap sebagai bayaran untuk harga aset tersebut
3.2 PEMILIHAN PEKERJAAN

Jenis-jenis Pekerjaan Dalam Sektor Ekonomi

SEKTOR
EKONOMI

SEKTOR UTAMA
SEKTOR KEDUA SEKTOR KETIGA

~ dikenali sebagai sektor


~ dikenali dengan sektor perkhidmatan
~ dikenali dengan sektor sekunder
primer ~ merangkumi semua aktiviti
~ aktivitinya merupakan yang menyediakan pelbagai
lanjutan daripada kegiatan jenis perkhidmatan secara
~ mengeluarkan sumber ekonomi dalam sektor terus kepada pengguna
alam seperti tanah, galian utama
dan lautan secara langsung ~ tidak mengeluarkan barang
dalam proses pengeluaran ~ menggunakan bahan
mentah yang dihasilkan ~ menyelaraskan aktiviti
oleh sektor utama dalam dalam sektor utama dengan
~ merangkumi pertanian,
proses pengeluaran sektor kedua
penternakan, perhutanan,
perikanan, perlombongan
~ melibatkan aktiviti ~ terbahagi kepada
dan kuari
perkilangan dan perkhidmatan peribadi,
pembinaan perkhidmatan perdagangan
~ Contoh pekerjaan: dan perkhidmatan sosial
pekerja pelantar minyak, ~ Contoh pekerjaan:
nelayan, pekebun, jurutera pekerja kilang am, tukang ~ Contoh pekerjaan:
petroleum dll jahit, pembuat kasut, doktor, peguam, pegawi bank,
juruelektrik dll pkar perunding, posmen,
polis, guru dll
FAKTOR-FAKTOR PEMILIHAN PEKERJAAN

(i) Upah wang

- pembayaran yang dibuat oleh firma kepada pekerja atas sumbangannya


- jumlah upah bergantung kepada :-

(a) pengalaman
(b) jenis pekerjaan
(c) tanggungjawab

(ii) Faedah sampingan

- seperti bonus, cuti tahunan, tempat tinggal, kereta, kemudahan perubatan,


rekreasi, perumahan dan sebagainya.

(iii) Faktor-faktor lain

(a) Suasana tempat kerja

- merujuk kepada keselamatan dan keselesaan ditempat kerja

- kerja-kerja bahaya seperti mengecat bangunan tinggi, terdedah kepada


bahan kimia dan beracun kurang disukai

- kerja-kerja dalam hawa dingin lebih dipilih

(b) Minat

- pilih pekerjaan yang disukai dan dapat memberi kepuasan diri

(c) Pengaruh keluarga/rakan sebaya

- selaras dengan tradisi dalam keluarga


Contoh : Jika bapanya seorang polis, anaknya juga ingin menjadi polis

(d) Prospek pekerjaan

- pekerjaan yang menyediakan peluang menjalani kursus, latihan dan


melanjutkan pelajaran serta peluang kenaikan pangkat yang cerah/mudah

(e) Pengalaman dan kemahiran

- kebolehan dan kemahiran yang ada pada seseorang


- dapat memberi ppengalaman yang berfaedah
(f) Kelayakan Akademik

- terdapat jawatan yang memerlukan kelayakan/sijil tertentu

(g) Keadaan ekonomi semasa

- semasa ekonomi kukuh, banyak peluang pekerjaan yang


ditawarkan maka individu boleh memilih pekerjaan

- semasa kemelesetan ekonomi, ramai pekerja dibuang kerja/tidak


boleh pilih pekerjaan

(h) Jarak

- pilih pekerjaan yang berdekatan dengan tempat tinggalnya

(i) Waktu bekerja

- kerja ikut waktu pejabat


JADUAL PERBANDINGAN PELUANG KERJAYA DAN PEKERJAAN M

Faktor Sektor Utama Sektor Kedua Sektor Ketiga


Upah wang o Untuk pekerja ladang, o Pekerja kilang biasanya o Banyak pelayan bekerja
biasanya diberi gaji dibayar gaji bulanan separuh masa dan
harian o
Pengurus kilang dibayar gaji mengikut
o Gaji utk jawatan tinggi menerima gaji yang jam
seperti pengurus ladang lebih tinggi daripada o Pengurus kewangan
biasanya lebih rendah pengurus di sektor biasanya terima gaji
daripada pengurus di utama lebih tinggi daripada
sektor lain o
Pekerja seperti buruh pengurus sektor lain
binaan mungkin
menerima gaji harian
Terdapat banyak
Faedah o Faedah sampingan yang o faedah o Terdapat banyak faedah
sampingan untuk
sampingan diterima terhad. pekerja sampingan seperti elaun
Contoh petani dan seperti kemudahan khidmat awam, elaun
nelayan tiada faedah pengangkutan, elaun rumah, pinjaman
sampingan makan, faedah perumahan, cuti
perubatan, pakaian dan tahunan, bonus dan
bonus latihan
Suasana o Bekerja ditempat o Merangkumi pekerjaan o Biasanya di kawasan
ditempat terbuka
tempat terbuka seperti tertutup dan selesa
kerja o Tiada ciri keselesaan tapak binaan dan
berhawa dingin seperti
kilang elektronik dan
pejabat
Prospek o Prospek terhad o Prospek sederhana bagi OProspek dapat
pekerjaan jawatan yang rendah diperbaiki dengan
o Cerah bagi jawatan mengikuti kursus dan
yang tinggi latihan atau
melanjutkan pelajaran
Pengaruh o Pengaruh keluarga o Tidak berperanan o Pengaruh keluarga
keluarga adalah tinggi adalah tinggi
o Misalnya pekerjaa seperti
doktor, guru, polis dll
Pengalaman Tidak memerlukan Memerlukan
dan pengalaman dan pengalaman dan Memerlukan pengalaman dan
kemahiran o kemahiran yang tinggi o kemahiran o kemahiran
Kelayakan o Tidak diperlukan bagi o Untuk jawatan rendah o Untuk jawatan rendah
pekerjaan seperti
akademik petani, sekurang-kurangnya sekurang-kurangnya
pekerja ladang, kelayakan di peringkat kelayakan di peringkat
pembalak, penternak sekolah menengah sekolah menengah
dan nelayan diperlukan diperlukan
Bagi jawatan tinggi
o seperti o Bagi jawatan tinggi o Bagi jawatan tinggi
pengurus ladang dan perlukan kelayakan di perlukan kelayakan di
jurutera petroleum, peringkat kolej atau peringkat kolej atau
kelayakan akademik universiti universiti
diperlukan

PENDAPATAN INDIVIDU

Maksud

- jumlah pendapatan faktor yang produktif dan dan pendapatan faktor yang tidak
produktif.

PENDAPATAN
INDIVIDU

Pendapatan Pendapatan
produktif tidak produktif

Upah, gaji, sewa, bayaran pencen,


faedah, dividen, biasiswa, hadiah,
untung bantuan kebajikan

PENDAPATAN INDIVIDU =

UPAH + SEWA + FAEDAH + UNTUNG + BAYARAN + PINDAHAN DIVIDEN


Jenis- Jenis Pendapatan

(a) Upah/Gaji

- ganjaran yang dibayar kepada buruh atas sumbangan tenaga secara fizikal
dan mental mereka dalam proses pengeluaran

- faktor-faktor yang menyebabkan perbezaan upah antara individu ialah :


Perbezaan jumlah masa bekerja

Perbezaan pengalaman dan kelayakan akademik

Kemahiran pekerja

Produktiviti pekerja

Permintaan dan penawaran jenis pekerjaan

Kekuatan kesatuan sekerja

Diskriminasi

- jumlah upah yang diterima merangkumi upah tetap(gaji pokok), elaun,


komisen dan bonus

- upah dibayar mengikut :-

(i) tempoh masa bekerja


Contoh : 1 jam = RM5.00
1 hari = RM25

(ii) kuantiti output/keluaran yang dihasilkan


Contoh : RM4 sehelai
RM2 sebungkus

- terdapat dua jenis upah iaitu :


(i) upah wang - atau upah nominal

- upah yang diterima oleh seseorang pekerja pada suatu


tempoh masa tertentu

(ii) upah benar - merujuk kepada kuasa beli upah wang

- iaitu kemampuan seseorang individu menggunakan


upah wangnya untuk membeli barang dan
perkhidmatan.
Contoh :

Gaji Encik Tan RM 2 300 sebulan. Harga petrol pada tahun 2000 ialah
RM1.00 seliter. Menjelang tahun 2001, harga petrol meningkat kepada
RM1.10 seliter. Kira upah benar.

Upah benar Encik Tan bagi tahun 2000 :-

𝑅𝑀2,300
= 2300 𝑙𝑖𝑡𝑒𝑟 𝑝𝑒𝑡𝑟𝑜𝑙
𝑅𝑀1.00

Upah benar Encik Tan bagi tahun 2001 :-

𝑅𝑀2,300
= 2070 𝑙𝑖𝑡𝑒𝑟 𝑝𝑒𝑡𝑟𝑜𝑙
𝑅𝑀1.10

Kesimpulan : Apabila upah wang tidak meningkat tetapi harga petrol meningkat
maka upah benar akan jatuh.

(b) Sewa

- ganjaran yang diterima oleh pemilik harta kerana memberi hak


penggunaan harta berkenaan kepada orang lain yang penawarannya
terhad

- contoh: tanah, rumah, bangunan, dusun

(c) Faedah

- ganjaran yang diterima oleh pemilik modal wang kerana kesanggupan


menangguhkan perbelanjaannya pada masa sekarang

- ia juga sanggup menghadapi risiko di mana jik ia memberi pinjaman,


mungkin menghadapi risiko peminjam tidak bayar balik wang pinjaman
tersebut.
FAEDAH =
JUMLAH WANG x KADAR FAEDAH x TEMPOH SIMPANAN (TAHUN) YANG DISIMPAN

Contoh : Encik Hasidin menyimpan RM10 000 dalam akaun simpanan di


sebuah bank selama 9 bulan. Kadar faedahnya ialah 5% setahun.
Kirakan faedah yang akan diterimanya selepas tempoh 9 bulan.

FAEDAH YG AKAN DITERIMA IALAH :-

5 9
RM10 000 x 100 x 12 = RM375

Untung

- ganjaran yang diterima oleh usahawan kerana menggabungkan


faktor-faktor pengeluaran

- ini kerana kesanggupannya menanggung risiko dan ketidakpastian


perniagaan.

UNTUNG =
JUMLAH HASIL - JUMLAH KOS

Contoh : Puan Juita merupakan pengeluar jam tangan. Dalam tempoh sebulan,
beliau dapat menjual sebanyak 800 unit jam tangan. Jam tangan itu
dijual dengan harga RM20 seunit.

Kos-kosnya seperti berikut :-

Upah pekerja RM3 000


Bahan RM2 000
Elektrik RM 800
Sewa RM900
Faedah atas
pinjaman RM200
UNTUNG = JUMLAH HASIL - JUMLAH KOS

= ( RM20 x 800 ) - (RM 3 000 + RM2 000 RM800 + RM900 + RM200)


= RM16 000 - RM6 900
= RM9 100

(e) bayaran pindahan

- pendapatan/wang yang diterima oleh individu tanpa menyumbangkan


apa-apa terhadap proses pengeluaran dalam ekonomi.

- contoh : bayaran pencen, biasiswa, elaun, subsidi, bantuan kerajaan dll

(f) Dividen

- sebahagian daripada pendapatan syarikat yang diagihkan kepada


pemegang-pemegang sahamnya bagi setiap unit saham yang dimiliki
3.3 Sumber Pendapatan Individu

Bekerja sendiri

~ Mengendalikan sesuatu kegiatan ekonomi ganjaran untung.


Contoh: petani, peniaga, tukang jahit

Bekerja dengan orang lain


SUMBER PENDAPATAN

~ Bekerja dengan kerajaan/swasta iaitu makan gaji.


INDIVIDU

~ Ganjaran dalam bentuk upah/gaji elaun, bonus


Contoh: peguam, pegawai bank, askar

Punca-Punca Pendapatan Lain


sumber-sumber lain seperti :
~ Aset tetap - tanah, rumah (ganjaran sewa)
~ Tabungan - wang simpanan (ganjaran faedah)
~ Pelaburan - ASB, ASN (ganjaran dividen)
PENDAPATAN BOLEH GUNA (Yd)

Maksud :- Sejumlah pendapatan yang tinggal selepas mengambil kira potongan-


potongan wajib

Pendapatan Boleh Guna = Jumlah Pendapatan - Potongan Wajib

Pendapatan Boleh Guna = Jumlah Pendapatan - KWSP - Zakat - Cukai pendapatan Perkeso Guna
(PBG)

PENDAPATAN BOLEH GUNA = PERBELANJAAN PENGGUNAAN + TABUNGAN

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

- Satu bentuk simpanan wajib yang dilindungi oleh kerajaan


- Simpanan hari tua
- Semua pekerja diwajibkan mencarum kecuali :-
(i) kakitangan kerajaan yang telah memasuki skim pencen
(ii) mereka yang bekerja sendiri
(iii) pekerja yang telah bersara

- Objektif: Menyediakan perlindungan kewangan kepada individu yang telah


bersara atau hilang keupayaan untuk bekerja.

- Kadar caruman ialah 23% iaitu 12% majikan dan 11% pekerja

- Mulai 1 April 2001 – 31 Mac 2002, caruman dikurang kepada 11% dan 9%.

- Terdapat 3 akaun iaitu :


(i) Akaun 1 - 60%
- hanya boleh keluarkan apabila pencarum berumur 55 tahun
(ii) Akaun 2 - 30%
- hanya boleh dikeluarkan untuk pencarum membeli rumah, pendidikan
anak-anak, membeli komputer peribadi dan persiapan persaraan
(iii) Akaun 3 - 10%
- hanya boleh dikeluarkan untuk pencarum membuat kos rawatan hospital
Contoh Pengiraan Caruman untuk KWSP

Andaikan Encik Jaya menerima gaji sebanyak RM3,000 sebulan. Kadar


caruman KWSP Encik Jaya ialah 11% dan caruman oleh majikan sebanyak
12%. Kirakan :
(i) caruman oleh pekerja
(ii) caruman oleh majikan.
(iii) caruman Encik Jaya dalam setahun

(i) Caruman daripada pekerja


= RM3 000 x 11% =
RM330

(ii) Caruman daripada majikan


= RM3 000 x 12% =
RM360

(iii) Jumlah caruman setahun


= Jumlah caruman sebulan x12
= (RM330 + RM360) x 12
= RM690 x 12
= RM8 280

Zakat

- Dikenakan kepada sebahagian daripada harta yang dimiliki untuk diberikan kepada
golongan yang tertentu dengan syarat-syarat yang tertentu.
- Diwajibkan untuk orang Islam sahaja.
- Tujuannya : -

(i) Untuk agihkan sebahagian daripada kekayaan golongan kaya kepada


mereka yang miskin.

(ii) Untuk mengelakkan kegiatan simpanan beku kerana modal tidak digunakan
secara produktif.

(iii) Untuk menstabilkan ekonomi secara automatik tanpa campur tangan


kerajaan boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu:-

(i) zakat fitrah (maliah): dibayar dalam bulan Ramadhan dan jumlah
ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Negeri

(ii) zakat harta benda (badaniyah): dikenakan ke atas harta benda


perniagaan dan pendapatan seseorang. Kadarnya 2.5% daripada
pendapatan atau harta benda seseorang
- Ia juga dapat menyucikan harta/hati dan merapatkan jurang pendapatan.
- Merupakan rukun Islam ke-4.
- Merupakan rebat cukai pendapatan.

Contoh Pengiraan Zakat

Encik Latif seorang ahli perniagaan. Setelah genap setahun menjalankan


perniagaannya, nilai semua barang perniagaannya adalah sebanyak RM50
000. Selain itu , dia mempunyai deposit dalam bank sebanyak RM20 000,
wang tunainya RM13 000 serta hutang yang terjamin bayarannya sebanyak
RM15 000. Kirakan zakat yang harus dibayar oleh Encik Latif.

Bahan tafsiran

Harga barang perniagaan RM50 000


Wang dalam bank RM20 000
Wang tunai RM13 000
Hutang terjamin bayaran RM15 000
--------------
RM98 000
========

Kadar zakat yang wajib dibayar ialah :-


= RM98 000 x 2.5%
= RM2 450

Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)

- Untuk memberi perlindungan kepada para pekerja daripada risiko kemalangan


semasa bekerja.
- Member perlindungan kepada pekerja swasta yang bergaji rendah.
- Objektifnya:-

(i) Untuk menjamin pembayaran faedah kepada pekerja dan tanggungannya


apabila berlaku kejadian luar jangka

(ii) Untuk mempertingkatkan keselamatan dan kesihatan pekerja

(iii) Menyediakan perkhidmatan rawatan perubatan, pemulihan jasmani dan


vokasional setiap majikan wajib mendaftarkan pekerjanya yang bergaji
RM2000 dan ke bawah sebulan di Perkeso.

- Jika tidak akan dikenakan denda dalam bentuk faedah iaitu 6% bagi setiap
pencarum dengan kadar minimum RM5.

- Terdapat dua jenis caruman pekerja iaitu:-


(i) Caruman oleh pekerja dan majikan untuk Skim Insurans Bencana
Pekerjaan dan Skim Pencen Ilat.

- Di mana pekerja bayar 0.5% dan majikan 1.25% daripada jumlah gaji
bulanan.

(ii) Caruman yang dibayar oleh majikan sahaja untuk perlindungan di


bawah Skim Insurans Bencana Pekerjaan.

- Kadar caruman 1.25%


- Hanya untuk pekerja yang tidak layak dilindungi di bawah Skim Pencen
Ilat.

Cukai Pendapatan Perseorangan

- Merupakan cukai yang wajib dibayar oleh semua individu yang mempunyai
lebihan pendapatan melebihi satu tahap yang tertentu.

- Ia bersifat progresif.

- Merupakan hasil kerajaan.

- Akta Cukai Pendapatan 1967 mewajibkan setiap individu yang menerima


pendapatan membayar cukai sama ada pendapatan dari dalam negara
mahupun luar negara.

- Tujuannya :-
(i) Membiayai penyediaan kemudahan awam/membiayai perbelanjaan
kerajaan.

(ii) Mengagihkan pendapatan semula dengan cara menggunakan cukai yang


diterima daripada golongan yang berpendapatan tinggi untuk membiayai
pelbagai projek kebajikan bagi golongan miskin/merapatkan jurang
pendapatan.

- Ia boleh dibayar secara ansuran bulanan melalui dkim Potongan Cukai Berjadual atau
PCB.
- Terdapat pelbagai jenis pelepasan sebelum pendapatan individu dicukai iaitu :-

Jenis Pelepasan RM

Diri/Individu 8 000

Isteri 3 000

Anak-anak tanggungan 800 seorang

Perubatan ibu bapa 5 000

Caruman KWSP dan insurans nyawa 5 000

Insurans Pendidikan dan Perubatan 3 000

Komputer Peribadi 400(rebat)

Contoh Pengiraan Pelepasan Cukai

Encik Goh mempunyai seorang isteeri yang tidak bekerja dan tiga orang
anak yang masih bersekolah. Pendapatan tahunan beliau ialah RM36 000.
Daripada jumlah pendapatan itu, beliau mencarum 11% kepada KWSP dan
RM500 untuk bayaran premium insurans nyawa. Encik Goh juga membayar
kos rawatan bapanya sebanyak RM2 500. Hitungkan jumlah pelepasan cukai
Encik Goh.

Pelepasan RM

Diri 8 000
Isteri 3 000
Anak [ 3 x RM800] 2 400
Caruman KWSP dan Premium Insurans
[ 11% x RM36 000 + RM500] 4 460
Perubatan bapa 2 500
--------
Jumlah Pelepasan Cukai 20 360
=====
Pendapatan Boleh Cukai

- Jumlah pendapatan selepas ditolak dengan pelepasan cukai

PENDAPATAN = JUMLAH - PELEPASAN

BOLEH CUKAI PENDAPATAN CUKAI

Contoh Pengiraan Pendapatan Boleh Cukai

Lanjutan contoh di atas.

Pendapatan tahunan Encik Goh ialah RM36 000 dan


jumlah pelepasan cukainya sebanyak RM20 360,
hitungkan pendapatan boleh cukainya.

Penyelesaian :

Pendapatan boleh cukai = RM36 000 - RM 20 360


= RM15 640

Contoh Pengiraan Cukai Yang Perlu Dibayar

- Perlu rujuk kepada jadual yang diberikan.

Kadar cukai yang dikenakan oleh kerajaan seperti berikut :

Pendapatan Bercukai Kadar(%) Cukai (RM)


RM2 500 pertama 0 0
RM2 500 berikut 1 25
RM5 000 pertama 25
RM5 000 berikut 3 150
RM10 000 pertama 175
RM10 000 berikut 5 500
RM20 000 pertama 675
RM15 000 berikut 9 1 350
RM35 000 pertama 2 025
RM15 000 berikut 15 2 250
RM50 000 pertama 4 275
RM20 000 berikut 20 4 000
RM70 000 pertama 8 275
RM30 000 berikut 25 7 500
RM100 000 pertama 15 775
RM50 000 berikut 28 14 000
RM150 000 pertama 29 775
RM150 000 berikut 29 43 500
(Sumber : Lembaga Hasil Dalam Negeri, 2002)
Jika pendapatan boleh cukainya RM15 640, hitungkan cukai yang perlu dibayar

RM2 500 X 0% = RM 0
RM2 500 X 1% = RM 25.00
RM5 00 X 3% = RM250.00
RM5640 X 5% = RM282.00

RM557.00
========

Contoh Soalan Pengiraan Pendapatan Boleh Guna

Encik Ghani mempunyai seorang isteri dan empat orang anak. Kesemua
anaknya masih lagi bersekolah. Gaji tahunan Encik Ghani ialah RM48 000.
Daripada jumlah itu, beliau telah mencarum 11% ke dalam KWSP dan RM1
200 untuk premium insurans nyawa.

Encik Ghani juga menanggung kos perubatan bapanya sebanyak RM1 800.
Beliau membeli polisi insurans pendidikan untuk anak-anaknya sebanyak RM2
400 dan membeli komputer peribadi berharga RM2 400 sebuah.

Kadar cukai yang dikenakan oleh kerajaan seperti berikut :

Pendapatan Bercukai Kadar(%) Cukai (RM)


RM2 500 pertama 0 0
RM2 500 beriku7 1 25
RM5 000 pertama 25
RM5 000 berikut 3 150
RM10 000 pertama 175
RM10 000 berikut 5 500
RM20 000 pertama 675
RM15 000 berikut 9 1 350
RM35 000 pertama 2 025
RM15 000 berikut 15 2 250
RM50 000 pertama 4 275
RM20 000 berikut 20 4 000
RM70 000 pertama 8 275
RM30 000 berikut 25 7 500
RM100 000 pertama 15 775
RM50 000 berikut 28 14 000
RM150 000 pertama 29 775
RM150 000 berikut 29 43 500

(Sumber: Lembaga Hasil DAlam Negeri, 2002)


Hitungkan :

(a) Cukai pendapatan yang perlu dibayar oleh Encik Ghani

Cara menjawabnya seperti berikut:

(a) Jumlah cukai pendapatan yang perlu dibayar oleh Encik Ghani ialah :

Item RM RM
Jumlah
Pendapatan
Gaji 48 000
Pelepasan
Cukai
Diri 8 000
Isteri 3 000
Anak-anak [ 4 x RM800 ] 3 200
KWSP dan Insurans nyawa
[11% x RM48 000 + RM1 200 = RM6 480] 5 000
Kos perubatan
bapa 1 800
Insurans
pendidikan
+ 2 400

Jumlah Pelepasan Cukai - 23 400

Pendapatan Boleh Cukai 24 600

Pengiraan
Cukai
RM2 500 x 0% 0
RM2 500 x 1% 25
RM5 000 x 3% 150
RM10
000 x 5% 500
RM4 600 x 9%
+ 414

1 089

Jumlah Cukai Pendapatan

Tolak rebat komputer peribadi - 400


Jumlah Cukai pendapatan yang perlu
dibayar
689
(b) Pendapatan boleh guna oleh Encik Ghani.

(b) Jumlah pendapatan boleh guna oleh Encik Ghani ialah:

Item RM RM
Jumlah Pendapatan 48 000
Tolak Potongan Wajib
Cukai Pendapatan 689
Caruman KWSP[11% x RM48 00] + 5 280

Jumlah Potongan Wajib - 5 969

Jumlah Pendapatan Boleh Guna 42 031


PENGGUNAAN PENDAPATAN BOLEH GUNA

Keperluan dan Kehendak

Keperluan Individu

- Barangan asas yang diperlukan untuk meneruskan kehidupan seperti


makanan dan minuman, pakaian dan tempat tinggal.

- Manusia juga perlu keperluan lain seperti pengangkutan, hiburan, pendidikan,


kesihatan dll.

Kehendak Individu

- Barangan yang bercirikan keselesaan/untuk hidup lebih selesa seperti telefon


bimbit, mesin basuh,rumah banglo, kereta mewah dll.

- Kehendak biasanya tidak terhad kerana selepas satu kehendak dipenuhi akan
timbul pula kehendak yang lain.

- Ia sukar untuk dipuaskan kesemuanya.

- PBG terhad maka tidak semua kehendak dapat diperoleh.

Perbezaan antara keperluan dan kehendak

Keperluan Kehendak

1. Amat penting untuk terus hidup 1. Dikehendaki untuk keselesaan

Terhad dan sama bagi semua


2. individu
iaitu makanan dan minuman, 2. Tidak terhad dan sukar untuk dipenuhi
pakaian
kesemuanya
dan tempat tinggal

Tidak diperlukan oleh semua orang/


3. Diperlukan oleh semua orang/tiada 3. ada
pilihan pilihan

4. Tidak dipengaruhi oleh pendapatan 4. Dipengaruhi oleh pendapatan


Belanjawan Peribadi

- Merupakan satu anggaran perbelanjaan berdasarkan anggaran pendapatan


yang akan diperoleh individu untuk suatu jangka masa tertentu seperti
sebulan/setahun.

- Merupakan satu garis panduan untuk berbelanja dengan cermat dan bijak.

- Juga supaya perbelanjaan tidak melebihi pendapatan.

Jenis Perbelanjaan Peribadi

- Segala kegiatan menggunakan barang dan perkhidmatan untuk memenuhi


kepuasan pengguna.

- Tujuan utama untuk mencapai kepuasan yang maksimum.


- PBG biasa digunakan untuk membeli tiga jenis barang yang utama iaitu :
(i) Membeli Barang Tahan Lama

- Barang yang mempunyai tempoh penggunaan yang panjang dan


biasanya melebihi tempoh setahun.

- Biasanya merupakan barang kehendak untuk menyenangkan hidup


seperti kereta, rumah, perabot dll.

(ii) Membeli barang Tidak Tahan Lama

- Barang yang mempunyai tempoh penggunaan yang singkat iaitu


kurang daripada setahun. Biasanya barang keperluan seperti
makanan, minuman dll.

iii) Perkhidmatan- terdiri daripada:-

(a) Perbelanjaan tetap


- Mesti dilakukan setiap bulan seperti sewa rumah, ansuran kereta, bil-
bil.

(b) Perbelanjaan tidak tetap

- Bersifat berubah-ubah dan bergantung kepada keperluan individu


dan ahli keluarga pada suatu masa yang tertentu seperti
pelancongan, hiburan dan kesihatan.

(iv) Tabungan

- Menyimpan wang di bank perdagangan/institusi kewangan.


Langkah-Langkah Menyediakan Belanjawan Peribadi

1. Catatkan jumlah pendapatan keseluruhan.


2. Tolakkan semua potongan wajib.
3. Catatkan kesemua perbelanjaan yang hendak dibuat.
4. Susun kesemua perbelanjaan mengikut keutamaan.
5. Jika anggaran perbelanjaan melebihi jumlah PBG, tangguhkan
perbelanjaan kurang penting.
6. Tolakkan jumlah pendapatan keseluruhan dengan jumlah perbelanjaan
keseluruhan (untuk tabungan).

Kepentingan Belanjawan Peribadi

(a) Mengelakkan pembaziran.


- Beli barang ikut keutamaan/mencapai kepuasan maksimum.

(b) Menggalakkan individu menabung.


- Tabungan digunakan untuk perbelanjaan di luar jangka.

(c) Menyelaraskan perbelanjaan dengan pendapatan boleh guna


- Perbelanjaan mengikut kemampuan/tidak melebihi pendapatan.

(d) Membantu mengelakkan inflasi.


- Peningkatan permintaan lebih terkawal.

(e) Membantu mengelakkan amalan berhutang.


- Beli barang dan perkhidmatan berdasarkan kemampuan.
Contoh Penyediaan Belanjawan Peribadi

Item RM
Pendapatan
Gaji XXXX
Faedah XXXX
Sewa XXXX

Jumlah Pendapatan XXXXX

Potongan Wajib
Cukai pendapatan XXXXX
Caruman KWSP XXXX
Zakat XXX
Perkeso XXX

Jumlah Potongan Wajib XXXX

Jumlah Pendapatan Boleh Guna XXXXX

Perbelanjaan Harian
XXXX
Petrol
XXXX
Surat Khabar
XXXX
Makanan dan minuman
XXXX
Wang saku sendiri
XXXX
Perbelanjaan Tetap

XXXXX
Sewa rumah
XXXXX
Ansuran kereta
XXX
Bil elektrik dan air
XXXX
Bil telefon

Perbelanjaan Tidak Tetap


XXXX
Perubatan

Perbelanjaan Sampingan
Hiburan
XXXX
Derma
XXXX

Jumlah Perbelanjaan
- XXXX

Jumlah Baki (Tabungan)


XXX
KONSEP TABUNGAN, PINJAMAN DAN PELABURAN

KONSEP TABUNGAN

- sebahagian daripada pendapatan boleh guna (PBG) yang tidak dibelanjakan tetapi
disimpan oleh individu

S = Yd - C

di mana S : Tabungan
Yd : PBG (pendapatan boleh guna)
C : Penggunaan/Perbelanjaan

Tujuan Tabungan

(a) Awasan dan kecemasan

- Untuk menghadapi perbelanjaan luar jangka seperti kemalangan,


kematian dan mendapat penyakit.

(b) Pembelian barang tahan lama

- Untuk membeli barang dengan harga yang lebih rendah/murah/secara tunai.


- Seperti kenderaan, perabot, pekakas elektrik

(c) Menambah sumber kewangan/pulangan

- Apabila menyimpan akan menerima faedah.


- Jika beli unit amanah saham akan menerima dividen.

(d) Membiayai Pendidikan

- Untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi.

(e) Memenuhi cita-cita tertentu

- Seperti untuk melancong ke luar negara, menunaikan fardhu haji,


mendirikan rumahtangga.
Cara-Cara Menabung

(i) Bank Perdagangan

- Seperti Maybank, RHB Bank, Public Bank.


- Menyimpan dalam akaun simpanan, akaun simpanan tetap, sijil pelaburan.

(ii) Bank Simpanan Nasional(BSN)

- Menyimpan dalam simpanan tetap, GIRO, Sijil Simpanan Premium.

(iii) Syarikat Kewangan

- Seperti Affin-ACF Finance Berhad, Public Finance.


- Membeli barang modal/beli rumah.

(iv) Lembaga Tabung Haji(LTH)

- Biasanya untuk membiayai perbelanjaan menunaikan fardu haji.


- Terima dividen.

(v) Unit Amanah dan Surat Jaminan Kerajaan

- Seperti ASB, ASDI, ASW.


- Terima dividen.

(vi) Koperasi

- Seperti Koperasi Guru, Koperasi Peladang, MOCCIS.


- Terima dividen.
(vii) Polisi Insurans Nyawa
- Beli polisi insurans.

- Terima faedah, pampasan

KONSEP PINJAMAN

- Sejumlah wang yang diperoleh daripada sumber-sumber tertentu seperti saudara,


ibu bapa, kawan, bank, kerajaan dan sebagainya.

- Dibuat untuk peminjam menambahkan keupayaan untuk berbelanja.

Tujuan Pinjaman Oleh Pengguna

(i) Pembelian harian

- Apabila perbelanjaan melebihi pendapatan.

(ii) Membeli barang tahan lama dan harta benda

- Untuk beli rumah dan kenderaan mahal maka perlu banyak wang.

- Bagi yang tak mampu beli secara tunai terpaksa meminjam dengan
bank/institusi kewangan.

(iii) Menampung kos pendidikan

- Untuk membiayai kos pendidikan diri sendiri/anak-anak di institusi pengajian


tinggi yang tinggi.

(iv) Menampung kekurangan pendapatan semasa

- Terutama semasa kecemasan seperti kematian, kemalangan dan perkara luar


jangka

Tujuan Pinjaman Oleh Pengeluar

(i) Memulakan perniagaan

- Tidak mempunyai wang yang cukup untuk membeli barang modal dan barang
niaga.

(ii) Menambahkan modal perniagaan

- Untuk mengembangkan perniagaan/membeli bahan mentah/


membesarkan ruang niaga/menambah cawangan.
(iii) Meningkatkan produktiviti

- Untuk beli barang modal seperti jentera, mesin.

(iv) Mengurangkan pembayaran cukai syarikat

- Apabila lakukan pinjaman akan dikenakan bayaran faedah atas pinjaman.


- Maka ia dimasukkan dalam perbelanjaan syarikat.
- Ini dapat tolak keuntungan syarikat.

Sumber Pinjaman

(i) Bank Perdagangan

- Menawarkan pinjaman untuk membeli rumah, kilang, tanah, mengembangkan


syarikat.
- Semua pinjaman dikenakan faedah.
- Menawarkan overdraf kepada pemegang akaun semasa.

(ii) Syarikat Kewangan

- Untuk membeli barang tahan lama seperti kenderaan, rumah dan barangan
elektrik.

(iii) Agensi Kerajaan

- Untuk membantu kaum bumiputera menceburkan diri dalam aktiviti perniagaan


- Kadar faedah yang dikenakan adalah rendah.
Contoh agensi: MARA, Bank Pertanian, Bank Pembangunan dan Infrastruktur.

(iv) Syarikat Kredit Perumahan

- Tawarkan pinjaman kepada individu yang layak untuk membeli rumah.

- Biasanya tawarkan pinjaman kepada individu yang membeli rumah yang


dibina oleh syarikat kredit pembekal.

Contoh: Syarikat Perumahan Malaysia Berhad(MBSB)

(v) Koperasi

- Untuk memberi pinjaman kepada ahli-ahlinya.


- Kadar faedah rendah dan tidak perlukan cagaran.
Contoh: koperasi tentera, koperasi guru, koperasi kakitangan kerajaan.
(vi) Sumber Pinjaman Lain

- Saudara-mara, rakan-rakan, ibu bapa, pajak gadai, ceti, pemberi pinjaman


berlesen.

- Pemberi pinjaman akan dibayar ganjaran faedah kerana :

(a) Pinjaman melibatkan risiko

- Pemilik modal akan rugi apabila peminjam tidak bayar balik/muflis.

(b) Sanggup berkorban berpisah daripada kecairan

- Pemilik modal terpaksa menangguhkan perbelanjaan masa kini


untuk mendapat pulangan pada masa depan.

(c) Menutup kos pengurusan/ pentadbiran memungut pinjaman

- Pemilik modal perlu menjalankan aktiviti pemungutan bayaran


balik ansuran pinjaman dan melibatkan kos contoh mengurus
dokumen.

(d) Mengatasi masalah kejatuhan nilai wang

- Nilai wang akan jatuh bagi jangka masa panjang maka bayaran
bunga akan dapat kurangkan kerugian tersebut.
KONSEP PELABURAN

- Ialah perbelanjaan ke atas penggunaan barang-barang modal dan penambahan


stok modal yang sedia ada.

Contoh: Pembelian bangunan, jentera dan bahan mentah.

Tujuan Pelaburan

(i) Untuk mendapatkan pulangan

- Sama ada membuat pelaburan (beli unit amanah seperti ASN, ASW, ASDI)
atau simpanan di dalam bank.

- Pulangannya berlainan di mana pulangan dalam pelaburan lebih tinggi


tetapi tidak tetap.

- Pulangan menyimpan dalam bank lebih rendah tetapi tetap.

(ii) Untuk menggantikan barang modal

- Gantikan mesin atau jentera yang telah lama digunakan dalam pengeluaran.

(iii) Untuk meningkatkan daya pengeluaran

- Membeli mesin, jentera dan komputer untuk menambahkan produktiviti.


- Maka dapat tingkatkan pendapatan dan keuntungan.

Cara-cara Pelaburan

(a) Pembelian aset tetap

- Beli aset atau harta seperti tanah, rumah dan kedai semasa harganya rendah.
- Boleh disewa atau dijual apabila harganya meningkat.

(b) Pembelian barang modal

- Peniaga membeli mesin dan jentera utk. digunakan dalam proses pengeluaran.
- Maka daya pengeluaran bertambah dan keuntungan peniaga turut bertambah.

(c) Pembelian stok bahan mentah atau barang niaga


- Boleh tambah stok bahan-bahan mentah utk. jimatkan kos.
- Akan dapat diskaun yang banyak jika beli dalam kuantiti yang besar.
- Maka pengeluaran boleh ditambah dengan segera apabila permintaan
meningkat.
(d) Sumber manusia(Modal sosial)

- Dapat dikembangkan melalui pelaburan dalam bidang pendidikan,


latihan dan pengalaman.
- Pekerja yang berpelajaran dan berkemahiran lebih produktif.
- Maka boleh hantar pekerja menghadiri kursus dan latihan berkenaan tugas
mereka.
- Maka kemahiran meningkat dan produktiviti turut meningkat.

Perbandingan antara pulangan daripada pelaburan dengan pulangan daripada


tabungan

Aspek Tabungan Pelaburan

Jenis pulangan Faedah/Dividen Keuntungan

Risiko Rendah dan lebih selamat Tinggi dan tidak selamat

Pulangan Tetap dan rendah Tidak tetap dan tinggi

Kecairan Mudah cair/tinggi Tidak mudah cair/rendah

Akaun simpanan, Saham amanah, Beli aset tetap seperti rumah,


Contoh
Akaun simpanan tetap tanah, jentera

You might also like