You are on page 1of 179

BIOLOGI

TINGKATAN 5

Disediakan oleh :
Cg Wan Ezielia Wan Aziz 9.1 Komuniti dan Ekosistem
SMK Majidi Baru 2,
Johor Bahru 9.2 Ekologi Populasi
Standard Kandungan 9.1

KOMUNITI DAN EKOSISTEM


Standard Pembelajaran :
9.1.1 Mendefinisikan spesies, populasi, komuniti, habitat, nic dan ekosistem.
9.1.2 Mengenal pasti komponen biosis dan komponen abiosis dalam ekosistem.
9.1.3 Memerihalkan nutrisi autotrof dan nutrisi heterotrof
9.1.4 Berkomunikasi tentang komponen biosis mengikut trof
9.1.5 Memerihalkan pengaliran tenaga dalam rantai makanan
9.1.6 Memerihalkan piramid ekologi :

i. Piramid bilangan
ii. Piramid biojisim
iii. Piramid tenaga
Jom kita kenali
istilah-istilah
dalam Ekologi
HABITAT
1. Habitat ialah persekitaran atau tempat tinggal
semulajadi sesuatu organisma.

2. Habitat merupakan tempat di mana


organisma dibekalkan dengan
sumber asas kehidupan seperti
makanan, perlindungan dan tempat
membiak.
3. Sebagai contoh, habitat semulajadi
ikan belacak ialah lumpur di
kawasan paya bakau dan habitat
burung di dalam hutan, serta
habitat katak di dalam kolam.
SPESIES
1. Spesies ialah sekumpulan organisma
yang serupa, boleh saling membiak
untuk menghasilkan anak.

2. Sebagai contoh, manusia


digolongkan dalam suatu spesies
yang sama, iaitu Homo sapiens.
POPULASI
1. Populasi ditakrifkan sebagai sekumpulan organisma
dari spesies yang sama yang hidup di dalam habitat
yang sama. Contohnya dalam sebuah kolam
mungkin terdapat satu populasi Hydrilla sp. atau
populasi Rhizophora sp. di kawasan paya bakau.

2. Setiap populasi mempunyai cir-ciri yang unik seperti


kepadatan, kadar kelahiran atau kematian, keupayaan
biotik, penyebaran dan pertumbuhan.

3. Suatu populasi juga mempunyai ciri-ciri genetik yang


berhubung secara langsung dengan ekologinya seperti
penyesuaian pembiakan dan kemampuan bermandiri.
KOMUNITI
1. Komuniti ialah semua populasi organisma
daripada spesies yang berlainan yang hidup
dalam satu habitat serta saling berinteraksi
antara satu sama lain.

2. Sebagai contoh satu komuniti kolam air


tawar merujuk kepada semua tumbuhan,
haiwan dan mikroorganisma yang hidup di
dalam habitat tersebut iaitu di kolam air
tawar.
EKOSISTEM
1. Ekosistem ialah beberapa komuniti yang tinggal bersama
dalam satu habitat, saling berinteraksi antara satu sama lain
termasuklah dengan komponen bukan hidup (abiosis)
seperti air, udara dan tanah.

2. Contoh-contoh ekosistem ialah hutan, laut dan


kolam.

3. Setiap organisma mempunyai satu persekitaran yang


tersendiri dan di antaranya wujud satu keseimbangan
dinamik. Setiap kali keadaan persekitaran berubah,
organisma tersebut akan turut berubah kerana perubahan
itu akan mengubah persekitaran serta batas toleransi
organisma tersebut.
NIC
1. Nic ialah peranan sesuatu organisma dalam ekosistem yang
merangkumi tingkah laku serta interaksinya dengan
komponen biosis dan abiosis di persekitaran habitatnya.

2. Misalnya, bagi nyamuk yang menjalani metamorfosis dalam


kitar hidupnya mempunyai nic yang berlainan. Larva nyamuk
hidup dalam air dan bergantung pada zarah-zarah kecil
sebagai makanannya, manakala nyamuk dewasa terbang di
udara dan menghisap darah atau sap tumbuhan.

3. Contoh nic yang lain pula adalah seperti beluncas dan afid
yang hidup dengan mendapatkan sumber nutrien dari
tumbuhan yang sama, iaitu beluncas memakan daun,
manakala afid menghisap sap tumbuhan tersebut.
NIC
Nic ekologi
Peranan sesuatu spesies
dalam persekitarannya
Nic

Nic spesies
Cara sesuatu spesies berinteraksi
dengan komponen biosis dan
abiosis di persekitarannya
Okay, sekarang mari
kita kenal pasti
komponen
Biosis dan
komponen
Abiosis pula !!
KOMPONEN BIOSIS DAN ABIOSIS DALAM EKOSISTEM

Ekosistem
terdiri daripada 2 komponen utama :

Komponen biosis Komponen abiosis


[ merujuk kepada elemen bukan hidup yang
[ merujuk kepada organisma di dalam suatu
merangkumi ciri fizikal dan kimia yang
ekosistem yangberinteraksi dengan organisma lain ]
mempengaruhi organisma yang terdapat di dalam
ekosistem ]

Pengeluar Nilai pH
Pengguna Suhu
Pengurai Keamatan cahaya
Topografi
Iklim mikro
Kelembapan udara
Komponen Abiosis : Nilai pH
 Nilai pH tanah sangat mempengaruhi taburan organisma di dalam suatu habitat.
Kebanyakan organisma sesuai hidup dalam keadaan pH neutral atau hampir neutral.

 Tanah merupakan habitat bagi beratus-ratus juta cacing serta


mikroorgnisma seperti bakteria, kulat dan protozoa.
Komponen Abiosis : Suhu
 Suhu persekitaran mempengaruhi aktiviti fisiologi tumbuhan
dan haiwan.
 Perubahan suhu yang kecil akan menurunkan kadar
metabolism kerana semua enzim yang memangkin tindak balas
fisiologi sangat sensitif terhadap perubahan suhu.

 Walaupun kebanyakan organisma dapat hidup dalam


julat antara 200C hingga 400C, namun terdapat
organisma lain yang dapat hidup dalam suhu
ekstrim.
 Beruang kutub dapat hidup di habitat tundra
dengan suhu -140C, manakala rubah pula hidup si
gurun dengan suhu mencecah 450C pada siang
hari.
Komponen Abiosis : Keamatan Cahaya
 Keamatan cahaya dan tempoh masa cahaya matahari memancar di sesebuah kawasan
sangat mempengaruhi taburan organisma terutamanya tumbuh-tumbuhan
menjalankan fotosintesis.
 Pokok tinggi yang terdedah kepada
keamatan cahaya yang tinggi di kawasan
hutan hujan tropika membentuk kanopi
yang rendah keamatan cahaya di
bawahnya.

 Hanya tumbuhan bersaiz kecil seperti paku


pakis boleh hidup di bawah kanopi ini.
Komponen Abiosis : Keamatan Cahaya

 Hutan konifer yang beriklim


sederhana dengan keamatan cahaya
rendah dan mempunyai kepadatan
tumbuhan yang kurang.

 Pokok-pokok di hutan
konifer bersaiz kecil dan
rendah.
Komponen Abiosis : Topografi

Topografi ialah ciri fizikal muka bumi yang merangkumi


altitud, kecerunan dan aspek.

akan menentukan
kelembapan, suhu dan keamatan cahaya di dalam ekosistem.
Komponen Abiosis : Topografi
 Semakin tinggi altitud, semakin rendah
kelembapan relatif, tekanan atmosfera dan
1) Altitud
kandungan oksigen.

 Tumbuhan yang hidup pada altitud yang


berbeza mempunyai jenis, saiz dan kepadatan
yang berbeza.

 Sebagai contoh, pokok pain yang hidup di


altitud yang lebih tinggi mempunyai saiz
yang lebih kecil berbanding pokok meranti
yang hidup di hutan hujan tropika
Komponen Abiosis : Topografi
2) Kecerunan
 Lereng bukit yang curam lebih mudah
terhakis akibat pergerakan air yang
deras.

 Lapisan tanah menjadi lebih nipis


dan kering.

 Kawasan ini kurang ditumbuhi pokok


kecuali tumbuhan gunung yang renek,
beduri dan runcing
Komponen Abiosis : Topografi

3) Aspek
 Aspek merujuk kepada
arah tiupan angin dan
sinaran cahaya matahari.
Komponen Abiosis : Topografi
3) Aspek
 Lereng bukit yang menghadap ke laut lebih padat
dengan tumbuhan berbanding lereng bukit yang
menghadap ke daratan.

• Dan lereng ini


mendapat taburan
hujan yang lebih.

 Lereng yang menerima lebih cahaya matahari


mempunyai tumbuhan yang lebih padat
Komponen Abiosis : Iklim Mikro
 Iklim mikro merujuk kepada keadaan iklim bagi satu
kawasan kecil yang berbeza daripada kawasan
sekitarnya.

 Contoh iklim mikro : bawah batu @ di bawah rimbunan


pohon besar dalam kanopi hutan.

 Faktor mempengaruhi iklim mikro ialah suhu,


kelembapan, keamatan cahaya, keseimbangan haba,
tekanan atmosfera, sejatan air serta keupayaan tanih
untuk menakung air di Kawasan tersebut bagi
mengekalkan kelembapan.
Iklim Mikro
Komponen Abiosis : Kelembapan Udara
 Badak mempunyai saiz badan yang besar menyebabkan badak mempunyai nisbah luas
permukaan per isipadu yang kecil.
 Oleh yang demikian, kadar haba yang dibebaskan daripada kulit adalah rendah.

 Pada hari-hari panas, badak sering


berendam di dalam air berlumpur. Ketika
lumpur mengering di tubunhya, badak
menjadikan lumpur itu sebagai lapisan
yang melindungi kulit daripada sinar
matahari untuk menyejukkan badan
Okay, sekarang kita
buat pengelasan
organisma
berdasarkan
tabiat
nutrisinya
NUTRISI
Ialah cara organisma memperoleh nutrien dan tenaga daripada makanan yang
dimakan untuk proses hidup.

Terdapat 2 jenis nutrisi

Autotrof Heterotrof
Fotoautotrof Kemoautotrof Parasit
Saprotrof
Holozoik
AUTOTROF
1) Fotoautotrof 2) Kemoautotrof
 Fotoautotrof ialah organisma yang  Kemoautotrof merangkumi beberapa jenis
mensintesis sebatian organik daripada bakteria yang mensintesis sebatian
karbon dioksida dan tenaga cahaya. organik tanpa menggunakan cahaya.
 Fotoautotrof dapat mensintesiskan  Kemoautotrof memperoleh tenaga melalui
makanan sendiri melalui proses pengoksidaan bahan tak organik seperti
fotosintesis. hidrogen sulfida dan ammonia melalui
 Contoh : Semua kemosintesis.
tumbuhan hijau  Contoh : Nitrobacter
sp.
HETEROTROF
1) Saprotrof
 Saprotrof ialah organisma saprofit yang memperoleh nutrien daripada
bahan organik yang mati dan mereput.
 Pencernaan dilakukan di luar badan organisma sebelum nutrien diserap ke
dalam badan
HETEROTROF
2) Holozoik
 Organisma yang memakan bahan organik pepejal yang kemudiannya
mencernakannya dan diserap ke dalam badan.
 Manusia dan hampir semua jenis haiwan ialah holozoik.
 Contoh lain : Tupai, lembu, kucing,dll
HETEROTROF
3) Parasit
 Parasit ialah organisma yang menyerap nutrien daripada perumah.
 Sebagai contoh kutu dan cacing pita yang menyerap nutrien daripada
perumah iaitu manusia.
Jom kita kenali
komponen
biosis
mengikut
aras trof !!
KOMPONEN BIOSIS
terdiri daripada organisma yang memerlukan tenaga untuk menjalankan proses hidup.

dengan cara makan


organisma lain
termasuklah
tumbuhan yang
 Komponen biosis terdiri daripada 3 kumpulan : menjalankan
fotosintesis

Pengeluar Pengurai
Pengguna Ketiga-tiga kumpulan organisma
• Pengguna primer
• Pengguna sekunder
ini disusun mengikut Aras
• Pengguna tertier Trof bagi menggambarkan
aliran tenaga dalam suatu rantai
makanan
Karnivor yag makan Herbivor yang
pengguna primer @ Pengguna memperoleh tenaga Pengguna
dgn makan
omnivor yang makan
Sekunder pengeluar.
primer
pengguna primer dan
pengeluar.

Cahaya
matahari
Pengeluar
 Autotrof yg mensintesis bahan organik daripada
bahan tak organik.
Karnivor makan  Pengeluar terdiri daripada tumbuhan hijau yang
pengguna sekunder mensintesis glukosa daripada air dan gas karbon
dioksida dengan bantuan tenaga daripada cahaya
Pengguna matahari.
tertier

KOMPONEN BIOSIS Mikroorganisma yang mengurai bahan buangan serta


organisma yang mati atau reput kepada bahan Pengurai
MENGIKUT ARAS organik yang lebih ringkas seperti gas karbon
dioksida dna ammonia.
PENGALIRAN TENAGA DALAM RANTAI MAKANAN
 Organisma di dalam sesebuah ekosistem saling berinteraksi antara satu sama lain
dalam bentuk hubungan pemakanan, iaitu Rantai Makanan.

merujuk kepada satu urutan pemindahan tenaga


dari satu aras trof ke aras trof yang berikutnya,
bermula daripada pengeluar, dan diakhiri dengan
pengguna sekunder atau pengguna tertier.

 Organisma akan makan organisma daripada aras trof sebelumnya.

 Tenaga dipindahkan dari organisma yang dimakan kepada organisma yang


memakannya.

 Organisma yang makan organisma lain mendapat tenaga daripada tisu badan
organisma yang dimakan. Tenaga ini dipindahkan kepada organisma apabila
makanan dicerna dan diasimilasikan untuk membentuk tisu baharu.
Kehilangan tenaga haba melalui respirasi (90%)

10%

10% Aras trof keempat


Penyerapan 10%
tenaga cahaya
oleh ekosistem Aras trof pertama Aras trof kedua
Aras trof ketiga Kehilangan
tenaga
haba
dari
ekosistem
Ekosistem

PEMINDAHAN TENAGA MELALUI SATU RANTAI MAKANAN


DALAM SATU EKOSISTEM
 Hanya kira-kira 51% sahaja tenaga cahaya yang sampai ke permukaan bumi dan
hanya 1 - 2% sahaja tenaga daripada tenaga matahari dapat diserap oleh
tumbuhan.

 Sebahagian tenaga cahaya yang lain dipantulkan oleh daun, awan dan debu
dan ada yang diserap oleh gas-gas atmosfera dan wap air.

 Sebahagian besar iaitu 90% daripada tenaga hilang pada setiap peringkat
pemindahan sebagai tenaga haba melalui respirasi dan hanya 10% tenaga sahaja
yang berjaya dipindahkan ke peringkat seterusnya.
 Pengguna primer iaitu haiwan herbivor memakan tumbuhan yang kaya dengan
tenaga, dan tenaga ini dibebaskan sebagai tenaga haba semasa respirasi dan
perkumuhan. Respirasi membekalkan tenaga kepada organisma untuk
menjalankan proses hidup seperti pencernaan, pergerakan serta pemeliharaan
suhu badan.

 10% tenaga yang diterima oleh setiap peringkat seterusnya digunakan oleh
organisma untuk pertumbuhan dan simpanan.

 Disebabkan kehilangan tenaga yang besar pada setiap peringkat pemindahan,


bilangan aras trof dalam rantai makanan adalah terhad, lazimnya empat @ lima.
Semakin pendek rantai makanan, semakin banyak tenaga yang diperoleh.
Organisma manakah berada pada aras trof
yang paling tinggi?
Organisma manakah
merupakan
pengguna primer?
Organisma manakah
merupakan pengguna
sekunder?
Namakan
organisma
yang
merupakan
pengguna
tertier.
Nyatakan
bilangan
organisma
yang
berada
pada aras
trof paling
tinggi.
Namakan
organisma yang
merupakan
pengguna tertier.
SIRATAN MAKANAN DAN ARAS TROF
 Dalam keadaan semula jadi, hubungan aktiviti trof antara
individu-individu dalam seluruh komuniti adalah tidak
seringkas yang ditunjukkan oleh rantai makanan.

 Hal ini kerana kebanyakan haiwan memakan lebih


daripada satu spesies organisma sebagai sumber makanan.

 Oleh itu, rantai-rantai makanan tidak wujud secara


berasingan tetapi saling berhubungan antara satu sama lain
untuk membentuk siratan makanan.

 Siratan makanan terdiri daripada rantai makanan yang


organismanya hidup saling bersandaran antara satu sama lain
Organisma-organisma yang
berlainan di dalam siratan
makanan boleh dikelaskan
mengikut aras trof yang
didudukinya.

Pengelasan aras trof ini


adalah berdasarkan fungsi
dan bukannya mengikut
jenis spesies.

Suatu populasi spesies tertentu


mungkin menduduki satu atau
lebih aras trof mengikut
sumber tenaga yang
diasimilasinya.
PIRAMID EKOLOGI
 Piramid ekologi merupakan satu hierarki yang menggambarkan hubungan pemakanan / rantai
makanan antara organisma dari satu aras trof dengan aras trof yang lain dalam suatu ekosistem.

 Dalam suatu piramid ekologi, aras pertama iaitu tapaknya diduduki oleh pengeluar, diikuti pengguna
primer, pengguna sekunder dan pengguna tertier di puncak piramid tersebut.

 Dalam suatu interaksi pemakanan, apabila aras trof meningkat, bilangan individu, biojisim dan
jumlah tenaga yang terkandung dalam setiap individu bagi setiap aras trof juga akan turut berubah.

 Kesemua faktor tersebut boleh digambarkan dalam bentuk piramid ekologi seperti piramid

bilangan, piramid biojisim dan piramid tenaga.


Piramid Bahagian paling bawah mempunyai bilangan
yang paling besar dan merupakan aras trof
Pengguna
Bilangan tertier pertama yang mewakili bilangan pengeluar.

ialah rajah yang


menunjukkan bilangan Bahagian piramid seterusnya
organisma pada merupakan aras trof kedua, ketiga
Pengguna
setiap. aras trof dan keempat yang mewakili bilangan
sekunder
dalam satu pengguna primer, pengguna
rantai sekunder dan pengguna tertier.
makanan.

Pengguna Semakin tinggi ke


primer bahagian atas piramid,
semakin kurang bilangan
organisma dalam setiap
aras dan semakin besar
saiz organisma tersebut.
Pengeluar
Piramid Bilangan boleh jadi tegak atau separa songsang bergantung kepada saiz organisma
itu sama ada kecil, seperti fitoplankton atau besar seperti sebatang pokok :

Jika saiz Jika saiz


pengeluar kecil pengeluar besar
atau atau bilangannya
bilangannya sedikit, dan tapak
banyak, dan piramidnya
tapak adalah kecil,
piramidnya maka piramid
adalah besar, adalah dalam
maka piramid keadaan separa
adalah dalam songsang.
keadaan tegak.
Piramid Piramid ini juga menggambarkan biojisim
yang boleh dibekalkan kepada organisma
Biojisim 40 kg/km2
dalam aras trof berikutnya.

ialah rajah yang


menunjukkan jumlah Contohnya, jumlah biojisim
biojisim per unit 400 kg/km 2
pengeluar yang boleh dimakan
kawasan semua organisma oleh pengguna primer adalah
adalam setiap trof. lebih tinggi daripada biojisim
Biojisim diukur pengguna primer dalam
dengan menggunakan 2100 kg/km2 ekosistem, dan begitulah
jisim kering. seterusnya.

Semakin tinggi ke bahagian


21000 kg/km 2
atas piramid, semakin
kurang jumlah biojisim per
unit kawasan.

2.1 x 107 kg/km2


Piramid Biojisim boleh jadi tegak atau songsang :
Ikan besar 24 Pengguna tertier
Ikan kecil 12 Pengguna sekunder
Serangga 8 Pengguna primer

Fitoplankton 4 Pengeluar

kgm-2

Sebagai contoh, bagi ekosistem kolam, saiz pengeluar amat kecil (fitoplankton) dan saiz pengguna amat
besar (ikan), maka jumlah berat pengguna mungkin lebih besar.

Daratan ekosistem daratan seperti padang rumput dan hutan hujan tropika, saiz pengeluar adalah
lebih besar. Maka piramid biojisim adalah agak stabil dan mempunyai tapak yang besar,
(Contoh 4
aras trof)
Pengguna
Piramid Tenaga ialah rajah yang
Tertier menunjukkan jumlah tenaga yang ada dalam sesuatu
ekosistem :
0.1%
Sumber tenaga dalam ekosistem ialah tenaga
Pengguna cahaya dari matahari yang diserap oleh
Sekunder tumbuhan hijau untuk menjalankan fotosintesis
Tenaga
1.0% dibebaskan dan menukarkannya kepada tenaga kimia.
sebagai haba

10% Tenaga akan dipindahkan ke aras trof


Pengguna
Primer berikutnya apabila pengguna primer makan
tumbuhan pengeluar.
Tenaga dipindahkan Tenaga yang ada dalam molekul makanan
mungkin disimpan dalam tisu badan, atau
Tenaga dipindahkan ke persekitaran dalam bentuk air
Pengeluar
organisma kencing, atau tinja.
100%
Piramid Apabila molekul makanan diuraikan untuk proses respirasi dan tindak
balas lain, sesetengah tenaga dibebaskan ke persekitaran melalui haba.

Tenaga
Hanya sebilangan kecil sahaja tenaga dalam makanan ditukarkan
(Contoh 3 kepada tenaga yang disimpan dalam tisu badan sebagai penambahan
aras trof) biojisim organisma tersebut.

Hanya 10% tenaga dipindahkan ke aras trof berikutnya.

90% tenaga hilang ke persekitaran melalui haba, proses hidup,


perkumuhan dan penyahtinjaan

Oleh itu,organisma yang berada pada aras trof yang


lebih rendah mempunyai kandungan tenaga
tersedia yang lebih banyak berbanding organisma
pada aras trof yang lebih tinggi
Contoh Piramid Tenaga yang lain : :
Standard Kandungan 9.1

KOMUNITI DAN EKOSISTEM


Standard Pembelajaran :
9.1.7 Mencerakinkan jenis interaksi antara komponen biosis :

i. Parasitisme
ii. Komensalisme
iii. Mutualisme
iv. Saprofitisme
v. Persaingan
vi. pemangsaan
Jom kita kenali
jenis interaksi
antara
komponen
biosis pula!!
INTERAKSI ANTARA KOMPONEN BIOSIS
Haiwan dan tumbuhan saling berinteraksi dalam sebuah ekosistem dengan pelbagai cara, iaitu :

Saprofitisme Pemangsaan

Simbiosis Persaingan

Mutualisme
Persaingan
intraspesies
Parasitisme
Persaingan
interspesies
Komensalisme
Jenis Interaksi : Saprofitisme

 Saprofitisme merupakan interaksi organisma yang mendapat makanan daripada


bahan organik mati.

 Ada 2 jenis organisma jenis saprofitisme :

Saprofit Saprozoit
Jenis Interaksi : Saprofitisme
 Saprofit merujuk kepada tumbuhan yang
memperoleh makanan daripada bahan organik
yang mati dan mereput.
 Contoh saprofit ialah cendawan, kulat roti &
kulat tetupai.
 Hifa saprofit mengeluarkan enzim ke atas
substratnya yang merupakan bahan organik mati
atau mereput. Enzim mencernakan bahan
makanan yang kompleks kepada gula ringkas
untuk diserap oleh hifa ke dalam saprofit
Jenis Interaksi : Saprofitisme

 Saprozoik merujuk kepada organisma unisel yang mendapat makanan


daripada bahan organik yang mereput.

 Contohnya, Paramecium sp. dan Amoeba sp. memakan bahan organik yang terdiri
daripada organisma-organisma yang mati.
Jenis Interaksi : Simbiosis

 Simbiosis ialah interaksi antara dua organisma daripada spesies berlainan yang
hidup bersama-sama.

 Dalam simbiosis, satu organisma akan hidup di dalam atau Bersama-sama dengan
organisma lain yang disebut perumah.

 Terdapat 3 jenis interaksi simbiosis : 1) Mutualisme


2) Parasitisme
3) Komensalisme
Interaksi Simbiosis (1) : Mutualisme

 Mutualisme ialah interaksi yang memberikan keuntungan kepada kedua-dua


organisma.

 Contoh mutualisme : a) Burung tiung dengan kerbau.


b) Alga dan kulat dalam kulampair
c) Buran laut dan umang-umang
d) Bakteria Rhizobium sp. dalam nodul akar
tumbuhan legum
Interaksi mutualisme antara
burung tiung dengan kerbau.

Burung tiung mendapat makanan,


iaitu kutu yang terdapat pada badan
kerbau, manakala kerbau pula akan
bebas daripada kutu.
Interaksi
mutualisme
antara
Alga dan
kulat
dalam
kulampair
Alga mendapat air, garam mineral dan
perlindungan, manakala kulat mendapat
makanan daripada alga yang menjalankan
fotosintesis
Interaksi mutualisme antara
buran laut dengan umang-umang.
Buran laut mendapat kemudahan pengangkutan dan makanan yang ditinggalkan oleh umang-
umang, manakala umang-umang pula mendapat perlindungan daripada musuhnya oleh sel-sel
penyengat buran laut.
Interaksi mutualisme antara
buran laut dengan ketam
Buran laut mendapat kemudahan pengangkutan dan makanan yang ditinggalkan olehketam,
manakala ketam pula mendapat perlindungan daripada musuhnya oleh sel-sel penyengat
buran laut.
Interaksi mutualisme antara
Bakteria Rhizobium sp.
dalam nodul akar
tumbuhan legum
Bakteria Rhizobium sp. dalam nodul
akar mengikat nitrogen atmosfera dan
menukarkannya menjadi sebatian
bernitrogen (nitrat) yang diserap oleh
tumbuhan untuk membina protein,
manakala tumbuhan legum pula
membekalkan makanan seperti
karbohidrat & perlindungan kpd
bakteria tersebut.
Interaksi Simbiosis (2) : Komensalisme

 Komensalisme ialah interaksi yang memberikan manfaat kepda salah satu


organisma tetapi tidak memudaratkan organisma yang satu lagi

 Terdapat 2 jenis komensalisme : Epifit

Epizoit
Interaksi Simbiosis (2) : Komensalisme

 Epifit ialah tumbuhan hijau yang tumbuh pada pokok lain untuk mendapat
lebih banyak cahaya matahari dan sokongan.

 Contoh-contoh epifit : 1) Orkid merpati


2) Paku pakis tanduk rusa
3) Paku pakis langsuyar
4) Pleurococcus sp.
5) Duit-duit
Interaksi Simbiosis (2) : Komensalisme

 Epizoit ialah haiwan yang hidup di permukaan luar haiwan lain untuk
mendapat faedah pengangkutan, perlindungan dan makanan yang terkeluar
dari mulut perumahnya.

 Contoh-contoh epifit : 1) Ikan remora dengan ikan yu


2) Protozoa dengan Cyclops sp. (kutu air)
3) Teritip dengan siput / ketam
Interaksi komensalisme antara
Ikan remora yang melekat pada ikan jerung
Interaksi Simbiosis (3) : Parasitisme

 Parasitisme ialah interaksi yang menguntungkan satu organisma sahaja dan


memudaratkan organisma yang satu lagi.

 Terdapat 2 jenis parasit, iaitu :


1) Ektoparasit
2) Endoparasit
Interaksi Simbiosis (3) : Parasitisme

 Ektoparasit ialah parasit yang hidup di permukaan luar badan perumah untuk
mendapatkan makanan, perlindungan dan pengangkutan.

 Contoh ektoparasit yang terdapat pada haiwan adalah pelbagai jenis kutu yang
menghisap darah perumahnya.

 Contoh ektoparasit yang terdapat pada tumbuhan adalah teritip dan kutu daun (afid)
yang menghisap sap sel tumbuhan serta Rafflesia sp.
Akar Rafflesia sp. tembus ke dalam
akar pokok lain untuk menyerap garam
mineral daripada perumah

Kutu hidup pada permukaan badan


haiwan dan menghisap darah
perumahnya
Interaksi Simbiosis (3) : Parasitisme

 Endoparasit ialah parasit yang hidup di dalam badan organisma lain (perumah).

 Contoh endoparasit pada haiwan ialah pelbagai


jenis cacing yang hidup dalam salur alimentari
perumah dan menyerap makanan tercerna daripada
usus perumahnya, seperti cacing pita.

 Cacing pita (Taenia sp.) mempunyai cangkuk dan


penghisap untuk melekatkan diri pada usus kecil
perumah.
Jenis Interaksi : Pemangsaan

 Pemangsaan merujuk kepada interaksi yang melibatkan satu organisma (pemangsa)


yang makan organisma lain (mangsa)

 Organisma pemangsa biasanya lebih besar dan kuat, mempunyai kuku tajam dan
melengkung untuk mencengkam mangsa, mempunyai gigi taring yang panjang dan
runcing untuk membunuh mangsa, serta penglihatan yang tajam untuk mengesan
kedudukan mangsa.

 Mangsa pula bergantung kepada kepantasan untuk melarikan diri dna kaedah
penyamaran dengan pesekitaran.
Jenis Interaksi : Pemangsaan

 Contoh : Burung hantu dengan tikus, dan harimau dengan rusa.


Dalam keadaan semula jadi, pemangsaan bertindak pelbagai cara kawalan biologi
untuk mengawal populasi mangsa supaya saiz populasinya sentiasa dihadkan oleh bekalan
makanannya :

 Apabila bilangan pemangsa bertambah, bilangan mangsa


akan berkurangan kerana dimakan oleh pemangsa.

 Apabila bilangan mangsa berkurang, bilangan pemangsa


akan turut berkurang kerana kekurangan bekalan makanan.

 Apabila bilangan pemangsa berkurang, bilangan mangsa


bertambah semula kerana kurang dimakan oleh pemangsa

 Maka saiz populasi mangsa dan pemangsa mempunyai satu


kitaran turun naik pada satu julat populasi tertentu.

 Kedua-dua populasi organisma ini dikatakan berada dalam keseimbangan dinamik.


Jenis Interaksi : Persaingan

 Persaingan berlaku apabila organisma dalam satu habitat bersaing untuk


mendapatkan keperluan asas seperti makanan, air, cahaya ruang untuk hidup dan
pasangan.

 Terdapat 2 jenis persaingan: 1) Persaingan interspesies


2) Persaingan intraspesies
Persaingan
Jenis Interaksi :
interspesies

 Persaingan interspesies merujuk kepada persaingan yang berlaku antara individu


daripada 2 atau lebih spesies yang berlainan.

 Contoh : Persaingan antara 2 jenis Paramecium yang berlainan, iaitu Paramecium


aurelia dan Paramecium caudatum

 Apabila 2 spesies ini berkongsi nic ekologi yang bertindih, mereka terpaksa
bersaing untuk mendapatkan sumber / nutrien / ruang di dalam nic tersebut.
(Dikultur berasingan )

 Apabila P. aurelia dan P. caudatum


diletakkan secara berasingan dan dibiarkan
membiak dengan membekalkan makanan
yang sama, didapati kadar pembiakan
P.aurelia adalah lebih cepat berbanding
dengan P. caudatum.
 Apabila P. aurelia dan P. caudatum
(Dikultur bersama ) dibiakkan bersama, didapati kepadatan
populasi relatif bagi P. aurelia adalah
lebih tinggi berbanding P. caudatum.

 Ini bermakna P. caudatum merupakan


pesaing yang lemah, manakala P.aurelia
merupakan pesaing yang kuat.

 Pada akhir eksperimen, populasi P.


caudatum pupus, dan hanya P. aurelia
yang akan terus membesar dan membiak.
Persaingan
Jenis Interaksi :
intraspesies

 Persaingan merujuk kepada persaingan yang berlaku antara individu-individu dari


spesies yang sama.

 Persaingan ini bergantung pada sejauh mana nic-nic organisma yang terlibat itu
bertindih. Semakin besar dan padat sesuatu populasi yang sama spesies, semakin
hebat persaingan dalam kalangan individu spesies itu.
Persaingan
Jenis Interaksi :
intraspesies

 Contoh : pada daun


Bryophyllum sp. apabila jatuh ke
tanah, anak pokok akan bersaing
untuk ruang, cahaya, air dan
garam mineral.
Persaingan
Jenis Interaksi :
intraspesies
 Contoh lain : Sekumpulan haiwan tertentu yang sama spesies yang tinggal dalam
habitat yang sama.
Standard Kandungan 9.1

KOMUNITI DAN EKOSISTEM


Standard Pembelajaran :
9.1.8 Menerangkan ekosistem paya bakau dari aspek :
i. Komponen biosis
ii. Komponen abiosis
iii. Penyesuaian pokok bakau
iv. Pengkolonian dan sesaran
v. Kepentingan ekosistem paya bakau
Ekosistem Paya Bakau
Kawasan paya bakau boleh didapati di
sepanjang pesisiran pantai yang
terlindung dan muara sungai yang besar.

Muara merupakan teluk di mana air


sungai mengalir ke laut, dan terdapat
percampuran air tawar dan air masin di
muara sungai.

Hutan paya bakau mempunyai ekosistem


tersendiri. Hal ini bermakna komponen
biosis dan abiosisnya berbeza daripada
ekosistem yang lain.
Jom kita kenali
komponen biosis
& abiosis dalam
ekosistem
paya bakau !!
Kelip-kelip Burung bangau Monyet Belanda
Lotong

Komponen
Biosis Paya
Bakau
Belangkas Ketam

Cendawan Ular Ikan belacak Pokok bakau


Komponen Abiosis Paya Bakau
Komponen abiosis paya bakau terdiri daripada komponen yang ekstrim, iaitu :

1. Terdedah kepada keamatan cahaya matahari yang tinggi.

2. Terdedah kepada ombak dan pasang surut air.

3. Terdedah kepada tiupan angin yang kencang.

4. Kandungan garam di dalam tanah yang tinggi, dan kepekatan


oksigen terlarut yang sangat rendah di dalam air.

5. Tanah yang lembut, berselut, berlumpur dan kurang


pengundaraan.
6. Percambahan biji benih di kawasan pasang surut air.
Bagaimanakah
pokok bakau dapat
mengatasi
persekitaran yang
ekstrim untuk terus
hidup??
Ciri-ciri Penyesuaian Pokok Bakau

Bahagian : Daun
1) Mempunyai daun berkutikel tebal serta stoma
terbenam yang dapat mengurangkan kadar transpirasi.

2) Daun sukulen dapat menyimpan air serta mempunyai


struktur khas, iaitu hidatod untuk menyingkir garam
berlebihan.

3) Daun yang tua dapat menyimpan garam dan akan


gugur apabila kepekatan garam yang disimpan terlalu
banyak.
Ciri-ciri Penyesuaian Pokok Bakau
Bahagian : Akar pneumatofor
1) Merupakan unjuran akar pendek dari permukaan
tanah untuk pengudaraan di Kawasan yang sering
ditenggelami air.

2) Akar ini membantu pertukaran gas antara akar yang


tenggelam dengan atmosfera melalui lentisel.

 Contoh : Avicennia sp.


Ciri-ciri Penyesuaian Pokok Bakau

Bahagian : Akar jangkang


1) Akar jangkang tumbuh bercabang daripada
bahagian bawah batang pokok bakau.

2) Akar ini mencengkam di dalam tanah


dengan kuat untuk memberi sokongan bagi
melawan tiupan angin dan ombak yang
kuat.

 Contoh : Rhizophora sp.


Ciri-ciri Penyesuaian Pokok Bakau

Bahagian : Akar banir


1) Merupakan sejenis akar dengan struktur
kepingan yang menebal untuk menambah
luas permukaan dasarnya

2) Akar ini menyokong pokok yang tumbuh


di atas tanah lembut yang bersempadan
dengan daratan.
 Contoh : Bruguiera sp.
Ciri-ciri Penyesuaian Pokok Bakau

Bahagian : Biji benih


1) Biji benih vivipariti bercambah
dan tumbuh semasa masih
melekat pada pokok induk.

2) Hal ini membolehkan biji benih


yang jatuh tercacak di atas
tanah berlumpur dan tidak
dihanyutkan oleh ombak.
Pengkolonian dan Sesaran

 Sesuatu ekosistem boleh berubah akibat fenomena alam semulajadi


seperti letusan gunung berapi, gempa bumi dan kemarau serta aktiviti
manusia seperti perlombongan sehingga mengakibatkan semua
organisma mati atau bermigrasi.

 Pengkolonian ialah proses di mana organisma hidup menakluki


atau menduduki suatu kawasan baharu, yang sebelum ini tidak didiami
oleh organisma hidup.
Pengkolonian dan Sesaran

 Spesies perintis, merupakan spesies pertama yang berjaya


menduduki suatu kawasan yang belum pernah ditumbuhi oleh spesies
lain.

 Kebiasaannya persekitaran Kawasan tersebut adalah kering dan


kurang subur. Spesies perintis ini mempunyai ciri-ciri khusus untuk
menyesuaikan diri di akwasan tersebut.
Pengkolonian dan Sesaran

 Spesies perintis mengubah persekitaran dan mewujudkan keadaan


yang lebih sesuai untuk pertumbuhan spesies penyesar.

 Proses perubahan keadaan habitat dan penyesaran oleh spesies baharu


akan berterusan. Proses penggantian sesuatu spesies oleh spesies lain
secara beransur-ansur dan berturutan dikenali sebagai sesaran.
Zon-Zon Kawasan Paya Bakau
Terdiri daripada 3 zon utama pokok bakau yang berlainan jenis, dan perbezaan ini
disebabkan oleh pengaruh pasang-surut air :

Zon 1 : Zon 2 : Zon 3 :


Zon Garis Pantai Zon Tengah Zon Belakang
Zon 1 : Zon Garis Pantai
 Zon ini paling terdedah dengan ombak besar.
 Ditumbuhi oleh spesies perintis iaitu pokok Avicennia sp. (pokok api-api) dan Sonneratia sp. (pokok
perepat).
 Sistem akar yang meluas dan pneumatofor membantu pokok memerangkap lumpur dan bahan organik
yang dibawa oleh air pasang.
 Hal ini menyebabkan berlaku pengumpulan lumpur secara beransur-ansur. Oleh itu, lama kelamaan tanah
akan menjadi lebih tinggi dan padat.
 Rhizophora sp. menyesarkan dan menggantkan spesies perintis ini
Zon 2 : Zon Tengah
 Zon ini terletak di sepanjang sungai berdekatan dengan muara.
 Ditumbuhi oleh pokok Rhizophora sp. (pokok bakau minyak) yang mempunyai akar jangkang berselirat yang
dapat memerangkap ranting kayu dan lumpur yang hanyut serta menyekat aliran arus air.
 Pemerangkapan lumpur menyebabkan pemendapan berlaku dengan lebih pantas.
 Tebing menjadi lebih tinggi dan kering kerana kurang dilimpahi air laut semasa air pasang.
 Tanah menjadi kurang sesuai untuk pertumbuhan Rhizophora sp., sebaliknya lebih sesuai untuk Bruguiera sp.,
dan spesies ini akan menyesarkan dan menggantikan Rhizophora sp.
Zon 3 : Zon Belakang
 Zon ini terletak jauh ke daratan.
 Tanah menjadi lebih tinggi, keras dan hanya dilimpahi air laut semasa air pasang.
 Zon ini ditumbuhi oleh pokok Bruguiera sp. (tumu merah) yang mempunyai akar banir untuk
memerangkap lebih banyak lumpur dan kelodak.
 Proses pemendapan membentuk paya baharu yang mengunjur ke laut.
 Pantai yang lama semakin menjauhi laut. Tanah di pantai turut berubah menjadi daratan serta sesuai
untuk pokok daratan seperti Nypa fruticans dan Pandanus sp.
 Pokok daratan menyesarkan dan menggantikan Bruguiera sp.
Kepentingan Ekosistem Paya Bakau
(1) ZON PENAMPAN SEMULAJADI

 Sistem akar pokok bakau mengurangkan atau mencegah hakisan


pantai oleh ombak, angin dan arus.

 Pokok bakau bertindak sebagai penghalang semula jadi yang


menyerap tenaga ombak dan angin, maka kerosakan yang
diakibatkan oleh tsunami dapat dikurangkan.
(2) MENSTABILKAN MUARA SUNGAI & PESISIR PANTAI

 Sistem akarnya yang kompleks dan tumbuh dengan padat dapat


mengurangkan pengaliran sedimen (bahan enapan) dari kawasan
muara sungai dan pantai.

 Hal ini berupaya untuk mengekalkan ekosistem muara sungai dalam


jangka masa yang panjang dan memastikan kejernihan air yang
mengalir ke laut.
(3) PENAPIS BAHAN PENCEMAR

 Hutan paya bakau berupaya menyerap bahan pencemar seperti


sebatian nitrogen dan sebatian fosforus.

 Hal ini mengurangkan pembiakan alga dan bakteria dan seterusnya


menambah kandungan oksigen terlarut dalam air yang menjadi
sumber respirasi utama hidupan di dalam air.
(4) PERLINDUNGAN HABITAT ORGANISMA

 Hutan bakau sebagai tempat perlindungan dan pembiakan pelbagai


hidupan laut seperti udang, ketam, kepah, tiram dan ikan.

 Hutan ini turut menjadi tempat tempat persinggahan burung-burung


yang berpindah Ketika musim sejuk selain menjadi sarang kepada
pelbagai jenis burung tempatan.
(5) MENGEKALKAN KESEIMBANGAN OKSIGEN
& KARBON DIOKSIDA SETEMPAT

 Tumbuhan bakau yang menghijau menyerap karbon dioksida dan


membebaskan oksigen menerusi proses fotosintesis.
(6) SUMBER MAKANAN & UBAT-UBATAN
 Buah Avicennia sp boleh dimakan sebagai sayur.
 Kekacang pokok Avicennia sp. boleh direbus dan dimakan, manakala
bunganya menghasilkan madu.
 Buah Sonneratia sp. digunakan dalam pembuatan bahan minuman.

 Buah Nypa sp. boleh dimakan dan air daripada buahnya boleh
digunakan dalam pembuatan cuka dan nira.
 Kulit pokok Bruguiera sp. digunakan untuk merawat cirit-birit.
(7) SUMBER PENDAPATAN
 Pada masa kini, ekosistem hutan paya bakau telah diubah menjadi
kolam-kolam ternakan akuakultur seperti ternakan ikan kerapu dan
udang harimau.

 Hutan bakau dikekalkan dalam keadaan semula jadi sebagai tarikan


pelancong.

 Oleh sebab itu, ekosistem bakau berfungsi sebagai ekopelancongan dan


khazanah semula jadi utama negara.
(8) SUMBER PERHUTANAN
 Hutan paya bakau membekalkan kayu api dan sumber arang kayu
seperti pokok bakau minyak dan bakau kurap.

 Selain itu, hutan ini membekalkan bahan binaan seperti cerucuk dan
pancang kayu dalam pembinaan benteng dan jambatan, khususnya di
Kawasan pantai.

 Hal ini kerana sifat pokok bakau yang keras dan tahan air masin.
Standard Kandungan 9.2

EKOLOGI POPULASI
Standard Pembelajaran :
9.2.1 Menghuraikan faktor yang mempengaruhi taburan populasi.
9.2.2 Menganalisis data untuk menganggarkan saiz populasi organisma
yang menggunakan :
i. Teknik persampelan kuadrat.
ii. Teknik tangkap-tanda-lepas-tangkap semula
EKOLOGI POPULASI
merupakan kajian tentang saiz populasi dan faktor-faktor yang
mempengaruhi saiz populasi.
SAIZ POPULASI
Adalah bilangan organisma yang terdapat dalam sesuatu populasi.
Kepadatan populasi merujuk kepada bilangan individu suatu spesies per
unit luas habitat.
Kepadatan populasi
merujuk kepada bilangan individu suatu spesies per unit luas habitat.
Apakah
faktor-faktor
yang dapat
mempengaruhi
taburan
populasi ??
Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Taburan Populasi
Tumbuhan.
Faktor Kesan Terhadap Tumbuhan

 Suhu optimum bagi pertumbuhan tumbuhan adalah antara 25 0C hingga


300C.
 Suhu yang tinggi dapat menyebabkan enzim ternyahasli.
 Proses biokimia dalam tumbuhan akan terganggu, dan seterusnya akan :
i) merencat pertumbuhan tumbuhan.

Suhu
ii) meningkatkan kadar sejatan air secara
transpirasi.
iii) menurunkan kadar fotosintesis.
 Suhu yang rendah akan mengurangkan aktiviti enzim. Hal ini akan
memperlahankan tindak balas biokimia.
Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Taburan Populasi
Tumbuhan.

Faktor Kesan Terhadap Tumbuhan

 Air diperlukan untuk aktiviti enzim, fotosintesis serta


pengangkutan dan sokongan dalam tumbuhan herba.
 Kawasan yang kering seperti guru dna Kawasan tundra

Air seperti di kutub mempunyai taburan populasi serta kepadatan


tumbuhan yang rendah.
Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Taburan Populasi
Tumbuhan.

Faktor Kesan Terhadap Tumbuhan

 Cahaya sangat penting untuk proses fotosintesis.


 Kawasan yang kurang menerima cahaya mempunyai

Cahaya bilangan tumbuhan yang sedikit.


Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Taburan Populasi
Tumbuhan.

Faktor Kesan Terhadap Tumbuhan

 pH tanah penting untuk penyerapan nutrien oleh akar.


 pH tanah yang terlalu berasid atau beralkali akan
pH menyebabkan penyerapan nutrien oleh tumbuhan menjadi
rendah
 Pertumbuhan pokok akan terjejas kerana kekurangan
tanah nutrien.
Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Taburan Populasi
Tumbuhan.

Faktor Kesan Terhadap Tumbuhan

 Kandungan garam memberikan kesan terhadap penyerapan air


secara osmosis oleh akar.
 Kandungan garam yang tinggi di dalam tanah menyebabkan
Kandungan tumbuhan kehilangan air melalui osmosis.
 Mineral diperlukan untuk menghasilkan protein, enzim,
garam nukleotida, vitamin dan sebatian lain.
 Contohnya, fosforus digunakan untuk membentuk fosfolipid
mineral (dalam pembentukan membran sel)
Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Taburan Populasi
Haiwan.

Faktor Kesan Terhadap Haiwan

 Kawasan yang terdedah pada suhu yang tinggi dalam

Suhu
sesuatu habitat kurang diduduki oleh haiwan seperti
cacing dan siput.
Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Taburan Populasi
Haiwan.

Faktor Kesan Terhadap Haiwan

 Haiwan tertumpu ke kawasan yang mempunyai sumber air

Air
yang mencukupi untuk minum dan menyejukkan badan.
Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Taburan Populasi
Haiwan.

Faktor Kesan Terhadap Haiwan

 Tempat membiak yang sesuai dan selamat diperlukan oleh


Tempat haiwan bagi melahirkan dan membesarkan anak.

Membiak
Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Taburan Populasi
Haiwan.

Faktor Kesan Terhadap Haiwan

 Makanan penting untuk kemandirian kerana haiwan ialah


Bekalan heterotroph yang bergantung kepada tumbuhan dna
haiwan lain sebagai makanan.
Makanan
Terdapat
3 corak taburan populasi :

Berkelompok Rawak Sekata


Corak Taburan Populasi : BERKELOMPOK

 Organisma berkelompok membentuk kumpulan yang


terpisah.
 Keadaan ini disebabkan oleh taburan sumber yang tidak
sekata di dalam sesebuah kawasan.
Corak Taburan Populasi : RAWAK
Taburan organisma berada dalam corak yang
bebas di dalam sesebuah kawasan.

.Taburan ini melibatkan spesies yang kurang


berinteraksi antara satu individu dengan
individu yang lain.
Corak Taburan Populasi : SEKATA
 Organisma tersebar di seluruh kawasan yang diduduki.
 Taburan ini melibatkan spesies yang mana setiap individu bersaing merebut sumber yang
terhad dalam sesebuah kawasan.
Terdapat 2 faktor penting digunakan dalam kajian ekologi populasi, iaitu :

Saiz populasi : Bilangan organisma yang terdapat


di dalam sesebuah populasi.

Kepadatan populasi: Bilangan individu sesuatu


spesies per unit keluasan
habitat.
 Untuk menganggar saiz dan kepadatan sesuatu populasi dalam sesuatu
ekosistem, beberapa Teknik persampelan boleh digunakan.

 Teknik persampelan dijalankan apabila kawasan kajian yang diselidiki


adalah besar dan adalah tidak mungkin untuk mendapatkan data bagi
setiap bahagian.
 Teknik persampelan yang biasa digunakan adalah :

a) Teknik persampelan kuadrat


b) Teknik tangkap-tanda-lepas-
tangkap semula
Teknik
persampelan
kuadrat
Teknik persampelan kuadrat
 Teknik persampelan kuadrat menganggarkan saiz
populasi tumbuhan daratan atau haiwan yang tidak aktif
bergerak atau bergerak dengan amat perlahan

 Bilangan organisma di dalam kawasan kuadrat


merupakan sampel yang mewakili keseluruhan
kawasan yang dikaji.

 Data yang diperoleh daripada semua kuadrat


boleh digunakan untuk menganggarkan populasi
kawasan kajian.
 Kuadrat ialah struktur rangka
berbentuk segi empat sama
yang diperbuat daripada kayu,
besi atau plastik.

 Kuadrat biasanya dipecahkan


kepada beberapa bahagian yang
sama besar untuk
menganggarkan peratus litupan
sesuatu spesies.
1m

 Saiz kuadrat bergantung kepada : a)


jenis dan saiz organisma. b)
keluasan kawasan taburan c) taburan
serta kepadatan
tumbuhan yang hendak dikaji.
1m
 Contoh : Kuadrat 1 meter persegi
sesuai untuk menganggarkan
populasi tumbuhan di padang
sekolah.

1 cm
Kuadrat bersaiz 1m2
1) Frekuensi atau kekerapan

 Frekuensi ditakrifkan kepada kebarangkalian untuk memperoleh individu sesuatu spesies


dalam setiap bilangan kuadrat.

 Frekuensi juga merujuk kepada darjah penyebaran tumbuhan itu dalam Kawasan kajian.
2) Kepadatan

 Kepadatan merujuk kepada bilangan individu suatu spesies per unit luas kawasan.
3) Litupan

 Litupan merujuk kepada ukuran perkadaran kawasan yang dilitupi tumbuhan spesies
tersebut kepada jumlah Kawasan kajian. Litupan biasanya dinyatakan dalam peratusan.

 Peratusan litupan ialah peratusan tanah yang dilitupi oleh sesuatu tumbuhan. Harus
diingat bahawa tumbuhan yang berada di bahagian luar kuadrat adalah tidak diambil
kira.

a) Peratus litupan = 25% b) Peratus litupan = 96%


3) Litupan
Sekarang mari kita
praktiskan apa yang
telah dipelajari tadi.
Jom kita ke
“padang sekolah”
sekarang !!!
Are you ready ???
KUADRAT
1
KUADRAT
2
KUADRAT
3
KUADRAT
4
KUADRAT
5
KUADRAT
6
KUADRAT
7
KUADRAT
8
KUADRAT
9
KUADRAT
10
Adakah anda selesai merekod keputusan
dalam jadual?
Sekarang kira frekuensi, kepadatan dan peratus litupan
sampel spesies rumput X tersebut.
Kemudian, sila jawab soalan perbincangan dalam manual
eksperimen ini okay ?!
SELAMAT BERJAYA
Kaedah Tangkap-Tanda-Lepas-Tangkap Semula
Kaedah Tangkap-Tanda-Lepas-Tangkap Semula
 Kaedah ini digunakan untuk menganggar saiz populasi
sesuatu spesies haiwan yang bebas bergerak di kawasan
tertentu, contohnya musang, ikan yu, siput, ulat gonggok,
serangga dan rama-rama.
Saiz populasi haiwan tersebut boleh dianggarkan melalui formula
berikut :

Saiz (Bilangan haiwan dalam (Bilangan haiwan dalam


tangkapan pertama) X tangkapan kedua)
Populasi =
Bilangan haiwan yang bertanda dalam tangkapan
kedua
Teknik tangkap-tanda-lepas dan tangkap semula ini adalah berdasarkan beberapa andaian :

(a) Haiwan bertanda bebas bercampur gaul dengan tangkapan


yang tidak bertanda sebelum tangkapan kedua dibuat.

(b) Semua tangkapan dibuat secara rawak.

(c) Tanda tidak hilang dan tidak mencederakan haiwan. Tanda ini tidak menjejaskan
pergerakan haiwan atau menjadikan mereka lebih menonjol kepada mangsa.

(d) Saiz populasi stabil sepanjang tempoh kajian, iaitu kadar


kematian, yang disebabkan oleh penyakit atau pemangsaan
tidak berlaku, sama dengan kadar kelahiran dan kadar emigrasi
haiwan sama dengan kadar imigrasi
Jom kita cuba jalankan eksperimen ini
secara maya !!
Layari website di bawah ini
http://virtualbiologylab.org/population-ecology/
http://virtualbiologylab.org/population-ecology/

You might also like